Seorang kakitangan di Hospital Melaka membuat laporan polis setelah dinasihatkan oleh pihak atasan kerana diganggu secara seksual dari seorang lelaki warga emas yang merupakan pesakit Covid-19.
Menurut mangsa yang berusia 29 tahun itu berkata, kejadian berlaku pada Sabtu lalu ketika dia sedang menguruskan lelaki itu di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada jam 5.45 petang.
ARTIKEL MENARIK:7 PATI lolos dari pusat tahanan Tawau kini sedang diburu
Mangsa mendakwa, warga emas terbabit mengeluarkan kata-kata lucah semasa jururawat itu sedang membuat prosedur rawatan terhadapnya.
Berdasarkan salinan laporan polis yang viral di media sosial:
"Semasa saya sedang menguruskan pesakit itu, dia ada membuat satu panggilan dengan satu perempuan dan dia telah membuka pembesar suara.
"Ketika
perbualan dia dengan perempuan itu, saya sedang mengambil darah dia dan
sya mendengar perempuan itu bertanyakan apa yang dia sedang lakukan.
"Pesakit tersebut membalas dengan ayat, "Aku tengah ber*men dengan staff nurse. Kalau tak percaya, boleh video call". Saya bimbang dengan kelakuan pesakit tersebut kerana dalam bilik itu tiada sesiapa, hanya dia seorang.
"Selepas menamatkan panggilan, pesakit meminta untuk melihat saiz condom catheter yang baru. Setelah melihatnya, pesakit itu meminta saya untuk memegang alat sulitnya dan memasukkan ke dalam condom tersebut. Namun saya menolak dan meminta dia memasukkan sendiri," katanya.
Selesai melakukan prosedur rawatan, jururawat itu kemudian keluar dan terus memaklum kejadian itu kepada pihak atasan yang menasihatkan dia untuk membuat laporan polis, kerana bimbang dengan keselamatan jururawat lain.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, Harian Metro
Post a Comment