Kahwin dalam upacara Punjabi buat ramai keliru status agama, ini bakal tindakan kerajaan kpd Najwa yg berkahwin dgn kapten pasukan hoki India
loading...

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan seorang wanita yang dikenali sebagai Illi Najwa berjaya menambat hati Kapten Hoki Pasukan Negara India, Manpreet Singh Pawar dan telah berkahwin pada awal Disember ini.

Kahwin dalam upacara Punjabi buat ramai keliru status agama, ini bakal tindakan kerajaan kpd Najwa yg berkahwin dgn kapten pasukan hoki India

 


Perkara tersebut tular di media sosial dan ramai yang telah mengucapkan tahniah diatas perkahwinan tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Perkara tersebut tular di media sosial dan ramai yang telah mengucapkan tahniah diatas perkahwinan tersebut.
loading...


Cetus kemusykilan orang ramai

Namun begitu, terdapat beberapa kemusyikilan telah tular di internet berkenaan status agama pasangan tersebut setelah beberapa gambar perkahwinan mereka yang berlangsung di India dikatakan berjalan dalam upacara Punjabi.

Tiada sebarang permohonan tukar agama

Oleh hal yang demikian, menerusi Harian Metro, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, wanita itu akan dipanggil sekembalinya ke Malaysia.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

VIDEO

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.”Ulasnya.



loading...



Dikatakan suami sudah peluk Islam tahun lalu.

“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara. Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.”

“Bagaimanapun, perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri.” Katanya.

Bersangka baik wanita itu masih Islam

Selain daripada itu, Ahmad Marzuk Shaary juga mengulas berkenaan majlis resepsi yang dijalankan apabila mendakwa ia bercanggah dengan ajaran Islam serta mempunya unsur agama lain.

“Kita memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sensitif. Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam,” katanya.

Terdahulu, wanita tersebut, Illi Najwa Saddique yang menjalinkan cinta selama lapan tahun dengan Kapten pasukan Hoki India itu telah melangsungkan perkahwinan di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, dilihat mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan menawan dengan pakaian pengantin Punjabi serta dihadiri oleh ahli keluarga pihak lelaki.

 

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim) via Trending Kini



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم