Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang mengakui kesal berkongsikan mengenai berita dirinya sudah memelvk agama Islam kepada umum.
Ujarnya, selepas memberitahu dirinya mualaf, Michael berkata netizen suka menghakimi perbuatannya dan tidak kurang juga mempersoalkan amalan dirinya sebagai mualaf.
ARTIKEL MENARIK:Ditud0h ‘Abai’ Kampung Kelahiran Yang Kini B4njir Ter0k, Ini Jawapan Tokti…
“Saya akui menyes4l orang tahu saya sudah memelvk agama Islam. Rasanya lebih baik saya diamkan saja dan tidak membuka mulut. Selepas terkant0i saya sudah memelvk Islam dan mengesahkan perkara itu kepada umum, saya mula perasan netizen suka menghakimi.
“Malah apa yang saya buat semuanya salah dan ada di antaranya yang tidak salah atau tidak sengaja tapi tetap diadili. Contohnya seperti orang bertanya saya sudah solat ke tidak?
“Saya bukan manusia yang suka menunjuk apa yang saya buat sepanjang masa. Saya takkan muat naik video solat atau apa saja aktiviti keagamaan di media sosial. Itu antara saya dengan Allah,” katanya.
Hampir setahun menyembunyikan status dirinya sebagai mualaf. dia tak menyangka perkara itu terb0ngkar. Jelasnya, dia tidak mahu berkongsikan perkara itu kerana enggan dianggap mahu meraih populariti semata-mata.
“Walaupun saya seorang mualaf, ia bukanlah tiket atau laluan saya untuk menembusi pasaran Melayu.
“Kalau boleh tengok laman sosial saya, saya tak pernah memuat naik video yang menyentuh soal agama. Cuma ada baru-baru ini saya muat naik video mempersoalkan kenapa ustaz dari program realiti terlalu cepat menghvkum artis tapi apabila rakan-rakan mereka terpal1t dengan kontr0versi, selepas dua atau tiga minggu baru mereka bersuara.
“Saya hanya mahu menyuarakan agar mereka belajar cara bercakap untuk orang ramai mencintai Islam bukannya membenci Islam, atau bukannya takut akan Islam,” katanya.
Terdahulu, Michael memelvk Islam pada 2018 dan pada April 2019, pengarah itu mengaku dirinya mualaf apabila kad pengesahan agamanya tular.
Sumber: RK
Sumber : PENMERAH via Slamber Media
Post a Comment