Inilah 4 Instafamous, influencer terhangat 2020. Yang last tu kec0h sampai kat Indonesia
loading...

BUKAN mudah menyusuri tahun 2020 yang penuh cabaran dan dugaan, terutama dengan pandemik Covid-19 yang sedikit-sebanyak memberi impak dalam kehidupan.

Inilah 4 Instafamous, influencer terhangat 2020. Yang last tu kec0h sampai kat Indonesia



Bagaimanapun, media sosial tetap panas dan meriah dengan pelbagai kisah sensasi dan kontroversi dalam kalangan personaliti yang mempunyai ratusan ribu, malah jutaan pengikut.

ARTIKEL MENARIK:Gadis Ini Gigih Selamba Angkat Angkat Sawit Tolong Ayahnya, Ramai Lelaki Belumba Untuk Jadikan Gadis Ini Sebagai Isteri
loading...


Sama ada influencer, Instafamous mahupun usahawan, mStar soroti antara mereka yang paling mendapat perhatian sehingga menjadi isu terhangat sepanjang 2020.

1. Lakonan gelang pink

Ekoran pandemik Covid-19, Malaysia kecoh dengan tindakan beberapa individu yang memakai gelang merah jambu, yang menunjukkan mereka masih dalam tempoh kuarantin wajib tetapi selamba keluar rumah dan berada di tempat awam.

Begitulah yang terjadi pada seorang personaliti media sosial mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video menunjukkan dia memakai ‘gelang pink’ di sebuah restoran.


Video Chazynash memakai gelang merah jambu di sebuah restoran mencetuskan kontr0versi.

Isu tersebut turut dibangkitkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan bahawa mempersendakan gelang pink yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin adalah dianggap sebagai satu kesalahan kerana menipu orang ramai.

Walaupun sekadar lakonan dan bukan video prank (gurauan) di tempat awam, Instafamous berkenaan, Chazynash tampil membuat permohonan maaf dan memadam video tersebut di laman sosial.

Bercakap kepada mStar, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah mengakui kesilapannya kerana tidak sensitif dengan persekitaran dan keadaan semasa.

“Sepanjang saya bergiat aktif membuat content di media sosial sejak tujuh tahun lalu, macam-macam kritikan saya terima.

“Namun, content inilah (gelang pink) yang paling teruk saya dikecam. Walaupun ia sekadar lawak rumah tangga, salah tetap salah,” ujar pemuda berusia 32 tahun itu.

Chazynash mahu mengembangkan bakat dalam bidang lakonan. foto instagram Chazynash

Menurut anak kelahiran Arau, Perlis itu, dia mahu mengorak langkah yang lebih baik pada 2021 dengan kandungan lebih berkualiti dan berfaedah.

“Bukan sekadar video lawak, tapi saya juga mahu mengembangkan bakat dalam bidang lakonan. Syukur alhamdulillah, saya ditawarkan berlakon dalam sebuah filem thriller yang bakal ditayangkan seawal-awalnya pada pertengahan 2021.

“Watak yang saya mainkan ini adalah serius, sungguh berbeza daripada karakter komedi saya. Saya juga mengimpikan untuk melakonkan watak-watak dalam drama atau filem aksi sekiranya diberi peluang,” katanya yang juga tidak menolak tawaran berlakon bagi watak komedi.




loading...


2. Dihalau ketika live

Turut terpalit dengan kontroversi adalah seorang usahawan yang juga influencer media sosial yang didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di sebuah restoran popular di Melaka.

Eira Aziera (kanan) ketika membuat reviu produk di sebuah restoran.

Gara-gara ditengking dari jauh, usahawan yang lebih dikenali sebagai Eira Aziera bertindak meninggalkan premis berkenaan kerana berasa malu, bukan sahaja dalam kalangan pelanggan restoran, termasuk lebih 10,000 followers yang mengikutinya secara langsung ketika itu.

Menurut usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu, kejadian tersebut adalah yang pertama kali berlaku apabila dia dimalukan sebegitu sepanjang 14 tahun berniaga dan membuat reviu produk.


Eira bertindak beredar dari restoran tersebut.

Anak kepada pengusaha restoran popular itu pula mengakui meminta usahawan tersebut beredar sekiranya mahu membuat reviu produk kerana kesal ia dilakukan tanpa kebenaran.

Selain suara yang kuat ketika membuat reviu, Eira didakwa mengganggu pelanggan lain di restoran, mereka juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana pelanggan tidak boleh berada lama di premis.

3. Simbahan air sirap

Seorang lagi influencer media sosial turut mencetuskan kekecohan apabila dia didakwa disimbah air sirap oleh seorang pelanggan ketika membuat reviu di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.

Eein disimbah air sirap ketika membuat FB Live di sebuah restoran. sumber Facebook Dato Seri Eein

Sebelum kejadian berlaku, usahawan lelaki itu, Muhammad Solihin Abdullah dilihat lantang bersuara membuat reviu yang turut diselitkan dengan kata-kata kesat.

Bercakap kepada mStar, usahawan berusia 21 tahun itu berkata, susulan kejadian itu, dia mempelajari banyak perkara seperti menjaga tingkah laku dan adab ketika berada di tempat awam.


Eein (kiri) mengambil pengajaran daripada insiden disimbah air sirap (kanan).

“Sehebat manapun kita, tanpa adab dan budi bahasa, siapalah kita. Dengan itu saya tidak akan mencubanya lagi, malah saya akan menjadi seseorang yang lebih optimis dan positif.

“Saya mahu bersikap dan bertindak profesional dalam apa jua yang saya lakukan, selain sentiasa terbuka menerima teguran-teguran positif,” katanya yang lebih dikenali Eein kepada mStar.

Sehebat manapun kita, tanpa adab dan budi bahasa, siapalah kita

Walaupun dihimpit kontroversi drama simbahan air sirap, pemuda berasal dari Muar, Johor itu bersyukur kerana dapat membantu golongan ibu tunggal menjana pendapatan di kala kesukaran akibat pandemik C0vid-19.

“InsyaAllah, saya mahu membantu dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan suri rumah selain membawa pasukan saya untuk menunaikan umrauh di tanah suci Makkah serta mendirikan sebuah masjid untuk kegunaan orang ramai,” katanya.

4. Rakaman j3nazah sahabat

Instafamous, Hafiz Mahamad antara lain sepanjang 2020 meraih perhatian kerana begitu mengambil berat terhadap sahabat baiknnya yang sakit akibat serangan strok sehingga rakan karibnya itu menghembuskan nafas terakhir.

Seperti yang dilakukannya sebelum ini, Hafiz yang juga seorang usahawan sanggup menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kelantan, namun kali ini kunjungannya untuk menguruskan jenazah sehingga selamat dikebu-mikan.


Hafiz (baju hitam) mengimamkan solat dan mengebumikan jenazah sahabat baiknya. sumber instagram hafizmahamad

Rata-rata netizen memuji Hafiz di atas kesetiaannya dalam persahabatan, namun tidak kurang juga yang kurang senang dengan video pengurusan jenazah dilihat seperti sebuah dokumentari seperti tidak sensitif terhadap jenazah dan keluarga arwah.

Terdapat komen-komen yang menggambarkan video tersebut tidak ubah seperti rakaman sebuah ‘percutian’ berdasarkan teknik dan suntingannya yang didakwa dibuat demi sebuah kandungan (content) di media sosial.

Hafiz atau nama sebenarnya, Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad menjelaskan bahawa sikap ambil beratnya itu sejak sahabatnya sakit di peringkat awal, dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga keluarga arwah.

“Alhamdulilah keluarga dia minta saya gantikan tempat ‘sahabat’ untuk masuk menjadi keluarga mereka. Di mana demi sebuah content atau marketing (pemasaran)?” katanya.

Anak kelahiran Kelantan itu bagaimanapun tidak menyalahkan netizen atau mana-mana pihak lain berhubung isu yang dibangkitkan.

“Bukan salah kamu dan orang lain. Itu cara kamu melihat saya dan saya terima. Ada yang melihat dan dapat manfaat. Ada yang melihat dan nampak saya yang bukan-bukan.

“Apapun, saya minta maaf dan saya tahu niat hati sebenar saya. Saya minta maaf dan terima kasih,” kata Hafiz.

Nampaknya kes video rakan menin-ggal dunia telah kini viral lebih meluas lagi sehinggakan mendapat liputan dari negara seberang.

Kisah usahawan yang dikatakan ingin memberi inspirasi itu telah mendapat perhatian orang ramai. Namun, apa yang kurang enaknya, disebabkan penularan itu juga arwah kini telah dijadikan bahan senda warganet disana.

Seorang pengguna fb dikenali Sham Del Piero juga meluahkan perkara yang sama 

“Kau pernah dengar “Matlamat tak menghalalkan cara”?. Katanya dia buat video ni sebagai kenang-kenangan. Tapi dari awal video gaya jalan memang gaya nak promosi diri dah.

Adab, benda ni agama dah ajar dari dulu dah. Islam tu kalau dia kata melawat orang Mati diharuskan merakam, 1400 tahun dulu dah dibenarkan. Kenapa takda? Pasal takda kamera? Bukan, Islam tu sendiri melangkaui zaman. Adab melawat orang meninggal, mudahkan urusan arwah simati, kurangkan kesedihan keluarga simati. Kenapa agama tak benarkan perbuatan begini, pasal jawapannya ada didepan la. Sekarang urusan simati dah pun selesai. Sepatutnya kawannya ni dah boleh lupakan hal dunia yang dah ditinggalkan, tapi oleh kerana dapat kawan bodoh lapar “star” untuk content dia. Hal simati arwah masih lagi dibuat bahan mengumpat, dibuat bahan ketawa, dibuat bahan jenaka.

Salah siapa? Salah netizen ke? Netizen mana pedulik semua ni, kau yang hulur bahan, diorang (atau kitorang) sapu je. Budak baghal lapar perhatian ni la yang salah. Kalau perati trend budak lapar perhatian ni, memang niat dia nak menunjuk. Bukan untuk kenangan pun. Memang fokus dia untuk up diri dia sebagai peniaga. Dari belanja awek, belanja orang tua, lawat orang m4ti, semuanya dirakam, dipertontonkan kepada semua. Untuk kenangan? Kenapa dengan otak kau? Dah full ke memori sampai kau kena harap media sosial simpankan kenangan tu untuk kau? Kesian simati dapat kawan gini. Kau bagilah keluarga arwah tu berpuluh ribu pun, takkan dapat ganti sakitnya sim4ti diumpat gara-gara perangai kau yang lapar star tu.

Baghal”- Da’i Sham Del Piero

Sebelum ini pendakwah sendiri telah menjelaskan bahawa hukum merakam j3nazah sahabt itu haram kerana bimbang maksud sebenar beri pandangan negatif. Pokoknya kita dah tengok ia memang benar terjadi

Tanpa mengira siapapun influencer, Instafampus mahupun usahawan yang meraih perhatian sepanjang 2020, adakah kisah mereka menjadi perdebatan ramai demi sebuah content di media sosial?

Walau apapun yang dilakukan mereka, hanya mereka yang terlibat mengetahui niat dan perkara sebenar, dan kita sekadar melihat dan mentafsir sesuatu yang zahir sahaja.

Tutup buku lama dan buka buku baharu, semoga kesemua mereka melangkah ke hadapan yang jauh lebih baik dan bermanfaat dalam dunia media sosial dan apa jua bidang yang mereka ceburi pada 2021.

 

 


Sumber : http://trendingsangat.pw/ via Slamber Media




-----------------------------------------------------------------

 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم