Netizen sebar kenyataan illi Najwa ulas isu perkahwinan hal peribadinya
loading...

Nampaknya isu perkahwinan Illi Najwa Saddique bersama pasangannya, Manpreet Singh masih lagi belum reda.

 
Netizen sebar kenyataan illi Najwa ulas isu perkahwinan hal peribadinya


Terbaru, netizens sedang galak menyebarkan kenyataan yang menurut mereka ia adalah mewakili Illi Najwa Saddique.

ARTIKEL MENARIK:Nor Aqilah Mula Ceritakan Semula Dari A Sampai Z Ini Sebenarnya Berlaku, ‘Tiada Siapa Yg Tidur Ketika Itu’
loading...


Berikut adalah antara individu yang menyebarkan kenyataan tersebut;


Menurut kenyataan itu;

– Illi Najwa dikatakan telah membaca pelbagai respon dari rakyat Malaysia mengenai perkahwinannya.

– Illi ingin mengingatkan perkahwinannya dengan Manpreet merupakan urusan beliau dan suaminya, ia merupakan hal peribadi dan bukannya hal orang awam.

– Dengan siapa pun Illi mahu berkahwin itu adalah perkara peribadinya dan hal seperti itu tidak seharusnya diperdebatkan dan diperbincangkan secara awam.

– Akhir sekali apabila lelaki dan perempuan mahu berkahwin, tak ada apa pun patut menghalang perkara tersebut, termasuklah bangsa dan kepercayaan, sebaliknya doakanlah perkahwinan tersebut berbahagia dan berkekalan.

Kenyataan itu dikatakan dikeluarkan oleh Illi Najwa dari India dan bertarikh 22 Disember 2020.

 

loading...


Berdasarkan semakan, Instagram Illi di private dan Facebooknya gagal dikesan. Twitter pula tak ada kemaskini baharu.

Kenyataan yang dikatakan mewakili Illi tidak dapat dikesan di mana-mana sumber sahih dan jelas setakat ini tetapi ianya telah bertebaran terutamanya di platform Facebook dan WhatsApp.

Oleh kerana hal ini masih lagi dalam siasatan JAIJ dan JAKIM, adalah lebih baik jika netizens dapat memastikan sumber sahih sebelum mempercayai apa-apa yang tular di laman sosial. – 23 Disember 2020.

Isu Illi Najwa di Punjab

PADA pendapat Awang, umat Islam negara ini bukanlah nak jadi pak sibuk dalam soal perkahwinan antara Illi Najwa Saddique dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar.

Wanita yang dikatakan anak saudara seorang Menteri Kabinet nak kahwin dengan siapapun, itu soal dia.

Umat Islam negara ini terkejut dengan video acara perkahwinan mereka di Punjab. Sama ada itu sebahagian daripada acara agama atau adat, Awang tak pasti.

Banyaklah soalan yang timbul ekoran video itu. Ada yang kata Manpreet dah masuk Islam. Ada pula berita yang mengatakan dia kekal dengan agamanya. Illi sendiri dah jelaskan dia dan Manpreet dah nikah pada 16 Disember secara tertutup. Katanya surat nikah akan keluar tak lama lagi. Dia juga minta maaf pada ‘Untie Limah’ ekoran kontr0versi itu.

Awang setuju sangat dengan baginda Sultan Johor yang bertitah, jangan tergesa-gesa hu-kum Illi Najwa. Semua pihak jangan cepat-cepat buat rumusan yang tak matang.

Titah baginda lagi, isu ini haruslah ditangani dengan penuh bijaksana. Baginda penuh yakin bahawa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti negeri Johor akan bantu Illi Najwa untuk kekalkan aqidahnya dalam lingkungan syariat Islam.

Baginda juga nasihatkan Illi Najwa agar tidak mel4nggar norma-norma yang ditetapkan oleh Islam.

Bagus sangat baginda Tuanku ambil tahu dan beri nasihat. Ini melibatkan nama baik Islam dan Negeri Johor.

 

Sumber: trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post