Tak berdaya lagi nak berlakon. Akhirnya setelah sekian lama menyepi akhirnya Pak lan dedahkan punca dia tak berlakon. Mengejutkan rupanya ini keadaan terkini Pak Lan.

Kehadiran pelakon veteran Roslan Saleh atau lebih mesra dipanggil Pak Lan, menjadi perhatian apabila hadir dalam keadaan bertongkat dan perlu dipapah ke Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), baru-baru ini. Semangat luar biasa Roslan mengatasi keadaan fizikalnya yang diliihat semakin lemah dan kudrat dimiliki pula tidak sekuat dulu.

Tak berdaya lagi nak berlakon. Akhirnya setelah sekian lama menyepi akhirnya Pak lan dedahkan punca dia tak berlakon. Mengejutkan rupanya ini keadaan terkini Pak Lan.



Bagaimanapun, ia bukanlah halangan buat Roslan untuk hadir ke mesyuarat berkenaan dalam keadaan agak uzur. Roslan kini tidak lagi berada dalam dunia lakonan tetapi tidak pernah melupakan bidang tersebut dan rakan-rakan seperjuangannya.

ARTIKEL MENARIK:Neelofa terima surat terbuka dari bekas kekasih PU Riz. Mengejutkan bekas kekasih PU Riz bongkarkan sesuatu. Ini reaksi Neelofa saat terima surat terbuka itu.
loading...


Dia juga tidak berhasrat untuk kembali ke pentas lakonan tetapi akan cuba menghadiri aktiviti yang melibatkan sahabat-sahabat seni duduk berkumpul. “Tidak dinafikan, ada ketika terdetik juga rindu kerana bidang lakonan sudah sebati dalam diri saya. Justeru, apabila ada undangan menjayakan aktiviti yang boleh membuatkan kami berkumpul semula, saya akan usahakan untuk hadir.

“Lagipun dalam keadaan sekarang saya tidak terfikir akan kembali ke dunia lakonan walapun perasaan rindu itu ada. “Tawaran juga masih ada, cuma saya menolaknya. Saya sudah tidak berdaya dalam keadaan sekarang. Nak bawa badan sendiri pun tak kuat, kudrat semakin lemah dan mata agak kabur, tak macam zaman muda dulu.

“Lagipun, saya bimbang jika terima tawaran diberikan, saya tak mampu memberikan mutu lakonan terbaik. Sebagai pengarah, sudah tentu mereka mahu pelakon memberikan komitmen tinggi terhadap kerja. “Daripada saya menyusahkan banyak pihak, lebih baik saya menarik diri,” katanya sambil memberitahu keputusan untuk bersara tidak dipengaruhi sesiapa.

Beberapa bulan lalu tular di media sosial mengenai pelakon filem Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan itu yang kini mencari rezeki dengan berniaga produk makanan secara kecil-kecilan. Mengulas perkara itu, Roslan berkata, dia bersyukur perniagaan itu sedikit sebanyak dapat menampung kehidupannya sekeluarga.

“Saya bersama isteri dan dibantu anak kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh yang dimasak sendiri di rumah. Selain itu, saya menjual produk lain seperti dodol dan bahulu. “Alhamdulillah, sambutan dan permintaan diterima sangat baik. Biasanya, pelanggan akan telefon untuk tempahan,” katanya teruja.

Sumber: BH Online

Roslan berniaga, tak larat berlakon

PELAKON veteran, Roslan Salleh, 63, kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan.

Roslan ketika dihubungi berkata, keadaannya yang kurang sihat sejak tiga tahun lalu membuatkan dia tidak lagi aktif berlakon. “Saya sakit sudah lama. Sebelum ini ada juga sesekali berlakon, tapi sejak usia makin meningkat dan keadaan kesihatan tak mengizinkan, saya memang tak larat nak kerja di lokasi penggambaran.

“Jadi, saya bersama isteri dengan dibantu anak-anak menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dimasak sendiri. “Alhamdulillah, sambutan dan permintaan diterima sangat baik daripada pelanggan. Biasanya, pelanggan akan telefon untuk tempahan,” katanya.

Roslan bersama keluarga yang kini menetap di Melaka berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak begitu terganggu walaupun ketika ini dalam tempoh PKP. “Tak adalah rasa terganggu sangat sebab penjualan kini dibuat di rumah. Siapa nak beli, datang rumah atau mana pelanggan duduk berdekatan, saya akan hantarkan. Kalau dahulu, sebelum PKP ada juga saya buat jualan di luar,” katanya.

Roslan berkata, penularan wabak Covid-19 ketika ini adalah ujian Allah. “Kita sebagai hamba-Nya kena banyak berdoa dan tetap berusaha mencari rezeki,” katanya. Ditanya mengenai bantuan khusus untuk artis, Roslan berkata, dia melihat secara sesiapa yang rasa perlukan bantuan dan mahu, isi borang dan minta.

“Bagi golongan penggiat seni, prinsipnya mudah iaitu kepada yang ada, yang mampu dan yang mewah bantulah pada mereka (rakan artis) memerlukan. Namun, buat mereka yang kurang, yang kurang mampu dan yang kurang mewah , jangan pula terlalu meminta-minta.

“Benda-benda ini (bantuan) kena ikhlas dan jujur. Pada yang ada tu baguslah, ganjaran besar kalau membantu. Bagi yang tiada, jangan suka meminta,” katanya. Memurut Roslan, mereka sendiri yang memilih kerjaya sebagai artis. Jadi, sepatutnya sudah ada perancangan dan perkiraan sebelum membuat keputusan,” katanya.

Mengakui tawaran berlakon ada tetapi disebabkan dia tidak sihat, Roslan perlu berfikir apa yang boleh dibuat untuk berusaha mencari rezeki. Daging dendeng dijual dengan harga RM15 untuk 150 gram, sambal lado (RM10 untuk 100 gram) dan sambal hitam belimbing buluh (RM12 untuk 120 gram).


loading...


Kudrat dah tak kuat…

“Kudrat sudah tak kuat. Kalau jalan nak kena pimpin dan berpapah atau nak kena pegang dinding. “Sebelum ini sudah dua tiga kali terjatuh, jadi takut berulang. Disebabkan itu, sekarang saya menggunakan tongkat. Itu pun tak boleh terlalu banyak bergerak juga. Saya mudah letih.

“Apatah lagi saya menghidap dua, tiga jenis penyakit seperti kncing manis, tekanan bp rendah. Tekanan bp rendah ini yang bahaya sikit. Tak boleh kena panas dan cepat penat,” katanya. Atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, Roslan yang kini menetap di kampung halaman iaitu di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka mengambil keputusan untuk bersara dari dunia lakonan.

“Saya pindah sini sejak lapan tahun lalu. Kesihatan pula mulai tidak mengizinkan sejak dua tahun kebelakangan ini. Jadi, saya tak boleh berlakon sebab sudah tak larat. Ada tawaran, tapi terpaksa tolak. Susah nak bergerak ke sana sini. Sedangkan kalau berlakon perlukan komitmen tinggi. 

“Alhamdulillah, di kampung saya berniaga dengan menjual masak daging dendeng dan sambal bilis. Cuma sekarang, saya serahkan tugas pada anak bongsu lelaki yang belum kerja. Jadi, ada juga sumber pendapatan. “Saya kena juga buat sebab masih ada tanggungan iaitu isteri dan anak. Jadi, memang kena usaha juga. Anak lain ada tanggungjawab juga, tak nak susahkan mereka,” katanya.

Terdahulu, Persatuan Seniman menziarahi Roslan di rumahnya, semalam, bagi menghulurkan bantuan berbentuk barang makanan dan keperluan harian. “Seniman sudah lama buat macam ini. Dulu masa saya sakit dan masuk hospital, mereka rajin juga bantu. Sebab saya sekarang di Melaka, jadi mereka sanggup datang juga.

“Saya jenis kalau ada org nak beri sumbangan saya ambil. Saya tak meminta. Saya menghormati keprihatinan mereka. Tapi, ada juga yang dari jauh nak datang, saya kata tak perlu. Alhamdulillah, saya okay lagi. Cuma kudrat saja tak berapa kuat,” katanya.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post