Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental, maut digilis lori sampah di Jalan Sri Cemerlang, tengah hari Selasa, 10 November 2020.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 23 tahun dipercayai melompat ke bawah lori sampah secara mengejut sebelum digilis sehingga parah dan tidak bernyawa.
ARTIKEL MENARIK:Ramai yang marah sebab abpbh dibenarkan tapi aktiviti masjid ditangguhkan. Akhirnya Ds Ismail Sabri tampil bersuara jeleskan sebabnya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, jentera itu dipandu dari arah Jalan Sri Cemerlang menghala ke Jalan Kebun Sultan. Mangsa yang berjalan di bahu jalan sebelah kiri secara tiba-tiba melompat ke bawah lori dan menyebabkan dia digilis tayar belakang sebelah kiri.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan pinggang yang menyebabkannya maut di lokasi kejadian. Mayat mangsa di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.
Menurut
maklumat dari ahli keluarga, mangsa sebelum ini pernah mendapatkan
rawatan di Klinik Psikiatri HRPZ II kerana dipercayai mengalami masalah
mental.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sekiranya anda mengalami masalah kemurungan atau mengenali seseorang individu yang mempunyai risiko untuk membahayakan diri atau membahayarkan individu lain, ini antara langkah yang anda boleh lakukan:
- Hubungi nombor kecemasan 999 yang akan menghubungkan anda dengan pihak yang berkaitan
- Sentiasa bersama-sama dengan individu tersebut sehinggan bantuan tiba
- Jauhkan sebarang senjata, pisau, ubat-ubatan atau benda-benda yang boleh memberikan bahaya
- Dengar apa yang ingin mereka sampaikan. Jangan sesekali menghakimi mereka, berbalah, mengugut atau menengking mereka
- Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada befrienders di talian 24 jam mereka: 03-79568145
Sumber: Harian Metro
Kredit -
إرسال تعليق