[Video] Wanita Bertudung Selamba Ambil Telefon Orang. Dah Lah Kantoi, Ini Alasan Pelik Beliau
loading...

Tindakan seorang wanita bertudung yang mengambil sebuah telefon pintar milik pelanggan yang tertinggal di sebuah kedai roti di Kubang Kerian semalam mempamerkan sikap warganegara yang tidak bertanggungjawab.

[Video] Wanita Bertudung Selamba Ambil Telefon Orang. Dah Lah Kantoi, Ini Alasan Pelik Beliau



Kjadian telefon tertinggal di meja saringan suhu badan di pintu masuk yang berlaku pada jam 5.55 petang tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:“Amir datang, dia cakap cepat kebvmi jgn lambat..”- Mimpi Arwah Amir, Wajah Anak Syurga Itu Tenang Seperti Tidur..
loading...


Mngsa yang juga penjual madu, Siti Suhaila Che Razali, 28, berkata, dia bersama anak lelaki berusia empat tahun masuk ke kedai roti tersebut sementara menanti pelanggan yang mahu mengambil madu di lokasi itu.

Menurut Suhaila, dia meletakkan telefon model Phone Google Pixel 2 xl di meja itu untuk mencatat nama dan mengesan suhu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sebelum masuk ke kedai.

”Pada masa sama, anak menangis menyebabkan keadaan kelam kabut dan saya terlupa telefon.

”Saya hanya menyedarinya ketika membuka beg duit dan teringat tertinggal telefon di meja pintu masuk kedai tetapi apabila dicari telefon sudah tidak ada,” 

katan Suhailaketika  dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Wanita ini kemudian dilihat mengambil telefon berkenaan dan berlalu dari kawasan kedai sementara mngsa, Siti Suhaila sedang membuat bayaran kek untuk anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Katanya, dia segera meminta bantuan pemilik kedai yang kemudian memeriksa CCTV dan melihat rakaman seorang wanita mengambil telefon bimbit berkenaan sebelum berlalu men1ngg4lkan kedai itu.

”Suami saya kemudian menghubungi telefon saya beberapa kali namun tidak dijawab dan men1ngg4lkan pesanan supaya wanita tersebut memulangkan telefon bimbit berkenaan.


Ini alasan diberikan pelaku

”Selepas rakaman CCTV ini tular, seorang individu mengaku adik pelaku mengirimkan pesanan ringkas pada jam 9 pagi hari ini.

”Dia memaklumkan kakaknya tidak berniat untuk mengambil telefon bimbit berkenaan sebaliknya tergesa-gesa men1ngg4lkan kedai kerana hendak menghadiri majlis hari jadi anaknya.



loading...


”Malah dia berjanji untuk memulangkan telefon bimbit berkenaan,” katanya.

Siti Suhaila berkata, dia tidak memarahi wanita itu, namun memintanya supaya memulangkan telefon bimbit tersebut berikutan segala urusan dengan pelanggan dan maklumat perniagaan madu serta kerjaya sebagai jurusolek tersimpan dalam telefon itu.

”Dia meminta maaf kepada saya dan berkata tidak patut saya tularkan rakaman perbuatannya itu. Saya maafkan kesilapan dia.

”Semoga menjadi pengajaran juga kepada orang lain supaya lebih berhati-hati serta tidak mengambil barangan orang lain,” katanya.

Setakat tengah hari semalam, pelaku memberitahu mngsa dia dalam proses untuk memulangkan telefon bimbit tersebut dengan men1ngg4lkannya semula di kedai roti berkenaan.

Video Kejadian

 

Sumber : Lawak Siot  via Slamber Media



-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم