Tak beradab dengan mak sendiri. Adlin Aman Ramlie perjelaskan perkara sebenar setelah sekian lama menyepi dalam industri seni dan kembali berlakon bersama Mira Filzah

Selepas bersiaran selama 7 episod, drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan tayangan Slot MegaDrama di Astro Ria mula menjadi perbualan warganet. Lebih-lebih lagi watak Ikram yang dipegang Adlin Aman Ramlie, seorang arkitek yang mengahwini Manis (Mira Filzah) kerana aturan keluarga.

Tak beradab dengan mak sendiri. Adlin Aman Ramlie perjelaskan perkara sebenar setelah sekian lama menyepi dalam industri seni dan kembali berlakon bersama Mira Filzah
Rata-rata meluahkan rasa ‘tidak suka’ terhadap Ikram menerusi rungan komen di laman sosial Instagram(IG) Adlin dan Mira Filzah. Bagaimanapun penampilan Adlin dipuji warganet kerana lakonan berkualiti ditampilkan, nampak bersahaja. “Ni yang tak suka ni kahwin bukan untuk apa buat kuuli kat isteri pulak! Tapi suka watak Adlin simple je, tak nampak kaku…Berlakon tapi nampak macam betul-betul,” komen seorang pengikut.

ARTIKEL MENARIK:Individu ini cakap sedap je ank Nora Ariffin salah kan warganet. Tergamam bila tiba tiba ank Nora petik nama Menteri Agama. Rupa rupanya ini punca.
loading...




“Tambah-tambah meluaat tengok si Ikram ni! Padan dengan si Manis pon..Beria berjanji bagai dengan si Yusuf, akhirnya Ikram yang dipilih…Tak sabar nak tengok episode malam ni pulak,” tulis seorang lagi. “Dh mula menyiraap tengok Ikram ni. Kurang ajar dengan mak, lepas tu buat isteri macam kuuli! Part dengan anak tu sayang semacam je…Hish! Macam manalah reaksi nenek Manis kalau tau si Ikram macam ni? (berlakon dgn mak sendiri pulak tu),” ulas seorang penonton.

Drama bersiri arahan Rashid Sibir ini turut dibintangi Zul Ariffin, Zarina Zainuddin, Dian P.Ramlee, Ruminah Sidek dan Ruzaidi Abdul Rahman.Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020 menggantikan Pelindung Seorang Puteri 1.Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan tentang Manis seorang guru tadika yang berusia 25 tahun, memiliki kembar seiras Manja, yang agak lembam.

Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul Manis.Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergvgat.

K0nflik bermula apabila Manis berkahwin dengan Ikram duda yang memiliki seorang anak, kerana aturan keluarga. Apakah yang berlaku seterusnya?Saksikan drama bersiri 26 episod ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam di Astro Ria.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:gempak


Siapa kata Badul dan Adlin tak peduli Amran Tompel?

ANAK pelakon dan pelawak, Amran Tompel iaitu Shafiq dan Haris meluahkan rasa kesal apabila kisah ayah mereka yang tular kerana sakit angin ahmar disensasikan sehingga mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap pelbagai pihak.

Menerusi video rakaman Persatuan Seniman ketika hadir menghulurkan bantuan baru-baru ini, Shafiq dan Haris mengakui banyak cerita tidak benar disebarkan dan mahu isu ini segera ditamatkan.”Kami berterima kasih kepada Persatuan Seniman yang melawat ayah. Selama ini pun Seniman banyak tolong ayah.

“Bukan Seniman sahaja tapi banyak persatuan yang masih prihatin dan masih banyak bantu kami sekeluarga.”Kami nak jelaskan persepsi orang yang kata ayah terlantar setahun lebih, lmpuh dan tiada siapa peduli adalah tak benar,” kata mereka.Menurut Shafiq, perkara ini berlaku kerana terdapat blog dan portal hiburan yang berkongsi cerita dan meletakkan tajuk yang tidak benar.

“Saya tak faham kerana sebagai portal yang popular dan ramai pengikut, sepatutnya jadikan contoh cari benda yang lengkap dan jangan cari isu yang tak jelas kemudian kongsi.”Apabila kongsi, jadilah perkara bukan-bukan sehinggakan terkeluar isu mana anak-anak dan adik beradiknya tak bantu. Itu yang jadi isu besar.


loading...


“Ayah hanya tularkan berkenaan sakitnya untuk orang ikhlas nak bantu hulurkan sumbangan. Sebelum ia tular, ada juga persatuan yang datang termasuk Seniman,” katanya.Shafiq berkata, dia amat terkejut apabila ada pihak mengatakan mereka tidak mempedulikan ayah mereka.”Kalau anak-anak tiada, tempatnya bukan atas tilam ini tapi ditepi jalan tak berbaju.

“Nampak ada silap di situ. Harapnya jelas apa yang kami ceritakan,” katanya.Haris pula menolak dkwaan bahawa adik beradik ayahnya iaitu pelakon AR Badul dan Adlin Aman Ramlie tidak datang menjenguk Amran.”Terima kasih kepada adik beradik ayah, Badul, Adlin kerana datang ziarah di hospital.

