Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kisah tragis keluarga ini menjadi viral selepas seorang saudara memuat naik di media sosial.
Terbaru berita duka dikongsikan melalui Harian Metro, Aizameen Haqim Abd Razak yang menghidap asma kronik dan masalah paru-paru meninggal dunia kira-kira jam 1.47 tengahari tadi.
ARTIKEL MENARIK:Pakar hanya mampu terdiam. Sebak perasaan seorang ibu ini apabila bayi dikandung ada alami satu sakit ini dan dia dedahkan sesuatu berkenaan dengan kesan satu ubat yang kerap diambil oleh para wanita yang mengandung di luar sana
Aizameen, 27, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.
“Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi menghadap Ilahi.
“Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah. Al-Fatihah,” katanya.
Aizameen dimasukkan ke ICU pada 30 Oktober lalu selepas mengalami asma kronik manakala isterinya, Fatin dimasukkan ke ICU Isnin lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.
Manakala anak bongsu mereka, Fitiya Ariana yang berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad akibat cirit birit dan najis berdarah sementara abangnya Firash Aedrian, 2, mengalami ekzema kini dijaga oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Nur Shuhaila Mazlan, 28.
Walau bagaimanapun, Fatin dilaporkan sudah dipindahkan ke wad biasa kelmarin sebelum keluar hospital bersama bayinya, Fitiya petang semalam.
Kisah Aizameen dan isterinya, Fatin Atikah Munzahit, 26, yang terpaksa berpisah dengan satu sama lain selepas dimasukkan ke ICU.
Salam sahabat dan saudara semua…
Dalam gambar ni sepupu saya Fatin Elika Elisya dan suaminya Aizameen Haqim bersama anaknya. Mereka ada lg sorang baby girl baru umur 2 bulan dan Fatin baru je habis pantang.
Apa yg cuba saya nak sampaikan… berat ujian sepupu saya sekeluarga ni.. mulanya suaminya kena semput kronik krn mmg ada masalah dgn paru² yg sekian lama… masa kena serang tu suaminya dikejarkan ke hospital dan dimasukkan icu.
Skrg dlm keadaan koma… dlm x sedar dah hampir 2 minggu dah sbnrnya… sepupu saya fatin berharap yg suaminya boleh diselamatkan… mlm td pula.. sepupu saya fatin pula dimasukkan ke icu kerana ada jangkitan kuman dlm darah… fatin terlalu lemah… mulanya suspek denggi…
Bila darah drop… fatin terus rebah sampai biru² muka… maybe terlalu berat nak menanggung ujian & tekanan emosi dlm keadaan baru je habis pantang bersama 2 anak… berat lg ujian.. dlm mereka suami isteri di icu…
Harini baby lak warded bbrp harini.. baby kena cirit birit sampai berak berdarah.. tu yg pergi hospital… rupanya baby pon x ok… dah la baby dr dlm pantang kena sawan tangis… setiap malam nangis tanpa henti… puas berubat.. tp x dpt ubati… hanya mengurangkan skit saja… anak sulung pon tgh tak sihat.. demamm… eczema teruk… sian si abg… saat ini si abg dijaga oleh mak sedaranya…
Jadi… saya nak menyeru kpd insan² yg mengenali saya… pls doakan utk sepupu saya ni sekeluarga… berikan kesihatan kepada fatin dan babynya serta anak sulungnya… doakan ada sinar buat aizameen sedar dr koma dan mereka boleh sekeluarga bersama membesarkan anak². Moga doa kalian diangkat oleh Allah SWT dan hanya Dia saja juga yg dpt membalasnya.
Berat ujian sepupu saya tanggung
Kuat dik fatin.. Along dan semua Family Haji Sahri sayang ko dik Sebak sgt.. saat ni rase mcm useless sgt sbb x boleh balik kg.. bg moral support kat family..
Kredit: Emmy Farhany Ahmad
Kredit -
إرسال تعليق