Gara-gara mahu jadi cantik, gadis 16 tahun ini sanggup jalani 100 pembed4han pl4stik
loading...

Beijing: Dia baru berusia 16 tahun namun boleh dianggap antara individu paling muda yang ‘ket4gihan’ pembed4han plastik di China.

Gara-gara mahu jadi cantik, gadis 16 tahun ini sanggup jalani 100 pembed4han pl4stik

 


Odditty Central melaporkan pada usia itu, Zhou Chuna mendakwa sudah melakukan lebih 100 prosedur invasif kosmetik sejak tiga tahun lalu untuk mencantikkan wajahnya.

ARTIKEL MENARIK:China guna calitan dubvr untuk ujian C0v1d-19
loading...


Mempunyai 300,000 pengikut di platform Sina Weibo, dia membina kerjaya sebagai influencer (pempengaruh) menerusi pembedahan plastik dengan melakukan transformasi ekstrem daripada seorang gadis normal kepada individu berwajah seperti anak patung.

Dia bukanlah satu-satunya gadis yang beralih kepada perubahan kosmetik pada usia muda, tapi Zhou dianggap unik kerana jumlah prosedur dijalaninya adalah amat tinggi, tetapi dalam waktu singkat.

Walaupun mengakui mengalami kesan sampingan yang teruk kerana ket4gihannya dalam pembed4han plastik seperti hilang ing4tan dan parut kekal, dia tetap menganggapnya sebagai berbaloi.


Muka asal Zhou

Zhou sering berkongsi dengan pengikutnya bahawa di seorang yang hodoh sebelum ini sebelum dia melakukan pembedahan plastik.

Selain itu, dia menggambarkan matanya terlalu kecil, hidungnya terlalu besar dan selalu mengenangkan bagaimana rakan-rakan meng3jeknya kerana penampilannya.

Mereka memberi gelaran memalukan, berlawak kasar dan memberikannya tugas berat ketika membersihkan kelas, sementara gadis cantik melakukan kerja mudah.



loading...




Muka terbaru Zhou

Disebabkan itu, dia sedar bahawa hidupnya tidak akan menjadi lebih baik kecuali dengan mengubah penampilannya.

Zhou turut mengakui sudah membelanjakan 4 juta yuan (kira-kira RM2.4 juta), kebanyakan daripadanya adalah sumbangan ibu bapanya yang mempunyai perniagaan.

VIDEO

Pembed4han plastik dalam Islam

PEMBEDAHAN kosmetik atau pembedahan plastik terbahagi kepada dua:

  • i. Mer4wat rupa luaran manusia disebabkan kec4catan semula jadi.
  • ii. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak n4fsu.

Hkum prosedur pembed4han plastik bergantung kepada niat dan tujuan ia dilakukan. 

Diwajibkan

Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.

Diharuskan

Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.

Dihar4mkan

Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya. Nas menghar4mkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:

“Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhala berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:

“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyes4tkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencac4tkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.

Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)

Terdapat juga hadis menyebut:

“Rasulullah mel4knat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)

 

Sumber: BH online



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post