Md Rajihan Junaidi yang dihanyutkan arus bersama keretanya di Batu 18, Jalan Kluang-Mersing pada Sabtu lalu ditemui lemas petang ini.
Mayat Md Rajihan, 28, ditemui sekitar jam 5.15 petang kira-kira 15 meter dari lokasi keretanya ditemui petang semalam.
ARTIKEL MENARIK:Ziela jadi no dua, kali kedua? ini wajah madu Ziela Jalil yang jelita
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek, berkata jenazah mangsa kemudian dikenalpasti oleh anggota keluarga yang menunggu di situ.
“Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk proses bedah siasat,” katanya
Isteri mangsa, Khairunnisa Ibrahim, 24, yang mengandung tiga bulan, yang turut berada di lokasi kejadian tidak dapat menahan kesedihan hingga terpaksa dipapah untuk mengiringi jenazah ke hospital.
Dalam kejadian berhampiran Batu 17 kira-kira jam 8 malam pada Sabtu, Md Rajihan bersama-sama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, menaiki kereta melalui jalan tersebut yang dinaiki air.
Semasa mengharungi air banjir, isterinya sempat turun dari kereta untuk menyelamatkan diri manakala suaminya hanyut bersama keretanya.
Sebelum ini usaha pencarian turut disertai bapa, Junaidi Arjo, 71.
“Saya berdoa Rajihan (anak) ditemui semula sama ada dalam keadaan selamat atau sebaliknya,” ujar Junaidi.
Menurutnya, doanya tidak pernah putus mengharapkan anaknya itu berjaya ditemui sebaik mengetahui kejadian yang menimpa itu.
Katanya, sudah dua hari mereka sekeluarga menunggu di lokasi pencarian dengan harapan usaha dilakukan pasukan penyelamat disertai anggota Bomba dan Penyelamat Kluang serta anggota balai Polis Kahang membuahkan hasil.
“Saya memohon orang ramai turut sama berdoa supaya Md Rajihan dapat ditemui walau dalam apa juga keadaan keadaan,” katanya tadi.
Sementara itu, abang ipar kepada Md Rajihan, Zullailaly Roslan, 40, berkata, dalam kejadian petang Sabtu lalu, kereta dinaiki Md Rajihan dan isteri, Khairunnisa Ibrahim,24, dihanyutkan arus deras banjir berhampiran Batu 18, Jalan Kluang-Mersing di sini.
Difahamkan, Md Rajihan yang sedang melalui jalan berkenaan bersama isterinya Khairunnisa dihanyut arus ke sebelah kanan jalan.
Bagaimanapun, Md Rajihan sempat memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan isterinya yang kemudiannya berjaya diselamatkan orang awam sebelum dia sendiri hanyut dibawa arus bersama keretanya.
Menurutnya, pasangan terbabit baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Julai lalu dan kini Khairunnisa sedang mengandung tiga bulan anak pertama mereka.
YOY Network.
Post a Comment