Seisi media sosial sejak weekend lalu seperti yang kita tahu, tak habis-habis bercakap mengenai hubungan cinta selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa dan PU Riz yang katanya sedang bermasalah.
Tersebar beberapa kisah yang mendakwa Neelofa serta tunangnya PU Riz kini sudah berkahwin di Kelantan, terkena minyak pengasih dan sebagainya, namun semua isu tersebut telah dinafikan oleh Neelofa sendiri melalui kenyataan rasminya semalam di Instagram.
ARTIKEL MENARIK:Bukan Lagi Muslim, 4 Slebriti Ini Sambut Hari Natal Setelah Tukar Ag4ma
“Saya sangat menghargai kalau kita semua tidak membuat sebarang spekulasi lagi…”
Melihatkan kisahnya masih menjadi perbualan ramai di media sosial, Neelofa menerusi Twitter rasminya sempat ber’tweet’ menasihatkan supaya netizen jangan berspekulasi lagi mengenai hubungannya dengan PU Riz dan berharap tiada lagi yang menyalahkan mana-mana pihak.
Dia juga bersyukur, ramai di kalangan netizen mendoakan yang terbaik buatnya dalam melalui dugaan dan ujian tersebut.
Alhamdulillah I appreciate those who have reached out to me and please keep my in your prayers. I’ve said what needed to be said on my IGTV.
— Neelofa (@Neelofa) December 27, 2020
I would highly appreciate if we could put an end to any speculation, stop blaming any parties and let the matter rest. Let’s move on and move forward.
— Neelofa (@Neelofa) December 27, 2020
Saya sangat menghargai kalau kita semua tidak membuat sebarang spekulasi lagi, hentikan menyalahi mana-mana pihak dan biarkan isu ini berlalu. Mari kita move on dan jalan terus ke hadapan,” tulis Neelofa.
“I think you have a toxic family who starts everything”
Walau bagaimanapun, tweet tersebut telah mendapat pelbagai respon netizen yang mana ada di antaranya mula menyalahkan keluarga Neelofa sendiri yang memulakan semua ini pada awalnya.
Malah ada juga yang berpendapat, kalau bukan kerana adik beradik pengacara tersebut yang mula beri ‘hint’ di instastories mereka, mungkin ramai yang masih tidak tahu akan isu berkenaan.
“Take time love, semua manusia akan ada dugaan bertunang masing2”
Namun mujurlah masih ada yang memberi kata-kata semangat buat Neelofa dan berharap usahawan tudung Naelofar ini terus bersemangat dalam menjalani kehidupannya seperti biasa.
Admin rasa yang terbaik buat masa ni, kita doakanlah semoga Neelofa tabah hadapi dugaan yang dilaluinya ini. Aamiin.
Sumber : Lobak Merah via Slamber Media
Post a Comment