Bukan hari ini, sejak semalam lagi Covid-19 menunjukkan peningkatan mendadak dan ia telah mencetuskan kebimbangan orang orang ramai. Apa yang lebih membimbangkan lagi, kebarangkalian PKP dijalankan semula amat tinggi.
Orang yang hilang kerja sampai sekarang masih mencari, bayangkan kalau PKP dijalankan semula.Tapi ada seorang rakyat Malaysia ini dah mengeluarkan kenyataan penuh yakin menjelaskan bahawa Covid ini ‘nonsense’. Baca ni…
ARTIKEL MENARIK:Penampilan terkini Noor Hidayah dapat pujian dari warganet. Tapi dalam diam rupa rupanya yang tak puas hati. Terkejut bila tiba tiba warganet dedah sesuatu.
Covid ni cuma rebranding from demam biasa”Katanya, kes pemergian akibat Covid-19 ini adalah disebabkanorang-orang tua yang ada latar belakang penyakit teruk. Malah, dia juga jadikan contoh orangg ramai berkerumun di hadapan mahkamah saat kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang menunjukkan tiada kes.
Malah dengan penuh yakin dia samakan Covid-19 ini hanya demam biasa. Sudah semestinya ramai warganetn jadi marah dengan kenyataannya dan gesa agar individu ini melakukan kaji selidik. Tak cukup dengan itu, dia siap bagi teorinya sendiri lagi.Bagi mereka, apa yang dikatakan oleh individu ini tidak melakukan kaji selidik tentang Covid-19. Malah ramai yang sangkal dengan teori yang diberikannya.Sesedap je kata covid ni nonsense – Warganet. Kalau ada pengan sendiri, apa kata simpan sahaja untuk diri sendiri, usahlah menimbulkan lagi kekecohan di saat-saat getir ini.-lobakmerah
Dikatakan Virus COVID19 Adalah Buatan Manusia Dan Berasal Daripada Sebuah Makmal Di Wuhan.Ini Kenyataan Lanjut Dari Dr Li Meng Yang Bukti Tersebut
Seorang pakar virus dari China, Dr Li Meng Yan mendkwa mempunyai bukti saintifik bahawa virus COVID-19 adalah buatan manusia dan berasal daripada sebuah makmal di Wuhan. Menurut New York Post, pakar virus yang bersembunyi demi keselamatannya itu muncul semula dalam satu program terbitan Britain, “Loose Women”.
Ketika ditanya mengenai virus yang telah membunh hampir 1 juta penduduk dunia, Meng Yan melalui panggilan video daripada sebuah lokasi rahsia membalas,“Ia datang daripada makmal di Wuhan yang dikawal kerajaan.”Dkwanya, laporan virus itu berasal daripada pasar awam di Wuhan, China hanyalah sebagai satu penyelindungan.
“Perkata pertama ialah, pasar daging di Wuhan.. Ia hanya untuk mengaburi mata dan virus itu bukan semula jadi,” dakwanya.Beliau dilaporkan mendkwa menjadi antara saintis terawal mengkaji tentang virus COVID-19 sebelum ini.Pernah berkhidmat di Hong Kong School of Public Health yang menjadi salah satu rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wanita itu mendakwa bekas penyelianya di sana telah mengarahkan beliau agar berdiam diri ketika beliau memberi amaran mengenai jangkitan dari manusia ke manusia pada Disember tahun lepas.
Meng Yan dilaporkan melarikan diri ke Amerika melalui Hong Kong pada April lalu.Lapor New York Post, wanita itu mendkwa bakal mendedahkan bukti saintifik bahawa virus itu dicipta di dalam makmal di Wuhan.“Saya tahu jika saya tidak mendedahkan kebenaran kepada dunia, saya akan menyesal,” katanya.
Sebelum ini, pengarah Institut Virologi Wuhan, Yuan Zhiming menafikan virus tersebut berasal daripada fasiliti miliknya.“Tidak mungkin virus ini datang dari kami,” katanya kepada media pada April.Sumber: New York Post
Virus Ini Mungkin Akan Kekal Buat Selama Lamanya. Pakar Mengatakan Virus Ini Akan Kekal Lama Atas Satu Sebab Ini Dan Harap Semua Sedia
Hampir 9 bulan kita telah menjalani kehidupan seharian dengan norma baharu sejak penularan wabak COVID-19 yang bermula pada Disember 2019. Sejak dari itu, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia khususnya dalam membendung wabak ini daripada terus menular.
Antaranya menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan selama 5 fasa sejak 18 Mac yang lalu dan dijangka akan berakhir pada 31 Ogos ini.Walaupun negara masih mencatatkan kes baharu setiap hari, namun jumlah pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital juga menunjukkan jumlah yang memberangsangkan.
Namun begitu, apabila melihat dari sudut penularan jangkitan dunia pula, apa yang berlaku adalah sebaliknya.Oleh itu, seorang pakar dan bekas Ketua Penasihat Saintifik United Kingdom (UK), Prof Mark Walport berpendapat bahawa COVID-19 mungkin akan kekal selama-lamanya hampir sama dengan virus influenza yang lain.
Ini adalah virus yang akan selalu ada bersama kita dalam beberapa bentuk atau yang lain dan hampir pasti memerlukan vaksin secara berkala” Bimbang dengan penularan wabak di Eropah – Walport. Beliau turut menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes yang berlaku di benua Eropah khususnya di United Kingdom.
Beliau mendkwa kurang satu daripada lima orang di UK dijangkiti virus itu, dan 80 peratus dijangka akan terdedah kepada jangkitan virus berkenaan. Walaupun terdapat beberapa negara yang berjaya mengawal penularan wabak ini, namun tidak mustahil ianya akan kembali merebak jika tiada pengawalan dan cara rawatan yang sesuai untuk mencegah COVID-19 ini, lapor Astro Awani.-awani
Pakar Dari Itali Berpendapat Virus Covid19 Semakin Lemah Dan Tak Perlukan Vaksin. Ini Keterangan Lanjut Dari Pakar Tersebut
Kita sendiri dapat lihat, semakin hari kadar jangkitan wabak Covid-19 semakin menurun dan sejak kebelakangan ni, kes di Malaysia pun hari mencatat kes sebanyak satu ke dua angka sahaja setiap hari.Bukan dekat Malaysia je tau, negara-negara lain pun kes jangkitan dah semakin berkurang. Sebagai contoh, dulu Itali pernah direkodkan negara yang paling teruk terjejas dengan wabak ini, sekarang mereka hanya mencatatkan lebih dari 238,000 kes positif dan 34,000 kes pemergian.
Ekoran ini, seorang Profesor pakar penyakit berjangkit di Itali mendakwa wabak Covid-19 mungkin akan berakhir tanpa perlu tunggu vaksin.Menerusi Daily Mail, Profesor Matteo Bassetti berkata, virus yang dahulunya gnas ini dah semakin lemah. Ia seperti harimau agres1f pada Mac dan April tetapi sekarang ia macam kucing l1ar sahaja”
Katanya, walaupun virus ini telah mengambil lebih 470,000 nyawa di seluruh dunia, vaksin tidak diperlukan lagi kerana virus boleh pergi dengan sendiri.Ini berdasarkan pemerhatiannya di sebuah hospital di mana dia dapat tengok sendiri pesakit warga emas berumur 80 ke 90 tahun boleh survive tanpa bantuan alat pernafasan.Dia juga percaya, SOP yang diberi oleh kerajaan turut membantu mengurangkan kadar jangkitan dan melemahkan virus.Pun begitu, korang jangan seronok sangat tau, sebab saintis lain telah membids dkwaan Matteo ini kerana tak ada bukti saintifik yang menunjukan perubahan pada virus tersebut.-lobakmerah
COVID-19: Indonesia terima vaksin dari China mulai November
JAKARTA: Indonesia dijangka menerima bekalan vaksin COVID-19 daripada China bermula November ini berikutan persetujuan syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac Biotech (Sinovac) membekalkan 50 juta dos vaksin kepada negara itu.Bekalan vaksin CoronaVac itu akan tiba secara berperingkat mulai November ini hingga Mac tahun depan dengan anggaran 10 juta dos vaksin dibekalkan setiap bulanKetika ini negara-negara dia Asia Tenggara berusaha mendapatkan bekalan ketika kes jangkitan semakin meningkat.
Dalam lawatan ke China, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, berkata perjanjian awal sudah ditandatangani dengan Sinovac untuk pembelian dan pembekalan vaksin CoronaVac secara pukal dengan syarikat milik kerajaan, Bio Farma diberi akses keutamaan hingga akhir 2021.“Indonesia melihat komitmen yang kuat daripada industri China untuk menjalin kerjasama,” katanya pada Khamis menerusi video.Bio Farma dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata bekalan 50 juta vaksin secara pukal akan tiba secara berperingkat iaitu 10 juta setiap bulan mulai November ini.
Indonesia berusaha mendapatkan vaksin untuk 260 juta penduduknya selain mencari jalan membangunkannya sendiri di tengah keprihatinan beberapa negara sedang membangun yang berdepan persaingan mendapatkan akses kepada bekalan itu.Indonesia melaporkan 2,197 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kes kumulatif 149,408.Data kementerian kesihatan menunjukkan 82 pemergian baharu, dengan jumlah keseluruhan 6,500 pemergian setakat ini, sekali gus tertinggi di Asia Tenggara.
Ujian fasa ketiga vaksin CoronaVac bermula minggu lalu di Indonesia membabitkan 1,620 sukarelawan.Bio Farma terbabit dalam membangunkan vaksin dan menyatakan Indonesia seharusnya mempunyai kemampuan untuk menghasilkan 250 juta dos setahun pada akhir 2020. Agensi
Tak Nak Pakai Mask. 8 Lelaki Indonesia Ini Terpaksa Buat Sesuatu Selepas Sahaja Mereka Tidak Mematuhi Arahan Memakai Pelitup Muka Di Tempat Awam
Dekat Malaysia kalau tak pakai pelitup muka, kita boleh disaman dan perlu membayar denda sebanyak RM1,000. Tapi di Indonesia lain pula ceritanya…Lapan lelaki dari Gresik, Jawa Timur telah diminta untuk mengg4li tempat persemadian pesakit Covid-19 yang sudah tiada kerana gagal mematuhi arahan memakai pelitup muka di tempat awam.
Menurut Tribun News, pemerintah tempatan, Suyono mengatakan yang dia membuat keputusan ini kerana tenaga kerja untuk mengg4li tempat persemadian memang tengah tak cukup orang.“Yang mengg4li tempat persemadian ada tiga saja, ya sudah mereka dihukvm ikut membantu mengg4li saja. Tidak ikut mengvbur.”
Jadi, dia telah meminta setiap dua orang untuk menyediakan satu tempat persemadian. Seorang ditugaskan untuk mengg4li dan seorang lagi perlu menyusun kayu bagi menampung orang yang sudah tiada Sumber: The Jakarta Post. Kalau korang nak tahu, peraturan di sana mengatakan orang yang tak memakai pelitup muka boleh dikenakan denda atau akan disuruh untuk melakukan khidmat masyarakat.
Hukuman yang ditetapkan untuk orang yang tak memakai pelitup muka ini pula bergantung kepada pemerintah tempatan. Suyono turut berharap yang hukumn ini akan tinggalkan kesan kepada pesalah serta orang lain agar terus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan memakai pelitup muka di Jawa Timur telah diperketatkan sejak Julai lalu apabila kes semakin meningkat dan tinjauan menunjukkan hampir 70% penduduk di sana tak mahu memakai pelitup muka.-ctto
Seramai 100 Doktor Muda Pergi Buat Selamanya. Indonesia Dedahkan Punca Berlakunya Pemergian Yang Berlaku Di Kalangan Barisan Hadapan
Kebimbangan terhadap wabak Covid-19 masih menghantuii orang ramai sehingga ke hari ini, saban hari kes jangkitan semakin meningkat malah jumlah pemergian telah mencatat lebih 800 ribu pemergian. Pada Isnin, Ikatan Doktor Indonesia (IDI) telah memaklumkan seramai 100 doktor telah disahkan pergi buat selamanya akibat jangkitan Covid-19.
Lebih menyedihkan ,kebanyakan mereka masih muda dan berumur dalam lingkungan 29 hingga 38 tahun. Dilaporkan bahawa antara doktor yang terkesan adalah daripada Fakulti Perubatan Universiti Airlangga dan Hospital Soetomo di Surabaya, Jawa Timur.Menurut Pengerusi IDI, Daeng M. Fikih memberitahu susulan kejadian ini, pihaknya telah bekerjasama dengan gerakan pasukan khas Covid-19 bagi memastikan peralatan perlindungan di hospital dan kemudahan kesihatan mencukupi untuk mencegah lebih banyak pemergian dalam kalangan pekerja kesihatan. Selain itu, dia juga mendesak agar pihak hospital membuat jadual kerja yang sesuai dengan keadaan kesihatan para doktor bagi mengelakkan keletihan melampau.
Sehingga kini, Indonesia telah mencatatkan 172,053 kes jangkitan dengan 7,343 pemergian, lapor The Jakarta Post.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:lobak merah
Kes Meningkat Saban Hari. Indonesia Sahkan Mutasi Berbahaya COVID19 Iaitu D614G Dikesan Di Negara Itu Atas Satu Faktor Ini
Pada pertengahan Ogos lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa pasukan kesihatan telah mengesan kewujudan mutasi jenis D614G dalam negara. Bahayanya mutasi itu adalah kerana ia boleh menular 10 kali ganda lebih cepat, dan mudah merebak sekiranya disebarkan oleh individu super spreader.Selepas Malaysia, ia kini dilaporkan sudah mula dikesan di Indonesia. Memetik laporan The Jakarta Post, Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBME) yang berpusat di Jakarta telah mengesahkan perkara tersebut.Dalam laporan itu, LBME berkata D614G telah dikesan dalam lapan daripada keseluruhan 22 genom yang dilaporkan di republik itu sebelum ini.
Para pengkaji ketika ini masih belum memperoleh peratusan sebenar individu yang menjadi pembawa virus mutasi tersebut, namun LBME percaya bahawa ia telah merebak secara meluas dalam kalangan kebanyakan pesakit di Indonesia.Dalam satu laporan lain yang diterbitkan Detik Health pula melaporkan, mutasi itu sebenarnya telah ada di Indonesia sejak Mac lalu. Prof Chairul A Nidom dari Universitas Airlangga berkata jumlah pengesanan juga akan lebih banyak dilaporkan, sekiranya ujian saringan dibuat dengan lebih giat. Untuk rekod, selain Malaysia dan Indonesia — mutasi itu turut telah dikesan di beberapa negara ASEAN lain termasuk Myanmar dan Singapura.
Catat Kes Baharu Lebih 2000 Setiap Hari. Seorang Menteri Indonesia Keluarkan Kenyataan Berkaitan Rantai Yang Boleh Merawat Covid19 Dan Dikatakan Mahu Ikut Jejak Negara Lain Untuk Buka Penggung Wayang
Walaupun keadaan kes di negara kita dilihat berkurangan namun bagi negara jiran, Indonesia, kes Covid-19 di sana tetap meningkat setiap hari. Hari ini saja Indonesia mencatatkan 2,306 kes baru dan 86 pemergian. Menurut Bloomberg, bagi memulihkan ekonomi negara selepas beberapa perniagaan terpaksa ditutup angkara pandemik yang melanda dunia ini, pihak berkuasa di sana membuat keputusan untuk buka semula panggung wayang selepas lima bulan ditutup.
Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mengatakan yang panggung wayang di Jakarta akan dibuka semula tapi perlu mengikut garis protokol yang ktat seperti penggunaan topeng muka dan hanya orang berusia 12 ke 60 tahun sahaja dibenarkan masuk.Jadi 47 negara saat ini kegiatan bioskop sudah berjalan seperti biasa. Bahkan di Korea Selatan, selama pandemi termasuk puncak pandemi mereka di sana bioskop tidak ditutup.”
Sebelum ini, pihak berkuasa di sana pernah bersetuju untuk membuka panggung wayang pada Julai lalu namun dibatalkan kerana kes di sana tak menunjukkan penurunan. Tapi mungkin untuk selamatkan ekonomi dekat sana, dorang terpaksa buka juga dengan mengikut SOP yang ketat.-lobakmerah
“Kami dah uji 20 staff yang positif” – Menteri Indonesia dikatakan Rantai Mengandungi Minyak Kayu Putih Boleh hilangkan Covid-19
Rantai aromaterapi dari Indonesia ini mengandungi eucalyptus (minyak kayu putih), dikatakan ia boleh menghalang daripada Covid-19 terus merebak, kata Menteri Pertanian Indonesia Syahrul Yasin Limpo pada Jumaat lepas (10 Julai).Katanya aksesori barang kemas itu telah ‘menghilangkan’ hampir setengah (42%) virus itu jika dipakai selama 15 minit. Kalau pakai dalam setengah jam, rantai tersebut ada potensi hilangkan 80% virus. Lapor South China Morning Post.
Ia ‘dicipta’ oleh Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan (Balitbangtan) dan diharapkan akan dihasilkan pada skala besar mulai bulan depan.Pengguna harus memakai rantai itu seperti pakai tag nama kerana ia mengandungi serbuk kayu putih agar pengguna dapat menghidunya.Kami dah uji 20 pekerja dari Kementerian Pertanian yang positif Covid-19. Setelah mereka setelah menyedut dan dirawat [dengan produk] itu. Ia membantu memudahkan pernafasan mereka ” Ketua Balitbangtan, Fadjry Djufry, The Jakarta Post.
Namun, para saintis agak ragu-ragu mengenai penemuan baru ini dan orang Indonesia telah tampil memperingatkan bahawa negara mereka akan berisiko dikenali sebagai ‘bahan lawak’ jika mereka meneruskan menghasilkan produk ini.Bagaimanapun, ini bukanlah pertama kalinya Indonesia membuat tuntutan berani mengenai virus tersebut.Sebelum ini, sebilangan orang Indonesia Menteri Kesihatan mereka, Terawan Agus Putranto, mendakwa kekuatan doa menjadikan jangkitan Coronavirus rendah di negara mereka.
Sehingga sekarang, Indonesia adalah negara tertinggu di ASEAN mencatatkan angka 75.699 kes positif dan 3.606 pemergian akibat Covid-19.Bagaimanapun Terawan menyatakan bahawa dia belum mengetahui perincian mengenai rantai itu. Lapor Kompas.Walaubagaimanapun, bagi bukti saintifik sama ada rantai itu benar-benar mujarab atau tidak, seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Pertanian Bogor (IPB) yang dikenali sebagai Berry Juilandi, mengatakan bahawa walaupun komponen 1.8-cineole Eucalyptol yang berasal dari daun kayu putih mempunyai sifat antimikroba, tidak ada penyelidikan klinikal yang membuktikan bahawa unsur-unsur ini dapat menghilangkan SARSnjCoV-2 di dalam sistem pernafasan.
Indonesia bangunkan vaksin Merah Putih untuk COVID-19
JAKARTA: Indonesia sedang membangunkan vaksin untuk COVID-19 yang dinamakan vaksin Merah Putih, yang dijangka dikeluarkan pada pertengahan tahun 2021.Presiden Indonesia Joko Widodo, berkata penyelidikan dan pembangunan vaksin itu sedang dilakukan Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), menerusi kerjasama dengan syarikat dari China, dengan menggunakan DNA virus asli Indonesia.
“Kita bisa (boleh) produksi lebih banyak dan kalau yang kita miliki berlebih, boleh dijual ke negara lain, kerana di ASEAN saya lihat belum ada yang siap (menghasilkan) vaksin,” katanya di Istana Negara Jakarta, seperti disiarkan televisyen tempatan, hari ini.Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi LBM, badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia telah bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19, sejak beberapa bulan lalu.
Dilaporkan vaksin itu kini memasuki fasa ketiga ujian dan jika berjaya, Indonesia bakal mengeluarkan 290 juta dos vaksin itu menjelang akhir 2021.Sementara itu, menurut laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, kes positif COVID-19 keseluruhan di Indonesia berterusan meningkat kepada 155,412 kes, manakala kes pemergian keseluruhan meningkat kepada 6,759 orang.Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 79 lagi pemergian berlaku, manakala sebanyak 1,877 kes positif baharu direkodkan dalam tempoh berkenaan. – BERNAMA
Post a Comment