Terbaru, salah seorang pesakit Covid-19, luah rasa sedih dan kecewa apabila dipulaukan oleh ‘contact’ rapat selepas dia disahkan dijangkiti wabak itu. Menurutnya, masing-masing menyalahkan dirinya dan sanggup berbohong tidak mahu melakukan pemeriksaan ‘swab test’ bagi memastikan mereka tidak dijangkiti. Orang macam ini pun ada ke?
Suruh berbohong.Tiada siapa di antara kita nak kena jangkitan COVID-19 ni. Tidak seorang pun nak. Bahkan kita sedaya upaya menjaga keselamatan dan kebersihan diri. Facemask selalu dipakai, amalkan penjarakkan, tidak bersalaman, namun tetap kena juga. Mungkin jangkitan melalui tombol pintu, punat lif, wang, pam minyak dan apa saja yang memungkinkan.
ARTIKEL MENARIK:Teka teki terjawab jua akhirnya. Terbongkar siapa yang gunakan helikopter mendarat di istana bagi menghadiri Mesyuarat Khas Raja Raja
Individu ini meluahkan perasaan kepada cikgu ini selepas tidak tahan dipulaukan oleh keluarga sendiri gara-gara mempunyai positif Covid-19. Pada awalnya dia mengalami simptom Covid-19 dan melakukan pemeriksaan dengan cepat. Namun selepas mendapat keputusan positif, rata-rata orang di sekelingnya menyalahkan dirinya.
Sanggup lari dari tanggugjawab.Tolong jangan marah mereka. Tolong jangan mak1 hamun. Mereka tak nak pun kena. Mereka cuma tidak bernasib baik sahaja. Mungkin esok lusa kita pula yang kena. Tiada siapa tahu.Jika ada kenalan kita, saudara kita, ahli keluarga kita positif COVID-19, dan kita ada kontak rapat dengan mereka, tolong jujur. Jangan lari, buatlah swab test. Dan tolong jangan salahkan mereka. Tiada siapa mahu terkena sakit ini. Tiada siapa.Lebih teruk apabila mereka tidak mahu melakukan ujian ini bagi memastikan bebas daripada wabak ini. Individu ini luah rasa kecewa dan terkilan dengan ‘contact’ rapatnya yang tidak bertanggungjawab memutuskan rangkaian Covid-19.Sumber : Mohd Fadli Salleh
Tular Di India. Suami Ini Sanggup Bohong Isteri Kononnya Terkena Virus COVID19. Lebih Mengejutkan Apabila Terbongkar Rahsia Sebenar Di Sebalik Kata Kata Suaminya Itu
Covid-19 memang menaktkan. Tak ada siapa siapa dalam dunia ni (yang waras) nak diri mereka dijangkiti virus Covid-19. Tapi, lain pula cerita dekat India di mana seorang suami menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk tinggalkan isterinya.Menurut Khaleej Times, lelaki berusia 28 tahun itu berasal dari Navi, Mumbai dan telah menghilangkan diri pada 24 Julai lepas. Selepas keluar dari rumah, lelaki itu telah hubungi isterinya dan maklumkan yang dia telah dijangkiti Covid-19 dan ‘tak ada harapan’ untuk hidup lagi.
Belum sempat isterinya bertanya lebih lanjut, lelaki itu terus tutupkan panggilan telefon tersebut. Siapa tak risau kalau orang yang kita sayang tiba-tiba macam itu kan? Apatah lagi dia dijangkiti virus yang membawa ke arah pemergian. Itulah perasan isteri lelaki terbabit yang terus hubungi abangnya untuk meminta bantuan kerana risaukan suami. Mereka kemudian hubungi pihak polis dan buat laporan tentang orang hilang.
Pihak polis menjadi buntu apabila mereka menemukan motor, helmet, beg dan kunci di sebatang jalan dekat Sektor 17, Vashi namun suaminya tidak berjaya ditemui.Menurut polis yang mengendalikan kes kehilangan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis tetap terus cuba menjejaki lelaki berkenaan. Lokasi telefon bimbit dan rakaman CCTV di kawasan motornya dijumpai telah diperiksa namun polis tetap tidak berjaya menemuinya.
Selepas siasatan lebih mendalam dijalankan, polis mendapat maklumat bahawa lelaki itu telah cuba hubungi nombor helpline polis sebanyak dua kali pada malam dia menghilangkan diri. Pihak berkuasa kemudian mengesyaki lelaki tersebut menjadi sasaran jnyh.
Tapi, semuanya terbongkar apabila polis mendapat maklumat bahawa lelaki berkenaan mempunyai teman wanita dan berjaya menjumpainya. Selama sebulan cuba menjejakinya, polis akhirnya menjumpai lelaki tersebut di rumah teman wanitanya di Indore, kira-kira 582 kilometer dari rumah isterinya.Dia kemudian dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September lepas. Tidak dinyatakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya selepas kejadian tersebut namun kisah lelaki itu menjadi tular di media tempatan.-ctto
Ibunya Tak Berjaya Tapi Dia Berjaya. Ternyata Ramai Kagum Lelaki Terberat Guinness World Records 2017 Sembuh Selepas Dijangkiti COVID19 Dan Ini Perkembangan Terbarunya
Juan Pedro Franco kembali sembuh selepas dijangkiti Covid-19.BEKAS manusia terberat dunia Guinness World Records 2017, Juan Pedro Franco dilaporkan sembuh daripada virus Covid-19.Juan percaya dia sembuh daripada wabak itu susulan program diet kett yang dilakukannya selama beberapa tahun kebelakangan ini selain bersenam serta melakukan operasi bariatrik bagi mengecilkan saiz perutnya.
Sebelum ini, Juan memiliki berat 595 kg namun selepas berusaha mengamalkan gaya hidup sihat, beratnya kini hanya 208 kg.Ketika berita Juan terkena Covid-19 disebarkan, ramai skeptikal dia akan terselamat kerana selain masalah obesiti, dia jga mempunyai sakit diabetes, tekanan darh tinggi dan sakit paru-paru.
Umum mengetahui pesakit Covid-19 yang mempunyai sejarah sakit teruk kebanyakannya tidak mampu melwan virus itu dan sudah tiada lagi. Perbezaan berat badan Juan yang sebelum ini mencecah 500 kg.“Ini sakit yang sangat agrsif. Saya mengalami sakit kepala, sakit sendi, sesak nafas dan demam. Saya adalah orang yang sangat berisiko tinggi,” katanya kepada AFP.
Mexico adalah negara yang mencatatkan angka pmergian Covid-19 keempat tertinggi di dunia.Satu perempat daripada 74,000 rakyat Mexico yang hembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 mempunyai masalah obesiti.Kajian dilakukan Universiti North Carolina mendapati individu dengan masalah obesiti memiliki risiko 46 peratus lebih tinggi terkena Covid-19.
Golongan ini juga 74 peratus lebih tinggi mengalami komplikasi dan memerlukan bantuan alat pernafasan akibat Covid-19.Sementara itu, Juan yang kehilangan ibunya akibat Covid-19 memberitahu proses penurunan berat badan serta mengamalkan gaya hidup sihat telah menyelamatkannya daripada Covid-19.-mstar
10 Cubaan Rekod Dunia Guinness Yang Berakhir Dengan Hembuskan nafas terakhir
Mencipta rekod dunia bukanlah suatu perkara mudah. Mempunyai bakat semulajadi sahaja tidak cukup. Mana tidaknya, ada yang sanggup melakukan perkara pelik dan tak masuk akal sehingga membhayakan nyawa. Iluminasi.com membawa anda 10 percubaan rekod dunia yang berakhir dengan kisah yang menyedihkan
10. Aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut.Pelakon dari India, Sailendra Nath Roy merupakan pemegang 2 rekod dunia Guinness yang berkaitan dengan rambut. Pada 2011, menerusi aksi flying-fox, dia berjalan sejauh 82.5 meter di atas wayar yang diikat dengan rambut ekor kudanya. Pada 2012, dia menarik pula sebuah enjin dan empat gerabak kereta api warisan Darjeeling Himalayan Railway sepanjang 2.5 meter dengan rambutnya.
Tidak puas dengan pencapaiannya itu, Roy mahu memperbaiki rekod sulungnya. Aksi kali ini lebih berbhaya, iaitu menyeberangi Sungai Teesta sejauh 180 meter. Pada Ogos 2013, rambut Roy tersangkut pada wayar ketika separuh perjalanan. Dia berjaya dibawa turun oleh penduduk tempatan 45 minit kemudian. Tetapi, dia disahkan sudah tiada akibat sakit jantung.Sumber: AFP, Kosmo, Telegraph, India TV News, Independent
9. Terjnan bebas.Semasa p3rang dingin, Nick Piantanida dari Amerika Syarikat mahu mengatasi rekod dunia oleh angkasawan dari Rusia, untuk terjunn bebas berketinggian 24,500 meter dari permukaan laut. Pada Mei 1966, Piantanida terbang sehingga ketinggian 36,000 meter dan memulakan lompatan dari pesawatnya.
Malang tidak berbau, selepas 17,000 meter, suit khasnya mengalami gngguan tekanan udara. Menyedari bahaya yang sedang menanti, bilik kawalan Amerika melepaskan payung terjunnya lebih awal. Sebaik sampai ke tanah, kekurangan oksigen menyebabkan Piantanida mengalami kerosakan otak kekal dan k0ma. Dia sudah tiada empat bulan kemudian.Sumber: Wikipedia, The New York Times, Smithsonian Institution, Air and Space Museum
8. Manusia terpantas dalam sejarah.Asalnya seorang jurutera lombong, Lowell Bayles meraih populariti pada lewat 1920-an sebagai juruterbang . Dia selalu membuat persembahan di seluruh Amerika Syarikat. Ketika acara National Air Races pada 1931, Bayles cuba memecahkan rekod rasmi bagi “World Landplane Speed Record”.
Kelajuan Bayles ketika itu menghampiri 482 km/j, sewaktu bncana melanda. Penutup bahan api pesawatnya tiba-tiba longgar, terbang melalui cermin depan dan terkena pada Bayles sehingga dia pngsan. Pesawat itu kemudiannya terhmpas dan dijilat api. Badan Bayles tercmpak hampir 100 meter dari kokpit.Sumber: Consim World, Springfield Evening Union, Springfield Daily News
7. Rekod kelajuan di air. Pada 1964, warga Inggeris, Donald Campbell satu-satunya individu yang memegang rekod kelajuan di darat dan air. Pada 1967, dia cuba untuk mengatasi rekod kelajuan di air miliknya sendiri. Ketika bot berkuasa jet itu hampir memecah rekod 480 km/j, perkara yang tidak diingini tiba-tiba berlaku.
Bot itu terangkat seketika ke udara, kemudian membanting Campbell ke dalam air dengan daya yang kuat. Dia serta-merta disahkan tidak bernyawa. Lebih menyyat hati, badannya hanya dijumpai 34 tahun kemudian. Orang ramai merasakan nhas itu dapat dielakkan. Ia dikatakan berpunca dari bot itu yang terlalu ringan, akibat kekurangan bahan api.Sumber: The Telegraph, BBC, English Heritage
6. Ditanm hidup-hidup. Tiada rekod rasmi bagi tempoh paling lama manusia ditanm hidup-hidup. Maka, Janaka Basnayake, seorang ahli silap mata berusia 24 tahun dari Sri Lanka, buat julung kalinya mahu menetapkan rekod itu. Pada 2012, dia menyuruh beberapa rakan untuk menanamnya dalam sebuah lubang sedalam 3 meter. Selepas 7 jam setengah, Basnayake digali semula. Apa yang mengejutkan, dia didapati tidak lagi bernafas akibat lmas. Basnayake diberikan bantuan CPR, sebelum dibawa ke hospital. Beberapa jam kemudian, dia disahkan sudah tiada. Sumber: BBC, The Guardian, Live Leak
5. Terjnan udara berkumpulan terbesar. Pada 2014, seramai 222 orang terjn dari ketinggian 6,000 meter untuk menyertai pembentukan terjun udara terbesar di dunia. Percubaan itu bercita-cita mengatasi rekod terdahulu, iaitu seramai 110 orang. Namun, malpetaka berlaku apabila payung terjn salah seorang dari mereka, Diana Paris gagal untuk dibuka.
Payung sokongan hanya berfungsi apabila dia sudah terlalu dekat dengan tanah. Paris yang berusia 46 tahun, merupakan penerjun udara berpengalaman, dengan pencapaian sebanyak 1,500 terjunan. Setelah diberi bantuan kecemasan, dia disahkan sudah tiada di tempat kejadian.Sumber: Euro News, International Business Times, New York Daily News-ctto
Seramai 100 Doktor Muda Pergi Buat Selamanya. Indonesia Dedahkan Punca Berlakunya Pemergian Yang Berlaku Di Kalangan Barisan Hadapan
Kebimbangan terhadap wabak Covid-19 masih menghantuii orang ramai sehingga ke hari ini, saban hari kes jangkitan semakin meningkat malah jumlah pemergian telah mencatat lebih 800 ribu pemergian. Pada Isnin, Ikatan Doktor Indonesia (IDI) telah memaklumkan seramai 100 doktor telah disahkan pergi buat selamanya akibat jangkitan Covid-19.
Lebih menyedihkan ,kebanyakan mereka masih muda dan berumur dalam lingkungan 29 hingga 38 tahun. Dilaporkan bahawa antara doktor yang terkesan adalah daripada Fakulti Perubatan Universiti Airlangga dan Hospital Soetomo di Surabaya, Jawa Timur.
Menurut Pengerusi IDI, Daeng M. Fikih memberitahu susulan kejadian ini, pihaknya telah bekerjasama dengan gerakan pasukan khas Covid-19 bagi memastikan peralatan perlindungan di hospital dan kemudahan kesihatan mencukupi untuk mencegah lebih banyak pemergian dalam kalangan pekerja kesihatan. Selain itu, dia juga mendesak agar pihak hospital membuat jadual kerja yang sesuai dengan keadaan kesihatan para doktor bagi mengelakkan keletihan melampau.
Sehingga kini, Indonesia telah mencatatkan 172,053 kes jangkitan dengan 7,343 pemergian, lapor The Jakarta Post.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:lobak merah
Kes Meningkat Saban Hari. Indonesia Sahkan Mutasi Berbahaya COVID19 Iaitu D614G Dikesan Di Negara Itu Atas Satu Faktor Ini
Pada pertengahan Ogos lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa pasukan kesihatan telah mengesan kewujudan mutasi jenis D614G dalam negara. Bahayanya mutasi itu adalah kerana ia boleh menular 10 kali ganda lebih cepat, dan mudah merebak sekiranya disebarkan oleh individu super spreader.
Selepas Malaysia, ia kini dilaporkan sudah mula dikesan di Indonesia. Memetik laporan The Jakarta Post, Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBME) yang berpusat di Jakarta telah mengesahkan perkara tersebut.Dalam laporan itu, LBME berkata D614G telah dikesan dalam lapan daripada keseluruhan 22 genom yang dilaporkan di republik itu sebelum ini.
Para pengkaji ketika ini masih belum memperoleh peratusan sebenar individu yang menjadi pembawa virus mutasi tersebut, namun LBME percaya bahawa ia telah merebak secara meluas dalam kalangan kebanyakan pesakit di Indonesia.
Dalam satu laporan lain yang diterbitkan Detik Health pula melaporkan, mutasi itu sebenarnya telah ada di Indonesia sejak Mac lalu. Prof Chairul A Nidom dari Universitas Airlangga berkata jumlah pengesanan juga akan lebih banyak dilaporkan, sekiranya ujian saringan dibuat dengan lebih giat. Untuk rekod, selain Malaysia dan Indonesia — mutasi itu turut telah dikesan di beberapa negara ASEAN lain termasuk Myanmar dan Singapura.
Catat Kes Baharu Lebih 2000 Setiap Hari. Seorang Menteri Indonesia Keluarkan Kenyataan Berkaitan Rantai Yang Boleh Merawat Covid19 Dan Dikatakan Mahu Ikut Jejak Negara Lain Untuk Buka Penggung Wayang
Walaupun keadaan kes di negara kita dilihat berkurangan namun bagi negara jiran, Indonesia, kes Covid-19 di sana tetap meningkat setiap hari. Hari ini saja Indonesia mencatatkan 2,306 kes baru dan 86 pemergian. Menurut Bloomberg, bagi memulihkan ekonomi negara selepas beberapa perniagaan terpaksa ditutup angkara pandemik yang melanda dunia ini, pihak berkuasa di sana membuat keputusan untuk buka semula panggung wayang selepas lima bulan ditutup.
Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mengatakan yang panggung wayang di Jakarta akan dibuka semula tapi perlu mengikut garis protokol yang ktat seperti penggunaan topeng muka dan hanya orang berusia 12 ke 60 tahun sahaja dibenarkan masuk.Jadi 47 negara saat ini kegiatan bioskop sudah berjalan seperti biasa. Bahkan di Korea Selatan, selama pandemi termasuk puncak pandemi mereka di sana bioskop tidak ditutup.”
Sebelum ini, pihak berkuasa di sana pernah bersetuju untuk membuka panggung wayang pada Julai lalu namun dibatalkan kerana kes di sana tak menunjukkan penurunan. Tapi mungkin untuk selamatkan ekonomi dekat sana, dorang terpaksa buka juga dengan mengikut SOP yang ketat.-lobakmerah
“Kami dah uji 20 staff yang positif” – Menteri Indonesia dikatakan Rantai Mengandungi Minyak Kayu Putih Boleh hilangkan Covid-19
Rantai aromaterapi dari Indonesia ini mengandungi eucalyptus (minyak kayu putih), dikatakan ia boleh menghalang daripada Covid-19 terus merebak, kata Menteri Pertanian Indonesia Syahrul Yasin Limpo pada Jumaat lepas (10 Julai).
Katanya aksesori barang kemas itu telah ‘menghilangkan’ hampir setengah (42%) virus itu jika dipakai selama 15 minit. Kalau pakai dalam setengah jam, rantai tersebut ada potensi hilangkan 80% virus. Lapor South China Morning Post.
Ia ‘dicipta’ oleh Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan (Balitbangtan) dan diharapkan akan dihasilkan pada skala besar mulai bulan depan.Pengguna harus memakai rantai itu seperti pakai tag nama kerana ia mengandungi serbuk kayu putih agar pengguna dapat menghidunya.
Kami dah uji 20 pekerja dari Kementerian Pertanian yang positif Covid-19. Setelah mereka setelah menyedut dan dirawat [dengan produk] itu. Ia membantu memudahkan pernafasan mereka ” Ketua Balitbangtan, Fadjry Djufry, The Jakarta Post.
Namun, para saintis agak ragu-ragu mengenai penemuan baru ini dan orang Indonesia telah tampil memperingatkan bahawa negara mereka akan berisiko dikenali sebagai ‘bahan lawak’ jika mereka meneruskan menghasilkan produk ini.
Bagaimanapun, ini bukanlah pertama kalinya Indonesia membuat tuntutan berani mengenai virus tersebut.Sebelum ini, sebilangan orang Indonesia Menteri Kesihatan mereka, Terawan Agus Putranto, mendakwa kekuatan doa menjadikan jangkitan Coronavirus rendah di negara mereka.
Sehingga sekarang, Indonesia adalah negara tertinggu di ASEAN mencatatkan angka 75.699 kes positif dan 3.606 pemergian akibat Covid-19.Bagaimanapun Terawan menyatakan bahawa dia belum mengetahui perincian mengenai rantai itu. Lapor Kompas.
Walaubagaimanapun, bagi bukti saintifik sama ada rantai itu benar-benar mujarab atau tidak, seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Pertanian Bogor (IPB) yang dikenali sebagai Berry Juilandi, mengatakan bahawa walaupun komponen 1.8-cineole Eucalyptol yang berasal dari daun kayu putih mempunyai sifat antimikroba, tidak ada penyelidikan klinikal yang membuktikan bahawa unsur-unsur ini dapat menghilangkan SARSnjCoV-2 di dalam sistem pernafasan.
Indonesia bangunkan vaksin Merah Putih untuk COVID-19
JAKARTA: Indonesia sedang membangunkan vaksin untuk COVID-19 yang dinamakan vaksin Merah Putih, yang dijangka dikeluarkan pada pertengahan tahun 2021.Presiden Indonesia Joko Widodo, berkata penyelidikan dan pembangunan vaksin itu sedang dilakukan Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), menerusi kerjasama dengan syarikat dari China, dengan menggunakan DNA virus asli Indonesia.
“Kita bisa (boleh) produksi lebih banyak dan kalau yang kita miliki berlebih, boleh dijual ke negara lain, kerana di ASEAN saya lihat belum ada yang siap (menghasilkan) vaksin,” katanya di Istana Negara Jakarta, seperti disiarkan televisyen tempatan, hari ini.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi LBM, badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia telah bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19, sejak beberapa bulan lalu.
Dilaporkan vaksin itu kini memasuki fasa ketiga ujian dan jika berjaya, Indonesia bakal mengeluarkan 290 juta dos vaksin itu menjelang akhir 2021.Sementara itu, menurut laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif COVID-19 keseluruhan di Indonesia berterusan meningkat kepada 155,412 kes, manakala kes kematian keseluruhan meningkat kepada 6,759 orang.Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 79 lagi pemergian berlaku, manakala sebanyak 1,877 kes positif baharu direkodkan dalam tempoh berkenaan. – BERNAMA
Indonesia catat 2,081 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam
JAKARTA – Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus bertambah dengan 2,081 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah terkumpul 139,549 kes.Menurut data di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 77,090 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.
Bagi tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 79 pemergian dilaporkan menjadikan pemergian keseluruhan akibat Covid-19 di republik itu 6,150 orang.Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 29,400 kes diikuti Jawa Timur (27,903) dan selebihnya di 32 provinsi lain.Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah pemergian keseluruhan tertinggi iaitu 2,023 orang, diikuti Jakarta (981), Jawa Tengah (786), Sulawesi Selatan (343) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama
Indonesia Anjur Pertandingan Antarabangsa Menyvmpah COVID-19
Sakit paling teruk diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19.Setiap negara mempunyai cara tersendiri dengan memberi kesedaran kepada rakyatnya tentang pandemik ini. Sering menjadi tumpuan ialah negara India dan Indonesia kerana pendekatan yang digunakan boleh dikatakan agak luar biasa tetapi berhasil untuk mendidik masyarakatnya.Bercakap tentang Indonesia, satu kumpulan yang dikenali dengan nama Pergerakan Budaya Jawasastra menganjurkan pertandingan antarabangsa menyvmpah virus COVID-19 dalam bahasa Jawa sebagai cara untuk melepaskan kmarahan terhadap wabak tersebut.
Beberapa kajian mendapati terdapat peningkatan tahap perasaan kcewa, marah, tekanan, takut, g3lisah sejak pandemik COVID-19 berlaku. Setiap orang akan melakukan terapi dengan cara yang lebih sesuai dengan dirinya dan atas faktor itu kumpulan tersebut mendapat idea dengan menganjurkan pertandingan menyvmpah.Menurut kumpulan tersebut setiap orang merasakan emosi, menahan kerinduan kampung halaman, menahan kmarahan, dan jika tidak berasa malu mereka mungkin rasa terpanggil untuk ‘memvntahkan ribuan svmpahan terhadap tuhan’.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada laman web mereka, Jawasastra berkata pemenang pertandingan akan dianugerahkan gelaran ‘maharaja svmpah’, selain mendapat sebungkus kopi, tiga buah buku, satu sijil menyvmpah, T-shirt, barang keperluan harian dan pemetik api. Kata pengerusinya, setiap perserta perlu membuat video menyvmpah COVID-19 berdurasi tiga minit dalam bahasa Jawa dan kemudian memuat naik di Instagram.Di sebut sebagai pertandingan antarabangsa kerana pandemik berlaku di seluruh dunia dan orang Jawa tidak kira tinggal di mana dipelawa untuk menyertainya. Tetapi tidak dibenarkan untuk membuat (komen)
Antara penyertaan termasuk sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menyvmpah dalam bahasa Jawa, “Hey, k0ronavirus, kau tu anjing! Kau telah ambil sumber pencarian kawan-kawan aku hingga mereka tidak lagi dapat bekerja!”Penganjur menjelaskan, bersvmpah merupakan tradisi budaya dahulu dalam peradaban Jawa dan tidak selalu digunakan untuk melahirkan rasa marah. Manakala mengvtuk, digunakan untuk melahirkan perasaan gembira.Kumpulan tersebut pernah menganjurkan acara yang serupa pada tahun 2018 untuk mengkritik isu sosial seperti etnik, agama dan bangsa.Sumber: The Jakarta Post
Kredit -
Post a Comment