Segalanya bagaikan berubah sekelip mata. Ternyata bukan kali pertama kita dikejutkan dengan pencapaian anak muda yang berjaya hasil menjalankan perniagaan sendiri.
Begitulah kisah gadis 18 tahun ini apabila pengurus kewangan serta penasihat perib.adinya memuat naik suatu video di aplikasi TikTok yang mengeju.tkan orang ramai.
ARTIKEL MENARIK:Influencer Ramai-Ramai Rentas Negeri Raikan Member Kahwin, Netizen Tak Puas Hati; “Sharelah Cable, Rakyat Nak Balik Kampung Juga”
“Tang.isan seorang ibu! Tahniah Ayuni mampu beli cash kereta mustang pada hari perkahwinan dan buat sales pertama 1 juta dalam masa 15 hari di usia 18 tahun,” tulisnya di kapsyen TikTok.
K.ejutan yang tidak disangka-sangka bagi Ayuni
Perkongsian itu dirakam oleh pengurus kewangan iaitu Farhana Zahra, 30 yang merakamkan detik anak didiknya iaitu Anes Ayuni Osman, 18, dikejutkan dengan kereta Ford Mustang di hari perkahwinan pada Jumaat lalu di Pasir Mas, Kelantan.
Tidak sampai satu hari, kini video tersebut mendapat 142,000 tontonan dan 12,000 tanda suka. Ketika dihubungi, gadis yang lebih mesra disapa Ayuni berkata, sehingga hari ini dia masih terk.ejut dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya itu.
Pada mulanya video TikTok yang tular adalah saat ibu ayuni mem.eluk Farhana iaitu pengurus kewangan sebagai tanda terima kasih.
“Ya Allah… Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya rasa macam insan terpilih sangat… Rezeki ini tak pernah saya impikan selama saya hidup. Niat buat bisnes ini memang mulanya sebab saya dan suami nak cari duit lebih sikit untuk cukupkan duit kahwin dan cepat menghalalkan hubungan. Itu saja.
“Tetapi sambutan produk sendiri yang saya dan suami keluarkan ini memang langsung tak disangka. Lebih-lebih lagi kereta keluar secepat ini. Alhamdulillah… Saya memang bersyukur sangat.
“Kalau fikir tak masuk akal baru dua minggu berniaga terus dapat beli c.ash kereta Ford Mustang tetapi itulah ha.kikatnya. Kuasa Yang Maha Esa,” ujarnya.
Tambah Ayuni lagi, dia bersama suaminya iaitu Ahmad Weldan Zulkefli, 19 langsung tidak pernah imipikan kejayaan sebesar ini.
Gadis yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memberitahu produk yang dijualnya itu mencecah 31,000 hanya dalam masa dua minggu dan berjaya mengutip RM 1 j.uta jualan.
“Memang tak ada fikir lain masa mula nak buat b.isnes… disebabkan terlalu muda nak kahwin kami nak usaha sendiri cari duit kahwin.
“Rasa macam tak percaya hanya dengan menjual produk susu, saya berjaya mengutip RM 1 j.uta jualan dan hampir 2,000 ahli di bawah saya.Bukan saya seorang sahaja berjaya, semua anak buah pun sama. Ada juga yang nak beli kereta dan jualan mereka pun mencecah berpuluh ribu.
“Allah SWT permudahkan banyak urusan saya.. Mungkin rezeki nak kahwin dan berkat doa keluarga selama ini,” ujarnya lagi.
Bercerita lanjut pengalamannya, gadis yang merupakan anak keempat daripada lima beradik itu berkata, dia bersama suami sememangnya telah merancang untuk membeli kereta tersebut seminggu yang lepas tetapi dia tidak sangka kereta itu dapat keluar secepat mungkin.
“Memang kami dah beli kereta tu seminggu lepas dan buat bayaran tunai tetapi saya tak sangka kereta boleh keluar secepat itu.
“Suami ada cakap nak buat ke.jutan di hari perkahwinan nanti tetapi tak sangka dia nak bawa kereta itu depan keluarga dan orang ramai.
“Rezeki yang Allah SWT bagi ini pun ujian juga untuk tengok sejauh mana saya guna rezeki itu sebaik mungkin. Saya tak nak rasa bangga dalam diri, ta.kut sangat,” katanya.
Majlis perkahwinan mereka itu berlangsung di kediamannya iaitu Pasir Mas pada Jumaat lalu dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja yang sama-sama menjadi s.aksi menitisnya air mata ibunya kerana terlalu gembira akan pencapaian pasangan pengantin itu.
Ayuni berharap dia boleh menjadi contoh terbaik kepada anak muda di luar sana yang ingin melakukan bisnes tetapi t.akut untuk memulakan.
Sumber : Mstar via TTK
Post a Comment