Kanak-kanak maut didera, suami isteri direman tujuh hari
loading...

MELAKA – Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera, di Taman Krubong Jaya di sini, semalam.

Kanak-kanak maut didera, suami isteri direman tujuh har



Perintah reman sehingga 5 Februari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd. Anuar Ostadi di sini hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Setelah viral isu susu Farm Fresh, sekali Bos Susu beri penjelasan memang padu buat suma terdiam
loading...


Pasangan suami isteri, yang juga ibu kandung dan bapa tiri mangsa masing-masing berusia 32 serta 38 tahun itu dibawa ke mahkamah pada pukul 9.20 pagi tadi menaiki kenderaan berasingan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kedua-dua mereka ditahan kira-kira pukul 4 petang di kediaman mereka di Taman Krubong Jaya.

Menurutnya, tangkapan itu dibuat selepas suspek lelaki melaporkan kematian kanak-kanak tersebut yang didakwa telah meninggal dunia akibat lemas di dalam tong air di rumah mereka.

 

loading...


Bagaimanapun pemeriksaan lanjut pada fizikal mangsa menemukan kesan lebam serta kecederaan akibat didera.

Susulan itu pasangan tersebut ditahan bagi membantu mengikut siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, kisah kanak-kanak malang itu pernah tular pada Oktober lalu apabila ibu angkat yang menjaganya sejak berusia dua bulan terpaksa menyerahkan semula mangsa kepada ibu kandungnya.

Kisah itu dikongsikan menerusi satu klip video di Facebook yang menunjukkan keluarga angkatnya menangis teresak-esak ketika mendakap kanak-kanak itu buat kali terakhir sebelum diserahkan kepada ibunya. -K! ONLINE


Kosmo Digital


-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم