Sakit sampai nak bangun pun tak mampu. Lama menyepi akhirnya Heliza Helmi tampil bersuara dedahkan pengalaman jadi pesakit covid 19. Rupanya sampai macam ni yang jadi dekat Heliza Helmi.
loading...

Penyanyi Heliza Helmi memaklumkan dia dan adiknya, Hazwa Helmi positif virus Covid-19 pada November tahun lalu. Menerusi kemaskini akaun Instagramnya, Heliza memberitahu dia mengalami semua simptom berkaitan pandemik berbahaya itu.


 


“Alhamdulillah, perjalanan panjang Allah bagi… keluar rumah tinggalkan keluarga November 2020, 1 januari 2021 alhamdulillah akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga. “Satu pengalaman tak pernah rasa sebelum ini. Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja dan Ika motivate each other.

ARTIKEL MENARIK:Sudah berpuluh kali saya pakai seluar itu – Fahrin Ahmad
loading...


“Dan benar, Covid-19 is real. Almost semua simptom Allah bagi rasa.. alhamdulillah hari ni Allah masih pinjam nyawa. “Masa kena Covid-19, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang dah. “Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi still kena attend kelas dan exam online. Moga Allah merahmati beliau amin,” kongsinya.

Dalam pada itu, tambah Heliza pengalamannya sebagai pesakit Covid-19 antara momen yang tidak dapat dilupakan. “Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat.

“Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi.. kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil. “Di situlah lagi jelas nampak bagaimana pengorbanan frontliners terlalu besar. “Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami tak mampu balas jasa baik kalian,” tambahnya.

SUMBER: GEMPAK

Heliza dan Hazwani ke Gaza lagi

PENYANYI Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi sekali lagi berangkat ke Gaza semalam, bagi meneruskan misi kemanusiaan yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Namun kali ini, Heliza menitipkan doa kepada kedua ibu bapanya menerusi perkongsian gambar mereka yang dimuat naik di laman Instagram (IG) milik Heliza.

“Semoga Allah menjaga mama abah sekeluarga dalam hifzillah. Ya Allah jagakanlah mereka untukku. “Ada nafas, berjumpa lagi insya-Allah. Anakanda pergi dulu, maafkan salah silapku,” tulisnya. Heliza juga turut berkongsi pautan video rakaman temu bual bapanya dalam sebuah program di TV Alhijrah sebelum keberangkatan mereka berdua.

Menerusi video itu, bapa Heliza, Helmi Mohd Hasbi berkongsi cerita bagaimana dia terbuka hati membenarkan dua anak perempuannya itu menyertai misi kemanusiaan ke negara yang sedang bergolak. Menurut bapanya, terdapat dua keinsafan terbit di dalam diri iaitu memastikan mereka melakukan bagi diri dan apa yang dilakukan untuk umat.

“Ini adalah kombinasi penting untuk menyampaikan ke mana akhirnya arah tuju kita. “Sesuatu yang baik tidaklah menjadi besar bagi diceritakan tapi memberi manfaat pada diri dan umat menjadi pegangannya untuk memberi bantuan pada golongan sedemikian termasuk negara bergolak.

“Kita tidak perlu pertikaikan anak lelaki atau perempuan. Tapi langkah pertama kita dahului dengan tujuan baik, saya rasa itulah perkara yang sangat diredai Allah SWT,” katanya. Katanya, dia dan isteri sudah mewakafkan anak mereka untuk umat.

Dalam pada itu, Heliza juga turut berkongsi apabila pertama kali dia meminta izin dengan bapanya untuk menjejakkan kaki ke luar negara. “Tak apa kamu pergi Gaza abah jaga Malaysia (abah polis waktu itu). Namun bagi mama pula mungkin berbeza sedikit, ibukan.

“Namun lama-lama, selepas beberapa tahun buat aktiviti kemanusiaan ini. Suatu hari mama cakap, eh lama pula duduk Malaysia, tak tolong orang Syria ke, orang luar ke. “Sejak itu bermulalah aktiviti Heliza dan Hazwani dengan misi kemanusiaan,” katanya.



loading...


Heliza berduet dengan adik

Meskipun aktif menyertai program misi membantu prng, Heliza Helmi tetap meletakkan bidang nyanyian sebagai keutamaan. Walaupun tidak lagi seaktif dahulu, peluang menghiburkan khalayak dengan menyampaikan lagu ketika memberikan ceramah dapat mengubat kerinduannya.

Terbaru, Heliza tampil dengan single baharu berjudul Izinkan dan berharap ia diterima ramai. Menerusi lagu itu, Heliza berduet dengan adik kandungnya, Hazwani Helmi dan dua lagi penyanyi iaitu Sofea Humairan serta Alya Yassin.

Menariknya, single berkenaan turut dilancarkan serentak dengan program Izinkan Kami Sebarkan Cinta (IKSC) yang diadakan baru-baru ini. “Single ini diharap dapat mengubat rindu peminat terhadap saya. Walaupun sibuk, apabila ditawarkan terbabit dalam program ini di samping melancarkan single, saya fikir ia peluang terbaik untuk kembali dengan lagu baru.

“Sebelum ini saya hanya berpeluang melancarkan lagu di laman YouTube tetapi kali ini pelancaran agak besar-besaran kerana turut terbabit dalam program IKSC,” katanya. Heliza berkata, pembabitannya dalam IKSC juga kerana sudah lama ditawarkan oleh Erwan, The Muhibbain.

“Saya tertarik dengan program ini kerana ia tidak hanya mengajak orang ramai bersama-sama menyemai cinta tetapi turut menghimpunkan penggiat seni, ilmuwan dan usahawan. “Harapan saya, program ini tidak hanya sekadar memberi ceramah dan menyanyi, mungkin juga akan memberi peluang untuk dikembangkan kepada sitkom,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Heliza berkata, misi ke Syria bakal diteruskan lagi pada Disember ini. “Insya-Allah, jika tiada aral kami merancang ke Syria lagi dan sedang mencari dana. “Walaupun sebelum ini kami berjaya mendapatkan dana RM1.7 juta, ia belum cukup dan diharap dapat lebih lagi kali ini,” katanya.

Tiada masa cari teman hidup

Tidak dapat dinafikan, nama penyanyi Heliza Helmi cukup sinonim dengan program amal, motivasi dan aktiviti kemanusiaan sejak memperlahankan aktiviti seninya beberapa tahun lalu. Selaku duta Aman Palestin dan penceramah motivasi, pemilik nama sebenar Nur Heliza Helmi, 28, mengakui agendanya padat dengan pelbagai program dan aktiviti berkaitan terutama memberi bantuan kepada warga Palestin dan Syria sejak kebelakangan ini.

“Buat masa ini, kami tidak boleh masuk ke kawasan Gaza kerana aspek keselamatan. Namun, perjuangan tetap kami teruskan untuk membebaskan bumi Palestin dengan mengadakan ‘road tour’ ke negara lain.

“Terbaru, saya baru kembali dari ‘road tour’ ke Adelaide, Hobart dan Melbourne di Australia selama lima hari. Selain itu, saya juga sibuk dengan pelbagai program motivasi dan perbincangan ilmiah dianjurkan,” katanya. Sesibuk manapun dengan program amal dan aktiviti kemanusian, Heliza mengakui dia tidak pernah melupakan karier nyanyian yang sudah sebati dengan dirinya sejak dulu.

“Saya belum berhenti menyanyi lagi, tetapi lebih selesa dengan album dan lagu berkonsep kerohanian dan zikir sesuai dengan perjuangan dakwah sekarang. Antaranya, projek pembikinan album solo berjudul Jom dan album duet bersama rakan artis yang juga sahabat, Salima (AF4). Kami juga tampilkan tiga lagu dan minus one untuk album mini bersama Salima itu,” katanya.

Heliza mengakui dia turut membataskan aktiviti seni demi memberikan fokus pada syarikatnya, Heliza Helmi Production (HHP). “Saya juga menceburi bisnes pakaian, penerbitan buku-buku ilmiah, agama dan ceramah motivasi dan sebagainya lagi.

Apa yang penting, apa saja produk atau perkhidmatan yang ditawarkan syarikat perlu memberikan manfaat kepada masyarakat. Selain itu, saya juga menguruskan perniagaan busana Muslimah iaitu Falah Abiyana bersama rakan kongsi,” katanya.

Pada masa sama, Heliza juga lebih selektif memenuhi undangan nyanyian ketika ini. Bukan tiada tawaran berlakon atau menyanyi, tetapi penyanyi itu ingin memastikan setiap tawaran yang datang sesuai dengan perjuangannya sebagai aktivis kemanusiaan.

“Saya juga hanya menerima undangan menya­nyi jika sesuai dengan imej dan penampilan serta ada kelapangan ketika itu,” katanya. Dalam perkemba­ngan lain, Heliza juga mula berjinak-jinak dengan penulisan buku menerusi Diari Seorang Mujahidah: Kembara Di Bumi Syrua sekali gus berkongsi pe­ngalamannya ketika berdakwah. “Saya berharap peminat tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini yang sudah mula dijual di pasaran,” katanya.

Nafi bercinta dengan pensyarah

Sebagai selebriti, nampaknya, Heliza juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran gosip walaupun dia sudah membataskan aktiviti seninya itu. Selepas dikaitkan dengan penyanyi nasyid Hafiz Hamidun, nama Heliza sekali lagi terkena tempias gosip apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan pensyarah pula.

“Saya memang terkejut dengan gosip yang tidak berasas itu. Dari mana mereka dapat cerita saya bercinta dengan pensyarah itu? Gosip itu tidak benar sama sekali. “Terus terang, agenda saya sangat padat dengan pelbagai aktiviti dan program dan saya tidak ada masa pun nak membaca gosip di laman sosial. Justeru, saya berharap, gosip itu dihentikan dengan segera kerana ia tidak benar,” kata­nya.

Diminta mengulas soal teman istimewa pula, Heliza mengakui dirinya masih solo. “Terus terang, saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tidak ada masa untuk berehat pun. Malah, saya pun hanya dapat tidur sejam sehari sejak kebelakangan ini. Kesibukan dengan pelbagai aktiviti dan menguruskan karier seni juga menyebabkan saya tidak ada masa untuk mencari teman hidup.

“Saya tidak berasa tekanan soal jodoh kerana keluarga cukup memahami mengenai perkara itu. Kakak saya pun belum berkahwin lagi. Apapun, saya juga berdoa kepada Allah semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik nanti,” katanya.



Kredit - 

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم