Staff pasaraya yang sedang hamil 5 bulan ‘ditampar’ oleh seorang pemandu lori. Staff tampil jelaskan apa yang terjadi
loading...

Hanya kerana tidak sengaja tercampak barangan terkeluar daripada plastik, seorang lelaki naik angin dengan men4mpar seorang juruwang wanita yang hamil lima bulan dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini baru-baru ini.

Staff pasaraya yang sedang hamil 5 bulan ‘ditampar’ oleh seorang pemandu lori. Staff tampil jelaskan apa yang terjadi

 


Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam pada Ahad lalu ketika Nor Ain Shafinaz Nor Azman, 24, sedang memasukkan barangan yang dibeli salah seorang pelanggan wanita di situ.

ARTIKEL MENARIK:“Trylah buat original, tak guna IVF..” – komen biad4p individu tentang kehamilan Tokti minta dik3cam


Menurutnya, kekhilafan itu membuat pelanggan itu mema.rahinya sebelum memaklumkan kepada suaminya yang berada di luar.

Katanya, insi.den berlaku ketika pasar raya itu dalam proses menutup operasi hariannya dan terdapat beberapa pelanggan sedang beratur menunggu bagi melakukan transaksi pembelian.

PEKERJA PASARAYA CERITAKAN APA YANG TERJADI

“Selang beberapa minit, suami wanita itu meluru arah saya sambil berleter dan meminta berhenti sekiranya tidak ikhlas atau berminat untuk terus bekerja.

“Tidak cukup itu, lelaki itu kemudian secara tiba-tiba menam.par pipi kiri saya dan insiden itu disaksikan pelanggan lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Kata Nor Ain Shafinaz, dia yang trau.ma dengan insiden itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja kira-kira pukul 11.30 malam.

“Laporan dibuat kerana bimbang dengan keselamatan diri jika lelaki itu mengulangi perbuatan sama terhadap saya,” ujarnya.



loading...


PEMANDU LORI TERSEBUT DIBEBASKAN POLIS


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh dalam kenyataan hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut dan suspek lelaki berusia 38 tahun itu berjaya ditang.kap pukul 8.30 malam tadi di rumahnya di sekitar daerah ini.

“Sus.pek bekerja sebagai pemandu lori ais batu dan semakan mendapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan jena.yah dan da..dah.

“Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan po.lis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Kesek.saan,” jelasnya.

Terdahulu, insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit 35 saat di laman sosial Facebook.

 

Sumber: Kosmo Online

 

Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post