i-Sinar Beri nafas Baharu Pencarum
loading...

Kuala Lumpur: Kemudahan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan lapan juta ahli yang terjejas pendapatan akibat COVID-19, diumumkan kelmarin, memberi nafas baharu kepada pencarum.

i-Sinar beri nafas baharu pencarum

 


Kelulusan secara automatik tanpa memerlukan dokumen sokongan untuk ahli dalam Kategori 1, iaitu mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji amat melegakan mereka.

ARTIKEL MENARIK:Cara Daftar SSM Untuk Bisnes Online & Servis Freelance. Banyak Kelebihan Walau Kecil-kecilan


Beberapa pencarum yang ditemui menyifatkan skim i-Sinar memberi peluang kepada mereka merancang kelangsungan hidup, selain meringankan beban kewangan semasa.

KWSP dalam kenyataan kelmarin mengumumkan, ahli dalam Kategori 1 hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.go.my mulai 21 Disember 2020, dengan pembayaran untuk mereka yang layak akan dibuat mulai pertengahan Januari 2021.

Pengurus dana persaraan itu berkata, kriteria bagi kategori berkenaan adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan atau ahli yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sekurang-kurangnya 30 peratus selepas 1 Mac 2020.



loading...


Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Bagi ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun1boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah). Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

-BERITA HARIAN



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post