Nazri Aziz positif Covid-19
loading...

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz disahkan dijangkiti virus Covid-19.

Nazri Aziz positif Covid-19



Beliau menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu (HRPZII), Kelantan sejak semalam.

ARTIKEL MENARIK:UMNO tangguh perhimpunan agung, Zahid setuju pemilihan tahun ini
loading...


“Keadaan saya stabil. Jangan bimbang. Saya ok duduk di hospital ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Nazri berkata, beliau menjalani kuarantin di HRPZII kerana berada di Kota Bharu semasa keputusan ujian saringan diketahui.

Menurutnya, beliau membuat ujian saringan selepas menjadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19 iaitu blogger, Zaharin Mohd. Yasin.

Jelasnya, beliau ketika itu mengadakan sidang media di ibu negara dan Zaharin berada di sebelahnya.



loading...

“Selepas Zaharin maklumkan dia positif Covid-19, saya terus lakukan ujian saringan,” katanya.

Kosmo! difahamkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan turut membuat ujian saringan kerana berada pada sidang media berkenaan. – K! ONLINE

Kredit - Kosmo Digital

-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم