Ketukan pintu berpindah pula ke Melaka. Seorang ahli keluarga berdiri depan pintu tapi tiada sesiapa di luar dan rupanya ini yang berlaku
loading...

Misteri bunyi ketukan pintu kediaman yang ‘berpindah’ dari Sabak Bernam, Selangor ke daerah ini sejak minggu lalu kian menggusarkan ramai penduduk.Satu Video Dirakam ..Keluarga ini berjaya merakam kejadian ketukan misteri di rumah kediaman mereka yang terletak di Alor Gajah, Melaka.

Ketukan pintu berpindah pula ke Melaka. Seorang ahli keluarga berdiri depan pintu tapi tiada sesiapa di luar dan rupanya ini yang berlaku

 


Video yang dimuat naik berdurasi 1 minit menunjukkan jelas kedengaran dan waktu itu semua lampu rumah terpasang.Ketukan misteri tersebut sangat kuat sehingga menggegarkan pintu (sliding door) rumah keluarga tersebut.Salah seorang ahli keluarga memberanikan diri untuk berdiri di depan pintu kaca tersebut dan memang tiada siapa pun berada di luar.

ARTIKEL MENARIK:'Masuk je kawasan RNR, aku dah rasa lain macam...'


Anda nilaikan sendiri video di bawah:‘Lmbaga’ gemar ketuk pintu berpindah ke Alor Gajah Melaka.SAID Hassan menunjukkan bagaimana pintu luar bahagian hadapan kediamannya diketuk pada awal pagi di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah dekat Alor Gajah.

Bekas Imam Masjid Tok Janggut, Masjid Tanah di sini, Said Hassan berkata, kediamannya di Kampung Paya Rumput di sini, turut diketuk dari luar dengan kuat hingga menyebabkan pintu kayunya itu hampir tertanggal.Dalam kejadian jam 3 pagi semalam dia dan isteri, Maimunah Hashim, 65, serta seorang anak perempuan berusia 24 tahun sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat itu.

“Saya segera membaca beberapa ayat al-Quran khusus untuk menjauhkan gangguan jin dan syaitan. Usaha saya itu berjaya menghentikan ketukan kuat pada pintu kediaman.“Saya hairan kerana tidak pernah pintu rumah diketuk pada waktu awal pagi,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Pesara kerajaan itu berkata, sejurus membaca surah berkenaan, bunyi ketukan itu tiba-tiba terhenti dan dia menggagahkan diri untuk membuka suis lampu anjung rumah.Said berkata, dia dan isteri kehairanan berikutan tiada sesiapa di luar rumah sejurus daun pintu dibuka.

“Alhamdulillah, Allah SWT menjauhkan kami sekeluarga daripada bahaya. Kejadian ini benar-benar menimbulkan tanda tanya penduduk di kampung ini yang turut diganggu,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Paya Rumput, Azaman Abu Hassan berkata, anak kariah kampung itu sudah membaca surah Yassin beramai-ramai pada malam Jumaat lalu selepas beberapa kediaman penduduk diganggu ketukan yang sama bermula pagi Khamis lalu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Tok Janggut berkata, majlis bacaan surah Yassin sememangnya diadakan pada setiap malam Jumaat.“Alhamdulillah setakat ini kampung kami aman dan damai dan kami berdoa Allah SWT memelihara kami daripada bahaya,” katanya.

SABAK BERNAM: Selepas 18 hari menghantui penduduk di daerah ini, misteri gangguan ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhir apabila tiada lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya tetap melakukan kawalan rondaan di kampung dan taman perumahan meskipun gangguan itu telah berakhir.“Kita juga menggalakkan penduduk supaya membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya kepada BH, hari ini.

Dalam pada itu, Agus Salim mengingatkan masyarakat agar tidak memperbesarkan lagi isu gangguan ketukan pintu misteri itu.“Orang ramai diminta tidak menokok tambah perkara sedia ada selain menyebarkan maklumat tidak sahih hingga menimbulkan ketidaktenteraman kepada penduduk,” katanya.BH sebelum ini melaporkan, penduduk daerah Sabak Bernam dilanda tanda-tanya dan ketakutan susulan gangguan ketukan pintu misteri yang berlaku sejak 18 November laluSumber: HM online

Dua Hari Sunyi Tanpa Khabar. Ini Perkembangan Terkini Susulan Cerita Ketukan Pintu Yang Dikatakan Sudah Sampai Ke Port Dickson

Gangguan bunyi ketukan tanpa salam di Taman Air Manis di sini sudah reda dua hari sebelum ini tetapi gangguan sama kembali menghantui penduduk sejak malam kelmarin.Seorang penduduk, Siti Noraini Ngah, 26, mendakwa, dia terdengar bunyi ketukan misteri sebanyak tiga kali ketika sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak berusia tujuh tahun.

Menurutnya, kejadian ketukan pintu dapur rumahnya pada jam 12.53 pagi kelmarin itu berlaku sewaktu suaminya, Abd Halil Yatimi, 40, bersama anak bongsunya berusia tujuh bulan sedang tidur di dalam bilik.“Saya dengar pintu dapur rumah diketuk tiga kali dan ketika itu saya hanya mendiamkan diri sahaja.

“Kemudian dalam beberapa saat, sekali lagi terdengar bunyi ketukan di tempat sama sebelum saya ke dapur mengintai di celah tingkap,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.Siti Noraini berkata, dia tidak nampak kelibat atau bayang seseorang dan kemudian terus ke bilik mengejutkan suaminya memaklumkan kejadian itu.

“Seram juga apabila kejadian ini menimpa saya, sebab sebelum ini rumah mentua di Parit 13 Sungai Panjang pernah diganggu bunyi misteri itu seminggu lalu,” katanya.Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, kejadian terbaru berlaku di taman itu pada jam 10.44 malam semalam.


Menurutnya, kejadian berlaku berhampiran pusat kawalan Rondaan Sukarela Cegah J3nayah (RSCJ) Taman Air Manis.Siti Noraini bersama suaminya (kanan) menunjukkan pintu dapur rumahnya diketuk semasa lawatan Zulkifli (kiri) ke rumahnya hari ini.“Kami dimaklumkan pengadu dan keluarganya mendengar ketukan sebanyak tiga kali di depan pintu rumah,” katanya.

Zulkifli berkata, sehingga kini, sebanyak 11 kes ketukan pintu dilaporkan di Taman Air Manis sejak mula tular lapan hari lalu.Katanya, pelbagai maklum balas diterima sepanjang kejadian tular itu hingga ada dalam kalangan mereka tidak lena tidur pada waktu malam.“Saya juga dapat maklumat ada ibu yang sarat mengandung terpaksa tunggu suami pulang ke rumah pada waktu malam di stesen minyak kerana ketakutan.

“Saya rasa tersentuh dengan hal sebegini dan berharap ia segera berakhir bagi menenteramkan penduduk semula,” katanya.Selain itu, katanya, pihaknya berterima kasih kepada pasukan polis yang sentiasa melakukan rondaan dan memberikan kerjasama berterusan kepada penduduk setempat.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Shafie Hassan, 67, berkata, kejadian ketukan pintu rumahnya di PPRT Tebuk Pulai didengari isterinya, Siti Zabedah Fazaldin, 52, ketika sedang menggoreng ayam di dapur.Katanya, kejadian ketukan misteri di pintu depan rumahnya itu berlaku pada jam 1.30 pagi tadi.

“Isteri memaklumkan dia mendengar bunyi ketukan tetapi apabila melihat di tingkap tiada kelibat ditemui.“Menjadi kebiasaan isteri tidur lewat kerana menyediakan bahan-bahan masakan untuk berniaga keesokannya,” katanya.Ahli paranomal buat ‘Live’ rungkai ketukan mist3ri, sekali Polis panggil untuk beri keterangan

SABAK BERNAM – Polis sudah memanggil beberapa individu yang mendakwa diganggu dengan bunyi ketukan mist-eri bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang tular di beberapa kampung dan taman perumahan di daerah ini sejak tujuh hari lalu.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, penduduk termasuk ahli paranomal yang membuat rakaman secara ‘Live’ telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua mgsa ketukan pintu mist-eri dapat hadir ke balai polis bagi memberikan keterangan.“Bagi mgsa yang tidak dapat memberikan keterangan di balai, kami (polis) pergi ke rumah mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Agus Salim memaklumkan sehingga kini pihaknya hanya menerima satu sahaja laporan polis yang dibuat pemimpin peringkat kampung berhubung gangguan ketukan misteri itu.“Kita menerima satu aduan yang dibuat pada 22 November lalu yang mendakwa rumahnya diganggu sebanyak dua kali termasuk 24 rumah penduduk di kampung terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, polis juga turut meningkatkan rondaan di beberapa kawasan kampung dan taman perumahan terlibat.“Kita juga meminta kerjasama semua penduduk agar membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi menangani isu ini,” katanya.Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak menokok tambah atau menyebarkan perkara yang boleh menimbulkan ket4kutan kepada masyarakat.

“Polis bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas isu ini. Jika ada maklumat, salurkan segera kepada pihak polis,” katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba men4kut-n4kutkan penduduk berikutan kejadian tular ketukan pintu yang mengg4nggu penduduk beberapa kampung di daerah ini pada waktu malam.Agus Salim menegaskan, pesalah yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegu-saran kepada orang awam.

Wanita dakwa misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson

PORT DICKSON – Misteri ketukan pintu tanpa salam yang menghantui penduduk di beberapa kampung di Kuala Selangor kini didakwa sudah sampai ke Port Dickson (PD).Insid3n itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘SN Zahidah’ di kumpulan Facebook Kami Suri Rumah semalam.


Menurutnya, dia mendakwa diganggu dua hari lalu pada jam 2.30 pagi dengan bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali.“Saya baru kena dua hari lepas dalam jam 2.30 pagi, tiga kali ketuk serentak. Sekali ketuk lepas beberapa saat tiga kali tu… jujur cakap ni, waktu itu memang belum tidur lagi layan perasaan main ‘game candy crush’.

“Saya sampai keluar bilik pusing satu rumah atas bawah ‘check’. Tengok anak-anak semua tidur nyenyak. Cumanya saya tak jenguk keluar tingkaplah,” tulisnya.Bagaimanapun jelasnya, dia tidak berasa apa-apa dengan kejadian itu dan menganggapnya sebagai permainan sy4itan, jin dan iblis.

Katanya, berkemungkinan disebabkan terlalu memikirkan kes yang berlaku di Kuala Selangor sehingga menganggu fikirannya.“Sebab minggu ini galak tular pasal benda ini, jadi kita pun yang baca terfikir-fikir, mainan minda dan emosi. Maka datanglah syaitan ini ambil kesempatan.Misteri ketukan pintu terus hantui penduduk Sabak Bernam

Misteri ketukan pintu: Tidak seharusnya jadi perkara yang menakutkan.‘Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV’“Bukan kata satu hantu yang sama itu saja pusing satu Malaysia, dah hantu sekeliling kita pun banyak, diaorang pun ikut trend tular… main ketuk-ketuk pintu takutkan penduduk Malaysia,” katanya.

Mengakhiri hantarannya, dia turut memberitahu tinggal di Port Dickson dan tidak menyangka kejadian itu sampai di daerah ini.Perkongsian wanita itu menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang tinggalkan sebanyak 340 komen dan turut dikongsi sehingga 135 orang.

Ramai yang menyatakan rasa takut dan bimbang diganggu dan tidak kurang juga tinggalkan komen lucu antaranya, Noor Shida Ridzuan yang berkata “Siyes arr (serius lah) dah sampai PD jalan ‘eh’… Boleh ‘eh’ hantu-hantu tu rentas negeri time PKPB ni. Alahai, awak kat Somban je ha.. Dokek dah tu”.

Aydaa Azizan pula berkata, “eh, eh dapat surat pelepasan pula dia… dah lah dapat ke sana sini kacau orang pula main ketuk-ketuk. Suruh dia dok dendiam (diam-diam) main candy crush tu haa..”Cik Zitta berkata, “boleh pula dia rentas negeri sampai ke PD. Roadblok banyak tu”.

Sementara itu SN Zahidah menjawab soalan warganet memberitahu kejadian itu berlaku di tempat tinggalnya di PD Utama.Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan itu mendapati tiada yang mendengar kejadian berkenaan berlaku setakat ini.

Wanita Ini Sedang Masak Di Dapur Sekitar Jam 1 Pagi. Tiba Tiba Sahaka Terdengar Bunyi Ketukan 3 Kali Dan Ini Yang Wanita Itu Nampak Setelah Pergi Intai

” Bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali mengejutkan isteri yang sedang menyediakan bahan masakan untuk berniaga,”Itu kata-kata penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Tebuk Pulai, Sabak Bernam, Shafie Hassan.Menurut Shafie, 67, isterinya, Siti Zabedah Fazaldin, 52, dikejutkan dengan gngguan menak0tkan itu pada 1.30 pagi hari ini.

” Menjadi kebiasaan bagi isteri bangun di awal pagi untuk menyediakan bahan masakan sebelum pergi berniaga di kedai makan di Kampung Baharu, di sini.” Ketika kjdian, isteri sedang menggoreng ayam di dapur sebelum terdengar bunyi ketukan sebanyak tiga kali di pintu hadapan.

Terkejut dan kelu

” Apabila dia intai di tingkap untuk memastikan siapa ketuk pintu, tiada sesiapa pun berada di situ menyebabkan dia terkejut dan kelu,” katanya ketika ditemui, hari ini.Shafie berkata, dia berharap gngguan terbabit tidak berulang hingga menimbulkan ketidaktenteraman kepada penduduk di kawasan itu.


Gambar, penampakan lmbaga dikatakan p0c0ng yang berjaya dirakam penduduk selepas bunyi ketukan pintu.Dalam pada itu, penduduk di Taman Air Manis, di sini, turut diselubungi ket4kutan apabila gngguan ketukan pintu msteri yang reda sejak dua hari lalu, kembali mengh4ntui mereka.

Penduduk, Siti Noraini Ngah, 36, berkata, bunyi ketukan pada 12.53 tengah malam kelmarin berlaku dua kali ketika dia dan anak sulungnya berusia tujuh tahun menonton televisyen di ruang tamu.” Ketika kjdian, suami, Abd Halil Yatimi, 40, dan anak bongsu kami berusia tujuh bulan sedang tidur di bilik.

” Ketika leka menonton televisyen, saya terdengar bunyi ketukan kali pertama di pintu dapur dan menyangka ia bunyi cicak.” Namun, ketukan kali kedua menyebabkan saya segera mengejutkan suami dan menghubungi Setiausaha Taman Air Manis (Zulkifli Ijoh) untuk datang ke rumah,” katanya.

Siti Noraini berkata, dia yang mengintai di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar dan menyalakan lampu di luar di bahagian dapur semasa kjdian.Katanya, sejak gngguan ketukan pintu berlaku di taman perumahan ini, kehidupan mereka sekeluarga tidak tnteram dan berharap perkara itu berakhir dengan segera.

Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, sebanyak 11 aduan mengenai gngguan ketukan pintu direkodkan di taman perumahan itu sejak 19 November lalu.Beliau berkata, sebuah rumah berhampiran pusat kawalan Rondaan Sukarela Cegah Jnayah (RSCJ) turut menjadi mangsa gngguan ketukan pintu itu pada 10.44 malam tadi.

” Selepas gngguan ketukan pintu itu berlaku, ada penduduk mengadu tidak boleh tidur pada waktu malam dan ini sedikit sebanyak menggnggu rutin harian mereka.” Bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk, kami akan tingkatkan lagi rondaan dan dalam masa sama, bekerjasama dengan pihak polis bagi memudahkan urusan,” katanya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.



loading...


Lama Berteka Teki Akhirnya Misteri Ketukan Pintu Di Sabak Bernam Terjawab. Tergamam Bila Ada Penduduk Cakap Nampak Benda Ni Di Kawasan Kampung.

SABAK BERNAM – Gangguan ketukan pintu rumah yang menghntui empat buah kampung di sini sejak seminggu lalu kini semakin menakutkan apabila ada penduduk mendkwa melihat jelmaan pontianak bersebelahan sebatang pokok kelapa di Kampung Baharu, pada Ahad lalu.

Penampakan entiti tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam ketika sekumpulan penduduk bersama seorang ahli paranomal dikenali Mie sedang membuat rondaan di kampung berkenaan. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kejadian pelik turut dialami penduduk termasuk terhidu bau busuk, bau kemenyan dan bedak…

Misteri ketukan pintu terus hantui penduduk Sabak Bernam. Sekali 10 Anggota RSCJ datang check, ini yg berlaku

SABAK BERNAM – Misteri bunyi ketukan pintu rumah terus menghantui penduduk di Sabak Bernam semalam. Seorang suri rumah, Noraidayawati Mohd Tahar, 47, berkata, gangguan bunyi ketukan pintu didengarinya terlalu kuat di belakang rumah berhampirannya kira-kira jam 9 malam tadi.

Menurutnya, dia bersama suaminya, Rahim Amat, 53, dan tiga anaknya mendengar dengan jelas bunyi ketukan yang berterusan dianggarkan selama 10 minit. “Kami sekeluarga seram hendak mengintai di tingkap, lebih-lebih lagi kejadian ini tular sejak kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Noraidayawati berkata, dia pada mulanya menyangka hanya mereka sekeluarga yang mendengar bunyi misteri itu, sebelum jirannya menghantar WhatsApp memaklumkan perkara sama. “Jiran beritahu dia juga ada

terdengar bunyi ketukan pintu rumah sangat kuat di rumah jiran dan bertanya dengan pemilik rumah terbabit tentang gangguan tersebut. “Bagaimanapun, pemilik rumah memaklumkan dia tidak mendengar apa-apa bunyi pelik. “Sehingga kini, kami masih hairan dengan punca misteri bunyi ketukan kuat tersebut,” katanya.

10 Anggota RSCJ Datang, Ganguan Hilang

Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, pihaknya yang membuat pemantauan menerusi Rondaan Sukarela Cegah Jyh (RSCJ) di taman itu mengakui menerima aduan terbabit. Beliau berkata, seramai 10 anggotanya yang tiba di rumah terbabit mendapati bunyi gangguan itu sudah tidak kedengaran.

“Apabila ditanya penghuni rumah terbabit mereka mendakwa tidak mendengar apa-apa bunyi ketukan, sebaliknya hanya penduduk sekeliling yang mendakwa terdengar bunyi ketukan kuat itu. “Sehingga kini kami telah menerima lima aduan penduduk berhubung gangguan bunyi misteri itu sejak kelmarin dan antara langkah yang telah diambil ialah dengan meningkatkan rondaan cegah jnyh pada setiap malam sehingga awal pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, tiada lagi aduan penduduk di kampung itu yang mengadu terdengar bunyi ketukan pintu tanpa salam. Bagaimanapun katanya, pihaknya akan meneruskan rondaan malam berikutan masih terdapat beberapa kampung berhampiran masih diganggu bunyi misteri itu.

“Saya difahamkan bunyi gangguan di kampung lain masih ada, tetapi tidaklah seteruk semasa kejadian hari pertama dan kedua kelmarin,” katanya. Sejurus kejadian tersebut, dia memuatnaik satu status di ruangan Whatsapp story. Lebih memeranjatkan lagi, beberapa penduduk kampung yang mengenalinya turut menceritakan perkara yang sama.

BERJAYA RAKAM VIDEO POCONG

Seorang individu berjaya merakamakan kelibat entiti yang dipercayai sebagai pocong di Sabak Bernam, Selangor. Pocong berjaya dirakam di tepi tingkap rumah sabak bernam. Ketika kejadian ini penduduk Sabak Bernam telah dihantui dengan ketukan misteri. Rata rata percaya pocong yang ketuk pintu rumah mereka.

Adik Beradik Juga Diganggu

Seorang penduduk, Nor Azuwa Shaaban, 31, berkata, bunyi misteri sama turut dialami dua adiknya, Nur Farzana, 22, dan Nurul Farisya, 17, yang menetap di Kampung Batu 38. Katanya, kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin itu dialami selepas Nur Farzana menyelesaikan tugasan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah.

“Nur Farzana yang masuk ke rumah terdengar bunyi pintu depan diketuk dan kebetulan seorang lagi adik saya (Nurul Farisya) yang sedang duduk di sofa turut mendengar bunyi sama. “Semasa kejadian mereka berdua tidak berani membuka pintu dan pada keesokannya kecoh di dalam WhatsApp dan Facebook mengenai penduduk diganggu dengan bunyi ketukan tanpa salam itu,” katanya.

Bagi Nor Zaihana Yaakob, 38, pula mengakui kejadian seram itu turut dialami ketika dia bersama dua anak dan ibunya berada di rumah mereka di Kampung Tengah. Nor Zaihana memberitahu, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku semasa dia sedang menidurkan bayinya berusia empat bulan.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja, namun sangkaan meleset apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah. “seram jugalah dengan peristiwa ini, lebih-lebih lagi suami tiada di rumah kerana bekerja malam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu. Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.

“Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan,” katanya. Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya selain jiran terdekat sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.

“Kami telah mengambil tindakan antaranya melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula jam 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Sumber: kosmo

Dah Hampir Seminggu Penduduk Dalam Ketakutan Dengan Ketukan Pintu Misteri Di Sabak Bernam Sekali Mufti Tampil Bagi Nasihat Padu Pada Penduduk.

SHAH ALAM – Tidak dinafikan makhluk halus seperti jin wujud dan boleh mengganggu sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai, tetapi ia tidak seharusnya menjadi perkara yang menakutkan. Pendakwah yang juga Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM),

Profesor Madya Ts Dr Mohd Nor Mamat berkata, hidup dalam ketakutan sangkaan sebegini tidak membawa faedah, apatah lagi ketakutan melampau menyebabkan hidup dalam dunia mstik tanpa kewarasan akal.

“Secara psikologi, ketakutan atau keterlaluan berfikir tentang sesuatu perkara boleh menjadi gangguan separa sedar ataupun halusinasi yang boleh membawa akhirnya kepada skizofrenia. “Bagi sesetengah orang yang tidak mengendahkan cerita-cerita yang didengari ataupun tidak mengambil kisah, barangkali gangguan sebegitu tidak terdengar dan mengganggu mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Tidak perlu memperlekehkan ataupun mengagungkan kuasa makhluk halus.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai misteri bunyi ketukan pintu rumah di Sabak Bernam sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk. Mohd Nor berkata, sungguhpun ada gangguan, masyarakat tidak digalakkan untuk menyelesaikannya dengan cara perbmohan atau perdkunan yang mengheret kita ke alam mistik dan khurafat.

“Cukup dengan fitrah dan adab yang dianjurkan dalam Islam. Tidak perlu memperlekehkan ataupun mengagungkan kuasa makhluk halus. “Antara amalan yang baik untuk kita lakukan ialah berdoa memohon agar dijauhkan kejahatan tempat tersebut dan dikekalkan kebaikan yang ada dan ayat-ayat pelindung diri sentiasa dijadikan amalan.

“Tidak ada sebab untuk kita berasa takut seandainya kita hidup harmoni dalam kehidupan secara fitrah. Paling utama, sentiasalah tambah ilmu dan pengetahuan agar kita tidak selamanya berfikiran sempit sehingga menakutkan diri kita sendiri,” kata beliau.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebagai manusia biasa yang menjalani kehidupan di alam nyata, dalam mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dimulai dengan cara tabii.

Menurutnya, alam tabii mempunyai undang-undangnya atau hukumnya yang tersediri iaitu yang dikenali sebagai hukum tabii atau ‘natural law’. Bagaimanapun, katanya, sekiranya berhadapan dengan situasi atau kejadian yang tidak tabii,

maka agama tidak menghalang manusia daripada berikhtiar untuk mengatasinya mengikut kaedah-kaedah lain seperti ruqyah dengan menggunakan ayat al-Quran atau doa-doa tertentu, rawatan alternatif dengan syarat tidak mensy-irikkan sesuatu dengan ALLAH SWT.

“Mohonlah terus kepada ALLAH SWT sebab Dialah yang menyembuhkan segala penyakit, yang mampu menolong hamba-hamba-Nya mengatasi apa jua masalah dan kes-ulitan dihadapi. “Memang kuasa ALLAH SWT tidak terbatas dan mengatasi segala kuasa makhluk sebab Dialah yang mencipta alam semesta ini sama ada yang nyata atau ghaib,” katanya.

Misteri bunyi ketukan pintu rumah terus menghantui penduduk di Sabak Bernam semalam. Seorang suri rumah, Noraidayawati Mohd Tahar, 47, berkata, gangguan bunyi ketukan pintu didengarinya terlalu kuat di belakang rumah berhampirannya kira-kira jam 9 malam tadi.

Menurutnya, dia bersama suaminya, Rahim Amat, 53, dan tiga anaknya mendengar dengan jelas bunyi ketukan yang berterusan dianggarkan selama 10 minit. “Kami sekeluarga seram hendak mengintai di tingkap, lebih-lebih lagi kejadian ini tular sejak kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Noraidayawati berkata, dia pada mulanya menyangka hanya mereka sekeluarga yang mendengar bunyi misteri itu, sebelum jirannya menghantar WhatsApp memaklumkan perkara sama. “Jiran beritahu dia juga ada terdengar bunyi ketukan pintu rumah sangat kuat di rumah jiran dan

bertanya dengan pemilik rumah terbabit tentang gangguan tersebut. “Bagaimanapun, pemilik rumah memaklumkan dia tidak mendengar apa-apa bunyi pelik. “Sehingga kini, kami masih hairan dengan punca misteri bunyi ketukan kuat tersebut,” katanya.

Ketukan pintu misteri …angkara hantu atau manusia?

Sabak Bernam: Bunyi ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk. Difahamkan, gangguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.

Penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, berkata, kejadian sama dialami ketika dia berada di dapur rumahn bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi. “Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelibat seseorang di tingkap.

“Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat. “Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu. Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselamatan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. “Saya tak pasti siapa yang lakukan perkara (ketukan pintu) itu. Yang pasti, kejadian ini pertama kali berlaku dan harap ia tidak berulang kembali,” katanya.

Sementara itu petugas kesihatan Klinik Desa Sungai Burong, Sungai Besar, Siti Nur Ain Remli, 27, berkata, dia mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh di dapur rumahnya, kira-kira 1 pagi tadi. “Bunyi ketukan itu berlangsung selama lima minit. Kemudian, ia bersambung pula dengan ketukan pada pintu kayu dapur.

“Khuatir ada individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan, saya menghubungi pihak polis dan mereka datang meronda kira-kira 1.30 pagi,” katanya. Dia berkata, suaminya, Mohammad Aminuddin Abd Rahman, 27, turut mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh itu.

Sementara itu, Pengerusi Taman Budi, Batu 40, di sini, Abu Hasan Ashari, berkata, seorang penduduk di taman itu menerima gangguan ketukan itu kira-kira 12.45 tengah malam tadi. “Sebelum ketukan itu terjadi, berlaku gangguan bekalan elektrik di perumahan ini kira-kira 11.24 malam tadi dan pulih pada 12.15 tengah malam.

“Kira-kira 30 minit kemudian, dia (penduduk) memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp pintu belakang rumahnya diketuk sebanyak dua kali,” katanya. Kata Abu Hasan, susulan kejadian itu, pihaknya mengetatkan lagi rondaan di taman perumahan terbabit bermula waktu malam hingga awal pagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba menakutkan penduduk susulan kejadian itu. “Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegu-saran kepada orang awam. “Individu atau pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 447 Kanun Ksksaan atau Seksyen 13(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Terkini Penduduk Sabak Bernam Bongkarkan Benda Tu Tak Semua Rumah Dia Ketuk. Mengejutkan Bila Penduduk Bagi Tahu Ini Jenis Rumah Yang Akan Diganggu.

BUNYI ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni rumah di beberapa kampung sekitar Sabak Bernam sejak beberapa hari lalu masih menjadi teka-teki. Sementara itu, seoarang Pakar Perubatan Islam yang di kenali sebagai Tok Singa ada berkongsi panduan untuk mengelakkan ganguan ketukan pintu terutama dari J1n

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ramai yang duk tag saya dalam kes “KETUKKAN PINTU MISTERI” Di kawasan kampung di sabak bernam… Pertama sekali, jika sudah periksa memang tiada perbuatan jahat oleh manusia maka kita balik lah pada agama kita…jin itu wujud dan ganguannya juga wujud…(orang sana lebih mengetahui apa yang berlaku disana)…

Saya hanya boleh berkongsi kaedahnya jika benar2 ia bukan perbuatan jahat oleh manusia yang hanya menakut-nakutkan orang lain… Jika perbuatan dari jin ini kaedahnya. Saya kongsikan apa yang saya belajar. 1.cari kunyit hidup, daun bidara dan tumbukan dan dicampurkan dengan garam kasar lalu ambil sedikit tanah dihadapan rumah dan campurkan sekali dengan ramuan itu..

2.selepas dicampurkan ke4 bahan itu lalu bacalah: *Al fatihah 7x, *ayat kursi 7x, *surah yassin 7x, *al ikhlas 7x, *al falaq 7x, *an nas 7x..dan selawat 44x… “(Jika ketua kg ada seeloknya ketua kg yang buat dan agihkan pada penduduk kg…jika tak ada ketua kg maka lakukan lah sendirian)

“Ditiupkan pada 4 bahan yang dicampurkan tadi…dan taburkanlah dikawasan luar rumah masing2…insyaAllah dengan izinNya… “Yang menghncrkan ganguan jin adalah Allah swt. “Jika ada kaedah lain2 yang tidak bertentangan dengan syariat boleh juga diamalkan. “Semoga Allah mempermudahkan dan menyelesaikan masalah penduduk disana..amin.


Pilih Rumah Yang Ramai Penghuni

Ketukan tanpa salam yang menghantui penduduk empat buah kampung di daerah ini terus diselubungi misteri apabila ‘entiti’ itu memi­lih rumah yang ramai penghuni berbanding mereka yang tinggal seorang diri. Rata-rata penduduk mendakwa mereka masih diganggu setakat malam kelmarin.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, mereka berasa bingung kerana masih belum mengetahui punca gangguan tersebut. “Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana ‘pelakunya’ tahu rumah itu mempunyai ramai penghuni atau sebaliknya.

“Ramai kecoh mengenai kehadiran ‘pocong’ sehingga tular di media sosial. Dakwaan itu turut mengganggu keharmonian kampung walaupun belum dibuktikan mengenai kesahihannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengaitkan kejadian misteri itu dengan bomoh yang dikatakan mahu menguji kebolehan ilmu­nya, namun dia menafikan perkara tersebut. Ditanya sama ada wujud unsur jahat, dia tidak mahu me­nuduh mana-mana pihak dengan kegiatan itu.

Sementara itu, Pengerusi Maj­lis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Batu 37, Muhammad Nazri Saiman memberitahu, tiada sebarang kelibat ditemui semasa melakukan rondaan di sekitar kampung tersebut. “Penduduk ada menghubungi saya beritahu yang rumahnya diketuk, namun setelah diperiksa tiada individu yang berada di luar (rumah),” katanya.

Justeru itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam supaya rondaan di kawasan kampung tersebut dapat ditingkatkan pada hari mendatang. Dalam pada itu, Mufti Sela­ngor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, kejadian ketukan misteri itu perlu disiasat secara menyeluruh bagi mengetahui puncanya. “Sejujurnya saya berasa tidak selesa untuk mengulas mengenai kejadian ini. Siasatan perlu dilakukan sebelum kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

ADAKAH KETUKAN MISTERI DISEBABKAN OLEH KUCING?

“Ada juga penduduk maklumkan kepada saya kejadian berlaku di­sebabkan kucing, jadi kena siasat betul-betul,” katanya. Kosmo! semalam melaporkan penduduk di empat kampung di daerah ini dihantui misteri apabila kebanyakan mereka mendakwa diganggu bunyi ketukan pintu rumah sejak Rabu lalu. Ketukan misteri tanpa salam itu berlaku pada waktu malam sehingga awal pagi di Kampung Batu 37, Kampung Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Ban­ting sehingga menakutkan penduduk.

Sumber : Kosmo Online



Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post