Pemain JDT Syafiq Ahmad Kemalangan, Anak Umur 22 Hari Maut & Isteri Kritikal
loading...

Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di sini awal pagi tadi.

Pemain JDT Syafiq Ahmad Kemalangan, Anak Umur 22 Hari Maut & Isteri Kritikal

 


Bayi 22 hari antara yang terkorban Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

ARTIKEL MENARIK:Reaksi wajah pemuda ini berubah bila terdengar ‘sesuatu’ ketika sedang hantar barang di rumah pelanggan


Memetik laporan Utusan Malaysia, ibu mertua serta bayi (anak ke-2) pemain itu berusia 22 hari meninggal dunia di tempat kejadian.


Isteri penyerang JDT ini cedera parah

Ketika kejadian itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.


3 mangsa terselamat dan tiga lagi tersepit

Sebaik sahaja tiba, katanya, sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati remuk teruk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.



loading...


“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu”.


Kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit mengeluarkan peralatan khas

“Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya kepads pemberita di sini.

Ujar beliau, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi.

Menerusi satu perkongsian video di laman Facebook Kosmo Online memperlihat keadaan kemalangan.

3 mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi.



Kredit - YOY Network.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post