Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat menafikan dia cuba memperl3kehkan soal agama dengan segala perbuatan dan perilaku yang dilakukannya selama ini.
Bahkan, kata Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, jauh sekali untuk dia terdetik rasa untuk mempermainkan agama Islam.
ARTIKEL MENARIK:“Sesuatu Berlaku Kepada Saya, Jangan Bawa Anak Saya Berarak Seperti Itu,” – Haniff Hamzah Komen Fasal Video Viral
Sebaliknya, kata Sajat, dia cukup sayang akan agamanya sebagai seorang Muslim.
Buktinya, Sajat mendedahkan sepanjang penglibatannnya dalam dunia perniagaan, dia sudah banyak mewakafkan sebahagian harta yang dimiliki di rumah ibadat sepanjang tujuh tahun berniaga.
“Dari saya mula berniaga 2014-2021, saya dah banyak mewakafkan untuk rumah-rumah Allah.
“Bukan dalam Selangor sahaja, malah merata tempat di Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak.
Alhamdulillah, setiap bulan mesti saya wakafkan barangan runcit, kelengkapan atau apa-apa untuk rumah Allah walaupun saya dalam gaya hidup memakai pakaian wanita,” luahnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Biarpun begitu, katanya, dia tidak pernah sesekali berkongsi hal tersebut di media sosial biarpun dirinya sendiri yang turun padang dalam menguruskan sumbangan wakaf tersebut.
“Apa-apa sahaja keperluan masjid atau surau nak, saya sendiri akan turun untuk membeli. Saya tak suruh staf saya belikan atau cari ejen barang electrik untuk diwakafkan.
“Ada beberapa masjid saya buatkan pagar, jambatan kecil untuk menyenangkan mereka untuk ke masjid, tukar karpet baru dan macam- macam lagi saya wakafkan..
“Mimbar kayu jati masjid hampir 20 biji saya wakafkan, tapi satu nama masjid saya tak ada sebut untuk diuar-uarkan supaya biarlah saya buat kerja ini ikhlas daripada hati saya yang memang lahir-lahir dah mempunyai naluri wanita, akal wanita, jiwa wanita,” katanya.
Dalam entri tersebut, Sajat turut berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan sebahagian sumbangan wakafkan untuk masjid dan surau yang pernah dibuatnya sebelum ini.
“Saya bukan nak tunjuk semua ini sebab saya nak riak atau sebagainya tetapi saya bukanlah jahat, atau mempermainkan agama atau memperlekehkan agama.
“Saya sayang Allah sebab saya sayang dan saya cinta Allah bagi saya perasaan ini untuk saya hargai cinta saya pada Allah..
“Sedih bila hari-hari orang kata kau ini hina Islam, kau ini hina agama kau, ini makhluk dilaknat dan macam-macam tohmahan pada saya,” katanya.
Terdahulu, Sajat mencur1 tumpuan umum selepas ditahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor bagi membantu si4satan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor berhubung perlakuannya.
Susulan penahanannya itu, Sajat kemudian membuat pengakuan bahawa dirinya sudah melakukan pembed4han jantina.
Ekoran pendedahannya itu, Sajat kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen yang kemudian mempersoalkan segala bentuk amalan kebajikan yang dilakukannya.
Sumber: Gempak via trendinggiler.pw via Slamber Media
إرسال تعليق