Hari ini tular di media sosial apabila tindakan seorang wanita yang dipercayai membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan di negeri ini mendapat kecaman netizen yang menanggap perbuatan tersebut sebagai ‘tiada sivik’.
Dalam pada itiu, seorang pelayar internet tampil mendedahkan yang pelaku sebenarnya mahu membuang sak4 selepas pulang dari berubat
ARTIKEL MENARIK:VIDEO “Brother Ni Jumpa ‘H4ntu’ Di Jalan Raya.” Sekali Dia Pergi Dekat
Menurut pelayar tersebut lagi, piha’ mereka telah di suruh oleh perawat tradisional supaya membuang barang sak4 tersebut ke dalam arus sungai
Beliau juga memohon semua pihak agar menghentikan sebarang penyebaran video dan menghentikan sebarang mak4ian terhadap keluarga terbabit
Sejauh mana cerita tersebut belum dapat dipastikan lagi
Video berdurasi 20 saat itu mula viral apabila dikongsi pelayar laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.
Rata-rata netizen menganggap tindakan tersebut sebagai tidak bermoral dan si pelaku tidak sepatutnya bertindak demikian dalam keadaan kenderaan yang bergerak.
Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan rakyat negeri Kelantan apabila si pelaku didakwa menaiki kenderaan yang menggunakan nombor plat ‘D’.
Ada juga yang berpendapat, tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai sekaligus dikaitkan dengan b3ncana banjir yang sering kali membawa bersama sampah sarap dan plastik.
Netizan Kongsi Alamat
Kemarahan netizen kian memuncak apabila ada salah seorang daripada pelayar Facebook berkongsi alamat pemilik kenderaan tersebut termasuklah mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya pihak yang terlibat
Dalam pada itu, netizan terus me gvtuk tindakan tidak bertanggunjawab tersebut
“Sikap man..sekrg perlu di jg terutama zaman tgah viral skrg..jgn bg malu dgn perangai kita yg tk senonoh tu..harap2..kite semua berhati2..semasa nk buang sampah..
” Dah tahun 2021 ni mentaliti masih kelas dunia ketiga. Harap pihak berkuasa segera ambil tindakan tegas kpd pelaku tersebut supaya dpt dijadikan pengajaran kpd org2 yg tiada kesedaran sivik ni..selagi kita xbertegas selagi tu la persekitaran kita kotor kerana sikap2 org yg mcm ni.. Sy pernah bawa kawan dr Jepun utk mandi di Pantai Irama Bachok.. Sudahnya mereka xjd mandi tp jd operasi mengutip sampah di kawasan pantai..dgn bekas makanan, pampers, botol2 minuman.. malunya kami masa tu.”
Denda Jika Buang Sampah Dalam Sungai
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu melarang rakyat Malaysia daripada membuang sampah ke dalam sungai dengan menguatkuasakan hukuman denda bagi memastikan sungai kekal bersih dan sihat, seorang pakar pengurusan air antarabangsa mencadangkan pada Selasa.
Profesor Roger A Falconer, pensyarah pengurusan air daripada Cardiff University, United Kingdom (UK), berpendapat kaedah itu adalah antara perkara yang boleh ditambah baik oleh Malaysia.
Beliau mencadangkan supaya Malaysia mencontohi kaedah yang dilaksana UK iaitu mendenda semua pesalah itu dengan denda yang tinggi.
“Ramai orang membuang sampah ke dalam sungai. Perkara sama berlaku di negara saya 20 tahun dahulu.
“Sekarang kalau anda buang sampah dan anda ditangkap, anda akan teruk didenda. Seseorang pernah berkata kepada saya, bayaran denda itu sangat tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan.
“Seperti juga memandu laju, jika rakyat merasakan mereka akan terlepas, mereka akan pecut tetapi jika mereka fikir mereka mungkin tertangkap dan didakwa, mereka tidak akan memecut. Jadi anda perlu bertegas,” katanya
Beliau ditemui Bernama selepas menghadiri Forum Khas Matlamat Pembangunan Lestari pada Kongres Dunia Persatuan Antarabangsa Kejuruteraan Hidro-Alam Sekitar dan Penyelidikan (IAHR) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Selasa.
Bagaimanapun, Prof Falconer menyatakan rasa kagumnya dengan pendekatan Malaysia dalam tebatan banjir, yang menurutnya negara ini berada pada landasan betul dan menjadi contoh kepada dunia.
“Dalam pengurusan banjir, banyak yang anda lakukan di sini lebih baik daripada negara lain. Banyak pihak di seluruh dunia patut belajar daripada Malaysia.
“Ketika saya menganjurkan satu majlis beberapa tahun lalu, kami bercakap mengenai bagaimana Malaysia menangani ribut dan hujan lebat. Longkang di sini mempunyai kedalaman satu meter dan longkang kami tidak sedalam itu serta tidak direka untuk menghadapi banjir kilat.
“Terowong Smart dan sungai diurus dengan bagus bagi menghadapi banjir, lebih baik berbanding negara lain,” katanya.
Mengulas mengenai empangan di Malaysia, Persiden Suruhanjaya Antarabangsa bagi Empangan Besar Prof Dr Anton J. Schleiss berkata Malaysia merupakan contoh bagi empangan air pelbagai guna yang dibina dengan pelbagai fungsi seperti perlindungan banjir dan pembekalan tenaga selain untuk bekalan air.
“Anda (Malaysia) sangat bagus berbanding dengan negara lain dan wajar dijadikan contoh,” katanya.
Kongres ini dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa dan berakhir pada 18 Ogos depan.
Diasaskan pada 1935, IAHR adalah organisasi bebas bagi jurutera dan pakar air, bekerja dalam bidang sains alam sekitar-hidro dan yang berkait dengannya. – Bernama
Sumber : http://transformasi.pw/ via Slamber Media
Post a Comment