Berapa minit lg nk nikah, semua trkejut ayah pngantin bangun batalkan majlis. Kecewa bila tahu punca sebenar
loading...

Gambar sekadar Hiasan

Berapa minit lg nk nikah, semua trkejut ayah pngantin bangun batalkan majlis. Kecewa bila tahu punca sebenar



Akad nikah merupakan detik indah yang dinantikan oleh setiap pasangan yang bercinta. Saat lafaz diakad, maka bersatulah dua jiwa dalam melayari bahtera rumahtangga.

ARTIKEL MENARIK:Setiap Hari Sy Doakan Suami M4ti. Dia Ftnah Sy Ada Hubungan Dgn Abg Ipar Iaitu Abg Dia Sendiri
loading...


Namun, cuba bayangkan di mana majlis yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Ini bukan cerita cinta putus di tengah jalan, bukan dua minggu lagi mahu kahwin majlis cancel.

Tapi realitinya si lelaki sudah bersedia di depan tok kadi mahu melafazkan akad aku terima nikahnya, si gadis di belakang sudah tersenyum debar ditemani sanak saudara dan rakan-rakan.

Tiba-tiba sahaja, majlis tidak dapat diteruskan kerana album wang hantaran kosong. Siapa yang tidak sedih? Lagi-lagi bukan sikit jumlahnya itu.


Sesudah semuanya sampai, pihak wanita memulakan majlis. Tok kadi sudah duduk, lalu pengantin perempuan diminta duduk di bahagian belakang. Biar nampak dan sahih itulah pengantinnya.

Baru sahaja mahu bermula, Tok Kadi tanya,“Boleh saya tengok duit hantaran?”Lalu pengapit menghulurkan senaskhah buku berupa album. Yang biasanya kita letakkan duit bersusun di dalamnya.

Tok Kadi menyambut. Lalu diselakkan helaian pertama, kedua dan memandang wajah pengantin. Lalu berbisik. Kemudian kecoh. Soksek sana sini

Pengantin bangun, mendapatkan ibunya. Ibunya memegang dada. Lalu juga bangun mahu melihat sendiri album tersebut. Ya kosong.



loading...




Pengantin lelaki sekejap ke sana, sekejap ke sini. Duit hantaran RM12,000 hilang begitu sahaja. Selepas sejam, pengantin perempuan dan rombongannya bangun meniinggalkan masjid.

Bapanya berkeras tidak mahu teruskan majlis sekiranya duit hantaran tidak diberi sebelum nikah. Lalu duduklah kami di masjid dengan sepi.

Sedang berdiam diri memandang sesama sendiri, pengantin lelaki duduk dan bersandar di dinding masjid sebaris dengan kami.

Lalu menangis sekuat hatinya. Bapanya memujuk-mujuk. Menepuk bahunya. Lalu mereka berpeluk. Selang sebulan dua, saya dihubungi lagi. Majlis nikah antara mereka dibuat sekali lagi.

Dan majlis itu berjaya. Selepas semua urusan nikah selesai, mereka memaklumkan yang pasangan ini akan ke England untuk sambung belajar.

Rupanya kenduri mereka digabungkan sahaja di sebuah dewan. Sudah selesai kerja kami mengambil gambar, pengantin lelaki duduk dengan saya dan kawan (yang sama mengambil gambar). Kami bersembang bersama-sama.

Lalu terpacul di bibirnya:–“Hidup ini tak usahlah duk mainkan orang, hati orang, jiwa orang. Kita kena beringat yang Allah juga boleh mainkan kita semula.

Aku kerap bergurau dengan kawan, keluarga, prank dan kenakan sesiapa memang jadi sebatilah. Semua orang kenal dah.

Sekali masa nak nikah, Tuhan pula prank aku. Duit tu hilang sampai ke sudah, sepupu aku bawa lari.

Padahal aku sendiri yang masukkan duit tu dalam album tu. Beri pada dia, manusia yang paling aku percaya.

Mujurlah keluarga isteri aku ok, boleh tangguh. Kalau tak, mesti melayanglah semua.”–Kami semua terdiam. Tak terfikir yang Allah juga boleh prank kita.

Dan jika kita terkena prank yang itu, hadaplah sendiri, tak ada ketawa-ketawa, malah menangislah sampai kecewa. Hidup ini boleh sahaja jadi ceria dengan gurau, senda, usik.

Namun bab merancang dengan teliti untuk kenakan orang, elakkan sahajalah. Boleh jadi setitik rasa kecewa orang yang jadi mangsa memakbulkan doanya untuk kita pula menerima musibah yang tidak terfikir di kepala.

 


Sumber : http://kuasaviral.com/ via Slamber Media



-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم