Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang didakwa merompak sebuah stesen minyak dalam keadaan di bawah pengaruh dadah pada jam 6.45 pagi Selasa, 3 November 2020.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas (Kelantan), Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada pemilik premis berkenaan dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Daerah Pasir Mas terus membuat siasatan.
ARTIKEL MENARIK:Ini Luahan Ibu Suspek Kes Bunuh Arwah Nur Surya.
Pada jam 9.50 malam, remaja itu ditahan di rumahnya di Kampung Chat. Polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki barang curi, serta sebatang besi panjang 82 sentimeter yang digunakannya semasa merompak.
Berdasarkan penelitian video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang datang bersendirian dengan menaiki motosikal, memecah cermin hadapan kaunter menggunakan batang besi dan masuk ke dalam premis itu.
Suspek
melarikan pelbagai jenis rokok, wang tunai, duit syiling, kad tambah
nilai dan air minuman yang semuanya dianggar bernilai RM5,000. Selain
itu, kerosakan yang dilakukan oleh suspek pada premis itu menyebabkan
kerugian RM10,000.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku memecah masuk premis itu dan rokok serta kad tambah nilai dijualnya kepada rakan-rakannya dengan harga murah. Wang yang dirembat pula digunakan untuk membeli bekalan dadah.
Pelajar tingkatan 3 itu yang didapati positif dadah jenis methamphetamine itu ditahan reman selama enam hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 5 tahun dan didenda atau dipenjara selama 14 tahun jika mengulangi kesalahan yang sama serta boleh didenda atau disebat.
Sumber: Harian Metro
Kredit -
Post a Comment