Jamali Shadat Meninggal Dunia, Tiada Lagi Suara ‘Atan’
loading...

KUALA LUMPUR – Pelawak komedi ’stand up’ dan penghibur yang meniru suara ‘Atan”, veteran Datuk Jamali Shadat meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi tadi, pada usia 78 tahun di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Jamali Shadat Meninggal Dunia, Tiada Lagi Suara ‘Atan’

 


Pelawak legenda yang terkenal pada era 1970-an berbakat dalam melontarkan suara dan membawa watak ‘Atan’ dan datuknya ‘Atok’ serta rakan kanak-kanak itu dalam nada berbeza dan mengikut bahasa slanga rakyat Malaysia.

ARTIKEL MENARIK:“Apa Salahnya Emma Pam Susu Sambil Jalan?” – Kakak Emma Pula Bersuara
loading...


Kebolehan Allahyarham melantunkan suara watak pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam rutin lawak beliau, begitu sinonim dengan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Pemergian arwah disahkan cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, ketika dihubungi Bernama yang turut memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Pulau Indah, Klang.

Isyraq Ariff turut membuat hantaran di Facebook dengan mengepilkan gambar lama beliau  dan arwah berserta kapsyen: “Selamat Tinggal Atan.. Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Datuk Jamali Shadat.”



loading...


Sebelum ini, media melaporkan keadaan arwah yang semakin uzur dan kurang selera makan.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri turut menzahirkan dukacita atas pemergian Allahyarham menerusi hantaran di Facebook beliau. – BERNAMA

mynewshub

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post