Dikatakan terlalu dikawal oleh pengurusnya Anas Osman. Siti Nordiana tampil beri penjelasan dengan berita tersebut susulan sukar buat keputusan sendiri dalam tindakannya

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 36, menafikan dkwaan dia terlalu dikawal oleh pengurusnya, Anas Osman dalam segala hal.Ia berikutan, timbul lagi desas-desus mengatakan Nana sukar membuat keputusan sendiri dalam tindakannya, kerana dipantau sepenuhnya oleh Anas.Malah, mereka juga dikait mempunyai hubungan istimewa selain pada dasarnya, masing-masing profesional sebagai artis dan pengurus.

Dikatakan terlalu dikawal oleh pengurusnya Anas Osman. Siti Nordiana tampil beri penjelasan dengan berita tersebut susulan sukar buat keputusan sendiri dalam tindakannya

 


Mengulasnya, Nana menafikan tegas kerana di antara dia dengan Anas memang berurusan dalam soal kerja sepenuhnya.”Saya diam-diam sekarang pun, ada juga muncul cerita ini lagi. Baiklah, selama menjadi pengurus, Anas tak pernah mengawal segalanya termasuk tindakan dan keputusan saya. Kami selalunya akan berbincang.

ARTIKEL MENARIK:Berhubung ketidakpercayaan warganet terhadap kecantikan dimilikinya. Datin Maria Farida buat pengakuan dan kongsi tips diet yang diamalkan untuk kekal awet muda dan langsing
loading...


‘Untuk kaitan kisah cinta itu, ia perkara lama. Sebelum ini pun,  kami pernah dikatakan bercinta dan saya sudah memberikan penjelasannya.”Sekarang, kalau masih timbul lagi yang kata kami bercinta, biarlah. Saya tak perlu ambil peduli pun, sebab ia hanya gosip dan dkwaan sahaja. Kami pun profesional bekerja,” katanya kepada Harlan Metro.

Nana yang baru muncul dengan lagu baru berjudul Angkara pada Julai lalu, mengakui amat bersyukur kerana karya itu diterima baik dan mendapat sambutan peminatnya.  Apatah lagi, Nana mengguna pakai konsep menghasilkan drama pendek untuk beberapa episod sebelum melancarkan video muzik penuh lagu Angkara itu yang kini mencatat 2.4 juta tontonan di YouTube.

Bagi Anas pula, dia melihat tindakan dikata terlalu ‘mengawal Nana’ itu sebagai tanggungjawab selaku pengurus yang dibayar gaji setiap bulan.”Saya hanya menjalankan tugas sebagai pengurus Nana. Malah, setahu saya selama ini Nana tak terlalu dikawal pun, cuma saya selalu pastikan dia memberi kerjasama baik kepada semua pihak yang berurusan dengan kami.

“Apapun, saya tak terkejut langsung dengan dkwaan yang timbul kerana dah pelbagai cerita dilemparkan, tapi saya biar dan tak layan,” katanya.Menurut Anas, kini apa yang menjadi cabaran untuknya adalah merancakkan semula kerjaya seni Nana. Katanya, banyak perancagan tergendala dan harus diatur semula.Ujarnya, rentetan penularan Covid-19 yang melanda negara kini, program hiburan sangat terhad. Apapun, kini Nana dalam proses menyiapkan lagu duet dan album mini istimewa buat peminat.-metro

Peminat Khai kecewa gosip kahwin Fikry dan Siti Nordiana – “Saya kenal mereka dah lama”

PENYANYI Khai Bahar memberitahu dia tidak terkesan dengan komen warganet yang mengaitkan dirinya dengan gosip cinta pelawak, Fikry Ibrahim dan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana.Khai, 25, berpendapat gosip percintaan Fikry dengan penyanyi lagu Hatiku Milikmu hanya sekadar gurauan dan salah faham dalam kalangan peminat.

“Seperti yang dinafikan oleh Fikry sendiri, perkara itu hanyalah salah faham dan mereka hanya bergurau.”Saya kenal Nana dan Fikry dah lama. Jadi bila dengar cerita itu saya hanya gelak sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.Gandingan antara Khai Bahar dan Nana menerusi lagu Satukan Rasa.Khai kemudiannya diminta mengulas mengenai sebuah artikel di ruangan gosip yang mendkwa rakannya, Fikry dan Nana bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

Susulan kenyataan tersebut, rata-rata peminat melahirkan rasa kecewa dan persoalkan hubungan Khai dan Nana sama ada mereka masih bercinta atau tidak.Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Khairul Baharuddin ini berkata dia tidak dapat menghalang gosip-gosip yang tular itu dan meminta supaya warganet tidak terbru-bru dalam mempercayai sesuatu gosip.

Dalam pada itu, Khai berkata, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengakhiri zaman bujang kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya.”Untuk berkahwin sebenarnya saya masih belum mempunyai target lagi sebab saya sendiri belum cukup stabil untuk fikirkan soal itu.”Kahwin pada saya bukan perkara yang boleh dibuat main. InsyaAllah, sampai masa nanti adalah. Jika jodoh itu datang awal, saya terima sahaja,” katanya.

Komen yang ditinggalkan warganet berhubung gosip hubungan Nana dan Fikry.Sementara itu, tidak kurang juga segelintir warganet yang berpendapat Fikry adalah jauh lebih matang jika dibandingkan dengan Khai biarpun usia yang sama.”Itu atas pandangan individu itu sendiri, saya sendiri tidak boleh mengiyakan atau menidakkan pandangan mereka. Apa yang boleh saya cakap setiap orang ada hak masing-masing untuk bagi pendapat dan pandangan,” ujarnya.Khai sebelum ini pernah digandingkan bersama Nana menerusi drama Satukan Rasa dalam slot MegaDrama Astro Ria, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.Tags/Kata Kunci:-metro

Fikry Ibrahim hantar rombongan merisik Siti Nordiana? – “Saya memang rancang nak kahwin tapi bukan tahun depan”

PELAKON Fikry Ibrahim menafikan dkwaan dia sudah menghantar rombongan merisik dan bakal berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana pada tahun hadapan.Bagaimanapun, Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, berkata dia ada perancangan untuk mengakhiri zaman bujang dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Saya tak tahu macam mana boleh timbulnya gosip saya dah hantar rombongan merisik dan bakal kahwin dengan Nana pada tahun depan.Ruangan gosip yang mendakwa pasangan ini bakal kahwin pada 2020.“Merisik dan bakal berkahwin itu memang tidak benar. Tahun hadapan saya akan sibuk sebab nak fokus pada kerjaya dan perniagaan sahaja.

“Saya memang akan berkahwin tapi sasaran saya untuk tamatkan zaman bujang itu pada tahun 2021 atau 2022,” kata Fikry ketika dihubungi mStar pada Isnin.Fikry diminta mengulas mengenai sebuah artikel di ruangan gosip yang mendkwa dia dan penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.

Malah, pelakon drama Rindu Yang Terlarang ini juga dikatakan sudah menghantar cincin merisik kepada Siti Nordiana secara senyap.Dalam pada itu, Fikry memberitahu dia mengambil gosip tersebut secara positif selagi perkara itu tidak menimbulkan ftnah yang menjejaskan nama mereka.”Saya okey saja dan tak ada masalah pun nak layan gosip sebegini. Asalkan ia tidak melampaui batas sehingga boleh menimbulkan ftnah.

“Selagi gosip itu ke arah positif dan bukan sesuatu yang mencemarkan nama saya serta mana-mana pihak, saya okey.Fikry tiada masalah berhadapan dengan gosip cinta.“Kita pun tak boleh nak kawal apa yang orang nak perkatakan. Lumrah menjadi seorang selebriti akan berhadapan dengan gosip cinta,” ujarnya.

Fikry dan Nana mula berkawan rapat semenjak menjadi pengacara bersama program Gema Gegar Vaganza dan digandingkan menerusi drama Cakelat Semanis Honey pada 2017.Namun, masing-masing menegaskan hubungan itu hanyalah atas dasar kerja sahaja dan tiada wujud cinta lokasi antara mereka.Pada Mac lalu, gurauan Fikry ingin menjadi bapa kepada anak Nana iaitu Rayyan  menerusi ruang komen Instagramnya turut menarik perhatian warganet.-mstar



loading...


Rupa-rupanya ini rahsia mengapa peminat sayang Siti Nordiana – “Saya cuma jadi diri sendiri dan jaga hati mereka”

TIADA siapa dapat menyangkal kuasa peminat turut menjadi antara penentu perkembangan karier seseorang selebriti.Justeru itu, penyanyi Siti Nordiana memilih untuk menjaga hubungan baik dengan para peminatnya dan meletakkan mereka sebagai keutamaan dalam kerjaya seni.”Sebenarnya saya sendiri tak sangka peminat betul-betul sayang kita, daripada awal jadi penyanyi dah ada peminat setia dan apabila buat comeback peminat semakin bertambah.

“Kalau orang tanya apa rahsia jaga hubungan itu… saya cuma jadi diri sendiri dan jaga hati mereka.”Peminat ni mereka tak minta apa pun, cuma nak kita hargai mereka sahaja dan beri sokongan serta selalu berhubung,” katanya kepada mStar.Nana tak mengharapkan kemenangan dalam sesebuah pertandingan.

Penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini ditemui semasa pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP ERA 2020 yang diadakan di Menara TA One, Kuala Lumpur pada Selasa.Menerusi AME2020, Siti Nordiana atau Nana tercalon bagi empat kategori iaitu Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan satu pencalonan bersama Khai Bahar bagi kategori Grup/Duo MeleTOP.

Ditanya mengenai harapannya untuk mengekalkan trofi utama Top Top MeleTOP pada AME2020, Nana berkata dia enggan terlalu berharap.Antara selebriti yang tercalon dalam Top 5 AME2020. Sebaliknya, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada peminat dalam menentukan keputusan yang bakal diketahui April depan.

“Saya tak letak harapan, ikut sahaja undi peminat dan serahkan pada mereka.”Kita ikhtiar bantu mudahkan kerja mereka dengan letak link mengundi di Instagram dan selebihnya berbalik kepada rezeki.Siti Nordiana dan Khai Bahar rangkul kategori utama Top Top MeleTOP pada tahun lalu.“Tapi dalam hal ini nampaknya peminat yang lebih teruja… kadang-kadang kita tak suruh pun mereka undi, tapi mereka yang nak kempen sendiri,” ujarnya.

Untuk rekod pada AME tahun lalu, Siti Nordiana membawa pulang trofi utama Top Top MeleTOP Wanita dan bagi kategori lelaki menjadi milik penyanyi Khai Bahar.AME2020 bertemakan Epik Glam dengan tagline Yang Epik Yang Legend akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April depan.Ia boleh ditonton secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat secara online menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi Syok serta melalui kiriman SMS bermula Selasa sehingga 12 April pukul 12 tengah hari.-mstar

“Emak tahu gosip cinta dengan Nana, tapi tak pernah tanya” – Khai Bahar

PENYANYI Khai Bahar berharap peminat mendoakan yang terbaik jika mahu melihat hubungannya dengan penyanyi Siti Nordiana menjadi lebih daripada seorang sahabat.Khai, 25 berkata, gandingannya dengan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana membuatkan peminat teruja dan berharap dia menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi lagu Hatiku Milikmu itu.

“Saya sedar ramai peminat yang mengharapkan hubungan kami lebih daripada sahabat. Tapi saya pun tak boleh nak kata ya atau tidak sebab soal jodoh ini kita tak tahu.Peminat suka gandingan Khai Bahar dan Nana dalam drama Satukan Rasa.“Sebelum ini pun pernah ada gosip membabitkan kami dan saya sudah menjelaskan kami rapat atas faktor kerja, tetapi apabila kami bergandingan dalam drama Satukan Rasa, ia mula menjadi perbualan peminat semula.”Apa-apa pun, kalau sudah tertulis ada jodoh kami, saya reda dan terima… doakan yang baik-baik ya!,” katanya kepada mStar.

Kalau tanya tentang komen emak, dia memang suka semua kawan-kawan saya termasuklah Nana, jadi dia okay sahaja!

Dalam pada itu, Khai berkata ibunya, Rosnah Mohamad mengetahui mengenai gosip cinta antara dia dengan penyanyi itu.”Emak tahu tentang gosip kami tapi buat masa ini dia tak pernah tanya pula… mungkin dia tahu ini soal kerja.Nana banyak memberi dorongan untuk Khai menceburi bidang lakonan.“Kalau tanya tentang komen emak, dia memang suka semua kawan-kawan saya termasuklah Nana, jadi dia okay sahaja asalkan tahu batas dan tidak keterlaluan.

“Rasanya gosip-gosip n4kal sebegini tidak menganggu karier saya kerana kita tahu apa niat berada dalam industri ini, nak cari rezeki dan nak gembirakan semua orang ,” ujarnya.Drama Satukan Rasa menemui penonton menerusi slot MegaDrama Astro Ria, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.Selain Khai dan Siti Nordiana, ia turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Nine Mike, Yusuf Bahrin, Nina Juren, Nadya Syahera dan Isyariana.-mstar

“Mana tahu, bila rapat lama-lama bercinta” – Khai tak tolak jika jodoh dengan Siti Nordiana

PENYANYI Khai Bahar tidak menolak sekiranya dia dan penyanyi serta pengacara Siti Nordiana mempunyai jodoh untuk bersama sebagai pasangan kekasih.Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 25, berkata dia tidak kisah mengenai jarak usia kerana beranggapan semuanya bergantung pada jodoh.

“Orang kata la kalau dah jodoh tu tak kan ke mana kan. Jadi apa-apa pun saya tak boleh tolak jodoh atau melawan takdir tuhan yang sudah menentukan semuanya.”Mana tahu, bila dah rapat lama-lama boleh terbercinta pula. Saya tak kisah mengenai jarak usia, kalau dah takdir dan kalau dah jodoh, saya terima sahaja,” kata Khai kepada mStar.

Khai ditemui ketika malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam, Ahad.Khai Bahar dan Siti Nordiana diumum pemenang utama Anugerah MeleTOP Era 2019.Pada acara kemuncak itu, Khai diumumkan sebagai Top Top MeleTOP (Lelaki) dan turut membawa pulang trofi anugerah Penyanyi MeleTOP.

Tambah Khai lagi, dia mengakui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Siti Nordiana memandangkan mereka kerap meluangkan masa bersama.Bagaimanapun hubungan penyanyi lagu Bayang itu dengan Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana tidak melebihi seperti adik dan kakak sahaja.

“Saya memang rapat dengan Kak Nana. Kami pun selalu juga keluar makan bersama. Tapi buat masa sekarang ni hubungan kami macam adik dan kakak sahaja,” ujarnya.Dalam pada itu, Khai menganggap kemenangan di AME 2019 merupakan usaha gigih peminat yang menyayanginya sehingga membuatkan dia berasa lebih semangat untuk  buat yang terbaik dalam industri seni.

“Tiada istilah saya hebat tapi yang hebat itu adalah peminat-peminat saya. Mereka berusaha untuk mengundi saya setiap hari tanpa henti.”Saya percaya mereka semua menyayangi saya menyebabkan saya rasa lebih bersemangat untuk meneruskan karier dalam bidang seni tanah air,” katanya.Selain Khai, Siti Nordiana juga memenangi anugerah sama iaitu Top Top MeleTOP bagi kategori Wanita dan Hos MeleTOP bagi AME 2019.-mstar

Siti Nordiana Kekok Di Sisi Fikry Ibrahim

PENYANYI Siti Nordiana atau Nana mengakui pada mulanya dia kekok digandingkan dengan pelakon baharu Fikry Ibrahim dalam telefilem Cakelat Semanis Honey.Biarpun mereka pernah bekerjasama sebagai pengacara namun ini adalah kali pertama mereka berlakon menjadi pasangan kekasih. “Pada mulanya memang kekok sebab saya dan Fikry macam kakak dan adik tapi bila di set penggambaran kami kena guna gelaran saya, awak. 

“Dalam telemovie ini kami melakonkan watak sebagai pasangan kekasih. Apabila ada babak yang perlu jadi romantik, macam nak muntah pun ada.”Tapi lama-lama dah terbiasa, hilang rasa kekok tu,” kata Nana kepada mStar Online.  Nana dan Fikry mula menjadi rapat sejak menjadi pengacara bersama program realiti. Foto Instagram @fikryibrahim. 

Tambah Nana lagi, dia dan pelakon berusia 23 tahun itu sudah berkawan rapat semenjak menjadi pengacara bersama program Gema Gegar Vangaza. Namun hubungan itu hanyalah atas dasar kerja sahaja dan tidak ada wujud cinta lokasi antara mereka. “Kami memang rapat tapi sekadar kawan atas dasar kerja. Bukan dengan dia saja, malah saya juga rapat dengan pengurusnya. 

“Tak mungkin wujud cinta lokasi sebab kalau ada dari awal masa kami jadi pengacara lagi dah wujud,” ujarnya. Telefilem tersebut akan ditayangkan pada 2 September depan di Astro Citra Eksklusif. Dalam perkembangan nyanyian pula, Nana kini sibuk mempromosikan lagu terbarunya iaitu Terus Mencintaimu. Menurut juara Gegar Vangaza musim kedua ini, lagu tersebut hasil ciptaan dia sepenuhnya yang sudah disimpan sejak beberapa tahun lalu.”Buat masa ini saya masih lagi mempromosikan lagu terbaru. Sebenarnya lagu tersebut saya cipta beberapa tahun yang lalu. “Tapi baru sekarang berpeluang untuk rakamkan. Ada banyak lagi lagu yang saya buat dan Insya-Allah akan keluar tahun hadapan,” kata Nana.-mstar 



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post