Ibubapa Bantah Adegan Tidak Senonoh Nobita Masuk Bilik Air Shizuka Dalam Kartun Doraemon
loading...

Tokyo: Warganet Jepun sepakat mengemukakan petisyen sebagai bantahan dan desakan menghapuskan adegan Nobita masuk ke dalam bilik mandi Shizuka di dalam siri kartun animasi terkenal, Doraemon.

Ibubapa Bantah Adegan Tidak Senonoh Nobita Masuk Bilik Air Shizuka Dalam Kartun Doraemon

 


Global Times melaporkan petisyen itu dihantar kepada stesen televisyen, TV Asahi dan syarikat penerbitan siri kartun berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Tanah Perkuburan Penuh, Mayat Pesakit Covid-19 Kongsi Kubur
loading...


Kandungan petisyen itu menyatakan adegan berkenaan tidak sepatutnya ditayangkan kerana boleh memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak.

Petisyen berkenaan turut mendapat perhatian warganet di China yang juga mengakui adegan itu tidak sepatutnya ada dalam siri kartun.

Menurut Entertainment Sina Weibo, adegan itu dikhuatiri mendorong dan memberi impak negatif terhadap kanak-kanak.

Majoriti pengguna Weibo turut menyokong bantahan dikemukakan dalam petisyen berkenaan.



loading...


“Sebagai orang tua, saya khuatir beberapa adegan dalam siri kartun itu memberi pengaruh negatif kepada anak,” kata Qi Xiuli yang menetap di Weihai dekat bandar Shandong, China Timur.

Di sebalik bantahan, ada juga warganet memberi pandangan berbeza berhubung isu berkenaan.

“Kita tidak boleh bergantung dengan kartun untuk mendidik anak.

“Sebaliknya, ibu bapa perlu menjelaskan perlakuan dalam sesebuah siri kartun kepada anak mereka supaya tahu mana betul dan salah,” kata pengguna Weibo @Bai_RuinuiR.

kredit harian metro





-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post