Kisah Sedih Pengorbanan Jururawat “Tewas” Dengan Covid19, Bayinya Pula Selamat Dilahirkan
loading...

Kuala Lumpur: Seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, Artini Dzolkarnaini meninggal dunia, awal pagi tadi dipercayai akibat komplikasi Covid-19.

Kisah Sedih Pengorbanan Jururawat “Tewas” Dengan Covid19, Bayinya Pula Selamat Dilahirkan

 


Berita pemergian petugas barisan hadapan itu dikongsi Fakulti Perubatan UiTM menerusi Facebook (FB), hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Suami Sedang Buat Roadblock, Isteri Terkejut Siapa Yang Balik Makan Tengah Malam? Isteri Polis Tak Tahan Diganggu.
loading...


“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.

“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, carian wartawan di FB mendapati pemergian jururawat berkenaan yang juga penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM menerima reaksi duka kenalan arwah dan warga net.

Difahamkan, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu berdasarkan beberapa komen balas daripada rakan dan keluarganya di FB.



loading...


Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Artini adalah jururawat program pemulihan jantung dan ibu kepada lima anak termasuk bayi baru dilahirkan.

Harian Metro cuba menghubungi keluarga arwah yang difahamkan belum bersedia untuk berkongsi cerita dan mengharapkan orang ramai berdoa urusan keluarga mereka dipermudahkan.

kredit harian metro



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم