PADA hari Ahad lalu (kelmarin) penduduk di Sabah digemparkan dengan bunyi kuat seperti letvpan termasuk gegaran selama beberapa saat pada jam 11 pagi.
Antara penduduk yang mendengar bunyi letupan itu termasuklah di daerah Beaufort, Sipitang, Kuala penyu dan Wilayah Persekutuan Labuan.
ARTIKEL MENARIK:“Adik Jangan Bagitahu Mama Tau Nanti”, Respon Amir Ok-ok, Tulis Wanita Itu.
Difahamkan bunyi letupan itu kedengaran dari arah daerah Lawas, Sarawak. Ramai juga penduduk dari Brunei yang mengadu ada mendengar bunyi letupan tersebut.
Hari ini Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) tampil mendedahkan apa sebenarnya punca bunyi letupan berkenaan.
Menurut persatuan itu bunyi letupan tersebut dipercayai berpunca daripada meteor (t4h1 bintang).
“Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei pada jam 11 pagi. Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap,” katanya.
Berdasarkan laporan di portal Persatuan berkenaan, sebuah bola api besar telah meletup di ruang udara Brunei dan penampakannya cukup jelas dilihat pada siang hari 31 Januari 2021.
Persatuan itu telah menerima banyak laporan dari orang ramai yang mendengar bunyi letupan misteri itu.
Puluhan orang telah menyaksikan fenomena menakjubkan ledakan dari t4h1 bintang yang pecah berdasarkan kenyataan saksi yang melihatnya. Letupan besar itu boleh didengar dan dirasai di seluruh daerah dalam negara Brunei.
Seorang individu bernama Haziq, berusia 22 tahun telah melaporkan kepada PABD, selepas melihat cahaya hijau kebiruan jatuh dari langit di ruang udara daerah Mulaut, sebelum mengambil gambar kejadian itu.
Menurut Haziq cahaya langit menjadi cerah tiba-tiba, sebelum beransur-ansur bertukar kepada warna jingga kemerahan dalam masa sesaat.
Bunyi mengerikan itu turut diiringi dengan gegaran di angkasa. Seorang lagi saksi, Zaty, 35 juga mengalami kejutan serupa dari daerah Jerudong. Katanya dia melihat sebutir bebola api yang cerah datang dari langit sebelum berlaku letupan kuat seminit selepas itu.
Salah seorang pemerhati tidak dikenali berusia 33 tahun, pula berkata “Saya percaya telah ternampak sebutir meteor pagi ini ketika menghampiri kawasan Lapangan Helikopter Anduki di Seria sekitar jam 11 pagi, namun saya tidak dengar sebarang letupan akibat bunyi bising dari helikopter,”
Sumber : Milosuam
إرسال تعليق