Muat naik gambar dengan isteri tapi dikritik teruk oleh warganet. Mengejutkan dalam gambar tu ini yang Syatilla buat. Pakai tudung tapi buat benda tak elok.

Pelakon popular Shaheizy Sam telah mengejutkan para pengikut di laman Instagram miliknya apabila memuatnaik foto bersama isterinya, Syatilla Melvin.

Muat naik gambar dengan isteri tapi dikritik teruk oleh warganet. Mengejutkan dalam gambar tu ini yang Syatilla buat. Pakai tudung tapi buat benda tak elok.

 


Menerusi muatnaik terbaru itu, Syatilla dilihat beraksi dengan kedua-dua tangannya di dada membuatkan warganet tinggalkan pelbagai komen. “Satu hal plak nak kena melayan diaorg ni shooting utk youtube. Content apa korang rasa ni?”

ARTIKEL MENARIK:Tular tentang Neelofa berpurdah. Akhirnya Neelofa tampil buka mulut dedahkan sesuatu. Akhirnya terjawab segala persoalan tentang Neelofa bila dia keluarkan kenyataan ini.
loading...



Rata-rata para pengikut Sam menasihatinya untuk memadam gambar tersebut kerana boleh mendatangkan ftnh. “Mendatangkan fitnh. Delete le” “Assalamualaikum…maaf kalau saya cakap ni…delete lah post ni takut nanti MCM ii ftnh dorg buat… untuk elakkan terjadi nye bnde tu..baik abg delete post ni” “Baik delete la sam….rasa lain jerr”


Sebelum ini, nama kedua-dua pasangan ini disebut warganet kerana tular di media sosial, sebuah gambar katil yang patah dengan pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam serta foto tangan bergari. Menerusi kemas kini akaun Instagram Syatilla, Sam kelihatan terbaring sementara tangan kirinya masih bergari.

Manakala Syatilla pula tersenyum lebar di bucu katil sambil memakai baju tidur. Menurut Syatilla, situasi itu hasil penangan daripada jamu yang diamalkannya sejak akhir-akhir ini. Menurut laporan mStar, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, mereka sememangnya sengaja menggunakan foto yang membawa pelbagai maksud dan sudah menjangka perkongsian itu akan mendapat perhatian ramai.

“Kalau mereka nampak benda itu secara negatif memang automatik ia akan jadi negatif. Tapi kalau berbeza pula kalau mereka pandang secara positif. “Ikut pada pandangan individu itu macam mana.“Sebab bukan gambar straight foward. Saya dan Sam memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut. Memang kami dah jangka benda ini (kritikan) dan ini bermaksud apa yang kami cuba sampaikan berjaya.

“Tiada niat untuk buat sesuatu yang nampak tak senonoh. Tapi kalau dah warganet pandang benda itu secara negatif, kami tak boleh nak kawal apa yang mereka rasa. Bagi saya, bad marketing is still marketing, ” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : Yoy Network

Nampak Tapi Tak Boleh Pergi. Terpaksa Berjauhan Dengan Shaheizy Sam Gara Gara Sam Sedang Jalani Proses Kuarantin. Sampai Macam Ni Sekali Jadi Dekat Syatilla Bila Suami Kena Kuarantin.

Pelakon Syatilla Melvin terpaksa berjauhan dengan suaminya aktor Shahiezy Sam yang kini sedang menjalani proses kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel.  Menerusi laman sosial Instagram, Tilla berkongsi babak video yang menunjukkan aksinya melambai-lambai tangan pada Sam yang menginap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya. 

“Aku dekat office, Sam kuarantin kat hotel depan office aku ja.  “Nampak dari jauh tapi tak boleh pergi. Wei sedih wei,” tulis Tilla di ruangan kapsyen. Difahamkan Sam menjalani proses kuarantin selepas pulang dari Sabah bagi memberikan sokongan kepada abang iparnya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat aksi Tilla merindui suaminya yang hanya boleh dilihat dari jauh. “Untuk kebaikan semua orang, semoga Sam sihat,” komen seorang wargamaya. “Hahaha mesti rindu sangat,” kata seorang wargamaya.

“Bagus-bagus, kena kuarantin la kalau sayang family anak bini ibu ayah semua,” ujar seorang wargamaya. “Sabar-sabar, semoga semuanya baik-baik sahaja,” tulis seorang wargamaya. “Alaa kesiannya, sama-sama kita berdoa Sam sihat dan berjaya habiskan tempoh kuarantin,” pinta seorang wargamaya lagi.

Imbas kembali, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram. 

Shaheizy Sam Dikatakan Tumpang Kekayaan Syatilla Melvin. AKhirnya Syatilla Melvin Tampil Bersuara Beri Respon Pada Bila Ada Warganet Cakap Sam Tumpang Kekayaan Dia. Sampai Macam Ni Sekali Respon Dari Syatilla.

PELAKON Syatilla Melvin menyedari terdapat segelintir pihak yang beranggapan perkahwinannya dengan Shahiezy Sam semata-mata ingin menumpang kemewahan aktor tersebut. Namun Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29, berkata tiada istilah menumpang dalam kehidupan rumah tangga memandangkan dia dan suaminya sentiasa membantu satu sama lain dalam setiap perkara.

Menurut Syatilla, dia percaya rumah tangga akan semakin bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki apabila pasangan suami isteri tidak pernah berkira dalam setiap aspek termasuk soal kewangan. “Masa awal-awal orang selalu cakap saya ini seperti nak menumpang Sam tapi sebenarnya kami bergerak seiring. Saya dan Sam pun ada perniagaan sendiri. Kami berdua buat semua sama-sama.

“Sentiasa berbincang sehingga mendapat kata sepakat dan tiada istilah menumpang. Saya percaya kalau kita tolong pasangan kita, masing-masing akan diberikan rezeki. “Apabila dah jadi suami isteri, kami langsung tak pernah berkira dalam soal duit. Sebab itu Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami,” kata Syatillah kepada mStar.

Pelakon drama Sha & Shah itu mendirikan rumah tangga dengan Shahiezy Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 3, dan Samheizy yang kini berusia setahun. Syatilla mempunyai perniagaan barangan kosmetik Kekasih The Melvins yang diusahakan bersama tiga orang adik-beradiknya iaitu Syifa, Syida dan Syafiqa Melvin.

Malah kejayaan yang dikecapi itu membuatkan mereka berempat kini bergelar jutawan muda dalam masa yang singkat dengan hasil usaha kerja keras. Berikutan itu, ada juga segelintir warganet yang membuat spekulasi bahawa Shahiezy Sam pula yang menumpang kejayaan isterinya memandangkan pelakon filem Polis Evo itu dilihat kurang mendapat tawaran berlakon lagi.

Syatilla dan Sam mempunyai dua cahaya mata.

Bagaimanapun, Syatilla mendedahkan suaminya kini sibuk menguruskan dua perniagaan dalam satu masa dan kedua-duanya juga berjalan dengan sangat baik. “Mereka (warganet) mungkin tidak tahu apa yang Sam buat sekarang ini. Dia kini sibuk dengan dua perniagaan yang berjalan dengan baik. Tapi mereka ini sengaja la nak buat spekulasi.

“Sebenarnya perniagaan Sam lagi maju daripada perniagaan Kekasih tapi orang tak tahu dan Sam pun tak akan kongsi benda itu dengan orang. “Mereka cakap apa yang mereka nampak saja, terpulang la… tapi apa yang ada dalam akaun kita, mereka tak perlu tahu,” ujarnya.



loading...


Bakal Melancarkan Produk Sendiri. Syatilla Melvin Ulas Lebih Lanjut Mengenai Produknya Yang Lain Daripada Yang Lain Dan Khas Untuk Wanita Di Luar Sana

Sementelah kejayaan produk kosmetik Kekasih by The Melvins, pelakon cantik yang juga isteri kepada pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin bakal melancarkan produk jamunya sendiri yang diberi nama Pengasih.Menurut Syatilla, dia tidak sabar untuk berkongsi kebaikan khasiat jamu yang dihasilkan bersama ramuan terbaik, hasil daripada pengalamannya sendiri serta turut mendapat nasihat daripada golongan bertauliah.

Dalam pada itu, dia juga mengakui pelancaran produk barunya itu turut mendapat sepenuh sokongan daripada suaminya, Shaheizy Sam.Telah mengambil jamu sejak usianya mencapai belasan tahun, bekas peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini mendkwa dia mendapat kesan yang baik dan disebabkan itu, Syatilla ingin berkongsi kebaikan jamunya itu kepada wanita di luar sana.

“Benar, saya amal jamu sejak usia 15 tahun ketika bekerja di salun milik makcik yang menjual barang berkenaan. Saya cuba dan menyukainya sehingga sekarang. Boleh rasa sendiri impaknya ketika bujang dan sekarang. Rasa lebih bertenaga, malah dapat rasa perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak. Dapat juga jaga hubungan suami isteri. Jadi bagi saya ianya sangat membantu dari segi hubungan suami isteri..”

Dalam pada itu, Syatilla tidak menyangkal ramai pasangan di luar sana berpisah akibat daripada faktor dalaman seperti hubungan suami isteri yang tidak memuaskan dan juga hal-hal yang lain. Disebabkan oleh perkara itu, dia terdorong untuk melancarkan jamu Pengasih ini agar dapat membantu pasangan di luar sana mencapai keharmonian rumah tangga.

Ibu kepada dua orang anak ini turut beranggapan bahawa penjagaan bahagian intim perlu dititikberatkan oleh kaum wanita.“Ramai je muka lawa tapi ‘bawah’ bersawang dan berbau. Jadi saya kalau boleh nak didik golongan hawa untuk seimbangkan di antara kecantikan dalaman dan luaran.

Jangan hanya banyak melabur pada kecantikan luaran tapi dalaman terbiar,”Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy Sam telah selamat diijabkabul pada Februari 2016 dan kini bahagia dengan kehadiran dua orang anak iaitu Sheriv Samheizy,3, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 2 tahun.Sumber: Media Hiburan

Muat Naik Gambar Katil Dan Kapsyen Yang Menarik. Warganet Syak Shaheizy Sam Dan Syatilla Bakal Menimang Cahaya Mata

Sudah menjadi satu kebiasaan pada hari ini, selebriti selalunya akan memberi petunjuk di laman sosial mereka untuk memberitahu berita besar kepada para peminat mereka. Baru-baru ini, pasangan selebriti Saheizy Sam dan Syatilla Melvin ada memuat naik satu gambar di laman Instagram yang membuatkan para peminat mereka tertanya-tanya apa maksud disebalik gambar tersebut.

“Aduhhhh pasaipa pulak dah katil path sampai laguni, sayang tak baik buat saya mcm ni” Gambar katil path yang dimuat naik oleh pasangan ini membuatkan para peminat membanjiri ruangan komen dan menjangkakan bahawa mereka bakal menambah cahaya mata pada masa akan datang.

“Awak, saya sedia menerima bila2 masa awak memberi” Tidak cukup dengan itu, akaun Instagram ini kemudiannya memuat naik lagi satu gambar dengan kapsyen yang berbunyi sedikit naaakal, membuatkan ruangan komen mereka dibanjiri peminat sekali lagi. “Dapat adik barulah…” “Belum cukup…” “Sian kat kami yang single ni”“Dah memberi laluan dah tu”

Sebenarnya, jika dilihat daripada ayat kapsyen keseluruhan beserta hashtag di setiap gambar, mungkin ini adalah promosi untuk produk terbaru bisnes pasangan ini. Amboi, promosi produk kali ini lain macam betul!

Dalam pada masa itu, pasangan Sam dan Syatilla baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada tahun lalu. Kini mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:lobak merah

Bersuamikan Bintang Popular. Syatilla Melvin Dedahkan Rumah Tangganya Bersama Shaheizy Sam Dan Isu Menduakan Pasangan Yang Menjadi Bualan Orang Ramai

KUALA LUMPUR: Lambakan kes keruntuuhan rumah tangga akibat suami menduakan si isteri menjadi ketakutaan bagi golongan wanita. Tidak terkecuali, pelakon, Syatilla Melvin, 29, mendirikan bahtera rumah tangga bersama aktor popular, Shaheizy Sam, 38, yang memiliki ribuan peminat setia.

Hakikatnya, tiada siapa mampu meneka suratan takdir dan perjalanan hidup biarpun dilihat bahagia. Soal jodoh menjadi ketentuan Allah SWT. Bagaimanapun, Syatilla percaya selagi mampu memberikan yang terbaik, tiada sebab untuk suaminya mencari wanita lain. Bagi Syatilla, penjagaan dalaman adalah paling utama, selain menitik berat penjagaan fizikal. Lebih lagi, apabila melihat kebanyakan kes menduakan berikutan skndal lebih cantik, jauh daripada isteri.

“Sebagai isteri, saya tidak menolak adanya perasaan cemburu apabila bersuamikan bintang popular. Bagaimanapun, saya sering memberi amaran pada suami supaya tidak melakukan perkara yang boleh menghncurkan kepercayaan saya terhadapnya.

“Saya yakin Sam bijak menilai mana baik dan buruk. Dia bukan sahaja ada saya untuk menilai tindak tanduk. Malah, dua anak dan kedua-dua keluarga yang harus dijaga hati serta nama baik mereka. “Saya mengenali Sam lebih 10 tahun. Ada kala, saya rasa lebih mengenalinya daripada diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

Menyentuh kerjaya lakonan yang dilihat bergerak perlahan, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, dia bukanlah mahu meletakkan titik noktah apabila dikurniakan dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, sebaliknya mengambil tempoh rehat bagi memberi perhatian kepada dunia perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menafikan perasaan rindu mahu kembali bekerja di lokasi penggambaran, apatah lagi kali terakhir menjayakan drama Selafaz Cinta ketika hamil anak kedua. “Saya sudah tidak berlakon hampir dua tahun, tetapi menjayakan drama pendek Gerakan Serunding bersama Sam sempena Aidiladha pada Mei lalu. Itupun hanya sekejap sahaja.

“Tetapi, jujurnya, saya belum berhasrat mahu berhenti berlakon, cuma berehat seketika bagi memberi ruang saya fokus pada dunia perniagaan. “Tawaran sentiasa ada, tetapi terpaksa ditolak. Saya tak mampu buat kerja dalam satu masa,” katanya.

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, keputusannya menceburi dunia perniagaan sejak setahun lalu selepas melihat nasib pelakon tempatan pada penghujung usia.”Ketika berlakon, saya tahu ramai pelakon veteran yang sakit pada penghujung usia. Nampak popular di kaca televisyen (TV), tetapi mereka sebenarnya tiada simpanan tetap.

“Bagi pelakon yang pandai menyimpan, baguslah. Tetapi, saya tidak dapat menyimpan duit dan membeli aset ketika aktif berlakon dahulu.”Peminat nampak gah di kaca TV, tetapi hakikatnya kita sendiri tahu. Saya tak mahu masa tua nanti perlu minta bantuan. Minta jauhkan nasib seperti ini,” katanya.

Disebabkan itu Syatilla berkata, dia tekad mengambil langkah menceburi bidang perniagaan kerana tahu tidak boleh terus berlakon dan mengharapkan pendapatan lakonan semata-mata.”Ini langkah yang perlu diambil kerana jangka hayat dalam industri seni bukanlah panjang. Jika mengusahakan perniagaan dengan konsisten, ia boleh bertahan lama,” katanya yang kini bergelar tauke jamu.-bharian

Nampak Kekal Lawa Walaupun Lepas Bersalin. Syatilla Melvin Dedahkan Rahsia Dia Yang Satu Ini Untuk Kekal Anggun Dan Lawa Di Hadapan Suami Tercinta

PELAKON Syatilla Melvin, 29, yakin jika suaminya yang juga pelakon terkenal, Shaheizy Sam tidak akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan sejak berkahwin empat tahun lalu. Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, dia tidak takut suaminya dig0da wanita lain kerana mengetahui pelakon itu tahu menjaga batasan.

“Saya percaya Sam tidak akan berbuat demikian tetapi sebagai wanita saya tetap berfikir. Disebabkan itu, saya menceburi bidang perniagaan untuk mempunyai sumber kewangan yang stabil. “Saya tidak mahu hanya bergantung pada dunia lakonan kerana kita sedia tahu jangka masa seorang pelakon itu tidak lama. Jadi saya perlu ada simpanan sendiri demi kebaikan pada masa hadapan,” katanya.

Disebabkan itu, Tila kini sedang rancak mengembangkan perniagaan yang mula dibina sejak lebih setahun lalu. Selepas kejayaan produk Kekasih by The Melvins, Tila bakal muncul dengan produk jamu pula yang dijangka dikeluarkan bulan depan.

“Saya mengembangkan perniagaan dengan tampil dengan produk baharu, jamu. Kenapa saya pilih jamu? Ini kerana saya mengamalkan pengambilan jamu iaitu sejak berusia 15 tahun lagi. “Diakui saya suka memakan jamu kerana apabila mengamalkan, saya rasa bertenaga, malah saya dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

“Selain itu, ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang ini kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri, jadi apabila saya mencuba jamu ini ia sangat membantu hubungan saya dan suami,” katanya. Tila dan Sam yang berkahwin pada 8 Februari 2016 mempunyai dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3; dan Sarima Samheizy, 2.-metro

Setelah Lama Bekerja Keras Dalam Industri Syatilla Melvin Berikan Sesuatu Yang Berharga Ini Buat Ibunya

Pelakon Syatilla Melvin tidak menyangka dapat menghadiahkan ibunya gelang emas yang lebih besar hasil dari titik peluhnya berniaga. Menurut Syatilla, sejak dari dulu dia mengutamakan ibunya dan hasil doa ibunya juga dia berjaya dan dimurahkan rezeki. “Dahulukan yang tercinta. Dulu rasa mustahil dapat masuk kedai emas dan terus beli tapi Allah memang maha adil.

“Bila kita utamakan orang tersayang lebih dari diri sendiri Allah balas dengan semua bentuk bahagia dan rezeki melimpah-melimpah bagai ke ladang gandum lalu ambik coco crunch makan dengan susu, ya Allah sedapnya. “Ibu jangan pernah berhenti berdoa untuk keberkatan anak-anak ibu dunia akhirat. I love you,” katanya. Isteri kepada Shaheizy Sam itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusti entri terbabit, dia memuat naik video ketika membeli dan menghadiahkan barang kemas itu kepada ibunya.

Dalam video tersebut, ibunya gembira dan terkejut kerana menerima gelang emas sebesar itu. Syatilla menambah gelang emas rekaan yang biasa dipanggil pulut dakap itu digelarnya “abang dakap”. Pun begitu, Syatilla berharap agar apa yang ditunjukkan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berniaga dan menjana pendapatan hasil dari titik peluh sendiri. “Moga video ni dapat bagi inspirasi untuk orang-orang di luar sana supaya mula berniaga atau cari duit hasil titik peluh sendiri untuk bahagiakan orang yang tersayang,” katanya lagi. Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang bangga melihat Syatilla kerana pandai menghargai ibunya.

Syatilla Melvin tiada keinginan kembali berlakon

Pelakon, Syatilla Melvin, 29, berat hati tinggalkan dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, yang masih kecil untuk keluar bekerja. Jadi, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu tangguhkan hasrat kembali ke dunia lakonan, selepas kali terakhir membintangi sebuah drama ketika hamil anak kedua.

“Anak-anak masih kecil, jadi berat hati tinggalkan mereka dalam tempoh yang lama. “Jika kembali berlakon, jadual kerja tidak menentu dan memerlukan saya seharian di lokasi penggambaran. Buat masa ini, saya tak boleh berjauhan dengan anak yang masih kecil. “Jujurnya, suami tak pernah menghalang niat saya kembali aktif, cuma saya memilih mengasuh dan mendidik anak di rumah,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Sha & Shah dan Kerna Syurga Bukan Percuma itu berkata, dia juga menceburi perniagaan kosmetik diusahakan bersama adik-beradik. Jadi, waktu cukup terbatas buatnya, apatah lagi kembali ke dunia lakonan seperti dahulu. Belum cukup setahun bergelar usahawan kosmetik, Syatilla berkata, dia gembira dengan pulangan yang diperoleh hasil perniagaan.

“Saya belum ada niat kembali berlakon. Apatah lagi, saya sibuk menguruskan perniagaan bersama kakak dan adik. “Saya tak sangka, sambutan diterima untuk produk sangat menggalakkan dalam tempoh 10 bulan berniaga. Ketika pelancaran pertama, saya sudah mendapat pulangan modal. “Saya bermula dengan lipmatte dan kini, rangkaian produk diperluaskan kepada pemerah pipi. Idea memilih perniagaan produk kosmetik hasil perbincangan kami adik beradik,” katanya.

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, dia bertuah kerana memiliki platform media sosial yang memudahkan mempromosi produk, apatah lagi sudah tidak berlakon. “Jadi, kewujudan platform media sosial membantu perniagaan kami. “Bagaimanapun, saya tak menafikan, impak produk akan lebih meluas sekiranya saya masih aktif berlakon.

“Namun, apakan daya, tanggungjawab semakin bertambah dan keinginan kembali berlakon tidak begitu kuat sejak bergelar isteri dan ibu. Tak mengapalah, kami adik beradik mempunyai platform sendiri, jadi kena yakin dengan kuasa media sosial boleh membantu,” katanya.-ctto

 

 

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post