“Cuma kami tak tunjuk bukti kepada semua orang dan mereka tak tahu. Memang susah nak dijelaskan.”Tapi mereka memang ada datang semasa di hospital,” katanya.Sementara itu Shafiq berharap, dengan penjelasan dibuat, tiada lagi isu memburukkan mana-mana pihak dibangkitkan lagi.

“Takkan nak kena tunjuk semua orang yang membantu ayah.”Ceritanya ditularkan untuk dapat bantuan. Tapi komen yang diterima semua ke arah lain pula. Saya memang kesal dengan perkara ini,” katanya.Amran Tompel, 70, atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie

kini terlantar di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, sejak lebih sebulan lalu.Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an sehingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali didatangi angin ahmar sebelum didatangi kali kedua sejak peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.-mymetro

Perlu sedikit masa untuk tampil imej baru! Wajah baru isteri Adlin Aman Ramlie, Emelda tarik perhatian

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik dan juga isteri kepada Adlin Aman Ramlie ini iaitu Emelda Rosmila binti Abdul Hamid. Selesa disapa sebagai Mel, dia dilahirkan pada 14 Mac 1980 di Ipoh, Perak. Mel memulakan kerjaya seni sejak tahun 2000 lagi dan telah membintangi banyak drama dan juga filem. Mengikut bakat kakaknya, Emilia Rosnaida, watak Mel yang paling diingati adalah menerusi drama Manjalara yang mana berkisahkan cerita seorang gadis bertubuh gmpal yang cuba raih perhatian orang ramai.

ADA BUTIK SENDIRI SEBAGAI BACKUP

Selain dari berlakon, Mel turut mempunyai butik fesyen sendiri yang dikenali sebagai Emeldarose. Jelas Mel dia merasakan kerjaya lakonan ini ada naik turun dan juga tidak akan berpanjangan. Lalu memberikan inspirasi kepadanya untuk ada jenama sendiri.

Sejak pembukaan tahun baru, 2020 ini, banyak kisah positif yang kita dengar tentang artis tempatan. Ada yang mula mengenakan hijab, dan ada yang mula menunaikan ibadat umrah. Itu suatu petanda positif dalam kalangan artis yang mula sedar tentang keseimbangan sebagai umat Islam.

TUNAI UMRAH DENGAN SUAMI

Mel dan suami tidak terkecuali dijemput untuk menjadi tetamu ke Tanah Suci pada penghujung tahun lepas. Apa yang menariknya, setelah pulang ke tanah air, penampilan Mel mula berubah. Meniti akaun instagram, dia sudah pun mengenakan hijab.

Sekali gus, ramai yang mengadaikan pelakon ini sudah pun membawa imej baru. memetik kenyataan dari Berita Harian pula, Mel memberitahu yang dia cuba untuk membiasakan diri dengan pemakaian hijab dan cuba untuk kekal sebegitu.

BERI MASA SEHINGGA APRIL UNTUK BERTUDUNG SEPENUHNYA

Walau bagaimanapun, dia ada memberitahu bahawa perlu melunaskan tanggungjawab dalam kerjanya sehingga April ini sebelum tampil berhijab sepenuhnya. Jadi, sekiranya dia muncul freehair di mana-mana acara atau TV dalam tempoh tersebut, jangan la pula cepat melatah. Sama-sama kita hormati keputusan pelakon cantik ini dan doakan agar niat Mel untuk berhijrah berada dalam landasan yang betul dan kekal istiqomah.-meecks

Emelda Rosemila tak henti berikhtiar

KUALA LUMPUR: Lapan tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Pelakon, Emelda Rosemila tidak pernah berputus asa berikhtiar menimang cahaya mata sendiri. Akui isteri kepada pelakon, Adlin Aman Ramlie itu, dia dan suami reda dalam soal zuriat biarpun persoalan itu sering diaju kenalan dan sanak-saudara terutama apabila bertemu pada musim perayaan seperti Aidiladha ini.

“Saya tidak kisah jika belum ada rezeki menimang cahaya mata. Soal zuriat, kita serah bulat-bulat kepada Tuhan. “Andai tiada rezeki selepas berusaha, saya tak kisah termasuk jika mahu mengambil seorang lagi anak angkat. Isu anak sendiri ini bukanlah tekanan besar buat saya.

“Memanglah kami mahu cahaya mata sendiri, sekurang-kurangnya seorang. Tapi kalau bukan rezeki, kami reda. Namun, ikhtiar itu tak pernah terhenti,” katanya kepada BH Online. Emelda yang mengusahakan jenama fesyen Emeldarose memberitahu, keseronokan mengasuh Edra Rafael yang sudah berusia enam tahun, mendorong dia dan suami berusaha mendapatkan darah daging sendiri.

Mengenai perniagaan jenama fesyennya, Emelda teruja bercerita mengenai penyertaan Emeldarose di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2017. “Ini kali ketiga saya menyertai KLFW dan mengukuhkan lagi jenama Emeldarose. Bidang fesyen memang dekat di hati saya sama seperti wanita lain,” katanya. Emelda yang akan terbabit dengan telefilem di bawah projek Karya 12 arahan Tunku Mona, berkahwin dengan Adlin pada 2009.

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post