Nafiz Muaz Nikahi Ahli Perniagaan, Dua Kali Tunda Tarikh, Nekad Pilih 2 Januari
loading...

Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir atau Nafiz Muaz dengan sekali lafaz selamat nikahi ahli perniagaan.

Nafiz Muaz Nikahi Ahli Perniagaan, Dua Kali Tunda Tarikh, Nekad Pilih 2 Januari



Nafiz dan pasangan yang saling mengenali sejak tiga tahun lalu itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis skala kecil di sebuah hotel terkemuka tanah air.


ARTIKEL MENARIK:Nafiz Muaz Nikahi Ahli Perniagaan, Dua Kali Tunda Tarikh, Nekad Pilih 2 Januari
loading...


Pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah yang digilap bakat pada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016, selepas dua kali menunda tarikh majlis pernikahan, Nafiz Muaz, 22, dan ahli perniagaan Diyana Omar, 29, disatukan kira kira jam 11.33 pagi, 2 Januari 2021.


Nafiz Muaz Selamat Bernikah, Nekad Pilih 2 Januari

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dan disaksikan kira kira 100 orang tetamu.

Aktor kacak ini juga menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1001 dan lima dulang berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.


Nafiz bernikaah dalam suasana norma baru.

“Perancangan awal kami sepatutnya sejak Ogos lalu. Dek situasi semasa pandemik COVID 19 dan beberapa kekangan lain, kami anjak pula ke Disember lalu.

“Akhirnya saya dan isteri tidak boleh berkompromi lagi dalam hal menangguhkan majlis kahwin ini. Maka kami nekad memilih tanggal 2 Januari 2020 sebagai saksi hari bersejarah.

“Biarpun berlangsung dalam suasana norma baharu selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian yang melanda dunia ini,” katanya yang sama segak dan cantik bersama isteri menggayakan baju Melayu rekaan Calvin Thoo.

Nafiz Mahu Layari Bahtera Perkahwinan Penuh Tanggungjawab


Mengenai isterinya, Nafiz cukup selesa mengenali wanita berambut panjang itu.

“Lebih utama dia sangat memahami saya. Kami masing masing terbuka dalam banyak perkara.



loading...


“InsyaAllah kami akan sama sama melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah mempermudahkan rencana hidup baru kami ini,” katanya.



Tidak Tolak Rezeki Anak

Nafiz juga memaklumkan yang mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 21 Januari ini. Malah pada bulan Februari pula majlis bertandang akan diadakan di Sungai Petani.

Mengenai anak, masing masing tidak menolak rezeki jika dikurniakannya dalam masa terdekat.

Mengenai bulan madu, pasangan ini belum merancang lagi ke mana mana destinasi kerana Nafiz sendiri akan mula menjalani penggambaran sebuah drama bermula 6 Januari ini

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis perkahwinan mereka.


Kredit - Mingguan Wanita

-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم