Apa agaknya akan terjadi di atas pelamin sekiranya pengapit yang dipilih oleh pasangan pengantin itu ialah seorang pelawak?
Pelawak dan pelakon hebat, Zizan Razak memuat naik fotonya dan Nabil Ahmad bersama pasangan drh manis iaitu Noor Neelofa dan PU Riz.
ARTIKEL MENARIK:Neelofa dah setuju nak jadikan Zizan dan Nabil sebagai pengapit. Tapi tarikh nikah Neelofa pulak yang jadi pertanyaan ramai. Sekali ini yang Zizan bongkarkan.
Menurut Zizan, dia dan Nabil bakal menjadi ‘pengapit’ pasangan itu di atas pelamin tidak lama lagi dan perkara itu sama sekali telah mengejutkan warganet. Apa yang menjadi kerisauan mereka ialah sekiranya pelamin Neelofa dan PU Riz akan runtuh disebabkan Zizan dan Nabil yang gemar membuat lawak spontan.
Namun perkara itu belum disahkan oleh Neelofa atau PU Riz lagi, mungkin Zizan dan Nabil akan menjadi pengacara majlis mereka nanti dan bukannya hadir sebagai pengapit. Dalam masa yang sama, Zizan turut memberi hint bahawa dia sudah mengetahui tarikh perkahwinan pasangan itu tetapi masih dirahsiakan buat masa ini.
Pengacara Shalma Ainaa juga sempat tinggalkan hint di ruangan komen, ada kemungkinan Shalma sudah mengetahui tarikh itu kerana sebelum ini beliau ada berjumpa dengan Neelofa sendiri. Apa pun kita doakan semoga urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan, mana tahu nanti jadi Wedding Of The Year kan?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HOT.FM
Masih Belum Bertudung. Akhirnya Athisha Khan Tampil Bersura Bongkarkan Sikap Neelofa Yang Ramai Tak Tahu. Rupanya Dalam Diam Ini Perangai Sebenar Dia.
Sebut sahaja nama Neelofa, pasti ramai mengenali pelakon dan pengacara popular itu. Bukan sahaja Neelofa malah adik beradiknya juga turut dikenali ramai. Antara adik beradik Neelofa yang popular adalah Noor Nabila, Ameera Khan dan Atisha Khan. Namun antara ketiga mereka, Atisha antara yang terkenal menerusi saluran YouTube.
Meskipun dikenali sebagai adik kepada selebriti terkenal, Namun Atisha berkata dia tidak menjadikan kakaknya sebagai batu loncatan untuk membina nama. Ujarnya, tiada guna berpaut pada populariti kakak semata-mata, tetapi diri sendiri tidak berusaha menghasilkan sesuatu yang berbaloi.
“Tak sangka percubaan pertama menjadi sehingga ahli keluarga menyarankan membuka saluran YouTube sendiri, tetapi Sha pula enggan terburu-buru. “Sha ambil inisiatif menggali ilmu suntingan dan teknik angle rakaman video serta mencuba bermacam-macam aplikasi terlebih dahulu,” katanya.
Gadis berusia 22 tahun yang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) itu sering menghasilkan video berkisarkan kehidupan, pengalaman melanjutkan pelajaran, persahabatan, keluarga, budaya dan tutorial solekan.
Ditanya soalan adakah dia terbeban memiliki kakak bernama Neelofa yang mempunyai pengaruh yang besar, Atisha berkata dia amat mengagumi kakaknya yang mesra disapa Kak Lofa itu. “Sha amat mengagumi Kak Lofa (Neelofa). Beliau bukan sahaja bijak dalam akademi dan penampilan, bahkan bijak berbisnes dan menyusun perjalanan karier dengan baik. Pelbagai ujian dan cabaran yang datang, Kak Lofa hadapi semua itu dengan sabar dan tabah.
“Kak Lofa sedikitpun tidak melatah, apatah lagi perlu melayan warga maya yang melemparkan kata-kata sinis. Ketenangan Kak Lofa mengendalikan apa jua situasi cukup luar biasa,” katanya. Dalam pada itu, Atisha mendedahkan Neelofa tetap sama meskipun dia kini sudah berniqab. Malah, tidak pernah memerli mereka adik-beradik walupun belum berhijab.
“Walaupun kini memakai niqab, personaliti Kak Lofa tetap sama. Beliau tidak pernah memerli apa lagi memaksa kami adik-beradik untuk turut sama memakai hijab sepertinya,“ luah Athisha. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
SUMBER: SinarPlus via gulapop
Baru Kecoh Tentang Aplikasi Terkenal Yang Jual Data. Kali Ni Neelofa Pula Dedahkan Aplikasi The Noor. Tergamam Ini Yang Warganet Harapkan Dari Neelofa.
Baru-baru ini kecoh tentang aplikasi terkenal antarabangsa Muslim Pro dilaporkan menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat. Aplikasi tersebut selalu digunakan dengan tujuan peringatan waktu solat berserta dengan penunjuk arah kiblat dari Makkah.
Selain itu, aplikasi tersebut juga menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna. Namun disebabkan ramai yang takut dengan benda tersebut, ramai telah mengambil tindakan untuk memadam atau uninstall aplikasi itu walaupun dengan perasaan berat hati. Bagaimanapun, Neelofa pada 17 November lalu telah memuat naik satu berita baik menerusi laman Instagram miliknya:-
Pelakon dan pengacara tersebut memaklumkan beliau bakal melancarkan satu aplikasi tidak lama lagi yang diberi nama TheNoor.App. Namun, fungsi serta kegunaannya belum lagi diberitahu secara lanjut. Menerusi ruangan komen, rata-rata mengharapkan aplikasi tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya sama seperti Muslim Pro, malah lebih baik dari segi isi kandungan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber daripada: Instagram Neelofa & TheNoor.App
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Bukan Pakai Niqab Sebab Nak Jual. Akhirnya Neelofa Tampil Bersuara Dedahkan Tujuan Sebenar Dia Berniqab. Rupa Rupanya Ini Sebabnya Buat Warganet Terkedu.
KUALA LUMPUR: Pengacara, Neelofa, 31, tidak menjual niqab menerusi jenama tudungnya, Naelofar. Neelofa yang berniqab sejak 15 Oktober lalu itu berkata, ia bagi mengelakkan salah faham di kalangan orang ramai yang menganggapnya memakai niqab atas tujuan mempromosikan perniagaan tudung.
“Niqab yang saya pakai, hanya dibuat untuk saya, bukan untuk dijual. Saya tak mahu ada salah faham dan cerita kurang enak sebab saya berniqab,” katanya yang berkongsi isu berniqab apabila ditanya pengacara, Sara Rancak menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli belah, Shopee, semalam.
Tidak hanya itu, pengacara Next To Neelofa itu turut menafikan pengeluaran perisa mangga yang menggunakan tanda palang #semaniscintapertama itu mempunyai kaitan dengan hubungannya bersama bekas Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, 25, yang dikatakan merisik Neelofa pada 1 November lalu.
Neelofa tak akan jual niqab, elak salah faham atas tujuan promosi. “Perancangan ini adalah aturan Allah SWT, bukan saya. Secara kebetulan, ada satu majlis yang berlaku pada masa produk ini dilancarkan. Ia datangnya daripada pihak yang lain, bukan saya. Tetapi, fakta menarik, Haris lagi suka susu pisang daripada mangga,” katanya.
Menjawab pertanyaan dua perkara yang ditukar mengenai dirinya, Neelofa berkata, dia mahu memperbaiki kisah lampaunya. “Pastinya saya mahu menukar masa lampau. Saya mahu ‘single’ sepanjang tempoh remaja dan terus berkahwin. Dan satu lagi keinginan saya belajar bahasa Arab,” katanya
Pesanan pertama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Neelofa; “Dunia ini hanya pinjaman Allah SWT kepada kita. Apa yang kamu ada sekarang, apa yang kamu makan, apa yang kamu pakai sekarang, rumah dan kereta kamu hanyalah pinjaman daripada Allah. Semua orang apabila melalui hari-hari seharian tidak sedar bahawa segala apa kepunyaan kita adalah kepunyaan Allah. Jadi disebabkan lalai tentang ingatan itu banyak benda-benda yang tidak baik kita lakukan.”
Neelofa Berniqab Jadi Bualan Ramai. Kali Ni Terbongkar Pulak Kisah Awal Penghijrahan Neelofa. Rupa Rupanya Sebelum Berhijrah Dia Pernah Mimpi Individu Ini.
Umum mengetahui pengacara jelita Neelofa kini tampil dengan imej berniqab, beberapa minggu sebelum berita sensasi beliau dirisik oleh pelakon dan pendakwah, PU Riz. Namun kisah beberapa tahun sebelum itu juga tidak kurang menarik untuk dikongsikan ketika awal penghijrahan Neelofa yang mula berhijab pada tahun 2014.
Apa yang menjadi tumpuan, Neelofa berpeluang bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama selepas beliau mula mengenakan hijab. Neelofa berkongsi pengalaman menziarahi Tok Guru Nik Aziz dalam satu temubual anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada 12 September 2014.
Mimpi jumpa Tok Guru Nik Aziz
Menurut Neelofa, dia telah bermimpi bertemu Tok Guru semasa 27 Ramadhan. Di dalam mimpi itu, Neelofa berada di dalam sebuah masjid berpermaidani warna hijau. Neelofa duduk bersila bertentangan dengan Tok Guru Nik Aziz dan bercakap dengannya.
Tetapi apa yang dicakapkan itu, Neelofa tidak tahu. Lalu, dia terus tersedar dalam keadaan hati berdebar dan terus menghubungi orang yang boleh menemukannya dengan Tok Guru. Pada hari raya, Neelofa mendapat kesempatan bertemu dengan Tok Guru.
” Dia kata Tok Guru tengah skit sangat tak boleh jumpa. Tapi akhirnya rezeki pada hari raya ke empat macam tu dia call suruh datang rumah Tok Guru jam 3 petang. ” Masa pergi itu, memang Tok Guru sangat lemah ketika itu. Tapi walaupun tengah lemah, dia masih lantang bersuara dan apa yang diperkatakannya itu jelas dan terang.
Ini pesanan Tok Guru kepada Neelofa
” Dan dia cakap pada saya, dunia ini hanya pinjaman Allah SWT pada kita, apa yang kamu ada sekarang, apa yang kamu miliki, kamu makan, kamu pakai, rumah kamu hanyalah pinjaman daripada Allah ” Tok Guru juga berkata, semua bila menjalani hidup seharian tidak sedar bahawa apa yang kita miliki adalah kepunyaan Allah SWT. Jadi disebabkan lalai tentang ingatan itu, banyak benda-benda yang tidak baik kita lakukan.
” Itu antara yang saya boleh rumuskan, banyak lagi yang Tok Guru ceritakan sebenarnya tapi itu yang pertama keluar dari mulut Tok Guru.” akhiri Neelofa. Sementara itu, gambar pertemuan Neelofa dan Tok Guru itu telah dimuat naik oleh Neelofa di laman sosial Instagram miliknya.
” Lets put politics aside…I felt so lucky to have opportunity to meet him in person yesterday at his house. Love listening to what he had to say and he also gave me valuable advices regarding istiqamah.” tulis Neelofa. Neelofa ketika itu berharap pertemuannya dengan bekas Menteri Besar Kelantan ketika itu tidak dipolitikkan.
Apa salahnya kalau kunjung mengunjung sempena Syawal yang mulia. Apatah lagi dapat berbual dengan tokoh yang memiliki ilmu agama yang tinggi. Alhamdulillah, mungkin juga ingatan dari Tok Guru enam tahun lalu masih diingati oleh Neelofa sehingga sekarang dan hatinya telah terbuka untuk berniqab.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://www.asiakini.com/
Kecoh Pasal Neelofa Dirisik Oleh Pu Riz Tiba Tiba Terbongkar Jumlah Kekayaan Neelofa Pulak. Jumlahnya Memang Buat Orang Ramai Terbeliak Biji Mata.
Nama Neelofa sememangnya tidak asing lagi di Malaysia, terutama dalam industri hiburan, yang dikenali sebagai salah satu selebriti paling berjaya walaupun menghadapi pelbagai kontroversi. Beliau adalah selebriti tempatan yang sangat terkenal dengan kerja pengacaraannya, model dan lakonannya.
Neelofa juga pernah memegang trofi Bintang Paling Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-29 yang menunjukkan namanya dikenali oleh semua lapisan masyarakat. Selebriti berusia 31 tahun itu telah menempa nama untuk dirinya sebagai pengacara dan telah mengambil langkah untuk menjadi seorang ahli perniagaan.
Terkini, beliau mengenakan hijab menandakan penghijrahan terbaru yang berlaku dalam diri beliau. Kalau nak tahu, nama penuh beliau adalah Noor Neelofa binti Mohd Noor dan dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Wanita cantik jelita ini adalah merupakan anak ke-3 daripada 9 adik-beradik.
Kejayaan Perniagaan Neelofa
Neelofa mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita dengan ibunya. Beliau juga memiliki jenama produknya yang tersendiri. Di antaranya adalah Lofalens (contact lens), Beautea Slim dan Naelofar Hijab.
Faktor kejayaan Neelofa dalam perniagaan adalah beliau sentiasa mengambil peluang di pasaran pada waktu yang tepat. Ditambah pula dengan strategi pemasarannya di media sosial, Neelofa mempunyai 8 juta pengikut di Instagram, menjadikan sasaran perniagaannya lebih mudah dicapai.
Seorang Multi-Millionaire
Menurut laporan Celebs Trending, nilai aset Neelofa berjumlah USD67 juta berdasarkan penilaian kepada pendapatan, aset dan hartanah beliau. Kejayaan beliau seharusnya menjadi inspirasi bagi kita untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang kita inginkan.
Walaupun sering dihimpit dengan kontroversi yang menjadi kebiasaan dalam industri hiburan, Neelofa tidak mempedulikan itu semua dan terus mencari peluang untuk meraih kejayaan demi kejayaan. Berfikiran yang kreatif dan pandai merebut peluang, menjadikan Neelofa seorang wanita yang patut dijadikan seorang idola untuk kita semua!
Dengarnya beliau bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi, semoga dipermudahkan semua urusan. Jom kita lihat biodata Neelofa. Nama Neelofa sudah tidak asing lagi di Malaysia terutamanya dalam industri hiburan, terkenal sebagai antara selebriti paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi.
Beliau merupakan selebriti tempatan yang sangat terkenal dengan kerja-kerja pengacaraan, peragaan dan lakonan. Pernah menggenggam trofi Bintang Paling Popular bagi edisi Anugerah Bintang Popular Berita Harian anjuran ke-29, menunjukkan nama beliau yang dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.
Pada tahun 2020, selebriti berusia 31 tahun ini sudah menempa nama sebagai pengacara dan sudah mengorak langkah menjadi ahli perniagaan. Artikel ini akan menghuraikan latar belakang Neelofa yang sangat sesuai dijadikan sebagai inspirasi ikon selebriti perniagaan. Jom baca!
Pengenalan/Latar Belakang
Pemilik nama penuh Noor Neelofa binti Mohd Noor ini dilahirkan pada 10 Februari 1989, 31 tahun lepas di Pasir Mas, Kelantan. Turut mesra disapa dengan panggilan Lofa, beliau merupakan anak ke-3 daripada 9 adik beradik.
Beliau memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR dan kemudian sambung belajar di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan mengekalkan momentum keputusan cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan besar iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM. Kini, beliau merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway.
Kerjaya Seni
Kerjaya Seni Lofa bermula apabila beliau memenangi pertandingan Dewi Remaja (satu batch dengan Anzalna, Azar Azmi, Izara Aishah) pada tahun 2010. Dari situ, banyak tawaran lakonan, peragaan, duta, jurucakap produk dan pengacaraan diterima. Pada tahun 2014, Neelofa mula mengenakan penampilan bertudung dan mengehadkan aktiviti seni kepada fokus bidang pengacaraan (rancangan Meletop di Astro).
Perniagaan Awal
Neelofa mula menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Antara perniagaan lain yang diceburinya ialah Contact lens Lofalens, Produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim, Jenama pakaian Muslimah, Naelofar Hijab.
BellaVita Healthcare
Pada Mei 2012, Neelofa menerusi syarikat miliknya, BellaVita Healthcare International Sdn Bhd telah menghasilkan suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengabungkan unsur-unsur dari dunia moden dan tradisional. Pengambilan makanan seimbang serta buah-buahan dan sayuran setiap hari akan memberikan kesan yang sangat positif kepada kesihatan dan kecantikan, menerusi pembuatan produk suplemen ini.
Perniagaan Tudung Naelofar
Antara faktor kejayaan Neelofa dalam penjualan tudung Naelofar ialah berada di pasaran pada masa yang betul. Laporan Reuters menganggarkan bahawa pengguna Muslim di peringkat global membelanjakan hampir $266 bilion untuk pakaian dan penampilan pada tahun 2013 dan terus meningkat sebanyak 14% pada tahun 2019.
Dengan adanya permintaan, tentulah bekalan akan mendapat sambutan. Ditambah dengan strategi pemasaran media sosial; Neelofa mempunyai 6.8 juta pengikut di Instagram, menjadikan sasaran perniagaannya lebih mudah dicapai. Sehingga kini, tudung Naelofar telah terjual di 38 negara termasuklah di kawasan elit di daerah Chelsea, London.
Pencapaian Cemerlang
Pada April 2017, Neelofa telah terpilih sebagai salah seorang daripada 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes. Ini merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih baru.
Beliau juga merupakan antara 10 individu utama yang tampil dalam versi majalah tersebut bersama-sama nama mogul perniagaan yang lain seperti Vivy Yusof, Sasha Tan, Edmund Ooi, Victor Chua dan lain-lain lagi. Selain itu, Neelofa terpilih untuk mewakili Malaysia bagi Program Delegasi Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) (UNDP) dan dijemput untuk menjadi panel penceramah di Forum Belia Misk-UNDP 2017, yang diadakan di New York, US.
