Disebalik kegembiraan antara Neelofa dan Pu Riz tengah jadi buah mulut ramai tiba tiba ada warganet yang selongkar ig ex Pu Riz. Tapi apa yang dia jumpa buat ramai yang sayu.

Desas desus mengenai hubungan Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dengan seorang selebriti terkenal akhirnya terjawab apabila keluarga PU Riz datang merisik usahawan itu pada Ahad lalu.

Disebalik kegembiraan antara Neelofa dan Pu Riz tengah jadi buah mulut ramai tiba tiba ada warganet yang selongkar ig ex Pu Riz. Tapi apa yang dia jumpa buat ramai yang sayu.

 


Namun, disebalik kegembiraan itu, secara tiba-tiba nama bekas kekasih pendakwah bebas itu iaitu Amal Syahmina trending di laman sosial Instagram dan Twitter. Rata-rata warganet mendoakan supaya wanita itu terus tabah melayari kehidupan dan menemui kebahagiaan hidup. Warganet juga berharap Amal akan terus kuat dan tabah melalui ujian hidup.

ARTIKEL MENARIK:Baru sahaja dedahkan kekasih kepada umum. Kekasih Usop dikatakan kaki kikis oleh warganet dan ini jawapan padu dari Usop sendiri berkenaan kekasihnya
loading...


Seorang pengguna media sosial ada memuat naik satu status mengenai gambar-gamabr lama bekas kekasih PU Riz. Menurut beliau, wanita tersebut mempunyai pakej yang lengkap. Gambar-gambar lama wanita tersebut dengan keluarga Pu Riz juga masih tersimpan di IG beliau

“tngok ig bekas ex Pu riz tadi ,, seriusly cantik juga orgnya , pandai masak, muka pun manis , berpendidikan pula tu, budak undang2 ni gais bukan kaleng2 pendek kata Full pakej. Dekat ig dia tadi, masih banyak gambar dia dgn Family Pu dtg rumah beraya,

dgn adik beradik Pu lagi, Mmg patut lah dia rasa kecewa sbb sgt drastik. Klu PU riz pilih lofa tak mengapalah insyallah akan ada yg lebih baik, drp Pu riz. Tak semestinya seorang yg hebat dtgnya dari seorang ustaz atau PU. Yang hebat adalah cara si dia menghargai awak dan menyintai awak, dan bimbing ke syurga  Siapa yg pernah merasai dan faham akan mendoakan awak p/s: so warga warganet mari sama2 kita follow ig dia sebagai tanda sokongan dan semangat tiberrr..


Sebelum ini pernah tular bila SEORANG wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih kepada Pencetus Ummah (PU) Riz tampil menulis surat terbuka selepas menerima pelbagai kritikn kerana mempertikaikan tindakan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Amal Syahmina menulis kenyataan di Instagram bagi membersihkan nama setelah pelbagai berita tidak benar mengenai dirinya berlegar di media sosial. Mengakui kesilapan kerana muat naik di Instastory baru-baru ini, Amal berkata dia tidak sewajarnya menjatuhkan hukum terhadap seseorang yang cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Dalam pada itu, warganet percaya wanita itu akan menemui kebahagiaan satu hari nanti serta dipertemukan jodoh atau pasangan yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Terdahulu nama wanita itu menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu kenyataan mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga.


Bagaimanapun, Amal reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.

Bekas kekasih PU Riz mohon maaf – “Kita tiada hak untuk hukum niat seseorang”

“Surat terbuka untuk saya dan mereka yang prihatin. Satu-satunya sebab saya buat ini kerana nak ‘move on’ dan pelbagai benda berlegar di alam maya membuatkan saya kurang selesa. Saya tidak akan bercakap lagi mengenai ini dan ingin membersihkan nama saya.

“Ya, saya mengaku salah kerana bitter. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghukum niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Amal tulis surat terbuka di Instagram.

“Saya sepatutnya bertindak dengan cara lebih baik. Saya ada alasan tersendiri untuk berasa sedih. Apapun saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya,” tulisnya. Sementara itu, Amal mendedahkan hubungannya dengan bekas kekasih terjejas selepas kehadiran orang ketiga. “Hubungan kami diuji dengan kehadiran orang ketiga dan ia merupakan kesalahannya sendiri kerana tidak cuba mempertahankan saya.

Amal mengenali PU Riz sejak lima tahun lalu.

“Meletakkan saya sebagai satu pilihan merupakan satu hal yang tidak wajar. Apapun, anda berhak untuk memilih apa yang anda mahu lakukan dan saya hormat keputusan anda dan cuba menerimanya. “Saya sentiasa percaya ketentuan Allah… ada hikmah masa akan datang! Saya tidak pernah menyesal mengenalinya. Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya yang menjadikan siapa saya pada hari ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amal berkata dia menerima pelbagai sindiran daripada warganet yang berlagak seolah-olah mengetahui apa yang berlaku dalam hubungannya dengan bekas kekasih itu. “Ada yang datang kepada saya menyindir dan memberitahu saya tidak cukup baik. Hentikan ini. Anda bukan orang yang jalinkan hubungan dengannya selama lima tahun, bukan yang rapat dengan keluarga saya.

“Yang paling penting, anda bukan orang yang berjanji kepada saya dan keluarga bahawa awak akan berkahwin dengan saya. “Saya berharap semua orang baik-baik sahaja. Saya mahu mulakan hidup baru untuk kebaikan saya sendiri,” ujarnya.

Semalam Harian Metro melaporkan Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.

3 Ciri-ciri lelaki idaman Neelofa

Neelofa seorang yang tegas ketika bercinta, idamkan lelaki yang boleh membawanya ke syurga selain berjanggut dan boleh memberi tazkirah setiap malam Jumaat. Perkara ini didedahkan kakaknya, Noornabila bersama rakan mereka, Rosix dalam video Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix & Bella yang dimuat naik, hari ini.

Noornabila memberikan jawapan itu menerusi soalan ‘Cuba korang describe each other?’ “Lofa sangat komited, bekerja keras dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu. Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya,” katanya yang turut mengatakan Neelofa seorang yang berpendirian jika bercinta.

Menerusi video sama juga, Rosix berkata, pengacara Next To Neelofa itu seorang yang menepati waktu dan berpegang kepada kata-kata. “Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu. Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata ‘strict’ (tegas). Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,” katanya.

Terdahulu, kisah Neelofa kembali mencuri perhatian apabila sudah dirisik oleh pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz, Ahad lalu. Perhubungan pasangan itu mulai menjadi sorotan warganet sejak beberapa bulan lalu sehinggalah tindakan Noornabila yang meletakkan emoji ‘love’ pada gambar Neelofa dan PU Riz pada majlis perkahwinan adik mereka menimbulkan persoalan ramai

Kecoh Pasal Neelofa Dirisik Oleh Pu Riz Tiba Tiba Terbongkar Jumlah Kekayaan Neelofa Pulak. Jumlahnya Memang Buat Orang Ramai Terbeliak Biji Mata.

Nama Neelofa sememangnya tidak asing lagi di Malaysia, terutama dalam industri hiburan, yang dikenali sebagai salah satu selebriti paling berjaya walaupun menghadapi pelbagai kontroversi. Beliau adalah selebriti tempatan yang sangat terkenal dengan kerja pengacaraannya, model dan lakonannya.

Neelofa juga pernah memegang trofi Bintang Paling Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-29 yang menunjukkan namanya dikenali oleh semua lapisan masyarakat. Selebriti berusia 31 tahun itu telah menempa nama untuk dirinya sebagai pengacara dan telah mengambil langkah untuk menjadi seorang ahli perniagaan.

Terkini, beliau mengenakan hijab menandakan penghijrahan terbaru yang berlaku dalam diri beliau. Kalau nak tahu, nama penuh beliau adalah Noor Neelofa binti Mohd Noor dan dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Wanita cantik jelita ini adalah merupakan anak ke-3 daripada 9 adik-beradik.

Kejayaan Perniagaan Neelofa

Neelofa mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita dengan ibunya. Beliau juga memiliki jenama produknya yang tersendiri. Di antaranya adalah Lofalens (contact lens), Beautea Slim dan Naelofar Hijab.

Faktor kejayaan Neelofa dalam perniagaan adalah beliau sentiasa mengambil peluang di pasaran pada waktu yang tepat. Ditambah pula dengan strategi pemasarannya di media sosial, Neelofa mempunyai 8 juta pengikut di Instagram, menjadikan sasaran perniagaannya lebih mudah dicapai.

Seorang Multi-Millionaire

Menurut laporan Celebs Trending, nilai aset Neelofa berjumlah USD67 juta berdasarkan penilaian kepada pendapatan, aset dan hartanah beliau. Kejayaan beliau seharusnya menjadi inspirasi bagi kita untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang kita inginkan.

Walaupun sering dihimpit dengan kontroversi yang menjadi kebiasaan dalam industri hiburan, Neelofa tidak mempedulikan itu semua dan terus mencari peluang untuk meraih kejayaan demi kejayaan. Berfikiran yang kreatif dan pandai merebut peluang, menjadikan Neelofa seorang wanita yang patut dijadikan seorang idola untuk kita semua!

Dengarnya beliau bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi, semoga dipermudahkan semua urusan. Jom kita lihat biodata Neelofa. Nama Neelofa sudah tidak asing lagi di Malaysia terutamanya dalam industri hiburan, terkenal sebagai antara selebriti paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi.

Beliau merupakan selebriti tempatan yang sangat terkenal dengan kerja-kerja pengacaraan, peragaan dan lakonan. Pernah menggenggam trofi Bintang Paling Popular bagi edisi Anugerah Bintang Popular Berita Harian anjuran ke-29, menunjukkan nama beliau yang dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.

Pada tahun 2020, selebriti berusia 31 tahun ini sudah menempa nama sebagai pengacara dan sudah mengorak langkah menjadi ahli perniagaan. Artikel ini akan menghuraikan latar belakang Neelofa yang sangat sesuai dijadikan sebagai inspirasi ikon selebriti perniagaan. Jom baca!



loading...


Pengenalan/Latar Belakang

Pemilik nama penuh Noor Neelofa binti Mohd Noor ini dilahirkan pada 10 Februari 1989, 31 tahun lepas di Pasir Mas, Kelantan. Turut mesra disapa dengan panggilan Lofa, beliau merupakan anak ke-3 daripada 9 adik beradik.

Beliau memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR dan kemudian sambung belajar di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan mengekalkan momentum keputusan cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan besar iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM. Kini, beliau merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway.

Kerjaya Seni

Kerjaya Seni Lofa bermula apabila beliau memenangi pertandingan Dewi Remaja (satu batch dengan Anzalna, Azar Azmi, Izara Aishah) pada tahun 2010. Dari situ, banyak tawaran lakonan, peragaan, duta, jurucakap produk dan pengacaraan diterima. Pada tahun 2014, Neelofa mula mengenakan penampilan bertudung dan mengehadkan aktiviti seni kepada fokus bidang pengacaraan (rancangan Meletop di Astro).

Perniagaan Awal

Neelofa mula menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Antara perniagaan lain yang diceburinya ialah Contact lens Lofalens, Produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim, Jenama pakaian Muslimah, Naelofar Hijab.

BellaVita Healthcare

Pada Mei 2012, Neelofa menerusi syarikat miliknya, BellaVita Healthcare International Sdn Bhd telah menghasilkan suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengabungkan unsur-unsur  dari dunia moden dan tradisional. Pengambilan makanan seimbang serta buah-buahan dan sayuran setiap hari akan memberikan kesan yang sangat positif kepada kesihatan dan kecantikan, menerusi pembuatan produk suplemen ini.

Perniagaan Tudung Naelofar

Antara faktor kejayaan Neelofa dalam penjualan tudung Naelofar ialah berada di pasaran pada masa yang betul. Laporan Reuters menganggarkan bahawa pengguna Muslim di peringkat global membelanjakan hampir $266 bilion untuk pakaian dan penampilan pada tahun 2013 dan terus meningkat sebanyak 14% pada tahun 2019.

Dengan adanya permintaan, tentulah bekalan akan mendapat sambutan. Ditambah dengan strategi pemasaran media sosial; Neelofa mempunyai 6.8 juta pengikut di Instagram, menjadikan sasaran perniagaannya lebih mudah dicapai. Sehingga kini, tudung Naelofar telah terjual di 38 negara termasuklah di kawasan elit di daerah Chelsea, London.

Pencapaian Cemerlang

Pada April 2017, Neelofa telah terpilih sebagai salah seorang daripada 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes. Ini merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih baru.

Beliau juga merupakan antara 10 individu utama yang tampil dalam versi majalah tersebut bersama-sama nama mogul perniagaan yang lain seperti Vivy Yusof, Sasha Tan, Edmund Ooi, Victor Chua dan lain-lain lagi. Selain itu, Neelofa terpilih untuk mewakili Malaysia bagi Program Delegasi Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) (UNDP) dan dijemput untuk menjadi panel penceramah di Forum Belia Misk-UNDP 2017, yang diadakan di New York, US.

Beliau diumumkan sebagai wanita berhijab pertama yang menghiasi papan iklan jenama aksesori perhiasan popular, Swarovski di Malaysia pada 14 Mei 2019. Neelofa turut menerima pencalonan dalam kategori usahawan pada anugerah

berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 di Monaco yang dianggap sebagai platform terbaik untuk mengukuhkan empayarnya. Beliau turut diberi penghormatan sebagai tetamu penting dalam majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan yang diadakan di Milan pada 21 September.

Lantikan sebagai Pengarah Air Asia

Pada 08 Disember 2017, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia telah melantik Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya yang baru. Tony Fernandes selaku ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia menyifatkan Neelofa sebagai “seorang yang cerdik dan berdikari” yang merupakan calon yang ideal bagi jawatan tersebut.

Duta Kad Muslimah bank Rakyat

Pada November 2016, Neelofa telah dilantik oleh Bank Rakyat sebagai duta Kad Muslimah. Neelofa merupakan antara 10 individu telah dilantik sebagai kumpulan kedua duta besar bagi Transformasi Nasional 2050 (TN50),

termasuklah wakil presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup, pemuzik Gabriel Fairuz Louis, pakar Fatwa Datuk Izhar Afiff, pegawai eksekutif ABIM Jufitri Joha, pengasas JuaraGym Ben Uzair, artis seni rupa Anniketyni Madian, usahawan Juliana Lim dan Esther Michael, dan aktivis marin Nadhirah Mohd Rifai.

Jurucakap Produk

Neelofa mencipta sejarah apabila beliau telah dipilih sebagai duta jenama kosmetik mewah antarabangsa Lancôme, sekaligus menjadikan beliau sebagai wanita muslimah pertama yang dilantik sebagai duta bagi jenama antarabangsa tersebut.

Beliau bersama penyanyi Taiwan Hebe Tian dilantik sebagai wajah baharu telefon pintar OPPO F7. Pada 16 April, Neelofa bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuklah Hans Isaac, Scha, Awal, Maya Karin, Nora Danish, Joe Flizzow, dan Kavita Sidhu telah bersama-sama menjayakan kempen menentang siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.

Nilai Kekayaan

Menurut laporan Celebstrending, nilai pemilikan aset Neelofa dijangkakan berjumlah $67 juta, berdasarkan penilaian pendapatan, aset kereta, hartanah, gaya hidup dan lain-lain.

Kesimpulan

Kejayaan Neelofa boleh dijadikan inspirasi untuk kita terus memajukan diri. Biarpun sering dihimpit kontroversi yang merupakan resam industri hiburan, Neelofa tidak ambil pusing dan terus mencari peluang untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Pemikiran yang kreatif dan pandai merebut peluang, menjadikan Neelofa selesa menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai jurucakap produk beliau.

Sumber : http://transformasi.pw/

Lepas Je Tular Tentang Neelofa Dan Pu Riz Ramai Yang Ucapkan Tahniah Bila Neelofa Muat Naik Gambar Terbaru. Tapi Bila Zizan Masuk Komen Macam Ni Pulak Warganet Balas.

Kuala Lumpur: Akaun rasmi Instagram pelakon dan pengacara popular Neelofa terus dihujani ucapan tahniah oleh ramai selebriti tempatan susulan berita dirinya sudah dirisik pelakon dan pendakwah,  PU Riz, semalam. 

Neelofa yang memuat naik foto terbaharu bersama ibu tercintanya, Datin Noor Kartini menerima lebih 500,000 tanda suka dan hampir 12,000 komen daripada peminat serta selebriti.  Antara selebriti popular yang tinggalkan komen pada foto terbaharu yang dimuat naik Neelofa adalah Siti Elizad, Mawar Rashid, Zizan Razak, Mira Filzah, Siti Sarah, Mila Jirin, Nora Danish, Sari Yanti dan Fara Fauzana. 

Tidak hanya itu, Azira De Fam, Nabila Razali, Diana Amir, Hannah Delisha, Datin Seri Umie Aida, Kilafairy, Ramona Zam Zam, serta Yatt Hamzah turut tinggalkan komen pada foto terbabit.  Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata selebriti menzahirkan rasa syukur dan tahniah terhadap ahli perniagaan itu. 

“Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya,” tulis Zizan.  “Alhamdulillah. Tahniah Lofa. Tak sabar menanti hari bahagia anda,” tulis Ramona.  “Alhamdulillah. Tahniah kak Lofa,” tulis Hannah.  “Akhirnya, saya cinta awak mek,” tulis kilafairy. “MashaAllah. Tahniah daripada saya dan keluarga. Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga ikatan perkahwinan kalian mendapat restu dan kebahagiaan,” tulis Yatt Hamzah. 

Menerusi pemerhatian, ramai selebriti mengucapkan salam tahniah pada neelofa dan status pada komen tersebut terima tanda sukaan terhadap apa yang mereka komen. Berbeza dengan komen dari zizan razak, komen beliau telah menerima lebih 2000 sukaan serta 41 komen diberi oleh warganet kepada beliau dan rata rata komen sekadar bergurau pada beliau serta mendoakan zizan agar dipertemukan jodoh.

Semalam,turut melaporkan Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.  Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.

Sumber : HMetro/OM

Dijangka Disatukan Sebagai Suami Isteri Pada Penghujung Mac 2021. Terkini Neelofa Sah Dirisik Oleh PU Riz

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.Astro AWANI sedang berusaha menghubungi pengurusan Neelofa dan PU Riz bagi mendapatkan maklum balas mereka.

Ramai Yang Beri Respon Positif Akan Penampilan Terbaru Neelofa. Baru Baru Ini Seorang Pelawak Tempatan Dikritik Teruk Oleh Warganet Lepas Dia Muatnaik Gambar Neelofa Yang Satu Ini

Seperti yang kita tahu, rata-rata memberi respon yang positif dan sambut baik penghirahan dari Neelofa. Namun baru-baru ini, seorang pelawak tempatan, bernama Kc Nazari, dilihat seperti tak hormati perubahan yang dibuat Neelofa.Mana tak nya, Kc Nazari telah upload sekeping foto menunjukkan Neelofa di zaman awal kemunculannya yang tak menutup aurat.

Caption yang ditulis ialah how it’s started merujuk gambar lama Neelofa itu dan how it’s going, merujuk gambar terkini Neelofa yang sudah pun memakai niqab.Ramai tampil meminta Kc Nazari untuk delete gambar berkenaan, dan memohon maaf kepada pelakon dan pengacara berkenaan.

Sudah lebih seminggu di muatnaik, tiada respon balas dari Kc Nazri dan gambar itu masih lagi ada di tayangkan . Warganet berpakat beramai-ramai agar semua orang untuk report sahaja akaun milik Kc Nazari itu. Malah ada yang menyarankan agar Neelofa saman sahaja pelawak berkenaan.Kemudian, ada juga warganet yang cuba mengkaji mentality Kc Nazari ini, dan mendapati bahawa pelawak ini memang pernah buat lawak yang tak sensitive.

Antaranya ialah lawak berkaitan kapal terbang MH370 sebelum ini, yang mana katanya, dia sedih tentang kisah MH370 itu, tetapi bukan sebab hilang, tetapi sebab kekasihnya tak naik kapal terbang berkenaan.Untuk info Kc Nazari pernah menyertai rancangan reality Lawak Solo terbitan Astro sebelum ini. Lawak Solo dimenangi oleh Danial, tempat kedua Mad Sabah dan tempat ketiga Fikry Ibrahim.Kredit: Budiey.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Lepas Jadi Buah Mulut Ramai Akhirnya Neelofa Tampil Buka Mulut Bongkarkan Punca Dia Berpurdah. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.

KUALA LUMPUR: Selebriti dan pengacara popular, Neelofa, 31, mengakui lebih gembira selepas membuat keputusan untuk memakai niqab. Neelofa yang mengesahkan dirinya berniqab pada 15 Oktober lalu itu berkata, dia selesa berhadapan dengan orang ramai dengan imej terbaharunya itu.

“Di Malaysia, hanya minoriti yang memakai niqab, jadi untuk berada di kalangan yang tidak memakai adalah cabaran yang besar. Tetapi, Alhamdulillah, saya sukakannya. Saya lebih gembira apabila bangun pagi dan memakainya.

“Saya masih ingat pada hari kedua saya memakai niqab, saya pergi ke kelas dan ustazah bertanya apa yang dirasa? Saya rasa lebih ‘free’ sekarang. “Orang berpendapat memakai niqab seperti dipenjarakan sebab perlu menutup semuanya, tetapi sebaliknya saya rasa lebih ‘free’ untuk buat banyak benda, berhadapan dengan orang awam bukan muhrim dan mengadakan sesi live dalam laman sosial. Saya rasa kurang bersalah,” katanya.

Neelofa berkongsi luahannya apabila ditanya pengacara, Uyaina Arshad dalam siaran langsung menerusi laman Instagram (IG) Naelofar yang turut mempromosikan rekaan terbaru tudungnya, sekitar jam 4 petang tadi.Sebelum itu, Neelofa turut menerangkan mengapa tidak berkongsi keputusannya untuk berniqab. “Saya tak bersedia berkongsi kerana saya tak mahu orang ramai salah tafsir atau fikir bukan-bukan. Ia adalah keputusan peribadi yang saya buat. Tiada siapa tahu, hanya diri saya sahaja.

“Apa yang membawa kepada keputusan tekad ini selepas memperoleh ilmu dicari dan pemahaman diperoleh daripada semua kelas yang saya sertai. “Saya sudah faham dan tahu, tetapi patutkah saya tidak menghiraukan perkara ini atau amalkan? Jadi, saya ikhlas untuk mengamalkannya. Alhamdulillah, pakai niqab lebih mudah untuk dibiasakan,” katanya.

Pengacara Next To Neelofa itu berkata, pemakaian niqab ekoran izin Allah. Tanpa izin-Nya, mungkin dirinya tidak cukup kuat untuk membuat keputusan berkenaan. “Ia bukanlah daripada saya, tetapi ia dengan izin Allah. Ia juga bukan daripada kudrat atau kuasa saya. Tanpa izin Allah saya takkan pakai. Allah boleh tarik balik semua ini pada bila-bila masa sahaja

“Disebabkan itu, saya berdoa agar niat saya lurus dan terang. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bersyukur, saya ada pilihan untuk memakai atau sebaliknya di Malaysia. Ini kerana sesetengah negara tidak membenarkan wanita memakai niqab,” katanya.

Neelofa mengakui, pemakaian niqab secara perlahan-lahan membentuk dirinya menjadi lebih baik. “Dalam situasi saya, perlu saya pakai bagi mengelakkan tabarruj, fitnah dan beberapa perkara lagi. Saya berharap ia boleh membentuk percakapan, akhlak dan cara saya melihat sesuatu.

“Tak bermakna saya memakai niqab kerana sudah cukup bagus, tetapi apabila saya pakai secara perlahan-lahan membuatkan saya menjadi insan lebih baik,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Berita Harian

Sorokkan Status Hubungan Dengan Pu Riz. Sekali Tiba Tiba Individu Ini Bongkarkan Kisah Cinta Antara Neelofa Dan Pu Riz. Akhirnya Terjawab Segala Teka Teka Tentang Perhubungan Mereka.

Sebelum ini, tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas, iaitu Haris Ismail atau PU Riz. Ini kerana banyak ‘hint-hint‘ kecil yang diberikan oleh kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka.

Bagaimanapun, Neelofa sekeras-kerasnya menafikan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas itu. “Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab Neelofa.Sebagai seorang selebriti yang terkenal dan menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, sudah tentu peminat dan warganet tertanya-tanya mengenai perhubungan mereka berdua meskipun Neelofa menafikan perkara itu.

Tidak berdiam diri, salah seorang pengguna di laman sosial Twitter @NamiwaAbameed turut memberikan ‘kronologi’ bahawa dia yakin pengacara dan pendakwah bebas itu menjalinkan hubungan cinta.Itu ciapan yang dimuat naik oleh @NamiwaAbameed. Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini juga turut mendedahkan ‘bukti-bukti’ yang mengukuhkan kenyataanya itu. Bermula dengan video ni, dari gerak tubuh neelofa, nampak yang dia ada something dengan PU tapi try untuk cover.

Bukan itu sahaja, Neelofa dilihat baru sahaja memuat naik gambar di Instagramnya, bersama kelibat seorang jejaka disebelahnya yang memakai baju sedondon putih coklat bersama. Adakah itu PU Riz aka kekasih hati Neelofa? Jeng jeng jeng….

Demikian ‘kronologi’ kisah percintaan Neelofa yang tidak pasti kesahihanya, tapi yang pasti, mereka berdua dilihat sangat sepadan! Ibarat kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’. Mari lah sama-sama kita nantikan berita gembira yang mungkin akan diumumkan Neelofa tidak lama lagi.

Memetik temubual bersama Berita Harian terdahulu, Neelofa berkata, dia tidak akan menyembunyikan jika sudah menjumpai pilihan hatinya, sekali gus pasti akan berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @apam pink mediaSumber : Hot.FM

Baru Je Berniqab Tiba Tiba Ada Yang Kata Neelofa Cukur Kening. Akhirnya Neelofa Tampil Bersuara Lantang Kongsikan Sesuatu Buat Warganet Tergamam.

Itulah sepotong hadis yang dikongsi oleh pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa setelah ditanya orang ramai. Menurutnya, selepas beliau berhijrah, ramai yang tanya sama ada dia mencukur bulu kening atau tidak. Neelofa dengan tenang menjawab:- “Saya dah lama tak cukur kening, dan biarkan dia begitu sahaja,”

Kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Instagram Story miliknya telah menarik perhatian admin untuk turut bersama berkongsi perkara baik itu. “Terima kasih kepada ustaz dan ustazah, Hariz pun banyak bantu sangat-sangat in terms of pencerahan ilmu agama ni,”

Itulah kata-kata Neelofa menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baiknya iaitu Rosix Omar pada 15 Oktober. Neelofa menzahirkan penghargaan berkenaan terhadap orang di sekelilingnya yang telah banyak membantunya untuk mendalami ilmu agama.

Pada masa yang sama, video tersebut juga memperdengarkan suara Neelofa dan PU Riz ketika menjawab beberapa soalan. Pada 15 Oktober, pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah memaklumkan dirinya bakal melakukan pembaharuan ataupun penghijrahan untuk berniqab.

Perkara berkenaan turut disokong oleh ibunya, Noor Kartini serta seluruh ahli kelurganya, rakan-rakan dan peminat Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink MediaSumber : HOT.FM

Lepas Je Tular Tentang Neelofa Berniqab Nabila Tiba Tiba Tanya Bila Nak Kahwin. Mengejutkan Ini Respon Dari Neelofa Buat Warganet Tergamam.

Pada 15 Oktober, dunia hiburan dihebohkan dengan kisah selebriti popular, Neelofa yang tampil dengan penampilan terbaharu dengan memakai niqab. Ramai selebriti dan peminat tumpang gembira dengan perubahan imej tersebut.

Pada malam hari yang sama juga, kenalan rapat kepada keluarga Neelofa iaitu Rosix Omar telah mengendalikan sebuah program live di laman Instagram miliknya, Rakaman live itu juga sempat dirakam dan telah dikongsikan oleh akaun Instagram @_utluvdrama_75.

Dalam rakaman live tersebut, Rosix menyampaikan soalan yang ditanya oleh Noor Nabila:- “Bila Neelofa nak kahwin?” Noor Nabila kemudiannya ditanya oleh pelakon dan pengacara itu:- “Bila hang nak adik hang berkahwin?” lalu Nabila terus menjawab, “esok!” 

Lantas Rosix mengulas jawapan Neelofa dengan berkata:- “Dia akan usahakan insyaAllah. Kalau benda baik kita tak boleh lengahkan, kan.” Haa, nampaknya individu yang rapat dengan Neelofa pun tak sabar menunggu selebriti itu untuk mendirikan rumah tangga.

Mesti peminat pun tak sabar nak tengok Neelofa berkahwin. Walaupun desas-desus gosip Neelofa dengan PU Riz masih diperkatakan, namun Neelofa enggan menjelaskan berhubung isu tersebut. Sama-sama la kita doakan yang baik-baik untuk selebriti kesayangan ramai ni!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber : Hot Fm



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post