Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di kebanyakan negeri memaksa sebahagian pekerja untuk bekerja dari rumah.
Namun begitu masih ramai golongan yang disebut sebagai barisan hadapan ataupun frontliners yang masih perlu menjalankan tugas seperti biasa.
ARTIKEL MENARIK:Tular Kisah Suami Isteri Terpisah Di ICU, Aizameen Akhirnya ‘Pergi’
Tidak terkecuali bagi mereka yang bergelar posmen yang saban hari mengerah keringat menyampaikan surat mahupun bungkusan kepada semua penduduk.
Walau bagaimanapun, khabar duka diterima apabila seorang posmen terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika sedang menjalankan tugasnya mengambil dan menghantar barang pelanggan.
Bertugas di Bangi
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Bandar Baru Bangi Online Community, mangsa dikenali sebagai Muhammad Radzi yang bertugas di POSLaju Bandar Baru Bangi.
“Khabarnya arwah Muhammad Radzi dari POSLaju Bandar Baru Bangi & isteri beliau menunggu hari utk menyambut kelahiran anak pertama.
“iBangi & Persatuan Penduduk Bangiku menyediakan tabung derma kilat. 100% dari sumbangan akan disalurkan terus menerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.”
Difahamkan, mangsa yang menaiki motosikal telah terkorban dalam kemalangan tersebut dengan barangan yang sepatutnya dihantarnya bersepah di tengah jalan.
Isteri sarat anak sulung
Lebih menyedihkan, menerusi salah satu komen, dikatakan isteri mangsa iaitu Nur Azura Abdullah kini sedang sarat hamil dan hanya menanti masa untuk bersalin anak pertama mereka.
“Husband sepupu saya Nur Azura Abdullah isteri tengah tunggu due bersalin.”
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati di atas kejadian itu dan mengucapkan takziah buat keluarga mangsa.
Malah ada yang berkongsi pernah berurusan dengan Allahyarham sebelum kejadian.
“Selalu saya suruh singgah bagi air minum sebab tau dia ambil barang kat Bangi dan akan agihkan ke bukit mahkota tahun lepas. Tahun ni dia km hantar parcel sebelah taman je BSP”
Kredit -
Post a Comment