Beliau diumumkan sebagai wanita berhijab pertama yang menghiasi papan iklan jenama aksesori perhiasan popular, Swarovski di Malaysia pada 14 Mei 2019. Neelofa turut menerima pencalonan dalam kategori usahawan pada anugerah
berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 di Monaco yang dianggap sebagai platform terbaik untuk mengukuhkan empayarnya. Beliau turut diberi penghormatan sebagai tetamu penting dalam majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan yang diadakan di Milan pada 21 September.
Lantikan sebagai Pengarah Air Asia
Pada 08 Disember 2017, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia telah melantik Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya yang baru. Tony Fernandes selaku ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia menyifatkan Neelofa sebagai “seorang yang cerdik dan berdikari” yang merupakan calon yang ideal bagi jawatan tersebut.
Duta Kad Muslimah bank Rakyat
Pada November 2016, Neelofa telah dilantik oleh Bank Rakyat sebagai duta Kad Muslimah. Neelofa merupakan antara 10 individu telah dilantik sebagai kumpulan kedua duta besar bagi Transformasi Nasional 2050 (TN50),
termasuklah wakil presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup, pemuzik Gabriel Fairuz Louis, pakar Fatwa Datuk Izhar Afiff, pegawai eksekutif ABIM Jufitri Joha, pengasas JuaraGym Ben Uzair, artis seni rupa Anniketyni Madian, usahawan Juliana Lim dan Esther Michael, dan aktivis marin Nadhirah Mohd Rifai.
Jurucakap Produk
Neelofa mencipta sejarah apabila beliau telah dipilih sebagai duta jenama kosmetik mewah antarabangsa Lancôme, sekaligus menjadikan beliau sebagai wanita muslimah pertama yang dilantik sebagai duta bagi jenama antarabangsa tersebut.
Beliau bersama penyanyi Taiwan Hebe Tian dilantik sebagai wajah baharu telefon pintar OPPO F7. Pada 16 April, Neelofa bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuklah Hans Isaac, Scha, Awal, Maya Karin, Nora Danish, Joe Flizzow, dan Kavita Sidhu telah bersama-sama menjayakan kempen menentang siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.
Nilai Kekayaan
Menurut laporan Celebstrending, nilai pemilikan aset Neelofa dijangkakan berjumlah $67 juta, berdasarkan penilaian pendapatan, aset kereta, hartanah, gaya hidup dan lain-lain.
Kesimpulan
Kejayaan Neelofa boleh dijadikan inspirasi untuk kita terus memajukan diri. Biarpun sering dihimpit kontroversi yang merupakan resam industri hiburan, Neelofa tidak ambil pusing dan terus mencari peluang untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Pemikiran yang kreatif dan pandai merebut peluang, menjadikan Neelofa selesa menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai jurucakap produk beliau.
Sumber : http://transformasi.pw/
Lepas Je Tular Tentang Neelofa Dan Pu Riz Ramai Yang Ucapkan Tahniah Bila Neelofa Muat Naik Gambar Terbaru. Tapi Bila Zizan Masuk Komen Macam Ni Pulak Warganet Balas.
Kuala Lumpur: Akaun rasmi Instagram pelakon dan pengacara popular Neelofa terus dihujani ucapan tahniah oleh ramai selebriti tempatan susulan berita dirinya sudah dirisik pelakon dan pendakwah, PU Riz, semalam.
Neelofa yang memuat naik foto terbaharu bersama ibu tercintanya, Datin Noor Kartini menerima lebih 500,000 tanda suka dan hampir 12,000 komen daripada peminat serta selebriti. Antara selebriti popular yang tinggalkan komen pada foto terbaharu yang dimuat naik Neelofa adalah Siti Elizad, Mawar Rashid, Zizan Razak, Mira Filzah, Siti Sarah, Mila Jirin, Nora Danish, Sari Yanti dan Fara Fauzana.
Tidak hanya itu, Azira De Fam, Nabila Razali, Diana Amir, Hannah Delisha, Datin Seri Umie Aida, Kilafairy, Ramona Zam Zam, serta Yatt Hamzah turut tinggalkan komen pada foto terbabit. Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata selebriti menzahirkan rasa syukur dan tahniah terhadap ahli perniagaan itu.
“Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya,” tulis Zizan. “Alhamdulillah. Tahniah Lofa. Tak sabar menanti hari bahagia anda,” tulis Ramona. “Alhamdulillah. Tahniah kak Lofa,” tulis Hannah. “Akhirnya, saya cinta awak mek,” tulis kilafairy. “MashaAllah. Tahniah daripada saya dan keluarga. Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga ikatan perkahwinan kalian mendapat restu dan kebahagiaan,” tulis Yatt Hamzah.
Menerusi pemerhatian, ramai selebriti mengucapkan salam tahniah pada neelofa dan status pada komen tersebut terima tanda sukaan terhadap apa yang mereka komen. Berbeza dengan komen dari zizan razak, komen beliau telah menerima lebih 2000 sukaan serta 41 komen diberi oleh warganet kepada beliau dan rata rata komen sekadar bergurau pada beliau serta mendoakan zizan agar dipertemukan jodoh.
Semalam,turut melaporkan Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu. Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.
Sumber : HMetro/OM
Dijangka Disatukan Sebagai Suami Isteri Pada Penghujung Mac 2021. Terkini Neelofa Sah Dirisik Oleh PU Riz
Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.
Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.Astro AWANI sedang berusaha menghubungi pengurusan Neelofa dan PU Riz bagi mendapatkan maklum balas mereka.
Ramai Yang Beri Respon Positif Akan Penampilan Terbaru Neelofa. Baru Baru Ini Seorang Pelawak Tempatan Dikritik Teruk Oleh Warganet Lepas Dia Muatnaik Gambar Neelofa Yang Satu Ini
Seperti yang kita tahu, rata-rata memberi respon yang positif dan sambut baik penghirahan dari Neelofa. Namun baru-baru ini, seorang pelawak tempatan, bernama Kc Nazari, dilihat seperti tak hormati perubahan yang dibuat Neelofa.Mana tak nya, Kc Nazari telah upload sekeping foto menunjukkan Neelofa di zaman awal kemunculannya yang tak menutup aurat.
Caption yang ditulis ialah how it’s started merujuk gambar lama Neelofa itu dan how it’s going, merujuk gambar terkini Neelofa yang sudah pun memakai niqab.Ramai tampil meminta Kc Nazari untuk delete gambar berkenaan, dan memohon maaf kepada pelakon dan pengacara berkenaan.
Sudah lebih seminggu di muatnaik, tiada respon balas dari Kc Nazri dan gambar itu masih lagi ada di tayangkan . Warganet berpakat beramai-ramai agar semua orang untuk report sahaja akaun milik Kc Nazari itu. Malah ada yang menyarankan agar Neelofa saman sahaja pelawak berkenaan.Kemudian, ada juga warganet yang cuba mengkaji mentality Kc Nazari ini, dan mendapati bahawa pelawak ini memang pernah buat lawak yang tak sensitive.
Antaranya ialah lawak berkaitan kapal terbang MH370 sebelum ini, yang mana katanya, dia sedih tentang kisah MH370 itu, tetapi bukan sebab hilang, tetapi sebab kekasihnya tak naik kapal terbang berkenaan.Untuk info Kc Nazari pernah menyertai rancangan reality Lawak Solo terbitan Astro sebelum ini. Lawak Solo dimenangi oleh Danial, tempat kedua Mad Sabah dan tempat ketiga Fikry Ibrahim.Kredit: Budiey.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Lepas Jadi Buah Mulut Ramai Akhirnya Neelofa Tampil Buka Mulut Bongkarkan Punca Dia Berpurdah. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.
KUALA LUMPUR: Selebriti dan pengacara popular, Neelofa, 31, mengakui lebih gembira selepas membuat keputusan untuk memakai niqab. Neelofa yang mengesahkan dirinya berniqab pada 15 Oktober lalu itu berkata, dia selesa berhadapan dengan orang ramai dengan imej terbaharunya itu.
“Di Malaysia, hanya minoriti yang memakai niqab, jadi untuk berada di kalangan yang tidak memakai adalah cabaran yang besar. Tetapi, Alhamdulillah, saya sukakannya. Saya lebih gembira apabila bangun pagi dan memakainya.
“Saya masih ingat pada hari kedua saya memakai niqab, saya pergi ke kelas dan ustazah bertanya apa yang dirasa? Saya rasa lebih ‘free’ sekarang. “Orang berpendapat memakai niqab seperti dipenjarakan sebab perlu menutup semuanya, tetapi sebaliknya saya rasa lebih ‘free’ untuk buat banyak benda, berhadapan dengan orang awam bukan muhrim dan mengadakan sesi live dalam laman sosial. Saya rasa kurang bersalah,” katanya.
Neelofa berkongsi luahannya apabila ditanya pengacara, Uyaina Arshad dalam siaran langsung menerusi laman Instagram (IG) Naelofar yang turut mempromosikan rekaan terbaru tudungnya, sekitar jam 4 petang tadi.Sebelum itu, Neelofa turut menerangkan mengapa tidak berkongsi keputusannya untuk berniqab. “Saya tak bersedia berkongsi kerana saya tak mahu orang ramai salah tafsir atau fikir bukan-bukan. Ia adalah keputusan peribadi yang saya buat. Tiada siapa tahu, hanya diri saya sahaja.
“Apa yang membawa kepada keputusan tekad ini selepas memperoleh ilmu dicari dan pemahaman diperoleh daripada semua kelas yang saya sertai. “Saya sudah faham dan tahu, tetapi patutkah saya tidak menghiraukan perkara ini atau amalkan? Jadi, saya ikhlas untuk mengamalkannya. Alhamdulillah, pakai niqab lebih mudah untuk dibiasakan,” katanya.
Pengacara Next To Neelofa itu berkata, pemakaian niqab ekoran izin Allah. Tanpa izin-Nya, mungkin dirinya tidak cukup kuat untuk membuat keputusan berkenaan. “Ia bukanlah daripada saya, tetapi ia dengan izin Allah. Ia juga bukan daripada kudrat atau kuasa saya. Tanpa izin Allah saya takkan pakai. Allah boleh tarik balik semua ini pada bila-bila masa sahaja
“Disebabkan itu, saya berdoa agar niat saya lurus dan terang. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bersyukur, saya ada pilihan untuk memakai atau sebaliknya di Malaysia. Ini kerana sesetengah negara tidak membenarkan wanita memakai niqab,” katanya.
Neelofa mengakui, pemakaian niqab secara perlahan-lahan membentuk dirinya menjadi lebih baik. “Dalam situasi saya, perlu saya pakai bagi mengelakkan tabarruj, fitnah dan beberapa perkara lagi. Saya berharap ia boleh membentuk percakapan, akhlak dan cara saya melihat sesuatu.
“Tak bermakna saya memakai niqab kerana sudah cukup bagus, tetapi apabila saya pakai secara perlahan-lahan membuatkan saya menjadi insan lebih baik,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Berita Harian
Sorokkan Status Hubungan Dengan Pu Riz. Sekali Tiba Tiba Individu Ini Bongkarkan Kisah Cinta Antara Neelofa Dan Pu Riz. Akhirnya Terjawab Segala Teka Teka Tentang Perhubungan Mereka.
Sebelum ini, tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas, iaitu Haris Ismail atau PU Riz. Ini kerana banyak ‘hint-hint‘ kecil yang diberikan oleh kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka.
Bagaimanapun, Neelofa sekeras-kerasnya menafikan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas itu. “Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab Neelofa.Sebagai seorang selebriti yang terkenal dan menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, sudah tentu peminat dan warganet tertanya-tanya mengenai perhubungan mereka berdua meskipun Neelofa menafikan perkara itu.
Tidak berdiam diri, salah seorang pengguna di laman sosial Twitter @NamiwaAbameed turut memberikan ‘kronologi’ bahawa dia yakin pengacara dan pendakwah bebas itu menjalinkan hubungan cinta.Itu ciapan yang dimuat naik oleh @NamiwaAbameed. Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini juga turut mendedahkan ‘bukti-bukti’ yang mengukuhkan kenyataanya itu. Bermula dengan video ni, dari gerak tubuh neelofa, nampak yang dia ada something dengan PU tapi try untuk cover.
Bukan itu sahaja, Neelofa dilihat baru sahaja memuat naik gambar di Instagramnya, bersama kelibat seorang jejaka disebelahnya yang memakai baju sedondon putih coklat bersama. Adakah itu PU Riz aka kekasih hati Neelofa? Jeng jeng jeng….
Demikian ‘kronologi’ kisah percintaan Neelofa yang tidak pasti kesahihanya, tapi yang pasti, mereka berdua dilihat sangat sepadan! Ibarat kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’. Mari lah sama-sama kita nantikan berita gembira yang mungkin akan diumumkan Neelofa tidak lama lagi.
Memetik temubual bersama Berita Harian terdahulu, Neelofa berkata, dia tidak akan menyembunyikan jika sudah menjumpai pilihan hatinya, sekali gus pasti akan berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @apam pink mediaSumber : Hot.FM
Baru Je Berniqab Tiba Tiba Ada Yang Kata Neelofa Cukur Kening. Akhirnya Neelofa Tampil Bersuara Lantang Kongsikan Sesuatu Buat Warganet Tergamam.
Itulah sepotong hadis yang dikongsi oleh pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa setelah ditanya orang ramai. Menurutnya, selepas beliau berhijrah, ramai yang tanya sama ada dia mencukur bulu kening atau tidak. Neelofa dengan tenang menjawab:- “Saya dah lama tak cukur kening, dan biarkan dia begitu sahaja,”
Kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Instagram Story miliknya telah menarik perhatian admin untuk turut bersama berkongsi perkara baik itu. “Terima kasih kepada ustaz dan ustazah, Hariz pun banyak bantu sangat-sangat in terms of pencerahan ilmu agama ni,”
Itulah kata-kata Neelofa menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baiknya iaitu Rosix Omar pada 15 Oktober. Neelofa menzahirkan penghargaan berkenaan terhadap orang di sekelilingnya yang telah banyak membantunya untuk mendalami ilmu agama.
Pada masa yang sama, video tersebut juga memperdengarkan suara Neelofa dan PU Riz ketika menjawab beberapa soalan. Pada 15 Oktober, pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah memaklumkan dirinya bakal melakukan pembaharuan ataupun penghijrahan untuk berniqab.
Perkara berkenaan turut disokong oleh ibunya, Noor Kartini serta seluruh ahli kelurganya, rakan-rakan dan peminat Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink MediaSumber : HOT.FM
Lepas Je Tular Tentang Neelofa Berniqab Nabila Tiba Tiba Tanya Bila Nak Kahwin. Mengejutkan Ini Respon Dari Neelofa Buat Warganet Tergamam.
Pada 15 Oktober, dunia hiburan dihebohkan dengan kisah selebriti popular, Neelofa yang tampil dengan penampilan terbaharu dengan memakai niqab. Ramai selebriti dan peminat tumpang gembira dengan perubahan imej tersebut.
Pada malam hari yang sama juga, kenalan rapat kepada keluarga Neelofa iaitu Rosix Omar telah mengendalikan sebuah program live di laman Instagram miliknya, Rakaman live itu juga sempat dirakam dan telah dikongsikan oleh akaun Instagram @_utluvdrama_75.
Dalam rakaman live tersebut, Rosix menyampaikan soalan yang ditanya oleh Noor Nabila:- “Bila Neelofa nak kahwin?” Noor Nabila kemudiannya ditanya oleh pelakon dan pengacara itu:- “Bila hang nak adik hang berkahwin?” lalu Nabila terus menjawab, “esok!”
Lantas Rosix mengulas jawapan Neelofa dengan berkata:- “Dia akan usahakan insyaAllah. Kalau benda baik kita tak boleh lengahkan, kan.” Haa, nampaknya individu yang rapat dengan Neelofa pun tak sabar menunggu selebriti itu untuk mendirikan rumah tangga.
Mesti peminat pun tak sabar nak tengok Neelofa berkahwin. Walaupun desas-desus gosip Neelofa dengan PU Riz masih diperkatakan, namun Neelofa enggan menjelaskan berhubung isu tersebut. Sama-sama la kita doakan yang baik-baik untuk selebriti kesayangan ramai ni!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media
Sumber : Hot Fm
Tular Tentang Neelofa Berniqab Semalam. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Neelofa Bongkarkan Rupa Rupanya Individu Ini Yang Bantu Untuk Penghijrahannya.
“Terima kasih kepada ustaz dan ustazah, Hariz pun banyak bantu sangat-sangat in terms of pencerahan ilmu agama ni,” Itulah kata-kata Neelofa menerusi satu video Instagram Live yang dikendalikan oleh rakan baiknya iaitu Rosix Omar pada 15 Oktober.
Neelofa menzahirkan penghargaan berkenaan terhadap orang di sekelilingnya yang telah banyak membantunya untuk mendalami ilmu agama. Pada masa yang sama, video tersebut juga memperdengarkan suara Neelofa dan PU Riz ketika menjawab beberapa soalan.
Pada 15 Oktober, pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah memaklumkan dirinya bakal melakukan pembaharuan ataupun penghijrahan untuk berniqab. Perkara berkenaan turut disokong oleh ibunya, Noor Kartini serta seluruh ahli kelurganya, rakan-rakan dan peminat. Tahniah Lofa! Sama-sama kita sokong dan doakan agar beliau terus istiqomah dalam setiap perkara yang dilakukan.Sumber: hotfm
Baru Semalam Neelofa Tular Tentang Berniqab Tiba Tiba Ibu Ulas Pasal Jodoh Pulak. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Ibu Neelofa Dedahkan.
SERING terpalit dengan gosip cinta, ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkata dia sudah lali dan terbiasa dengan kontroversi membabitkan anaknya itu. Kata Noor Kartini, sebagai ibu dia tahu apa yang dilakukan oleh anaknya itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap perjalanan hidup Neelofa.
Kredit -
Post a Comment