Berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan zon merah. Terkini 298 sekolah di zon merah di Petaling ditutup esok dan sehingga ke satu tarikh ini

Smeua sekolah di kawasan zon merah di Petaling,Selangor akan ditutup bermula esok sehingga 25 Oktober ini. Perkara ini diberitahu oleh kkm sendiri..KPM dalam satu kenyataan berkata, ia selaras dengan perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Oktober lalu berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan yang disahkan zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berhubung keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan zon merah. Terkini 298 sekolah di zon merah di Petaling ditutup esok dan sehingga ke satu tarikh ini

 


“KPM mengambil perhatian berhubung peningkatan kes Covid-19 di daerah Petaling. Daerah ini telah disahkan sebagai zon merah oleh KKM.”Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling. Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

ARTIKEL MENARIK:Terkini kes meningkat 374 kes baru positif covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bongkarkan puncanya buat warganet terkedu.
loading...

“Senarai sekolah yang ditutup di zon merah daerah Petaling dilampirkan. Untuk makluman juga, senarai ini akan dikemaskini dari masa ke masa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM,” katanya.Beliau berkata, sekolah yang mempunyai asrama termasuk kolej vokasional juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang.

“Bagaimanapun, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan kolej vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.”Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah. Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid,” katanya.

Senarai Sekolah yang ditutup Daerah Petaling.12 Oktober – 25 Oktober 2020 pic.twitter.com/9dvQuYDmaE— KPM (@KemPendidikan) October 11, 2020.Katanya, manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.”Bagi kebanyakan sekolah yang kini sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekolah yang terlibat dengan penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan ini ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.

“Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM. Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari masa ke masa,” katanya.-sh

Waris kesal sekolah tidak patuh SOP
ROSLINDA HASHIM

ALOR SETAR – Beberapa orang waris sebuah sekolah rendah di selatan Kedah di sini menyuarakan kebimbangan apabila pihak sekolah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Koronavius (Covid-19).Seorang waris murid, Hana Suraya Abdullah mengakui berasa kesal kerana pihak sekolah masih menganjurkan program dan perhimpunan untuk diraikan bersama murid ketika berlaku peningkatan kes Covid-19 di negeri ini.

Menurutnya, sejak dua minggu lalu, pihak sekolah menganjurkan dua program tanpa mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).“Saya bimbangkan keselamatan anak, sebab saya sentiasa minta anak patuhi SOP ketika di tempat awam. Sebaliknya apabila mereka di sekolah, pihak sekolah seolah tidak ambil berat mengenai pemakaian pelitup muka dan penjarakkan fizikal,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Hana Suraya berkata, hanya segelintir murid dilihat memakai pelitup muka sepanjang masa dan keadaan itu amat membimbangkan.“Sepatutnya guru tunjukkan contoh yang baik kepada murid dengan memakai pelitup muka kerana murid terutama Tahun Satu dan Dua masih belum mengerti bahaya wabak itu,” katanya.

Seorang lagi waris, Idris Mat berkata, pihak sekolah harus peka dan memastikan semua murid mematuhi SOP, termasuk pemakaian pelitup muka ketika di sekolah.“Saya lihat memang tak ramai murid pakai pelitup muka, saya hairan juga sebab wabak Covid-19 masih tinggi di Kedah, tapi masih ada ibu bapa atau guru yang tidak prihatin dengan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal,” katanya.

Katanya, walaupun daerah terbabit bukan zon merah, namun semua pihak harus sentiasa waspada dan patuhi SOP sepanjang masa.“Saya harap Jabatan Pendidikan Kedah (JPN) pantau dan kenakan tindakan terhadap sekolah yang abaikan SOP. Kalau ada yang dijangkiti akan melibatkan semua warga sekolah dan menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kebimbangan waris berhubung kealpaan pihak sekolah, Exco Pendidikan negeri, Datuk Najmi Ahmad mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).“Saya ingin ingatkan kepada semua pentadbir sekolah untuk patuhi SOP, kita harus ingat SOP tersebut merupakan langkah pencegahan yang terbaik untuk kekang penularan wabak Covid-19,” katanya.Menurutnya, semua pihak seharusnya memberi komitmen tinggi terhadap pematuhan SOP sebaik mungkin demi keselamatan diri, murid dan keluarga daripada dijangkiti Covid-19.-sh

Lima lagi kluster baharu dikesan hari ini

KUALA LUMPUR – Lima lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di negara ini, iaitu tiga di Sabah manakala masing-masing satu kluster di Wilayah Persekutuan Labuan dan Selangor.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster baharu di Sabah ialah Kluster Kasih, Kluster Surat dan Kluster Khazanah, manakala di Labuan ialah Kluster Bah Bundle dan di Selangor Kluster Sungei Way.

Beliau berkata, Kluster Kasih dikenal pasti di daerah Lahad Datu, apabila kes indeks ke-12,509 didapati positif hasil saringan petugas kesihatan pada 27 September dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan.“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif, manakala 1,804 individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang akhbar secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Bagi Kluster Surat di Sandakan, Dr Noor Hisham berkata, ia membabitkan kes indeks ke-15,097, yang dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan, dan saringan kontak rapat telah mengesan 24 lagi kes positif manakala 49 individu lagi masih menunggu keputusan.COVID-19; 11 Okt 2020.Jumlah discaj baru:133,Jumlah kumulatif:10913 (69.7%)Jumlah kes baru;561Jumlah kumulatif:15657Jumlah kes aktif:4587Kes tempatan:553 (494WN, 59BWN)Kes import:8 (5WN, 3BWN)Jumlah pemergian :2Jumlah kumulatif:157 (1.0%)Kes di ICU: 90

Mengenai Kluster Khazanah juga di Lahad Datu, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks ke-14,842 dikenal pasti positif hasil saringan kontak rapat pada 9 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.“Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif dan sehingga kini terdapat 638 individu lagi masih menunggu keputusan,” katanya.

Memperincikan mengenai Kluster Sungei Way melibatkan Petaling dan Gombak di Selangor, serta Titiwangsa di Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks ke-14,307 dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Susulan saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif dan tujuh individu lagi masih menunggu keputusan,” katanya.Dr Noor Hisham berkata, bagi Kluster Bah Bundle di Wilayah Persekutuan Labuan, ia melibatkan kes indeks ke-11,771, yang dikenal pasti positif hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah pada 2 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

“Berikutan itu, saringan kontak rapat telah mengenal pasti dua lagi kes positif dan 296 individu masih menunggu keputusan,” katanya.Beliau berkata, kluster lain yang mencatatkan pertambahan kes ialah Kluster Benteng LD (17 kes); Kluster Tembok (16); Kluster Tujuh Serangkai (lapan); Kluster Tanamera (lapan); Kluster Utama (lima); Kluster Jalan Meru (dua); manakala Kluster Ramai-Ramai, Kluster Highway dan Penjara Reman masing-masing merekodkan satu kes. – Bernama

Terkini KKM Memaklumkan Bahawa Terdapat 561 Kes Baharu COVID19 Untuk Hari Ini. KKM Memaklumkan Punca Kes Ini Berlaku Dengan Jumlah Yang Agak Tinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 561 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 553 merupakan kes tempatan manakala 8 kes merupakan kes import.Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 133 kes telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembut adalah 10,913 kes.

Dukacita dimaklumkan pada hari ini, terdapat 2 pemergian yang dilaporkan di negeri Sabah.Selain itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 5 kluster baharu yang dicatatkan pada hari ini. Menerusi kemaskini Bernama di laman Twitter, lima kluster baharu yang dikesan adalah melibatkan negeri Sabah, Selangor dan juga Labuan.

Covid-19: KKM tambah fasiliti di Sabah

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menambah hospital, pusat kuarantin dan katil dalam usaha memastikan persiapan di semua peringkat bagi memudahkan merawat pesakit Covid-19 di Sabah.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, terbaru Hospital Marudu hospital dijadikan pusat merawat pesakit Covid-19 di negeri itu.

Menurutnya, KKM kini mempunyai tujuh hospital untuk merawat kes Covid-19 yang memerlukan penjagaan perubatan dan enam lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).“Terdapat 4,834 katil disediakan untuk merawat pesakit Covid-19 di tujuh hospital Covid-19 dan 16 PKRC di Sabah.”Secara keseluruhan 30 peratus katil sudah digunakan, manakala kes yang tidak bergejala atau gejala ringan akan ditempatkan di PKRC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dalam usaha meningkatkan bilangan katil rawatan Covid-19 di fasiliti, KKM akan menjalankan penyumberluaran perkhidmatan kepada hospital swasta di Sabah.“Penyumbeluaran dilaksanakan ke beberapa hospital swasta di Sabah seperti Gleneagles Hospital Kota Kinabalu, KPJ Sabah Specialist Hospital, Jesselton Medical Centre dan sebagainya.

 



s bagi kategori satu dan dua pula akan terus ditempatkan PKRC.”Perancangan awal adalah menempatkan 100 katil di hospital medan ini dan bagi menangani peningkatan beban makmal di Sabah, beberapa makmal di semenanjung turut mengendalikan ujian tersebut,” katanya.

Menurutnya, sampel akan di hantar ke Semenanjung menerusi penerbangan ihsan ATM.“Dari segi keperluan ventilator, Sabah mempunyai 180 unit peralatan itu dengan kadar penggunaan semasa sebanyak 38 peratus.“Bilangan ventilator meningkat daripada 66 unit pada fasa awal kesiapsiagaan kepada 180 unit iaitu peningkatan sebanyak 63.0 peratus. KKM dalam proses penghantaran 14 unit ventilator tambahan untuk Sabah,” katanya.-sinarharian

Dua pekerja TM di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini mengesahkan dua kakitangannya yang masing-masing bertugas di Menara TM ONE di Damansara, Kuala Lumpur dan di pejabat Kepayan di Kota Kinabalu, Sabah, telah disahkan positif Covid-19.Menerusi satu kenyataan hari ini, TM memaklumkan telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengekang penyebaran virus serta memastikan keselamatan para pelanggan, anggota dan masyarakat.

Semua penghuni di Menara TM ONE juga telah diminta segera meninggalkan premis dan bangunan tersebut yang ditutup selama tujuh hari bagi proses nyahkuman dan sanitasi mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).Pejabat-pejabat TM di Sabah, Kedah dan kawasan-kawasan Zon Merah lain telah ditutup lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes terbabit sejak akhir-akhir ini, katanya.

Menurut syarikat itu, kedua-dua pekerja terbabit kini menjalani kuarantin dan dirawat di fasiliti kuarantin dan perubatan kerajaan.“Barisan pengurusan dan seluruh anggota TM mendoakan agar mereka cepat sembuh dan pulih seperti sediakala,” katanya.Susulan dua kes positif itu, pengesanan kontak rapat secara terperinci sedang dilakukan oleh KKM, dengan bantuan Pasukan Tindak Balas Krisis Covid-19 TM bagi mengenal pasti dan memaklumkan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan mereka terlibat.

Kontak rapat yang dikenal pasti itu akan dihubungi oleh KKM bagi tindakan selanjutnya.Menurut TM, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan untuk para pelanggannya, kalangan kakitangannya di negeri-negeri dan kawasan-kawasan terbabit telah kembali bekerja dari rumah dengan memanfaatkan saluran-saluran digital serta mekanisme produktiviti dalam talian.

Selain itu, TM turut memberi jaminan bahawa petugas-petugas fungsi kritikal (pusat panggilan, pasukan lapangan untuk pemasangan dan baik pulih perkhidmatan) akan terus bertugas dengan mematuhi protokol dan garis panduan keselamatan kerajaan serta syarikat itu.“TM ingin mengingatkan semua pihak agar terus mengamalkan penjarakkan sosial, penjagaan kebersihan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pada setiap masa sepertimana dinasihatkan oleh kerajaan,” katanya.

Selain itu, TM juga telah dan akan terus melaksanakan langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan para pelanggan, pekerja dan komuniti setempat.Pada Mac lepas, Menara TM ONE telah diletakkan di bawah sekatan pergerakan sementara berikutan satu kes disyaki positif Covid-19 membabitkan kakitangan TM yang dikesan menerusi ujian awal. – Bernama

Tiga sekolah Kuala Langat disanitasi

Proses sanitasi dijalankan di beberapa lokasi antaranya di sekolah, taska dan premis kedai di sekitar Bandar Sungai Emas dan Jenjarom, Kuala Langat, sejak semalam.KUALA LANGAT – Sebanyak tiga buah sekolah di sekitar daerah ini selesai disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sejak semalam.

Timbalan Ketua Zon 5 Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Penguasa Bomba, Abu Bakar Abd Kadir berkata, operasi bermula jam 9 pagi itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), polis dan Pejabat Kesihatan Daerah.”Pada Sabtu lalu, lokasi sanitasi dilakukan di sekitar Bandar Sungai Emas membabitkan beberapa lokasi di kawasan padang, lot premis, rumah teres, rumah flat (tujuh blok), surau dan taska.

“Dua buah sekolah turut disanitasi iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis dan Sekolah Agama (Kafa) Telok Datuk,” katanya di sini hari ini.Abu Bakar berkata, operasi tersebut diteruskan pada hari ini di Jenjarom di Sekolah Kebangsaan Jenjarom selain ujian saringan Covid-19.

Setakat semalam, sebanyak 12 kes masih dirawat membabitkan daerah Kuala Langat.Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes baharu Covid-19 di Malaysia kekal pada tiga angka apabila sejumlah 374 kes positif dilaporkan semalam.Daripada 374 kes baharu itu, sebanyak 372 membabitkan penularan tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.-sh

PKPD Dilaksanakan Di Taman Khazanah Indah Dan PPR Mutiara Kasih Di Lahad Datu Berkuatkuasa 13 – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih di Lahad Datu berkuatkuasa bermula 13 hingga 26 Oktober ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapat kes positif COVID-19 di kawasan itu.“Setelah mengadakan perbincangan dan mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih yang akan berkuatkuasa pada 12.01 minit malam 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020,” ujarnya.PKPD itu akan melibatkan seramai 5,452 penduduk di kawasan tersebut.Beliau juga turut menegaskan supaya semua penduduk yang terlibat dalam kawasan PKPD dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan.Sumber: Bernama

Empat sekolah di Kedah ditutup

SMK Bukit Payong antara empat buah sekolah yang ditutup di daerah Baling dan Pokok Sena, Kedah bermula hari ini sehingga 17 Oktober. Gambar kecil: Najmi AhmadAAALOR SETAR – Empat buah sekolah di Kedah ditutup bermula hari ini sehingga 17 Oktober susulan penularan kes positif koronavirus (Covid-19).

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, ia membabitkan dua buah sekolah masing-masing di daerah Baling dan Pokok Sena.Menurutnya, sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongor, SMK Baling, SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau.

“Penutupan sekolah itu dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, dan surat pemakluman diserahkan kepada pentadbiran sekolah masing-masing, hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.Najmi berkata, semua pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksana menjalani kuarantin di rumah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Difahamkan penutupan itu dibuat susulan terdapat guru dan murid disahkan positif Covid-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.Menurutnya, tujuan penutupan sekolah adalah untuk melakukan proses saringan melibatkan semua murid, guru dan tenaga kerja sekolah yang menjadi kontak rapat.

“Proses nyah kuman atau sanitasi juga akan dilakukan di sekitar kawasan sekolah terbabit,” katanya.Setakat semalam, Kedah mencatatkan 1,298 kes aktif Covid-19 dengan 27 kes baharu, antaranya membabitkan Kluster Tembok di Kota Setar dan Pokok Sena serta Kluster Tawar di Baling.-h

Berikutan Sekolah Ditutup Di Sabah. Jabatan Pendidikan Sabah Sediakan Sesuatu Ini Khas Buat Calon SPM Di Sabah Dan Harap Semua Yang Berkaitan Maklum Dengan Berita Ini

Sebagai persediaan sepanjang penutupan sekolah berikutan penularan COVID19,Jabatan Pendidikan Sabah menyediakan modul pembelajaran dalam bentuk e-buku untuk membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengarah,datuk Mistirine Radin berkata modul berkenaan boleh dimuat turun dalam gajet dan diakses ecara luar talian bagi memudahkan pembelajaran di rumah.

Tamahnya lagi,e-buku dihasilkan oleh Majlis Guru Cemerlang dan guru berpengalaman dari Sabah itu antara satu langkah untuk memastikan calon SPM di Sabah tidak ketinggalan dalam pelajaran.”Jabatan Pendidikan Sabah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang dan guru berpengalaman Sabah ada menyediakan modul SPM mengikut subjek,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ketika ditanya,beliau berkata mengenai langkah yang diambil bagi memastikan calon SPM di Sabah dapat membuat persediaan walaupun tidak dapat hadir ke sekolah. Ia juga termasuk menangani masalah ketiadaan liputan internet di sesetengah kawasan yang menyukarkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dala talian.

Dimaklumkan sekolah di Sabah ditutup mulai esok sehingga 25 Oktober ini selaras keputusan Kementerian Pendidikan pada ( Oktober lalu berhubung penutupan semua ekolah di negeri ini,berikutan peningkatan ke COVID19. Mistirine berkata lagi,modul pembelajaran e-buku itu dapat memastikan calon SPM di negeri itu dilengkapi bahan sesuai dan membantu mereka membuat persiapan menduduki peperiksaan berkenaan.

“Saya berharap guru dan pelajar dapat menggunakan sepenuhnya modul terbitan jabatan agar cukup bersedia menghadapi SPM,” katanya.SPM tahun ini dijadualkan semula pada Januari depan, berikutan perubahan jadual persekolahan ekoran sekolah ditutup awal tahun ini kerana penularan COVID-19.

Mistirine berkata, sebanyak 1,296 sekolah rendah dan menengah dengan seramai kira-kira 500,000 murid dan pelajar terbabit dengan penutupan sekolah di Sabah mulai esok.Sekolah di Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sudah ditutup sejak akhir bulan lalu, manakala sekolah di sekitar ibu negeri, Penampang dan Putatan ditutup sejak awal minggu ini, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).-bh

 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post