“Saya Hairan Rakan Lama Saya Dari Pekan Ada Dendam Kesumat Terhadap Saya, Saya Rela Mati Dalam Gelanggang Politik”

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sehingga mencetuskan gelombang jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

“Saya Hairan Rakan Lama Saya Dari Pekan Ada Dendam Kesumat Terhadap Saya, Saya Rela Mati Dalam Gelanggang Politik”

 


Beliau berkata, tindakan itu terpaksa diambil selepas kestabilan politik di negeri itu diganggu-gugat oleh kerajaan ketika ini.

ARTIKEL MENARIK:Suspek bunuh Siti Nur Surya didakwa di mahkamah
loading...


“Saya hendak nyatakan di sini bahawa (apa yang dilakukan berdasarkan) sistem perundangan negara kita. Kalaulah tidak ada gangguan daripada kerajaan yang ada pada hari ini negeri Sabah adalah negeri yang amat terkawal (dalam jangkitan Covid-19). Paling banyak kawasan hijau (adalah) di Sabah.

“Tapi malangnya oleh kerana kerakusan kuasa hendak (pihak yang hendak rampas) mengambilnya. Saya agak hairan rakan lama saya dari Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) (mempunyai) dendam kesumat dia (terhadap) saya tidak tahu. Mungkin kerana saya bangkitkan (isu) 1MDB.

“(Beliau keluarkan kenyataan) bahawa saya sanggup mati kerana Covid-19. Saya bukan sanggup mati kerana Covid-19 (tetapi) saya rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan. Biar rakyat tentukan,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis).



loading...


Mohamad bangkit mencelah dengan bertanya sama ada Mohd Shafie kesal dengan cadangannya untuk membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sehingga mencetuskan peningkatan mendadak Covid-19 di negara ketika ini khususnya di Sabah.

Sementara itu, dalam respons sama, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, keputusan untuk mengadakan PRN itu terpaksa diambil kerana beliau tidak mahu kepada pihak yang mengamalkan budaya ‘cash is king’.

“Oleh kerana kuasa membeli (purchasing power), mereka hendak membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (di Sabah), (jadi daripada) hendak serah kuasa baik saya mati dalam gelanggang politik,” katanya.

kredit sinar harian



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post