Sharifah Shahira yang kini bertugas di konti Suria FM meluahkan rasa kesal dan bingung memikirkan masalah pembantu rumah yang dipercayai mela.rikan diri pada hari Ahad lalu.
ARTIKEL MENARIK:Menyibuk Hal Org, Kalau Aku Jadi Laki Kau Sekarang Aku Cer4i Orang Bo d#h Macam Kau – Ali Puteh
Sharifah Shahira yang lebih disapa sebagai Shiera menjelaskan bahawa bibiknya yang berasal dari Indonesia itu telah menghilangkan diri dan kini gagal dikesan semasa dia dan suaminya berada di Raub, Pahang.
Meskipun sudah bekerja selama empat tahun, perkara itu sangat mengecewakan Shiera kerana sepanjang bersama dia dan keluarga tidak pernah mempunyai apa-apa isu dengan pembantu rumahnya itu.
“Sebelum ini tak ada isu pun, kita izinkan saja kalau dia nak balik jumpa keluarga. Malah permit kerja dia pun baru sahaja diperbaharui sebab dia bersetuju nak sambung kontrak dengan kami lagi. Kalau awal-awal dia kata tak nak kerja kita tak pa.ksa.”
Shiera dilihat telah berkongsi mengenai kehilangan pembantu rumah yang dikenali sebagai Seri itu menerusi akaun Instagramnnya, baru-baru ini.
Kakak kepada Sharifah Sakinah dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia dan suami telah membuat laporan polis mengenai kes ini kerana bimbang jika berlaku sesuatu di kemudian hari.
Memilih untuk tidak mema.tikan permit kerja bibiknya itu kerana merasa belas kasihan dan tidak mahu Seri dimasukkan ke penj.ara jika dita.ngkap, Shiera menganggap kebebasan yang telah diberikan selama ini telah pun disalah guna.
“Kita ni tak sampai hati nak sek.sa pekerja..kita orang Melayu hati lembut, gaji pun tak pernah bayar lambat, pasport pun dia boleh pegang! Tapi hujung-hujung isu maid ini tak pernah selesai, tak terkira dah berapa ramai yang lari!” – Sharifah Shahira
Sumber: Beautifulnara via Teh Tarik Kaw
Post a Comment