Warga Emas Kena Pvkul Siap Kena Jervt Oleh Orang Awam Selepas Kantoi M3ncuri, Apa Yang Polis Buat Selepas Itu Memang Tidak Disangka
loading...

TERDESAK kerana tiada wang untuk makan, membuatkan sesiapa sahaja akan melakukan sesuatu yang di luar batasan.Jadi, tidak hairanlah jika kita mendengar dan membaca laporan individu terpaksa mencvri demi mengisi perut yang kelaparan.Namun, jika ia melibatkan warga emas yang berbuat demikian gara-gara kesempitan hidup.

Warga Emas Kena Pvkul Siap Kena Jervt Oleh Orang Awam Selepas Kantoi M3ncuri, Apa Yang Polis Buat Selepas Itu Memang Tidak Disangka



Kisah yang berlaku di Pasar Mandiraja, Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini cukup meny3dihkan apabila seorang wanita yang layak dipanggil nenek diperlakukan seperti haiwan gara-gara cuba mencuri duit. 


ARTIKEL MENARIK:Akibat leka bergambar outdoor pengantin dan pengiring, sekali polis datang semua kena angkut dan didenda kerana langgar SOP

loading...


Ceritanya bermula apabila warga emas tersebut ditangkap selepas cubaan untuk menyeluk saku seorang peniaga di pasar itu.

Pun demikian, cubaannya gagal dan dia lantas melarikan diri.Malang nasibnya apabila orang ramai yang menyedarinya berjaya menangkap dan memukulnya tanpa belas kasihan.Video yang tular di media sosial itu turut dilaporkan kompas.com.


Menurut laporan portal terkenal Indonesia itu, leher warga emas berkenaan dijerut dengan tali selain dihambur dengan kata-kata kesat.

Lebih menyedihkan, keadaan nenek yang disoal siasat pengunjung dan peniaga pasar tersebut secara kasar sehingga kepalanya terhentak akibat tudungnya ditarik dengan ganas.

Hasil siasatan mendapati, wanita yang datang sehelai sepinggang dan memakai tudung hijau datang ke pasar tersebut dengan menaiki bas awam.Warga emas itu dikatakan datang dari jauh semata-mata buntu kerana tiada wang.Sambil menangis, dia memohon maaf kerana mencuba untuk mencuri duit kerana terdesak.

Selepas soal jawab, mangsa difahamkan sudah memaafkan dan nilai wang yang cuba dicuri adalah 100,000 rupiah (RM28.93) sahaja.Ketua Polis Mandiraja, Suyit Munandar berkata, nenek tersebut tinggal sebatang kara kerana suami dan anak merantau ke bandar mencari kerja.Keadaan pandemik Covid-19 membuatkan kehidupannya lebih melarat.

“Bagi mengelak insiden sama berulang, nenek tersebut diminta lapor diri setiap Isnin dan Khamis. Saya minta dia datang pada tarikh tersebut supaya boleh diberi bantuan makanan dan duit pengangkutan supaya tidak mencuri lagi,” katanya.


Barangkali, jika kita berdepan dengan situasi seperti itu, wajarkah memperlakukan wanita yang sebaya mak-mak kita sedemikian rupa?



loading...


Apa-apapun matlamat memang tidak menghalalkan. Namun demikian, sebagai manusia yang mempunyai iman dan akal, kita harus bertoleransi dalam segenap hal.

Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal telah mengunjungi seorang suri rumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasar raya kerana gagal membayar barang-barang yang ‘diambilnya’.

Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.

Atas dasar belas ehsan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan makanan dan barangan keperluan harian kepada wanita itu agar dia terus cekal dalam menghadapi cabaran untuk meneruskan kehidupan lebih-lebih sepanjang tempoh Pandemik Covid-19.


Wanita tersebut dikatakan mencuri ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit. Selepas ditanya, wanita itu mengaku dia sangat memerlukan barangan tersebut kerana anaknya demam.

Bukan itu sahaja, suaminya juga dikatakan tidak memiliki pekerjaan berikutan dengan keadaan negara yang dilanda Covid-19. Difahamkan, kes wanita itu juga telah diklasifikasikan sebagai NFA atau tiada tindakan lanjut.

Kredit:SinarPlus

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/ via Slamber Media



-----------------------------------------------------------------
 
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم