Menurut Kosmo, Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STFC) telah membuat makluman di laman rasmi mereka bahawa 16 daerah di Selangor ini dikategorikan sebagai Zon Merah. Kesemua daerah tersebut ialah :
Kapar, Klang, Ampang, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Semenyih, Bukit Raja, Damansara, Petaling, Sungai Buloh, Batu, Hulu Klang, Dengkil, Labu, satu kawasan di Kuala Langat. Setakat pukul 12 tengah hari semalam sebanyak 10 kes baharu melibatkan 10 kes tempatan dicatatkan di negeri ini.”
ARTIKEL MENARIK:Kecoh tentang tweet Dr Noor Hisham seakan beri bayang pkpk akan dilaksanakan. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bersuara lantang bongkarkan cerita sebenar pasal tweet tersebut.
53 kes aktif, 39 kes jangkitan dari negeri lain “Secara keseluruhan sebanyak 2,271 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh Selangor dengan 24 pemergian direkodkan setakat ini.” Jelas mereka, Selangor merekodkan 53 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 39 kes melibatkan individu yang mendapatkan jangkitan di negeri lain.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (RO) bagi Selangor juga lagi tinggi berbanding Sabah. “Hal ini sangat memerlukan kepatuhan standard prosedur operasi ( SOP) pada tahap tinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan.” Semalam, Dr. Noor Hisham Abdullah mengatakan RO bagi negeri Selangor meningkat ke angka 1.95 berbanding 0.8 pada 15 September lalu, paling tinggi dalam tempoh dua minggu ini.
Seorang Staff Butik Di Mall Yg Terkenal Di Ibu Kota Positif Covid 19. Puncanya Sangat Mengejutkan. Sampai Macam Tu Sekali Punca Dia Dijangkiti Positif Covid 19.
Menerusi hantaran hari ini dari Facebook Sunway Pyramid, pihak pengurusan memberitahu bahawa seorang staff dari butik sukan telah positif C0vid 19. Pengurusan Sunway Pyramid Mall telah diberitahu mengenai satu kes C0vid 19 pada 26/9/2020, yang melibatkan satu kakitangan kedai Nike di tingkat pertama pusat membeli-belah yang mempunyai sejarah perjalanan.
Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah kes terpencil dan telah dihadiri segera setelah dikenal pasti, bersama-sama dengan penyewa yang terlibat mematuhi sepenuhnya garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM juga menghubungi mereka yang telah berhubungan dekat dengan yang kontak rapat, dan telah diperintahkan untuk melakukan pemeriksaan dan kuarantin diri. Kes ini dikendalikan dengan baik dan terkawal kerana tindakan pantas yang dilakukan oleh penyewa bersama dengan pihak berkuasa.
Sunway Pyramid Mall telah segera melakukan dan menyelesaikan pembersihan mendalam, pembasmian kuman menyeluruh serta pembersihan di seluruh premis; dan meningkatkan kekerapan proses sedemikian setiap hari.
Kami juga telah bekerjasama dengan penyewa yang terjejas untuk menyelaraskan secara menyeluruh penyiapan kerja pembersihan yang mendalam, serta mendapatkan kemas kini tepat pada masanya untuk menangani masalah ini dengan berkesan dan cekap.
Pusat membeli-belah dan pegawainya telah dilatih untuk menerapkan standard dan protokol tertinggi untuk kebersihan dan sanitasi sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan KKM di C0vid 19. Dari masa ke masa kami terus memantau perkembangannya, kami ingin memaklumkan semua pengunjung, penyewa dan masyarakat kami untuk tetap tenang dan waspada selama ini, dan menerapkan amalan kebersihan diri yang baik.
Pengurusan Sunway Pyramid Mall komited sepenuhnya untuk melindungi kesihatan dan keselamatan penyewa dan komuniti kami, terima kasih.
Sumber : FBSunwayPyramid/OM
Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Lebih Banyak Mutasi D614G Yang Ditemui Dalam Sampel Ujian Covid 19. Mutasi D614G Dikatakan 10 Kali Lebih Mudah Untuk Berjangkit. Mengejutkan Rupanya Ini Punca.
Kesemua 32 ujian saringan yang dibuat terhadap sampel pesakit positif Covid-19 disahkan mempunyai mutasi D614G oleh Dr. Noor Hisham hari ini. “Institute for Medical Research (IMR) Malaysia telah melakukan ujian genom terhadap sampel virus yang diambil dari proses pengasingan dan pemupukan untuk kluster Benteng (23), Sivangangga (4) person under investigation (PUI), Tawar (3), Sungai (1) dan Bukit Tiram (1).”
“Ujian susulan telah dilakukan untuk mengkaji susunan genetik virus yang telah kita pisahkan dan bandingkannya dengan mutasi sebelumnya yang terdapat di kluster Tawar dan Sivangangga.” “Seperti yang dijangka, semua sampel virus yang kami pisahkan dari kelompok Kedah ini saling berkaitan dan berkemungkinan besar berasal dari sumber yang sama.”
Selain itu, menurut Dr. Noor Hisham, semua 23 sampel dari kluster Benteng didapati serupa tetapi tidak mempunyai kaitan dengan virus yang dijumpai di Kedah, walaupun semuanya mempunyai mutasi D614G. Tambahnya, KKM akan terus melakukan ujian dan membandingkan sampel virus ini dengan yang lain dalam keluarga Covid-19 atau Phylogenetic tree.
Mutasi Covid-19 ini telah dikenalpasti oleh para saintis pada bulan Julai lalu dan kemunculannya dilihat sebagai penghalang kepada usaha yang sedang dilakukan untuk mencipta vaksin Covid-19 yang berkesan. Ya lah, dorang buat vaksin berdasarkan sampel virus masa awal penemuan, sekarang ada mutasi pula. Bertabahlah saintis dan para medical line sekalian.
Sumber : Malaymail
Terkini Kes Positif Covid 19 Kembali 3 Angka. 111 Kes Disahkan Positif Covid 19 Hari Ni. Terkedu Kes Di Sabah Paling Tinggi. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Terkedu.
PUTRAJAYA, 25 Sept – Jumlah jangkitan COVID-19 kembali ke tiga angka dengan mencatatkan 111 kes baharu hari ini. Daripada angka tersebut, 107 daripadanya melibatkan kes tempatan dan empat (4) lagi kes import. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat 97 kes dikesan di Sabah, antaranya 74 kes daripada Kluster Bangau-Bangau dan 13 lagi daripada Kluster Benteng. Sementara itu, terdapat lapan (8) kes dikesan di Kedah termasuk tujuh (7) daripada Kluster Sungai serta satu (1) kes di Pahang. Maklumat lanjut menyusul.
Sumber: KKM
Terkini PM Umumkan Kalau Kes Positif Covid 19 Terus Meningkat Dia Akan Lakukan Sesuatu Buat Rakyat Terkejut. Akhirnya PM Tampil Bersuara Lantang Umumkan Kemungkinan Ini Yang Akan Diisytiharkan.
“Sekiranya kes Covid-19 meningkat dengan mendadak PKP akan dilaksanakan semula.” Itulah kata-kata yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi ketika menyampaikan pekembangan terkini tentang kes Covid-19 di Malaysia.
Ia berikutan dengan peningkatan yang begitu mendadak dekat 3 daerah baru-baru ini. Tambahnya lagi, pandemik ini mungkin akan berterusan dalam masa yang agak lama. Malah, beliau turut menambah bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan lagi kawalan di sempadan bagi menghalang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Tan Sri Muhyiddin ketika menzahirkan rasa bimbangnya akibat peningkatan kes itu juga turut mengingati rakyat Malaysia supaya patuh SOP agar dapat sama-sama bantu dalam memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia. Ini kerana beliau tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan semula PKP jika kes terus meningkat secara mendadak.
Tiba Tiba Je Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Covid 19. Dijangka Makin Hari Akan Makin Banyak Pemergian. Kes Juga Makin Hari Akan Makin Naik. Dan Kemungkinan Ini Yang Akan Diisytiharkan.
KUALA LUMPUR (Bernama) — Keadaan penularan COVID-19 di Malaysia kini berada dalam keadaan meruncing dan “bara api yang ada perlu dikawal supaya tidak merebak menjadi sesuatu yang tidak diigini.” Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan demikian ketika sesi soal jawab dengan media selepas melaporkan perkembangan situasi COVID-19 dalam negara semalam, Khamis 10 Sept.
Sekiranya keadaan berterusan meruncing, peluang menjadi tipis untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) “membendung benda ini” dan kemungkinan kes positif COVID-19 akan meningkat mendadak dan menyebabkan banyak pemergian seperti yang berlaku di banyak negara luar.
Kebimbangan beliau sudah tentunya berasas memandangkan kes baharu COVID-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini ditambah dengan kemunculan kluster baharu terutama di Kedah dan di Sabah. Untuk rekod, Malaysia mencatat kes positif COVID-19 tiga angka iaitu 100 pada Selasa 8 Sept, iaitu yang tertinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan pada Jun lepas.
Untuk hari lain sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini, kes baharu COVID-19 dua angka dicatat pada Isnin 7 Sept (62 kes), Rabu 9 Sept (24 kes), Khamis 10 Sept (45 kes) dan enam (6) kes pada Sabtu 5 Sept dan enam (6) kes pada Ahad 6 Sept.
Dr Noor Hisham juga jelas khuatir dengan nilai Rt atau R naught (Ro) yang meningkat kepada 2.34 pada 9 Sept dan kemudiannya menurun kepada 1.78 pada 10 Sept. Beliau sebelum ini menyatakan kemunculan kluster baharu ini meningkatkan nilai Ro iaitu kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat. Secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh kes dalam wabak tersebut.
Pada 26 Ogos 2020, Ro dilaporkan 0.74. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa 8 Sept memaklumkan bahawa Ro meningkat kepada 1.72 di. Malaysia. Peningkatan ketara ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak transmisi di dalam komuniti.
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Ro adalah 3.55. Menurut Dr Noor Hisham, menurunkan nilai Ro kurang daripada 1 secara berterusan, akan membantu memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia.
KES BAHARU KEMBALI DUA ANGKA
Dengan 45 kes baharu COVID-19 direkod sehingga pukul 12 tengahari Khamis 10 Sept, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 9,628 kes, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 333 kes.
Daripada 45 kes baharu itu, satu (1) adalah kes import, iaitu di Selangor, melibatkan warganegara Malaysia yang pulang dari Brazil. Sementara daripada 44 kes penularan di dalam negara, 11 adalah warganegara Malaysia dan 33 adalah bukan warganegara.
Untuk kes COVID-19 yang pulih, 24 pesakit didiscaj dan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 9,167 (95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sehingga kini, sembilan (9) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. Lima pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian COVID-19 di negara ini kekal 128 kes (1.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
KLUSTER COVID-19 YANG AKTIF
Setakat Khamis 10 Sept, terdapat tiga kluster COVID-19 yang aktif iaitu Kluster Benteng LD (Lahad Datu/Tawau), Kluster Sungai (Kedah/Pulau Pinang/Perlis) dan Kluster Telaga (Kedah/Pulau Pinang).
Kluster Benteng LD – Tawau (1,909 disaring) dan 83 kes dikesan positif COVID-19, 625 individu negatif dan 1,201 individu masih menunggu keputusan. Di Lahad Datu, daripada 770 individu yang disaring, 87 dikesan positif, 291 individu negatif dan 392 individu masih menunggu keputusan.
Bagi Kluster Sungai, jumlah saringan di Kedah seramai 1,456 dan 39 dikesan positif, 1,017 individu negatif dan 400 individu masih menunggu keputusan. Di Pulau Pinang, daripada 122 individu yang disaring, 43 negatif sementara 79 masih menunggu keputusan. Di Perlis, daripada tujuh (7) individu yang disaring, satu (1) dikesan positif, tiga (3) negatif dan tiga (3) lagi masih menunggu keputusan.
Kluster Telaga melibatkan saringan ke atas 4,673 individu. Di Kedah, daripada 4,626 yang disaring, 13 dikesan positif COVID-19, seramai 4,524 negatif dan 89 masih menunggu keputusan. Di Pulau Pinang, daripada 47 individu yang disaring, 46 negatif dan seorang masih menunggu keputusan.
PKPD DAN KAWALAN SEMPADAN
Susulan daripada peningkatan kes positif COVID-19 dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga, Kerajaan membuat keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar, Kedah mulai 12.01 tengah malam Khamis (10 Sept) sehingga 25 Sept depan.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam turut dihentikan sehingga tamat PKPD. PKPD (Pentadbiran) turut dikuatkuasakan di Penjara Tawau, berkuatkuasa 11 Sep hingga 25 Sept.
Sementara itu, berkuatkuasa Isnin 7 Sept, kerajaan Malaysia mengenakan sekatan kemasukan ke atas 23 buah negara yang mencatat kes positif COVID-19 melebihi 150,000 ke atas. Negara yang termasuk dalam senarai tersebut adalah Amerika Syarikat, Brazil, India, Russia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.
Bagaimanapun, sekatan itu tidak dikenakan kepada diplomat asing termasuk ahli keluarga mereka. Kelonggaran juga diberi kepada pemegang Pas Ekspatriat dan pekerja mahir. Sementara itu, sejak 3 April 2020 sehingga 9 September 2020, jumlah pengembara yang masuk ke Malaysia adalah seramai 119,268 orang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 995 disahkan positif COVID-19, iaitu 742 kes dikesan semasa saringan ketibaan dan 253 kes dikesan daripada saringan kedua pada hari ke-13.
إرسال تعليق