Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji cara juara Big Stage 2020 (BS2020), Azzam Shah yang membawakan lagu nyanyiannya Aku Bidadari Syurga di pentas akhir pertandingan itu malam tadi. Menurut Siti, Azzam mempunyai cara tersendiri membawakan lagu tersebut.
“Azzam terima kasih kerana menyampaikan lagu saya dengan cara tersendiri,” katanya melalui ciapan di laman Twitter. Selain Aku Bidadari Syurgamu, Azzam telah mendendangkan lagu hit Grenade nyanyian asal Bruno Mars.
ARTIKEL MENARIK:Tak terlintas untuk cetuskan kontroversi bila muat foto kurang sopan. Nabila Huda ulas lebih lanjut mengenai kritikan yang sering dia terkena bila melibatkan pakaian
PENYANYI Azzam Sham muncul sebagai juara program Big Stage 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad. Kemenangan itu melayakkan Azzam, 29, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Azzam menerusi ucapan kemenangan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya terutama peminat sehingga membolehkan dia bergelar juara. “Saya tak sediakan ucapan tapi pertama sekali saya terima kasih kepada Allah. Bakat yang saya ada daripada Allah maha berkuasa. Terima kasih ibu bapa, keluarga, datuk dan nenek saya
“Terima kasih juga kepada peminat yang selalu undi saya, ” katanya. Pada pentas akhir itu, Azzam menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan lagu Grenade (Bruno Mars).
Dia menerima markah daripada juri dan undian penonton secara online sebanyak 67.85 peratus. Naib juara dimenangi oleh Usop dengan markah sebanyak 66.57 peratus dan tempat ketiga oleh Qody Rany dengan markah sebanyak 61.85 peratus.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM20,000 beserta trofi. Manakala, tempat keempat dan kelima menjadi milik Dinie Rashid (60.04) dan Fadh Majid (58.80). Usop selaku naib juara menyanyikan lagu Arjuna Mencari Cinta nyanyian asal Dewa 19 dan lagu Peluang Kedua (Nabila Razali).
Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Ajai serta juri undangan Misha Omar. Keputusan pemenang ditentukan oleh pemarkahan juri dan undian penonton secara online.
Big Stage musim pertama menyaksikan penyanyi Sarah Suhairi menjadi juara manakala juara untuk musim kedua pula milik penyanyi berasal dari Korea Selatan iaitu Han Byul. Big Stage 2020 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan ia dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK, Mstar
Juara Big Stage 2020 milik Azzam Sham
Putrajaya: Penyanyi, Azzam Sham diumumkan sebagai juara program realiti Big Stage 2020 dan berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro. Azzam yang menyampaikan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade di pentas akhir yang berlangsung malam tadi berkata, kejuaraannya bukan miliknya seorang diri.
“Ini rezeki daripada Allah kerana bakat ini milik Allah. Allah Maha Besar. “Sebenarnya, saya dan semua ‘adik beradik’ (peserta-peserta Big Stage 2020) adalah juara di hati peminat kami,” katanya. Tempat kedua dimenangi oleh Usop yang menyampaikan lagu Arjuna dan Peluang Kedua, sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Qody Rany membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi. Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Dinie Rashid dan Fadh Majid. Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.
Big Stage 2020 diacarakan oleh dio pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad di samping barisan juri tetap, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai. Kerusi juri jemputan di pentas akhir diisi oleh penyanyi, Misha Omar manakala Presiden Warganet diwakili oleh Elly Mazlein.
Masalah sakit tekak, Azzam Sham kena rehat cukup
Kuala Lumpur: Penyanyi Azzam Sham dinasihatkan supaya mendapat rehat yang cukup berikutan masalah sakit tekak yang dialaminya ketika ini. Azzam, 23, dihubungi berkata dia yakin keadaan kesihatannya mampu pulih sepenuhnya sebelum beraksi pada malam kemuncak Big Stage 2020, pada Ahad ini.
“Insya-Allah, saya akan berusaha memberi persembahan yang terbaik pada malam final nanti. Saya tak mahu kecewakan peminat dan pasukan saya yang banyak membantu sepanjang persaingan ini. “Menang atau kalah, saya tak mahu fikir kerana sudah berjaya melayakkan diri untuk beraksi di malam final Big Stage 2020 pun, ia adalah satu kemenangan buat saya,” katanya kepada Harian Metro.
Mengulas juga dirinya yang dikatakan bersaing sengit dengan Usop, penyanyi lagu Biar Saja ini tidak menafikan perkara itu. Katanya, memang ramai peminat yang meramalkan dia dan Usop akan berentap berhabis-habisan. “Pada saya, semua peserta yang layak bersaing di final iaitu Qody Rany, Dinie Rashid, Fadh Majid mahu pun Usop, masing- masing ada kehebatan dan strategi tersendiri.
“Untuk saya, paling utama biarlah persembahan dibuat itu mampu memberikan kepuasan sebenar pada diri. Apatah lagi, pentas Big Stage 2020 ini sangat besar buat bakat kecil seperti saya. “Saya akan berusaha sebaik mungkin dan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya. Tidak lupa, terima kasih juga pada ibu bapa, keluarga dan pasukan saya yang ada bersama setiap masa,” katanya.
Pada malam kemuncak Big Stage 2020 itu, Azzam akan menyanyikan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgaku nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Grenade (Bruno Mars). Konsert Akhir Big Stage 2020 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 9 malam yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Manakala, pemarkahan peserta pula akan dinilai barisan juri tetap iaitu komposer Ajai, penyanyi dan komposer, Faizal Tahir serta penyanyi popular, Dayang Nurfaizah. #kw Azzam Sham, Big Stage 2020, penyanyi
‘Terima kasih peminat’
BEGITU pantas masa berlalu, kini sudah 11 tahun penyanyi dan pelakon, Azzam Sham membina nama dan mengketengahkan bakatnya dalam kerjaya seni. Bermula di pentas Idola Kecil 2009 terbitan TV9 ketika kanak-kanak, kini Azzam, 23, beraksi pula di pentas nyanyian berprestij, Big Stage 2020.
Malah, pemilik nama sebenar Muhammad Azzammuddin Lop Hisham ini nekad menyahut cabaran untuk terus menempa nama. Sudah empat minggu bertarung di Big Stage 2020, Azzam jelas dilihat bersaing rapat dengan penyanyi Usop Mentor.
Mengulas mengenainya, Azzam yang sudah mempunyai lagu solo berjudul Biar Saja berkata, semua peserta ada kehebatan masing-masing. “Saya tidak pernah melihat Usop sebagai saingan utama di pentas Big Stage 2020 kerana semua peserta bertanding ada potensi mereka.
“Bagi saya, apa yang paling utama belajar daripada setiap persembahan dibuat peserta lain kerana begitu mantap. “Ditambah, pembabitan saya di Big Stage 2020 ini untuk ketengah bakat dan kukuhkan nama dalam kerjaya seni semula,” katanya.
Berbicara lanjut, Azzam berkata, paling bermakna baginya apabila kini jumlah peminat di media sosial makin bertambah. “Selain itu, saya pun tidak sangka ada ramai peminat yang sanggup menghantar undian buat saya setiap minggu.
“Malah, satu pengalaman yang menarik lagi apabila kemunculan saya begitu mendapat sokongan padu daripada peminat. “Saya hanya mampu berterima kasih kepada mereka (peminat) kerana sanggup memberi sokongan sebesar ini,” katanya.
Azzam yang cukup merendah diri berkata, perjalanannya dalam kerjaya seni masih jauh dan dia perlu lebih fokus. “Matlamat saya menyertai Big Stage 2020 kerana mahu membuktikan bakat dan menjenamakan semula nama.
“Apatah lagi, saya juga sebelum ini sangat jarang muncul dalam program TV dan alhamdulillah, ramai peminat masih nak tengok saya,” katanya. Selain peminat, yang pasti Azzam juga mendapat sokongan mantap daripada teman wanitanya iaitu penyanyi Sheryl Shazwanie, 23.
Sheryl dikatakan datang setiap minggu ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menyaksikan persembahan Azzam. Tidak menyembunyikan hubungan rapat dijalin, Azzam dan Sheryl lebih memilih untuk berterus-terang kepada peminat. Selain Azzam, peserta lain masih bersaing dalam Big Stage 2020 ialah Usop, Qody Rany, Nana Sheme, Farisha Irish, Fadh Majid, Dinie Rashid dan Hafiz Zainal.
Takkan lupa senyuman Sandra
Biarpun persaingan Big Stage 2020 kini di pertengahan jalan, namun ada kisah sedih menyelubungi baru-baru ini. Pemergian salah seorang peserta iaitu Sandra Dianne akibat kejadian jalan raya pada 11 September lalu cukup mengejutkan.
Selepas lebih lima hari di Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya kerana tidak sedarkan diri, Sandra akhirnya dijemput Yang Maha Esa. Berbicara mengenai yang pernah popular dengan lagu Hey Kau itu, Azzam berkata, Sandra seorang pendiam, tetapi suka senyum.
“Walaupun tak rapat dengannya (Sandra), saya pernah bertanya kenapa dia macam suka mendiamkan diri. “Saya masih ingat lagi jawapannya yang memaklumkan dia seorang yang akan bercakap dengan orang lain bila perlu.
“Mendengar jawapannya, saya dapat rasakan dia sangat baik. Ditambah, dia juga tidak lokek dengan senyuman,” katanya. Menurut Azzam, memori yang akan terus diingati terhadap Sandra ialah senyuman yang sentiasa terukir.
“Biarpun kurang bercakap dan suka buat hal sendiri, tapi keperibadian Sandra yang saya puji adalah dia suka senyum. “Setiap hari dia akan senyum dengan semua orang. Malah, kalau tegur kawan-kawan pun tetap sambil tersenyum,” katanya. Sehubungan itu, malam semalam persembahan konsert minggu kelima Big Stage 2020 dibatalkan dan diganti dengan persembahan ‘tribute’ khas iaitu #SandraDalamKenangan.
Azzam tak persia peluang
PEMBABITAN Azzam Sham dalam kerjaya seni terutama nyanyian bermula sejak kanak-kanak apabila pernah menyertai pertandingan Idola Kecil musim kedua di TV9. Bagaimanapun, Azzam turut menceburi lakonan selepas itu dengan aktif membintangi drama dan telefilem. Namun, minat terhadap nyanyian tak pernah pudar.
Justeru, tahun lalu Azzam berpeluang muncul dengan lagu solo berjudul Biar Saja yang secara tak langsung menyinarkan semula bakat nyanyiannya. Namun, bagi bersaing memantapkan semula nama dan bakatnya itu, Azzam kini menyahut cabaran menyertai program realiti Big Stage musim ketiga.
Perjuangan Azzam di pentas Big Stage sudah bermula Ahad lalu dan nyata pembabitannya tidak disia-siakan kerana dia begitu menunjukkan kesungguhan dan komitmen. Mengulas lanjut, Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berkata, dia berusaha membuat persembahan terbaik demi menghiburkan peminat dan memastikan juri berpuas hati.
“Bagaimanapun, persaingan baharu bermula dan kesungguhan yang ditunjukkan kerana saya serius menyertai pertandingan ini. Saya harus mencuba sebaik mungkin. “Ditambah, saya mendapat sokongan padu daripada banyak pihak terutama rakan-rakan. Malah, peminat pun ramai yang nak tengok saya muncul di TV,” katanya.
Mengambil kira sokongan diberi peminat, Azzam berkata, tidak wajar untuk dia melepas peluang dan dia gembira dapat membuat persembahan agak baik Ahad lalu. “Saya pun tak sangka berjaya mendapat tempat teratas pada minggu pertama Big Stage ketika menyanyikan lagu Salam Sejahtera itu. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur.
“Untuk puas hati, saya belum sampai tahap itu lagi kerana persaingan baharu bermula. Perjuangan masih panjang dan saya perlu lebih kreatif memikirkan konsep persembahan. “Saya akan cuba membuat terbaik mengikut kemampuan dan penonton terhibur. Apapun, terima kasih pada peminat yang tak jemu menyokong saya,” katanya.
Menurut Azzam, dia akan berusaha memberi kelainan pada persembahannya setiap minggu. Katanya, dia juga akan cuba keluar daripada zon selesa dan mencabar diri sendiri. Sehubungan itu, Big Stage 2020 turut disertai
bakat muda lain seperti Hanie Soraya, Usop Mentor, Nana Sheme, Yamani Abdillah dan ramai lagi penyanyi kelompok ‘budak baru nak up’ (BBNU) Manakala, barisan juri profesional pula diterajui penyanyi dan komposer, Faizal Tahir, Ajai serta penyanyi berkaliber, Dayang Nurfaizah.
Azzam, Sheryl bercinta…
PASANGAN penyanyi remaja Azzam Sham, 23, dan Sheryl Shazwanie, 23, mengambil pendekatan tidak berahsia mengenai hubungan rapat mereka. Kedua-duanya mengakui mereka sudah kenal lama tetapi semakin rapat sejak beberapa bulan lalu.
Azzam atau Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berkata mereka kini masih dalam proses mengenal hati budi. “Walaupun di antara kami sudah kenal lama tetapi Sheryl ini orangnya susah didekati. “Dia sangat pemalu. Namun, saya tertarik dengannya kerana suka dengan cara dia bercakap dan perwatakan manisnya.
“Apatah lagi, hubungan ini makin rapat selepas pihak syarikat rakaman menggandingkan kami untuk rakam lagu duet bersama. “Semakin hari, saya dapati sangat serasi dengan Sheryl dan kami saling menghormati,” katanya kepada Harian Metro.
Azzam yang pernah popular dengan lagu Biar Saja, manakala Syeryl menerusi lagu Perasaan memberitahu mereka juga sentiasa menyokong kerjaya seni masing-masing. Bagi Sheryl atau nama sebenar Sheryl Shazwanie Shamsulbahri pula, Azzam adalah lelaki pertama yang pernah rapat dengannya.
“Ketika zaman sekolah dahulu pun, saya tidak pernah rapat dengan lelaki termasuk melalui pengalaman terjebak cinta monyet. “Jadi, saya tidak fikir hubungan dengan Azzam sekadar suka-suka kerana kami memang serius. “Malah, saya juga seorang yang suka berterus-terang. Jika saya rapat dengan seseorang lelaki, saya selesa mengaku,” katanya.
Ditanya mengenai ciri-ciri disenangi pada Azzam, Sheryl berkata lelaki itu seorang yang baik. “Setakat ini, bila rakan-rakan bercakap mengenai Azzam semuanya mengatakan dia sangat baik. “Terus-terang, saya sukakan lelaki yang baik,” katanya memberitahu dia dan Azzam juga sudah mengenali keluarga masing masing. Mengulas mengenai lagu duet dirakamkan mereka, kedua-duanya berkata produk itu sudah siap dan tunggu masa untuk dilancarkan.
Jaga batas cinta
WALAUPUN hubungan percintaan dijalin mereka bukan rahsia, namun pasangan penyanyi Azzam Sham, 23, dan Sheryl Shazwanie, 23, tetap menjaga batas pergaulan masing-masing. Apatah lagi, mereka sedar ikatan sebagai kekasih bukan tiket untuk sering bertemu meskipun di atas urusan kerja.
Bagi mereka, kepercayaan diberi keluarga tidak harus dimusnahkan. Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammudin Lop Hashim yang dikenali dengan lagu Biar Saja sebelum ini, berkata, dia juga sangat menghormati keperibadian Sheryl.
