Lelaki Lebanon Yang 9 Tahun Lumpuh Berjalan Kembali Selepas Berubat Di Turki

Lelaki Lebanon Yang 9 Tahun Lumpuh Berjalan Kembali Selepas Berubat Di Turki | Dia pernah pergi ke Amerika untuk buat rawatan, tetapi tak juga sembuh. 

Lelaki Lebanon Yang 9 Tahun Lumpuh Berjalan Kembali Selepas Berubat Di Turki

 


Tetapi selepas pergi dapatkan rawatan di Turki, dia kini boleh berjalan. Subhanallah. Baca selanjutnya.

ARTIKEL MENARIK:Lelaki Mengaku Dirinya ‘Nabi’ Dan Mempunyai ‘Mukjizat’ Larikan Diri Gara-Gara Takut Dibunuh
loading...


Kita Berusaha Allah Yang Menyembuhkan

Selepas dirawat selama 9 bulan di sebuah hospital Turki, seorang lelaki Lebanon dapat berjalan kembali setelah terbaring di tempat tidur selama sembilan tahun.

rawatan lumpuh di turki

Fouad Jamal El Dine, 34 tahun, mengalami kemalangan tempat kerja di Lebanon yang membuatnya lumpuh. Tidak dapat bergerak dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda.



loading...


Sejak Februari 2020, dia telah menerima rawatan terapi di sebuah hospital di barat laut Turki di mana dia mendapatkan kembali kemampuannya untuk berjalan.

Dia telah menerima perawatan sebelum ini di beberapa negara, termasuk di Lebanon dan Amerika, tetapi rawatan tersebut gagal memberinya kemampuan untuk berdiri. Ia kemudian mengikuti program rehabilitasi yang diterapkan di Turki dan kinI telah boleh duduk dan berdiri.

Fouad Jamal El Dine kini mendapatkan kembali keseimbangannya dengan C-Mill – perangkat medikal yang meningkatkan rawatan aktual yang dibawa dari Sweden – selama tahap kelimanya dan berhasil berjalan.

“Kami telah membuat kemajuan yang sangat bagus. Teknologi dan latihan robotik sangat penting dalam keberhasilan perubatan,” kata Nurten Kucukcayir, spesialis rehabilitasi dan ketua doktor di hospital tersebut kepada Anadolu Agency.

Teknologi C-Mill memungkinkan doktor untuk melihat gangguan keseimbangan dan menyiapkan keseimbangan khusus serta program berjalan untuk Fouad Jamal El Dine, katanya.

“Sekarang kita sudah di tahap kelima. Dengan setiap tahapan yang kita lakukan menggunakan C-Mill, keseimbangan berjalan menjadi lebih baik. Saat ini, pesakit kita bisa berjalan tanpa ada bantuan,” ujarnya.

Dia menambahkan bahawa para doktor telah merawat pesakit lumpuh dari luar negara sebagai salah satu inisiatif menyahut pelancongan perubatan yang telah dilancarkan oleh kerajaan Turki.

Sumber: Hurriyet Daily News via Turkinesia



Kredit - KHALIFAH MEDIA NETWORKS.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post