“Ia Bukan Hanya Hal Dua Jiw4 Tapi Hal Dua Keluarga” Kemelvt Neelofa dan PU Riz banyak bagi pengajaran
loading...

KISAH hubungan pengacara terkenal Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz yang didakwa sudah berakhir turut mendapat perhatian pendakwah bebas iaitu PU Rahmat.

“Ia Bukan Hanya Hal Dua Jiw4 Tapi Hal Dua Keluarga” Kemelvt Neelofa dan PU Riz banyak bagi pengajaran

 


PU Rahmat meminta semua pihak menghormati Neelofa yang sudah memberi penjelasan mengenai semua dakwaan terhadap dirinya dan PU Riz dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan itu.

ARTIKEL MENARIK:Video Tiktok Shila Amzah dikec4m gara2 melakukan 4ksi ini
loading...


Menurut PU Rahmat lagi, apa yang berlaku kepada Neelofa dan PU Riz juga memberi pengajaran bahawa pertunangan merupakan fasa yang berat dan pernikahan turut melibatkan dua keluarga.


PU Rahmat anggap kemelut Neelofa dan PU Riz beri pengajaran buat semua orang.

“Lofa (Neelofa) sudah pun jelaskan mengatakan semua itu fitnah. Akaun Twitter yang spill tea pun dah ghaib. Ada tiga hal kita belajar kali ini. Mana-mana berita perlu diselidik, pertunangan fasa yang berat dan pernikahan bukan hanya hal dua jiwa tapi hal dua keluarga.

“Semoga semuanya baik-baik buat Riz dan Lofa. Seperti mana yang diminta Lofa agar kita mendoakan yang baik-baik. Maka kita doakan yang baik-baik. Jika tidak mahu mendoakan, kita hanya perlu diamkan diri.



loading...


“Jika kita tidak mahu ambil peduli. Itu juga salah satu tanda kebaikan. Diantara baiknya Islam seseorang adalah apabila meninggalkan sesuatu yang tiada kaitan dengannya,” kata PU Rahmat.

 

Jika tidak mahu mendoakan, kita hanya perlu diamkan diri.

PU RAHMAT

PENCETUS UMMAH

 

Pemilik nama Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan itu memuat naik paparan skrin status di laman Twitter miliknya dan berkongsi pendapat mengenai isu tersebut di Instagram.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan PU Rahmat dan mendoakan agar Neelofa serta PU Riz kuat mengharungi dugaan dalam fasa pertunangan mereka yang dianggap perlu dirahsiakan.

“Ya Allah… takut sangat terjebat dengan dosa memfitnah ini. Semoga apa yang berlaku antara Neelofa dan PU Riz dapat diselesaikan dengan baik.


PU Riz bersama Neelofa dan ibu pengacara tersebut.

“Benda yang saya belajar, tak pasti jangan kongsi. Sebab satu kongsi itu terus ada menokok tambah buat perisa. Takut apa yang kita sebar itu memanjangkan fitnah. Diam lebih baik. Semoga Lofa dan PU Riz kuat,” komen netizen.

Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya pada malam Ahad.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mengikat tali pertunangan dengan PU Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

 


Sumber : MOTIFVIRAL
Slamber Media



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم