MenlnggI Dnia Petang Tadi, Ini Profil Ungku Aziz Yang Ramai Tak Sangka, Rupanya Keturunan Diraja Johor
loading...

Khabar duka diterima hari ini apabila tokoh ekonomi dan pendidikan negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid menlnggI dnia ketika menerima rwatan di H0spital Prince Court di sini, hari ini.

MenlnggI Dnia Petang Tadi, Ini Profil Ungku Aziz Yang Ramai Tak Sangka, Rupanya Keturunan Diraja Johor



Allahyrham yang berusia 98 tahun disahkan menlnggI dnia kira-kira jam 4 petang tadi dan berita kematlannya dimaklumkan oleh isterinya, Rahaiah Baheran.

ARTIKEL MENARIK:Profesor Diraja Ungku Aziz Dilapor Meninggal Dunia Petang Tadi
loading...


Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumlkan pada malam ini.

Sekilas profil tentang Allahyarham Ungku Aziz

Ungku Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom (UK), pada 28 Januari 1922 adalah seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Allahyrham mendapat ijazah dalam bidang ekonomi pada 1951, di Universiti Malaya (UM), Singapura sebelum memperoleh Ijazah D0ktor Falsafah dalam bidang sama di Universiti Waseda, Tokyo pada 1964.

Ungku Aziz pernah berkhidmat di Fakulti Ekonomi UM, Kuala Lumpur pada 1961 hingga 1965 dan pernah menjadi Dekan di fakulti itu.

Pada 1968 Allahyrham dilantik sebagai Naib Canselor UM sehingga 1988. Beliau adalah naib canselor paling lama berkhidmat di universiti berkenaan.

Allahyrham merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.




loading...


Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bngsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993


Berketurunan diraja Johor

Beliau merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya, Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC).

Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah, rakyat Turki yang beragama Islam.

Pada 1924, ibunya menlnggI dnia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun. Setelah dilahirkan di London, beliau dibawa pulang ke Batu Pahat, Johor. Datuknya, Ungku Abdul Majid membawanya menjelajah ke serata Eropah.

Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit.

Bapa kepada Tan Sri Zeti Akhtar 

Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia.

Beliau juga merupakan sepupu kepada intelektual Muslim tersohor, Y.M. Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru , Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya, Singapura.

Beliau mendapat ijazah ekonomi pada tahun 1951. Kemudian pada tahun 1964, beliau mendapat Ijazah Dktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Tokyo.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

Anugerah

Beliau yang dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971 .Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka.

Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Ag0ng.

Beliau juga menmpa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMN0, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber:wikipedia

Via asiakini via Dedah Media



-----------------------------------------------------------------

 
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post