Berani pertikaikan PKPB umum di saat akhir. Diana Danielle terus dikritik teruk oleh warganet dan ini penjelasan dari Diana Danielle sendiri suslan isu itu mula menjadi perbualan ramai

Terbaru,kerajaan bertindak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, pelakon Diana Danielle khabarnya terkilan menzahirkan rasa tidak puas hati dengan berita tersebut. Menurutnya,beliau berasa tidak adil kerana perkara itu dimaklumkan di saat akhir.

Berani pertikaikan PKPB umum di saat akhir. Diana Danielle terus dikritik teruk oleh warganet dan ini penjelasan dari Diana Danielle sendiri suslan isu itu mula menjadi perbualan ramai

 


“Kenapa tak boleh bagitahu CMCO ni 2-3 hari sebelumnya? Kenapa sehari ja? Ini sama sekali tidak adil. Kelam kabut tak memasal kerana anda tidak dapat gauge untuk beberapa hari lagi! Bukankah itu jelas?Sementara itu, beliau juga dilihat mempunyai alasan kukuh untuk berasa panik kerana dirinya kini berada di luar Kuala Lumpur.“Yang lari orang lain, yang kena org lain. Salah tmbak ni. Dan saya tidak berada di Kuala Lumpur sejak 3 hari yang lalu, bahkan sebelum pengumuman CMCO.

ARTIKEL MENARIK:Ada individu yang tidak dikenali menghantar mesej yang berbaur negatif. Syamsul Yusof terus buat laporan polis dan ulas kejadian sebenar yang berlaku terhadap dirinya sekeluarga
loading...


Oleh itu, saya mempunyai sebab untuk panik. Don’t trash your assumptions to me lol.Bagaimanapun hantaran tweet yang berkongsi di laman Instagram miliknya itu telah mengundang kritikan warganet kerana wujud segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan luahannya itu.


Sekadar informasi, PKPB dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam, mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober.Untuk rekod, Diana yang kini sibuk dalam aktiviti seni merupakan isteri kepada pelakon Farid Kamil. Selepas mendirikan rumah tangga bersama, pasangan itu kini dikurniakan dua cahaya mata.

“Bukan saya tak mahu jumpa, dia yang tak nak” – Diana Danielle perjelas status bapa yang tak pernah muncul

Diana bersyukur dikurniakan suami penyayang untuk anak-anak.PERKONGSIAN pelakon Datin Diana Danielle mengenai kisah hidupnya yang dibesarkan tanpa kasih seorang bapa mengundang simpati warganet .Menurut Diana, 28, walaupun hanya sempat menumpang kasih dalam waktu singkat, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk bapanya itu.

“D (Diana) sekejap sangat rasa kasih sayang seorang ayah, sampai sekarang walaupun dia tahu saya wujud… dia masih cuba untuk lupakan yang dia adalah ayah saya dan darhnya mengalir dalam badan saya.”Itulah takdir, itulah kehidupan. Walau apa yang berlaku, saya akan sentiasa mendoakan untuk ayah saya kerana dia tetap ayah saya,” katanya.

Perkongsiaan Diana di Instagram menarik perhatian pengikut. Isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini berkongsi luahan tersebut di Instagram pada Isnin. Sementara itu, Diana berkata dia tidak mengetahui mengapa bapanya enggan menemuinya.”Dia pernah ada dalam hidup saya, dia pernah menjadi bapa saya namun esoknya dia hilang. Saya terima hakikat itu sekarang… tapi kenapa? 

“Tak tahu bagaimana rasa sakit itu kerana anda mengharapkan dia kembali dan bawa semua kesakitan berkenaan. Tapi tak mengapa, Alhamdulillah dengan kehidupan saya sekarang walau tanpa kehadiran dia.”Bukan saya yang tak nak jumpa, dia yang tak nak,” jawab Diana pada salah satu komen pengikut.Dalam pada itu, Diana tetap bersyukur dikurniakan seorang ibu, Norsiah Ramli yang bertanggungjawab dan sentiasa berada di sisinya sejak kecil hingga sekarang.

Diana membalas pertanyaan yang diajukan oleh peminat. Malah, kehadiran Farid sebagai suami kepada dua cahaya mata mereka membuatkan kehidupannya lebih bermakna dan bahagia.”Saya syukur ibu saya masih hidup, dia yang krbankan segalanya untuk saya. Dialah teman, dialah pembimbing dan saya syukur ada suami yang sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya.

“Mereka dapat rasa gomolan seorang ayah, teguran dan kasih sayang. Masa akan berlalu dengan pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti,” ujarnya.Terdahulu, Diana berkahwin dengan  Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.

“Betapa pentingnya Farid untuk saya” – Diana Danielle hargai masa bersama sementara hukumn pnjara ditangguh

Diana mengakui lebih menghargai hubungannya dengan suami, Farid Kamil.KONTROVERSI membabitkan pelakon Datuk Farid Kamil hingga dijatuhkan hukmn pnjra kerana terlibat dengan penylhgunaan barang tidak dibenarkan mematangkan hubungan rumah tangga yang dibina bersama aktres Datin Diana Danielle.

Menurut Diana, 28, detik-detik hitam yang berlaku menjadikan dia dan Farid lebih menghargai antara satu sama lain.”Saya sebagai isteri tahu Farid seorang suami dan bapa yang baik, saya bersyukur kita masih dapat menikmati saat gembira bersama.”Hubungan kami lebih matang, mula menghargai antara satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya. Saya masih ingat apa Hanis Zalikha pernah cakap pada saya dahulu… jika kita hadapi segala dugaan dengan sabar, Allah akan beri sesuatu lebih manis.

“Segala yang berlaku membuatkan kami lebih rapat dan tenang menerima apa sahaja ujian,” katanya kepada mStar.Diana bahagia bergelar isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.Diana ditemui semasa pelancaran produk, pertunjukan fesyen dan anugerah kecemerlangan AS Legacy yang diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Menerusi laporan mStar pada 19 Jun lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hkmn tirai besi sembilan bulan yang dikenakan terhadapnya atas tdhn ddah.Farid dikenakan hkmn tirai besi sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan mengguna ddh jenis gnja Tetra Hydrcnnibl (THC), tahun lalu dan telah menjalani hkmn di Pnjara Kajang selama 35 hari bermula 15 Mei.

Sementara itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini berkata dia bukanlah seorang isteri yang kuat seperti dibayangkan peminat.Farid dibenarkan menangguhkan hkmn tersebut selama sembilan bulan.Namun, sokongan moral orang sekeliling terutamanya ibu, Norsiah Ramli membuatkan dia menjadi lebih cekal berdepan ujian hidup.”Nak kata saya kuat, ada juga hari-hari yang saya terkesan… cumanya saya ada ibu yang buatkan saya kuat.

“Kalau orang kata saya kuat sebenarnya tidak! tapi sokongan orang sekeliling ini yang membuatkan saya kuat.”Saya berterima kasih kepada peminat yang tak jemu memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk kami,” ujarnya.Terdahulu, Diana berkahwin dengan  Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.

Diana Danielle ‘bersuara’ isu tiada air, tegur pihak berkuasa supaya tegas – “Kalau sekadar denda RM60,000 dia heran ke?”

ISU pencemaran hingga menjejaskan bekalan air di Selangor turut mendapat perhatian pelakon Datin Diana Danielle yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan masalah tersebut

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 29, berpendapat hukuman membayar denda RM60,000 atas kesalahan mencemarkan air tidak setimpal memandangkan masalah itu sudah berulang kali berlaku.”Saya tunggu pihak berkuasa jatuhkan hkman yang berat kepada pesalah yang mencemarkan air Selangor, bukan kali pertama kan? Tak relevan hanya denda saja.

Diana menyuarakan perkara itu di Instagram.“During a pandemic lagi ni, atau tak kisah isu ni berulang lagi dan lagi, dan mungkin boleh mencetus #klusterairselangor? Beberapa kilang tu… kalau sekadar denda RM60,000 dia heran ke? Tu celah gigi saja sebab itu dia buat lagi,” katanya.

Isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ini menyuarkan pendapatnya itu di Instagram pada Sabtu dan rata-rata warganet juga bersetuju dengannya.Diana turut berkongsi artikel yang mengatakan kesalahan mencemar bekalan air dibawah Seksyen 121 Akta Perkhidmatan Air yang memperuntukkan hukumn denda RM500,000 atau penjara 10 tahun atau sebtan rotan atau ketiga-tiganya.

Kami tidak mampu nak hadapi masalah air sepanjang pandemik, anda merisikokan kehidupan.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman memberitahu untuk memulihkan bekalan air mungkin akan mengambil masa empat hari.Masalah itu berlaku disebabkan penutupan empat loji rawatan air yang ditutup sejak Khamis akibat pencemaran bau.

Dalam pada itu, Diana meluahkan rasa bimbang dengan nasib peniaga kecil, warga tua dan hospital serta rumah kebajikan yang memerlukan bekalan air dalam waktu yang bahayal.Bekalan air Selangor terganggu akibat pencemaran.”Peniaga kecil yang perlukan supply of water ni macam mana pula? Orang tua, yang kurang sihat di rumah mereka macam mana pula? Hospital, rumah kebajikan? Jiran tertangga, sekolah? Risiko sangat besar dalam masa yang sangat kritikal ini.

“Kepada pemilik kilang ini semua, dengar ya… kalau tak reti nak uruskan pembaziran industri anda secara betul dan tak ada kesedaran sivik, tak payah buka kilang. Kan dah menyusahkan berjuta rakyat. Bijakkan diri dulu!”Kecil-kecil tak nak — bila besar menyusahkan sejuta orang! Kami tidak mampu nak hadapi masalah air sepanjang pandemik, anda merisikokan kehidupan. Saya menunggu dan berharap perkembangan mengenai kilang ini,” katanya.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:

 

loading...


Diana Danielle sukar bernafas akibat ‘mntal breakdown’, “Saya tak pernah bayangkan akan rakam video menangis dan tunjuk kepada umum”

PELAKON Datin Diana Danielle mendedahkan dia mengalami ‘mntal breakdown’ dan masalah kebimbangan melampau (anxiety) sejak beberapa hari lalu.Diana melalui sebuah video yang dirakamnya sendiri memberitahu perkara itu menyebabkan dia sukar untuk bernafas dan apa yang dilaluinya ketika ini amat berat untuk ditanggung.

“Siapa yang alami sahaja yang faham. Saya tak kisah bagaimana rupa rambut atau muka atau baju saya ketika ini. Ia adalah kebenaran yang orang lain selalu cuba untuk nafikan atau mungkin ada ahli keluarga anda yang pernah cakap bahawa perkara ini tidak benar dan suruh sabar atau diri anda sendiri yang tidak tahu mengapa dan rasa diri sendiri lemah atau adakah anda mengada?

“Tidak… fikiran, tubuh dan segalanya rasa seperti ia bukan diri anda. Anda mungkin fikir jika anda cukup tidur, anda akan rasa lebih baik. Mungkin kalau anda cukup makan anda rasa lebih baik.“Tapi sebenarnya ia bukan sesuatu yang boleh dijangka. Ia bermain dengan perasaan anda, dan sekarang saya sangat penat. Saya tidak akan menangis melainkan ianya sangat memeritkan. Sukar untuk bernafas selama beberapa hari ini sungguh menkutkan dan sangat mengecewakan,” katanya.

Posting yang dimuat naik Diana di laman Instagram miliknya.Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Farid Kamil ini memberitahu, pelbagai usaha dilakukannya untuk mengatasi masalah itu namun ia tidak membuahkan hasil.Kata Diana, dia turut mengalami sakit pada bahagian dada akibat terlalu memaksa untuk bernafas dan sudah mendapatkan rawatan di hospital mengenai punca masalah sesak nafas yang dialaminya itu.

“Ianya mungkin hari ketiga atau empat atau lima, saya tak pasti. Saya tidak dapat bernafas. Saya sudah tidur dari semalam pukul 11 (malam) kemudian saya bangun awal pagi kerana sudah tidur agak awal. Kemudian saya tidur lebih kurang pukul 2 petang dan saya baru bangun masih rasa seperti tidak dapat bernafas. “Apabila periksa tahap oksigen saya pada paras 100 peratus. Degupan jantung saya berubah tinggi sedikit dari kebiasaan tetapi ianya bukan penyebab untuk masalah ini dan saya sudah cuba bernafas untuk dapat nafas penuh itu… ya Allah, susah.“Saya menangis ni kerana saya rasa penat nak cari nafas. Penat. Macam nak memaksa tapi tak penuh. Bila penuh itu ya Allah leganya. Ini adalah apa yang saya lalui dan ramai yang lain melalui nya juga dan ianya benar.

Saya tak pernah bayangkan saya akan merakam video saya menangis dan tunjukkan ia kepada dunia.

Diana berkongsi perkara itu melalui sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada petang Ahad.Melalui rakaman video itu, Diana dilihat berada dalam keadaan tidak terurus dan sedang menangis.Bagaimanapun Diana menjelaskan dia secara terbuka berkongsi mengenai perkara itu demi kesedaran orang ramai yang masih tidak mengetahui mengenai sindrom risau terlampau.

“Saya merakam video ini kerana ramai yang cuba untuk menafikan perasaan ini dan mengatakan yang ia tidak benar dan lupakan tentang apa yang anda sedang fikirkan tetapi ianya bukan mudah.“Dada saya sakit disebabkan terlalu memaksa untuk bernafas. Saya tak pernah bayangkan saya akan merakam video saya menangis dan tunjukkan ia kepada dunia.“Tetapi ini kebenaran dan mungkin anda yang lain. Saya kongsi perkara ini kerana di Malaysia tak semua berani berkongsi mengenainya dan ianya tidak adil. Jadi saya akan kongsikan dan cuba beberapa cara yang diberikan mereka yang baik hati,” katanya.

Diana Danielle anggap pelantikan King Coco hanya bahan jenaka – “Apa kelayakan dia? Jangan hancurkan harapan rakyat”

PEMILIHAN selebriti media sosial King Coco sebagai Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak mendapat pelbagai reaksi warganet di laman sosial. Rata-rata warganet terkejut dan membantah keputusan tersebut kerana berpendapat King Coco tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi ketua dalam bidang politik.

Malah, menerusi Twitter dan Instagram pelakon Datin Diana Daniella turut meluahkan rasa kecewa dengan pelantikan yang dianggap tidak berkualiti.”Saya sebenarnya marah, saya berasal dari Bagan Serai. Saya berasa ia keputusan yang sangat tidak bertanggungjawab membenarkan influencer atau attention seeking untuk jadi suara rakyat.

Diana turut berkongsi kenyataan daripada artikel mengenai peranan wakil rakyat.“Adakah dia tahu macam mana besarnya tanggungjawab itu? Apakah kelayakannya? Ini bukan jenaka.”Rasa influencer fondeisyon itu cukup mntal stealth dan keupayaan ke untuk pikul tanggungjawab ini? Parti politik itu pun tak rasa tidak bertanggungjawab ke serah kuasa macam itu?

“Saya kecewa dengan pelantikan yang tidak berkualiti macam ni. Dia tak layak. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ini. Harap maklum Bagan Serai,” kata Diana.Meskipun status yang dimuat naik Diana tidak menyebut nama mana-mana pihak namun umum sudah mengetahui individu yang dimaksudkannya itu adalah King Coco.Ruang komen di status itu juga dipenuhi dengan komen warganet yang bersetuju dan menyokong pendapat isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil itu.

Jangan hncurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ini.

“Betul tu… Tertanya-tanya juga apa kelayakan dia dan macam mana boleh tiba-tiba jadi wakil rakyat? Rezeki? Tunjuklah seseorang yang kita rasa dia layak untuk pegang jawatan penting bukan sekadar untuk glamor.”Saya orang Bagan Serai pun rasa tak sepatutnya dan tidak selayaknya jawatan itu dia dapat. Dia bukan sesiapa, untuk apa lantik dia, untuk jadi jenaka di Bagan Serai ke?

“Akhirnya ada juga suara besar yang menyatakan apa yang saya rasa. Kalau macam itu pilihan Bagan Serai, hancur,” komen beberapa warganet.Dalam pada itu, menerusi komen balas Diana memberitahu dia enggan menyebut nama individu yang diperkatakan namun hanya ingin mempersoalkan pelantikan tersebut.”Saya persoalkan pelantikan Bagan Serai, saya tak mahu sebut namanya. Tapi kita tak perlukan wakil rakyat seperti dia,” ujarnya.

Coco atau atau Marshaira Ismail, 22, sebelum ini cukup terkenal dalam kalangan waragnet kerana percakapan pelat seperti mat salih dan beberapa kontroversi.Menerusi laporan mStar pada Rabu, Coco kini kembali menjadi bualan ramai selepas terlibat dalam politik menerusi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Penglibatan Coco dalam politik mula dihidu warganet selepas satu poster kempen bagi merebut jawatan tersebut tersebar di laman sosial sejak Selasa.Hasil semakan di Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku mendapati ibu kepada seorang anak itu sudah memenangi jawatan berkenaan apabila memperoleh 62 undi dengan menewaskan dua calon lain.

Diana Danielle ‘tension’ warganet tak faham bahasa! – “Sekarang orang tengah memperjuangkan kempen #blacklivesmatter, tolong hormat”

PELAKON Datin Diana Danielle menegur sikap segelintir rakyat Malaysia yang mempersoalkan mengenai gerakan protes Black Lives Matter yang dianjurkan oleh warga Amerika Syarikat, baru-baru ini.Menerusi laman Instagram, Diana meluahkan rasa bengang apabila menerima komen daripada warganet yang meminta supaya kumpulan penyokong protes tersebut turut memperjuangkan nasib kaum lain yang tertindas.

“Saya nak tegur sikit boleh? Apabila semua orang tengah memperjuangkan sesuatu isu tolong hormat… contohnya sekarang #blacklivesmatter (kehidupan orang kulit hitam itu penting).”Ada orang komen kata kenapa perjuangkan isu itu sahaja sebab all lives matter (semua kehidupan penting)… tension kadang-kadang, sekarang kita perjuangkan satu isu! Tak bolehlah dalam satu masa tiba-tiba nak naikkan 14,000 isu, nanti tak ada tumpuan atau fokus dalam isu itu.

Diana muat naik video pandangannya di Instagram.“Dulu ada hashtag #SavePalestine jadi kita fokus pada gerakan tu, janganlah apabila orang tengah fokus untuk satu isu, orang lain masuk (persoalkan) kenapa Palestine je… kenapa tak semua negara-negara tertndas? Macam mana nak jawab? Macam mana nak puaskan hati orang!,” katanya.

Baru-baru ini, masyarakat dunia menyuarakan slogan Black Lives Matter sebagai salah satu bentuk solidariti atas pemergian George Floyd warga kulit hitam di Amerika Syarikat.Hashtag #blacklivesmatter menjadi trending di media sosial serta mendapat perhatian dunia sehingga mencetuskan ketegangan dan rusuhan di beberapa bandar besar negara tersebut.

Diana bersama suami, Farid Kamil.Sementara itu, isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini berpendapat adalah tidak wajar mana-mana pihak atau individu mempertikaikan mengenai gerakan tersebut.”Kita nak beri kesedaran orang… naikkan satu isu kemudian barulah ke isu lain, tak boleh menidakkan perjuangan orang lain sebab ini apa yang sedang terjadi kepada mereka.

“Mereka mulakan gerakan ini dan kita sokong, bukan kata yang ini lebih penting atau berkuasa dari yang itu… sekarang ini gerakan #blacklivesmatter! Just support,” ujarnya.Sebelum ini, ada beberapa individu mempersoalkan mengenai gerakan tersebut yang hanya memperjuangkan masyarakat kulit hitam di Amerika Syarikat sedangkan ada bangsa lain turut ditndas antaranya rakyat Palestine dan negara Islam lain.