“Sheryl sebenarnya wanita yang susah didekati kerana dia pemalu. Saya pun tak sangka kami boleh rapat dan akhirnya bercinta. “Apapun, saya akui tertarik dengan Syeryl apabila melihat cara dia bercakap atau berbual dengan orang. Tutur katanya begitu lembut dan suka tersenyum.
“Perwatakan manis yang dimiliki Sheryl membuatkan saya sangat menyenanginya. Alhamdulillah, kami juga saling memahami antara satu sama lain, katanya. Azzam yang pendiam dan tidak banyak cakap mengakui perkenalan dia dengan Sheryl sudah lama sejak mereka di bawah label Studio 57 dan kemudian menyertai MVM Production.
Mengulas kedekatan hubungan dijalin, Azzam berkata, dia berasa adanya keserasian dengan Sheryl selepas mereka sering terbabit dalam program dan aktiviti bersama sebelum pandemik Covid-19 di negara ini. “Pada tahun lalu, acara hiburan banyak diadakan sama ada untuk disiar TV dan radio atau majlis makan malam korporat. Justeru, saya dan Sheryl ada mendapat tawaran persembahan.
“Kami pun ada lagu solo masing-masing. Jadi, pertemuan di acara persembahan yang sama akhirnya membuatkan hubungan semakin rapat, katanya. Menurut Azzam, setakat ini sama ada keluarganya mahu pun pihak Sheryl sudah mengetahui perhubungan dijalin dan sudah mendapat restu.
Sementara itu, Sheryl berkata, dia menyukai Azzam sudah lama, tetapi secara diam-diam. Apatah lagi, mereka tidak rapat dan sekadar meminati dari jauh berikutan sikap pendiam Azzam. “Tak tahu kenapa boleh minat dengan dia. Mungkin dia sangat sopan dan apabila bercakap, Azzam tak pernah meninggi suara. Sepanjang berbual dengannya, dia sangat menyenangkan dan saya selesa.
“Dia juga sangat menghormati orang tua, mudah dibawa berbincang dan suka bertukar pendapat. Azzam boleh terima setiap pandangan dikongsi dengan baik, katanya. Berbicara mengenai penerimaan keluarga, Sheryl berkata, ibu bapanya tidak menghalang, cuma dia perlu sentiasa menjaga batas pergaulan diri, maruah serta nama baik keluarga.
Sheryl atau nama sebenarnya Sheryl Shazwanie Shamsulbahri sebelum ini popular dengan lagu solo berjudul Perasaan. Selain itu, Sheryl juga pernah menyertai pertandingan Big Stage musim kedua. Pada 2015, Sheryl pernah tular ketika dia menyanyikan semula lagu Kun Anta nyanyian asal Humood Alkhudher. Sementara itu, muzik video lagu Perasaan nyanyiannya sudah mencatat 15 juta tontonan di YouTube.
Lagu duet Jika Ini Takdirnya
Peluang menyanyi bersama untuk lagu duet baru tidak pernah difikir menjadi kenyataan oleh Azzam dan Sheryl. Namun, apabila mendapat peluang mereka tidak menolak. Merakamkan lagu Jika Ini Takdirnya pada tahun lalu, Azzam berkata, dia berusaha sebaik mungkin menjiwai lagu itu.
“Lagu itu sangat istimewa kerana ia lagu duet pertama bersama Sheryl. Jadi, kami perlu rakamkannya dengan baik, katanya. Bagi Sheryl pula, kesukaran dan cabaran untuk menjiwai sesuatu lagu itu tidak dapat dielak. Cuma, katanya dia gembira banyak mendapat bantuan Azzam.
“Alhamdulillah, proses rakaman lagu Jika Ini Takdirnya dapat dilakukan dengan berkesan. Saya harap lagu ini mendapat sambutan baik pendengar, katanya. Muzik video lagu Jika Ini Takdirnya sudah dilancarkan di YouTube pada 22 April lalu dan hingga kini mencatat 226,000 tontonan.
Post a Comment