Lelaki kongsi video berubah jadi ‘mak nyah’, isteri setia & terima seadanya
Baru-baru ini, sepasang suami isteri dari Kelantan meraih perhatian warganet apabila video mereka tular di TikTok selepas mendedahkan kisah peribadi yang selama ini menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.
ARTIKEL MENARIK:Pernah Tular Tinggal di Rumah Usang. Sekali Trbongkar Siapa Makcik Ini, Rupanya Miliki Aset Jutaan Ringgit
Kisah mereka bukan sesuatu yang biasa dalam kalangan masyarakat, tambahan lagi apabila melihat si isteri bersuamikan seorang lelaki ‘mak nyah’.
Kongsi transformasi
Pasangan suami isteri itu mula mendapat perhatian di TikTok apabila si suami yang menggunakan akaun bernama @abe_pink86, mendedahkan dia masih bahagia bersama isterinya walaupun sudah menukar diri menjadi seorang ‘mak nyah’.
Turut dikenali sebagai Abe Pink, lelaki yang berusia 35 tahun itu berkongsi cerita perubahan penampilannya menerusi beberapa video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Menurutnya, dia mengubah penampilan kepada seorang wanita sejak beberapa tahun lalu.
Isteri tetap setia di sisi
Walaupun sudah beristeri, dia nekad dan tetap meneruskan niat menukar
dirinya menjadi mak nyah. Namun begitu, dia dan isteri tidak pernah
terfikir untuk berpisah dan masih menjadi pasangan suami isteri yang
sah.
Malah, isterinya yang dikenali sebagai Yana tetap setia bersama dan menerima segala kekurangan yang dimiliki oleh si suami dengan redha.
Mungkin perubahan yang berlaku terhadap Abe Pink merupakan satu ujian dan dugaan Allah ke atas dirinya. Abe Pink turut menyatakan dia juga tidak meminta perkara itu terjadi ke atas dirinya.
Dalam pada itu, majoriti pengikut mendoakan agar dia berubah ke jalan yang benar, malah Abe Pink sendiri memohon warganet mendoakan supaya dirinya kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki.
Isterinya turut menerima pujian dan disifatkan sebagai seorang yang ‘tabah’ kerana sanggup menerima kekurangan suaminya dengan seadanya.
Semoga ‘abe’ kembali ke fitrah
Semoga kesetiaan dan kasih sayang isteri jadi asbab berubah
Berubah perlahan-lahan
Daripada kita mengecam, lebih baik kita doakan agar dia terbuka hati untuk menjadi lelaki sejati kembali suatu hari nanti. Amin!
Sumber: TikTok @abe_pink86
إرسال تعليق