Wujud 1 lagi kluster baru iaitu kluster Berendam. Mengejutkan seramai 8000 pekerja kilang akan disaring ujian covid 19. Rupa rupanya ini punca.

Baru-baru ini wujud kluster baharu antaranya ialah Kluster Berendam di Melaka. Sehingga semalam, 19 kes aktif dilaporkan di mana 18 dari mereka sedang dirawat di Hospital Melaka. 

Wujud 1 lagi kluster baru iaitu kluster Berendam. Mengejutkan seramai 8000 pekerja kilang akan disaring ujian covid 19. Rupa rupanya ini punca.

 


Susulan peningkatan kes yang berlaku, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antiddh Melaka, Datuk Rahmad Mariman beritahu kepada media, lebih 8,000 pekerja sebuah kilang di Batu Berendam akan disaring ujian Covid-19 dalam tempoh terdekat.

ARTIKEL MENARIK:Pegawai kwsp rasa macam jadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang. Sekali tiba tiba Najib tampil ajar Pegawai kwsp kira kira. Sampai macam ni sekali Najib ajar.
loading...


Kluster Berendam membabitkan sebuah kilang bersaiz besar dan sehingga semalam, Jabatan Kesihatan Melaka dengan kerjasama pihak kilang melakukan saringan ke atas 2,118 orang membabitkan 1,892 pekerja dan 226 kontak rapat dari kalangan ahli keluarga mereka.

Daripada jumlah itu, 240 kakitangan masih menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 dan saringan menyeluruh terhadap semua pekerja kilang itu akan dilakukan.” Menurut Berita Harian, fasa pertama Kluster Berendam dikesan selepas salah seorang pekerja kilang itu yang baru pulang dari zon merah disahkan positif COVID-19 menerusi saringan wajib yang dijalankan pihak kilang.

Penularan dalam kalangan pekerja kilang itu dikesan selepas ada antara mereka menghadiri majlis sambutan hari jadi di sebuah resort di Alor Gajah. Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa Jabatan Kesihatan Melaka mendapat kerjasama yang baik daripada pihak kilang dan kos saringan ditanggung oleh pengurusan kilang itu sendiri. Katanya, kedua-dua pihak, Jabatan Kesihatan Melaka dan kilang sedang mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi membendung penularan Covid-19 dari Kluster Berendam.

Lama Menunggu Akhirnya Menteri Dedahkan Malaysia Jangkakan Terima Bekalan Covid 19 Awal Tahun 2021. Tapi Golongan Ini Yang Akan Diutamakan Dulu.

PUTRAJAYA – Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin Covid 19 pada suku pertama tahun depan. Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keslamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas pnjra dan imigresen.

“Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksln yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga,” menurut kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin C0vid 19 (JKJAV) semalam.


MOSTI dan KKM berkata, kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan C0VAX, satu inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin Covid-19, yang mempunyai sembilan calon vaksin Covid 19 di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisati0n (GAVI).

“Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung Covid 19 Kementerian Kewangan,” menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan berkenaan, mesyuarat JKJAV yang dipengerusikan secara bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut bersetuju membentuk empat jawatankuasa kecil merentasi pelbagai kementerian dan agensi mengikut tugas tertentu.



Jawatankuasa tersebut adalah Polisi Vakslnasi Kebangsaan dan Pemilihan Calon Vaksln Yang Sesuai; Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin; Kewangan dan Perolehan; dan Komunikasi. “Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin Covid 19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat kelak,” katanya.

JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin Covid 19 diperoleh segera dengan MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksln Covid 19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan. 

Sumber : SinarHarian

Pandemik Covid 19 Kini Memasuki Fasa Yang Membimbangkan. Mengejutkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bongkarkan Sesuatu Mengenai Vaksin Covid 19.

GENEVA: Sebanyak 184 negara dan ekonomi bergabung di bawah COVAX, sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin COVID-19 yang adil dan berkesan di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

“COVAX mewakili portfolio terbesar vaksin COVID-19 dan kaedah paling berkesan untuk memastikan vaksin dapat dikongsi dengan selamat dan berkesan di seluruh dunia,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media maya di sini. “Berkongsi vaksin secara adil adalah cara terpantas untuk melindungi masyarakat yang berisiko tinggi, menstabilkan sistem kesihatan dan mendorong pemulihan ekonomi global yang berkesan,” tambahnya.

Sebagai antara negara utama dalam pembangunan vaksin, China secara rasmi bergabung di bawah COVAX, langkah yang disifatkan jurucakap Kementerian Luar China sebagai penting untuk menegakkan konsep komuniti kesihatan bersama bagi semua dan komitmen menjadikan vaksin COVID- 19 membawa kebaikan kepada masyarakat awam global.

Pada sidang media sama Tedros berkata pandemik COVID-19 kini memasuki “fasa yang membimbangkan.” Kedatangan musim sejuk di hemisfera utara dan lonjakan dalam jumlah kes baharu, Tedros memberi amaran beberapa bulan akan datang bakal menjadi lebih sukar, terutama di Eropah dan Amerika Utara.

“Oleh itu, penting kepada semua kerajaan untuk menumpukan seluruh perhatian kepada asas utama yang membantu memutuskan rantaian penularan demi untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan,” kata Tedros.

Ketika dunia sedang berjuang membendung pandemik COVID-19, negara di seluruh dunia berlumba-lumba mencari vaksin. Menurut laman web WHO, pada 19 Oktober, terdapat 198 vaksin percubaan yang dibangunkan di seluruh dunia dan 44 daripadanya kini di peringkat ujian klinikal. – BERNAMA

Terkini ubat antivirus ini yang digunakan untuk merawat pesakit Covid 19 disahkan tidak lagi berkesan dan ia turut beri kesan yang lain.

Ubat antivirus remdesivir didapati tidak berkesan dalam merawat pesakit Covid-19 malah tidak membantu mengurangkan kes pemergian akibat wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘Solidarity trial’ turut membuktikan ubat anti malaria hydroxychloroquine, serta ‘lopinavir’ dan ‘ritonavir’, tidak berkesan dalam merawat pandemik itu.

“Jadi kita dapat simpulkan, remdesivir tak berkesan untuk kita merawat pesakit Covid-19 dari tiga sudut iaitu pemergian, kemasukan ke hospital atau keperluan bantuan pernafasan. “Dulu kita tiada bukti yang kukuh, tetapi hari ini kita sudah ada kajian. Bukan hanya di Malaysia tapi ia juga membabitkan negara yang di bawah payung WHO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Sebelum ini, remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan ritonavir digunakan bagi rawatan pesakit Covid-19.

Namun berdasarkan kajian, kata Noor Hisham, pihaknya mendapati ubat dexamethasone berkesan untuk menghalang radang paru-paru dan memberikan hasil positif terhadap pesakit. Katanya, kajian klinikal berkenaan membabitkan pesakit Covid-19 dari 30 negara termasuk Malaysia.- HMETRO

Dah baca? Jangan lupa like & Share Page Kami Kucing Media Online untuk lebih banyak info dan kisah menarik.

Amalan norma baharu. Pakar Epidemilogi terus buat kenyataan berkenaan vaksin COVID19 dan harap semua maklum dengan perkara ini

Semasa kita diambang gelombang kedua Covid-19, pelbagai pendapat yang dilntarkan oleh pakar dan orang awam bagi memastikan wabak ini tidak terus menular. Memandangkan vaksin juga masih belum dipasarkan secara rasmi dan tiada khabar angin bila ia akan mula digunakan. Pihak kerajaan sehingga kini berterusan mencari jalan terbaik untuk merawat para pesakit.

Pada masa yang sama, seorang Pakar Epidemiologi Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat bahawa hidup dalam norma baharu adalah ‘vaksin’ terbaik untuk melawvn Covid-19 ini.

Tambah beliau, vaksin yang yang bakal dihasilkan bukan satu kepastian dapat melindungi masyarakat daripada dijangkiti virus terbabit. “Kita tidak mahu apabila mendapat vaksin dan terus diberi (kepada pesakit) akan menimbulkan masalah lain pula, sebab itu vaksin ini bukan satu kepastian yang dapat melindungi kita. Itu sebabnya norma baharu penting, malah inilah vaksin kita sebenarnya.”

Bimbang dengan peningkatan kes, pastikan rakyat patuh SOP. Dr Awang Bulgiba turut menyatakan kebimbangan kerana jumlah kes berkemungkinan tidak menunjukkan penurunan berterusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.“Saya melihat kes tiga angka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, justeru pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri diharap dapat membendung penularan virus itu.” 

Selain itu, beliau mengesyorkan supaya kerajaan membuat kajian tingkah laku masyarakat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) supaya masyarakat dapat biasakan diri dengan norma baharu. “Kerajaan wajar membuat kajian supaya pematuhan SOP menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat.”Kita tak tahu bila wabak ini akan hilang. Tapi hidup perlu diteruskan. Tak susah pun nak ikut SOP betul tak? Semoga kita terus kuat hadapi dugaan ini.

 

loading...


Full lockdown akan dilaksanakan di Selangor gara gara kes makin meningkat. Akhirnya ini kenyataan dari Dato Ismail Sabri.

Terkini, Menteri Kanan (Klvster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menilai dan mengkaji cadangan untuk mengvatkuasakan PKP atau PKPD di Selangor

Ini susulan peningkatan mendadak kes penularan C0ViD-19 di Selangor baru-baru ini. Pada hari ini sahaja, Selangor telah merekodkan 107 kes positif C0VlD-19. Pada sidang media hari ini, beliau telah membuat kenyataan bahawa tempoh penguatkuasaan PKPB di Selangor masih berjalan

sehingga kajian menyeluruh dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk MKN dan juga KKM. Beliau juga memberitahu bahawa dengan penguatkuasaan PKPD di Selangor, individu-individu tidak dibenarkan keluar dan makanan serta keperluan asas akan dihantar pada mereka.

Ini tidak termasuk lagi impak yang sangat ketara pada ekonomi negara. Kedai-kedai tidak dapat lagi beroperasi seperti biasa dan pastinya ramai yang akan kekal tutup. Individu-individu juga akan hilang punca pendapatan.

Justeru itu, beliau menyatakan bahawa perlunya ada keseimbangan dalam membendung penularan wbak C0VID-19 dan juga mengekalkan sumber pendapatan rkyat Malaysia. Jika dilihat dari segi kwalan pergerakan, pastinya PKPD adalah jalan yang terbaik, tetapi ramai warga Selangor akan hilang pvnca pendapatan.

Sumber : FMT

Selepas keluar kenyataan tentang penularan virus D614G tadi. Terkini pakar telah umumkan virus tersebut akan merebak dengan cepat di kawasan ini.

KUALA LUMPUR: Pengudaraan baik dalam sesuatu kawasan termasuk ruang sempit penting bagi mengurangkan risiko terhadap jangkitan COVID-19 yang turut merangkumi mutasi virus jenis D614G. Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata sebarang jenis mutasi virus termasuk D614G boleh merebak dengan pantas di kawasan tanpa sistem pengaliran udara yang baik.

Beliau berkata, kawasan tertutup yang dipasang penyaman udara tanpa sistem keluar masuk udara yang baik juga berupaya menjadi lokasi mutasi virus COVID-19 merebak. “Selain penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka, aspek penting yang harus ditekankan ialah pengaliran udara dalam mengawal penularan COVID-19. “Walaupun tempat itu mempunyai kepadatan penduduk tinggi atau sempit, namun pengudaraan mencukupi boleh mengawal penularan. “Contohnya dalam pesawat. Setakat ini kita tidak melihat kluster dari kapal terbang kerana sentiasa berlaku pertukaran udara di dalamnya walaupun ruang terhad.

“Kita lihat kes di Afrika juga rendah yang mungkin disumbangkan oleh faktor pengaliran udara baik kerana kebanyakan rumah mereka terbuka dan tidak menggunakan penyaman udara,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Pada masa sama, beliau berkata, individu duduk di rumah termasuk yang dikuarantin perlu memastikan pengaliran udara sentiasa mencukupi dengan membuka tingkap.

Sazaly berkata, sama juga di pejabat yang bergantung sepenuhnya kepada penyaman udara, iaitu harus memastikan sistem pengaliran udara keluar dan masuk dengan mencukupi. “Mereka yang berada dalam suasana berhawa dingin lebih berisiko terkena jangkitan COVID-19 jika tiada pengaliran udara, selain turut dipengaruhi faktor suhu dan kelembapan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewujudan beberapa kluster sebelum ini termasuk di Sabah. Kedah dan Johor yang berpunca daripada penularan dalam kalangan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pesalah serta mutasi virus COVID-19 jenis D614G.

Berdasarkan data, Sazaly berkata, mutasi virus jenis D614G sudah berada di negara ini pada Mac lalu namun tidak berkembang pantas kerana tidak memasuki kluster besar. Katanya, penularan pantas itu berlaku apabila mutasi D614G berada dalam kalangan penghuni penj4ra dan pusat tahanan hingga mencipta kluster besar.

“Dari Mac lagi mutasi jenis D614G ini bertapak dalam komuniti kerana secara prinsipnya, virus yang sampai dahulu akan berkembang. “Namun ia tidak memasuki kluster besar, maka mutasi jenis ini tidak ‘meletvp’ sehinggalah D614G ‘memasuki’ sel besi dan pusat tahanan yang sempit serta tidak mempunyai pengaliran udara baik.

“Ia menyebabkan mutasi jenis ini mudah ‘meletvp’,” katanya. Beliau berkata, mutasi D614G dilihat mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi kerana berada pada tempat betul dan masa yang tepat untuk berkembang dengan menular dalam kawasan seperti penjra.

Sumber: BHONLINE

Amalan Norma Baharu. Pakar Epidemilogi Terus Buat Kenyataan Berkenaan Vaksin COVID19 Dan Harap Semua Maklum Dengan Perkara Ini

Semasa kita diambang gelombang kedua Covid-19, pelbagai pendapat yang dilntarkan oleh pakar dan orang awam bagi memastikan wabak ini tidak terus menular. Memandangkan vaksin juga masih belum dipasarkan secara rasmi dan tiada khabar angin bila ia akan mula digunakan. Pihak kerajaan sehingga kini berterusan mencari jalan terbaik untuk merawat para pesakit.

Pada masa yang sama, seorang Pakar Epidemiologi Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat bahawa hidup dalam norma baharu adalah ‘vaksin’ terbaik untuk melawan Covid-19 ini.

Tambah beliau, vaksin yang yang bakal dihasilkan bukan satu kepastian dapat melindungi masyarakat daripada dijangkiti virus terbabit.“Kita tidak mahu apabila mendapat vaksin dan terus diberi (kepada pesakit) akan menimbulkan masalah lain pula, sebab itu vaksin ini bukan satu kepastian yang dapat melindungi kita. Itu sebabnya norma baharu penting, malah inilah vaksin kita sebenarnya.”

Bimbang dengan peningkatan kes, pastikan rakyat patuh SOP.Dr Awang Bulgiba turut menyatakan kebimbangan kerana jumlah kes berkemungkinan tidak menunjukkan penurunan berterusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.“Saya melihat kes tiga angka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, justeru pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri diharap dapat membendung penularan virus itu.” 

Selain itu, beliau mengesyorkan supaya kerajaan membuat kajian tingkah laku masyarakat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) supaya masyarakat dapat biasakan diri dengan norma baharu.“Kerajaan wajar membuat kajian supaya pematuhan SOP menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat.”Kita tak tahu bila wabak ini akan hilang. Tapi hidup perlu diteruskan. Tak susah pun nak ikut SOP betul tak? Semoga kita terus kuat hadapi dugaan ini.

Baru Sahaja Umumkan Malaysia Sebagai Penerima Utama Vaksin Covid 19. Kini Dibongkarkan Jumlah Yang Perlu Dikeluarkan Untuk Dapatkan Vaksin Itu Secara Percuma.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganggarkan kerajaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3 bilion pada tahun depan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses bagi vaksin COVID-19 secara percuma. Menteri, Khairy Jamaluddin, berkata jumlah itu dianggarkan mampu untuk menampung keperluan vaksin COVID-19 bagi 70 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

“Semalam, perbincangan awal dengan Kementerian Kewangan telah dibuat, bagaimanapun kami belum membuat sebarang keputusan. “RM3 bilion yang diperlukan ini hanya anggaran memandangkan kita belum mengenal pasti harga sebenar vaksin ini, selain perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah rantaian bagi perolehan ini termasuk logistik dan proses pengagihan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam slot The Breakfast Grille, secara langsung di stesen radio BFM, hari ini.- BHONLINE

Berita baik. China sudah bersetuju untuk mengutamakan Malaysia dahulu sebagai penerima vaksin Covid 19. Lebih mengejutkan ini jumlah yang dibekalkan.

Pandemik koronavirus ini sungguh memberi impak yang kuat kepada seluruh dunia. Manakan tidak, sektor ekonomi kian merudum, aktiviti-aktiviti perlancongan menanggung banyak kerugian, rakyat hilang pekerjaan.

Parah kerana jika rakyat tak mempunyai gaji atau sumber pendapatan untuk berbelanja, ekonomi takkan pulih kerana tiada kuasa membeli! Namun, sinar makin lama makin dilihat. Ubat bagi virus ini, vaksin, yang sepatutnya mengambil masa bertahun untuk dicipta dikatakan sudah berada di tahap terakhir. Sememangnya khabar baik buat semua.

Satu lagi perkhabaran baik yang dimaklumkan hari ini ialah, China setuju beri keutamaan kepada Malaysia bagi membekalkan vaksin Covid-19! Perkara ini dimaklmumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, negara itu bersetuju untuk memberi bantuan pembekalan vaksin kepada rakyat Malaysia. – Berita Harian

“China adalah antara negara yang paling ke depan dalam penemuan vaksin dan saya difahamkan ia sudah berada di tahap akhir, di mana akhir tahun ini sudah ada vaksin yang boleh digunakan. “Menteri Luar China bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Malaysia dan sukacitanya saya ingin mengatakan bahawa negara pertama yang akan dibantu adalah Malaysia.”

Di samping itu, TS Muhyiddin Yassin juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menyertai satu badan yang akan membantu negara membangun bagi memperoleh vaksin dan tugas ini diberikan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Saya berikan tugaskan ini kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kerana untuk menyertai badan ini kita kena bayar sejumlah wang yang agak besar.” “Disebutkan mereka boleh bantu hanya 10 peratus daripada jumlah rakyat negara dan di Malaysia hanya tiga juta sahaja dibekalkan.” Semoga vaksin segera siap! Dan pandemik dapat diakhiri, amiinnnn.– Lobakmerah

Kes makin meningkat. Khairy Jamaluddin dedahkan harga vaksin covid 19 bagi setiap sorang rakyat Malaysia. Terkedu sampai macam ni sekali harga vaksin tu.

Kerajaan sedang meninaju harga indikatif pemerolehan bagi vaksin Covid-19 yang dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang bagi rkyat negara ini, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bkar.

Memetik laporan Astro Awani, beberapa vaksln ditawarkan kepada negara ketika ini dengan harga berbeza dan ker4jaan perlu mengkaji setiap vaskln terlebih dahulu. “Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantvng kepada rundingan.

“Ada beberapa vaksln ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksln mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya seperti memetik laporan Astro Awani.

Tambah Khairy, langkah itu belum pernah dilakukan oleh ker4jaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi. Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksln itu.

Sumber: Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis k0men anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua k0men yang ditulis disini. Segala k0men adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Via tranformasi

Sebelum ini mengenai vaksin Covid 19 masih lagi dalam perbincangan antara Malaysia dan China. Ini perkembangan selanjutnya mengenai vaksin itu.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai perkembangan covid 19 terkini dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCING MEDIA ONLINE untuk info lebih banyak dan menarik.

Baru baru ini status vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China merupakan antara perkara yang dijangka dibincangkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan rakan sejawatannya, dari negara itu, Wang Yi pada lawatan dua hari pemimpin itu, ke Malaysia pada esok dan Selasa.

Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan ini berkata pertemuan Hishammudin dengan Wang Yi yang merupakan Penasihat Negara China dijangka membincangkan kolaborasi pasca-wabak terutamanya dalam pemulihan kelestarian ekonomi negara serta berusaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu menyebut, kedua-dua pemimpin itu juga akan turut menyentuh mengenai isu semasa membabitkan kepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa. “Lawatan Wang Yi akan dilaksanakan dengan mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ia juga akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) diluluskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pada 1 dan 3 Oktober 2020 yang juga diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, berdasarkan kepada SOP itu, semua ahli delegasi China dipastikan mengemukakan bukti saringan negatif COVID-19 tiga hari sebelum tiba di Malaysia. Mereka juga perlu menjalani ujian saringan calitan kedua sebaik tiba di lapangan terbang Malaysia.

Delegasi akan diiringi dari lapangan terbang ke hotel, seterusnya ke tempat acara dan ke lapangan terbang semula untuk pulang ke China manakala kehadiran delegasi hanya dibenarkan dengan kapal terbang persendirian. Kenyataan sama juga menyebut, lawatan rasmi terakhir oleh Wang Yi ke Malaysia adalah pada 2018.

Selain mengeratkan lagi hubungan dua hala, pertemuan kedua-dua Menteri Luar Negeri ini akan turut memastikan Malaysia dan China sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan di sebalik penularan COVID-19 dan terus bekerjasama demi kepentingan sejagat.- BHONLINE

 

Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post