Diana Danielle mengaku banyak buat silap, tak menyesal jadi ibu usia muda

Diana tak pernah menyesal bina keluarga pada usia muda.PELAKON Datin Diana Danielle meluahkan perasaan bersyukur apabila menjadi ibu kepada dua cahaya mata pada usia yang bakal mencecah 30 tahun.Diana, 28, berkata, dia tidak pernah menyesal membina keluarga sebelum memasuki usia 25 tahun.”Mereka (anak-anak) akan berusia 8 dan 6 tahun apabila saya memasuki usia 30 tahun nanti. Saya bejaya mempunyai keluarga kecil sebelum 25 tahun dan saya tidak menyesal kerana begitu awal dan kehilangan masa muda.

“Suatu perasaan yang sukar digambarkan membesar bersama anak-anak dan belajar dengan mereka,” tulisnya.Diana Danielle bersama dua anaknya.Diana berkahwin dengan aktor Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang kini berusia enam tahun dan Nur Aurora berumur empat tahun.

Pelakon drama Raisha ini berkata, dia melakukan banyak kesilapan tapi anak-anaknya sentiasa menyanyangi dan pada usia ini mereka hanya melihat sesuatu yang baik.Kata-katanya, kanak-kanak mempunyai sifat pemaaf dan sentiasa saling sayang menyayangi.”Saya buat banyak kesilapan tapi mereka sangat sayang dan pada usia ini mereka tidak melihat apa-apa kecuali yang baik-baik,” ujarnya.

Diana Danielle sambung belajar di Amerika, bawa suami dan anak-anak

PELAKON Datin Diana Danielle memberitahu dia kembali menyambung pelajaran menerusi kursus jangka pendek di Amerika Syarikat sekitar Julai tahun hadapan.Diana, 27, memberitahu dia akan mengambil kursus dalam bidang penerbitan filem di New York Film Academy (NYFA) kampus Los Angeles selama dua bulan.”Insya-Allah sekiranya tiada sebarang masalah saya akan berangkat ke Los Angeles pada Julai tahun hadapan untuk mengambil kursus jangka pendek dalam bidang penerbitan filem.

“Memang sudah lama saya pasang hasrat untuk sambung belajar dan Alhamdulillah hasrat itu akhirnya bakal terlaksana,” katanya.Diana dan suami, Farid Kamil. Foto Instagram @dianadanielleb.Diana memberitahu kursus itu ditanggung sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebagai imbuhan kemenangannya menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Hanyut) Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) tahun lalu.

Dalam pada itu, Diana berkata, pemergiannya ke Amerika turut disertai oleh suami, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora.”Memandangkan kursus itu mengambil masa dua bulan jadi rasanya lebih baik saya bawa keluarga bersama-sama.

“Sambil itu bolehlah kami bawa anak-anak melawat tempat menarik di Los Angeles dan mungkin akan kembali ke Malaysia pada hujung tahun,” ujarnya.Bercakap lanjut mengenai kursus itu, Diana berkata, dia mengambil penerbitan filem kerana memasang impian untuk menubuhkan syarikat produksi bersama Farid suatu hari nanti.

Diana berhasrat untuk memiliki syarikat produksinya sendiri.“Farid memang orang seni dan dia juga pengarah… Jadi adalah lebih baik saya ambil kursus berkaitan penerbitan filem.”Perancangan nak tubuhkan syarikat produksi itu memang ada dan mengambil kursus seperti ini adalah antara persediaan saya ke arah itu,” ujarnya.

Diana turut memuji usaha Finas yang memberikan ganjaran kepada penggiat seni untuk menimba ilmu terutama di luar negara dan berharap ia akan diteruskan.Untuk rekod, Diana pernah mengambil kursus lakonan di NYFA, Los Angeles sekitar 2011 sebelum menyambung pengajiannya dalam bidang Produksi Siaran Langsung di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia pada 2013.

 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post