KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan satu lagi kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Bunga yang dikenal pasti melibatkan empat kakitangan sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kapal itu mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura. “Seramai 34 kru kapal yang bertugas dalam kapal ini telah disaring pada 28 Ogos bagi tujuan sign-in dan sign-off kapal dan daripada jumlah itu empat kes dikesan positif, enam negatif dan 24 lagi menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
ARTIKEL MENARIK:Kaedah pentaksiran baharu khas bagi Tingkatan 1 dan 4. KPM terangkan lebih lanjut untuk kemasukan ke sekolah khusus bagi pelajar yang terlibat
Dr Noor Hisham berkata kes positif kluster itu melibatkan dua warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara dan keempat-empat kes positif itu tidak bergejala dan pada awalnya dikuarantin di sebuah hotel di Selangor.
Menurutnya setelah dikesan positif, mereka dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dan tidak membawa risiko penularan jangkitan dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil iaitu di sebuah kapal. “Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyahkuman dan proses nyahcemar telah dijalankan di kapal itu dan punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.
Dr Noor Hisham turut memperincikan perkembangan status Kluster Tawar dengan pertambahan satu kes menjadikan jumlahnya 74 kes. Menurutnya Kluster Telaga juga mencatatkan pertambahan satu kes baharu menjadikan jumlahnya lima kes. “Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster ini,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-63 kepada semua warga Malaysia dan menzahirkan perhargaan kepada semua petugas barisan hadapan negara. “KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang barisan hadapan dan petugas balik tabir yang telah bertungkus lumus berjuang menentang musuh negara yang juga sedang mengncam dunia, iaitu COVID-19.
“Semoga kita terus cekal dan bersatu hati, berganding bahu bagi berjuang membebaskan Malaysia daripada sebarang ancman vrus ini dan segala jenis ancmn yang lain. Bersama-samalah kita menjaga ibu pertiwi kita ini,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Sempat Luah Hasrat Buat Sesuatu Ini Buat Tan Sri Dr Noor Hisham. Mengejutkan Berita Pemergian Pemilik Restoran Sate Yang Belum Sempat Tunaikan Janjinya
Bagi mereka yang tinggal di Muar, kebanyakan dari korang mesti tahu restoran sate terkenal kat sana yang bernama R&H Sate Cafe Taman Sri Temenggong ni kan.Ownernya, Hariyati Pungot atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Yati ni sangat mesra dengan pelanggan dan antara mereka yang pernah datang ke kedainya ialah Tengku Temenggong Johor, YAM Tunku Idris dan bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.
Namun hari ini, kita dikejutkan dengan pemergian Kak Yati semalam dan hal ini telah dikongsikan oleh Dr Maszlee sendiri di laman Facebooknya. Simpan hasrat untuk sediakan ‘breakfast Muo’ kepada Tan Sri Dr Noor Hisham
Apa yang lebih menyedihkan, dalam postingnya semalam, beliau sempat menyatakan hasrat untuk menyediakan breakfast gaya Muar kepada Tan Sri Dr Noor Hisham yang baru saja diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini. Allah sedihnya…
“Muar will never be the same” – Tunku Idris .Pemergian Hariyati juga mendapat perhatian Tunku Idris sendiri apabila beliau memuat naik posting sedih di Instagram akan pemergian pemilik restoran sate terkenal di daerah Muar tersebut.
Menurut baginda, restoran Hariyati selalu menjadi tempat yang dikunjungi baginda sekeluarga jikalau mereka turun ke Muar. Malah mereka juga sempat menyambut birthday Hariyati bersama tak lama dulu. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Hariyati Pungot. Semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini
Sumber:Lobak merah
Sungguh Mengagumkan. Datuk Noor Hisham Kongsi Satu Cara Ibnu Sina Tangani Wabak Pandemik. Ternyata Perkongsian Ini Meraih Perhatian Ramai
Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) membasmi COVID-19 dengan mesej kesihatan seperti mengamalkan penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan menepati saranan Ibnu Sina. Menerusi satu perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook miliknya, beliau berkongsi pot0ngan sebuah filem mengenai cara Ibnu Sina mengatasi pandemik.
Dalam filem itu, jelas mesej disarankan tokoh perubatan Islam itu supaya orang ramai mengamalkan penjarakkan sosial, menjaga kebersihan dan membersihkan peralatan mereka secara berkala. Malah, beliau berpesan untuk menutupi tempat-tempat awam seperti masjid dan pasar buat sementara waktu serta mengingatkan orang ramai membersihkan syiling mereka menggunakan cuka.Hal ini selari dengan amalan yang disarankan KKM iaitu mengamalkan penjarakkan sekurang-kurangnya satu meter, memakai penutup muka dan sering menggunakan pembasmi kuman.
“Meskipun kita hidup dalam era berbeza, tetapi prinsip Kesihatan Awam kita tidak berubah. Matlamat utama kita ialah meningkatkan kesihatan orang ramai dengan langkah berjaga-jaga yang diperlukan.“Langkah pencegahan kesihatan awam yang dilaksanakan oleh KKM menepati langkah yang sama dengan yang dambil oleh Ibnu Sina. Filem ini dibuat pada tahun 1968.-rencah. Artikel berkaitan di bawah:
Komen Datuk Dr Noor Hisham Lepas Dapat Pengiktirafan Media China
Semalam Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diangkat sebagai antara tiga ‘doktor terbaik’ di dunia oleh media China atas usaha cemerlang membendung penularan wabak COVID-19. Dua lagi tokoh yang dijulang oleh China Global TV Network (CGTN) adalah Dr Anthony Fauci (Amerika Syarikat) dan Dr Ashley Bloomfield (New Zealand).
Menurut CGTN, ketiga-tiga tokoh ini dipuji kerana menjadi sumber maklumat yang bersikap ‘tenang, jelas dan boleh dipercayai’ untuk rakyat ketika pandemik datang menguasai negara masing-masing. “Mereka bukan menteri kabinet tetapi ketiga-tiga mereka menjadi muka depan negara mereka dalam respons terhadap COVID-19. “Kadang kala kerajaan boleh jadi lambat memberi reaksi dan memberi maklumat bercnggah dari fakta ketika wabak pandemik global melanda negara. Tetapi Dr Fauci, DrBllomfield dan Dr Hisham menjadi suara fakta yang tenang dan meyakinkan.”
Dr Hisham, 57, telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah KKM sejak 2013 dan telah mendapat pujian daripada majoriti rakyat Malaysia kerana kemaskini maklumat yang konsisten dan berkredibiliti di media sosial. Beliau juga tidak berselindung untuk menegakkan fakta dan memperbetulkan mitos, walaupun dari bosnya sendiri. Malah beliau juga dikesan sering mengemaskini maklumat di media sosial sehingga lewat malam.
Komen Dr Hisham terhadap pujian media China
Dalam sidang media harian KKM, seorang wartawan bertanya soalan: “Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai salah seorang daripada tiga pengarah kesihatan terbaik dunia?”
Dr Hisham menjawab:“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada negara. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan.“Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.Beliau langsung tidak mengambil kredit. Malah beliau turut memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama.-rencah
Berbulan Barisan Hadapan Bekerja. Dr Noor Hisham Dedahkan Tempoh Berapa Bulan Lagi Barisan Hadapan Perlu Kerja Keras Dan Harap Semua Rakyat Patuh Dengan Arahan
Sebutlah mana sahaja lebuhraya yang tidak dibnjiri dengan kenderaan sejak kelmarin hingga hari ini. Semuanya kerana gara-gara keterujaan masyarakat kita untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Hinggakan ada yang terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan juga lorong kecemasan untuk menunaikan solat dek kerana kesesakan teruk. Terutamanya lebuhraya menghala ke pantai timur.
Ya, siapalah yang tidak seronok balik kampung sambut raya kan? Tetapi dalam pada gembira meraikannya janganlah alpa, lalai dan leka dengan SOP yang ditetapkan sepanjang musim perayaan Aidiladha kali ini. Maklum sajalah, beraya dalam suasana norma baharu seperti Aidilfitri lalu ada beberapa kekangan dan sekatan untuk tidak meraikan sambutan raya seperti kebiasannya. Antaranya seperti berikut.
Sambutan hanya dalam kalangan unit keluarga yang berada di dalam rumah. Jumlah tidak boleh melebihi 20 orang bagi setiap masa.Setiap ketua keluarga / individu hendaklah;Memastikan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter Mengelakkan daripada 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat/tertutup (confined area) dan juga perbualan dalam jarak yang dekat (close conversation)Setiap individu hendaklah memakai pelitup muka sekiranya berada dalam keadaan tiada penjarakkan sosial.
Setiap individu hendaklah;Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.Memastikan semua ahli keluarga / tetamu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.Aktiviti/Ibadah sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP Sektor Sosial berkenaan Aktiviti Masjid dan Surau yang telah dikeluarkan.Terus bersurai dan pulang selepas selesai ibadah sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha.
Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan:Rumah Terbuka/Kenduri Hari Raya,Bersalaman dan bersentuhan,Sajian makanan secara buffet layan diri,Ziarah Tempat Persemadian,Takbir dari rumah ke rumah
Arahan Tetap.Sebarang aktiviti tidak dibenarkan sekiranya:Sukar mengawal jumlah orang pada satu-satu masa, Kemungkinan terdedah kepada droplets,Sukar mengawal perilaku,Berada dalam kawasan yang sama atau ruang rapat dan tertutup dalam masa yang panjang.
Sumber: MKN via Era Kini
إرسال تعليق